Tampil Lebih ‘Trendy’ Dengan 10 Pilihan Smartwatch Paling Best 2021

Tampil Lebih ‘Trendy’ Dengan 10 Pilihan Smartwatch Paling Best 2021
Fesyen


Teknologi berkembang pesat sehingga munculnya lambakkan peranti penting yang dihasilkan untuk kemudahan pengguna. Kini, semakin banyak syarikat elektronik gergasi dunia seakan berlumba-lumba ingin mengeluarkan jam tangan pintar dengan pelbagai fungsi termasuk membolehkan pengguna memantau tahap kesihatan mereka. Bukan hanya disebabkan fungsinya, ramai juga tertarik dengan gaya dan reka bentuk smartwatch atau jam pintar ini yang kelihatan sungguh moden.
Jika anda sedang mencari jenama jam pintar terbaik dengan harga yang berbaloi atau sesuai dengan bajet anda, teruskan membaca!

Apple Watch Series 6

Apple Watch Series 6

Apa yang menarik dengan Series 6 ini adalah pembaharuan diberikan oleh Apple dengan fungsi sensor ‘Blood Oxygen’ yang boleh mengukur tahap oksigen di dalam darah secara kasar dengan tempoh pembacaan 15 saat. Jam pintar ini juga menawarkan pelbagai fungsi sukan di luar rumah ataupun di dalam kediaman dan ia boleh mengingatkan pengguna untuk berjalan, bangun berdiri dan menarik nafas. Peranti boleh pakai ini juga dilengkapi dengan sambungan Internet Tanpa Wayar (WiFi) 5GHz bersama cip U1 dan Jalur Lebar Ultra (UWB) untuk pengalaman komunikasi tanpa wayar yang lebih baik. Menarik lagi, Apple sudah meningkatkan keupayaan siri Apple Watch dengan kadar kecerahan paparan kepada 500nits untuk Apple Watch Series 6 jika dibandingkan dengan Series 5 hanya 200nits saja.

Kelebihan

  • Kadar pengecasan pantas
  • Rekabentuk trendy
  • Fungsi sensor ‘Blood Oxygen’
  • Fungsi sukan di luar rumah atau dalam rumah
  • Pilihan tali strap dengan rekaan terbaru
  • Sambungan wifi
  • Emergency SOS

Kekurangan

  • Agak berat berbanding jam pintar lain
  • Harga mahal

Spesifikasi

Sistem operasi watchOS 7.0
Memori 32GB 1GB RAM
Saiz skrin 1.78 inches
Wifi Ada
GPS Ada
Berat 47.1g
Harga RM 1,749++

Samsung Galaxy Watch 4

Samsung Galaxy Watch 4

Samsung Galaxy Watch 4 adalah antara peranti terbaru daripada Syarikat gergasi Samsung. Jam pintar ini menggunakan sistem operasi WearOS termasuk pelancar baru One UI Watch. Kedua-dua variasi berkenaan menggunakan paparan AMOLED dengan cip generasi baharu Exynos W920 dengan penawaran kuasa prestasi lebih baik sehingga 20 peratus berbanding generasi terdahulu. Menariknya lagi, jenama ini menaik taraf peranti boleh pakai mereka dengan beberapa ciri baharu antaranya mengesan jika pemakainya terjatuh dan akan bertindak menghantar pesanan kecemasan termasuk Samsung Pay dan kefungsian NFC.

Kelebihan

  • Sensor pengimbas nadi
  • Bacaan oksigen dalam darah
  • Dilengkapi GPS
  • ECG
  • Emergency SOS
  • Menyokong lebih 90 aktiviti sukan
  • Mengesan rentak tidur
  • Kuasa prestasi lebih baik 20% berbanding generasi lepas
  • Batery mampu tahan lebih 48 jam

Kekurangan

  • Pilihan warna terhad

Spesifikasi

Sistem operasi WearOS , One UI Watch 3
Memori 16GB 1.5GB RAM
Saiz skrin 1.4 inci
Wifi Ya
GPS Ada
Berat 30.3g
Harga RM 999

Huawei Watch GT2

Huawei Watch GT2

Sesuai untuk anda yang gemarkan aktiviti lasak atau suka bersukan, Huawei Watch GT2 adalah pilihan terbaik. Ini kerana ia dilengkapi ciri pintar dan mod senaman yang canggih. Anda boleh mencuba mod sukan baru seperti golf dan ski, malah terdapat lebih 100 mod latihan yang boleh disesuaikan mengikut pilihan hati anda. Paling best adalah jangka hayat baterinya yang mampu bertahan selama dua minggu juga menyokong pengecasan tanpa wayar. Bukan itu sahaja, untuk anda yang gemar mendaki di kawasan hutan atau pergunungan, Huawei Watch GT2 dilengkapi ciri petunjuk jalan pulang yang membolehkan pengguna menjejaki semula laluan yang dilalui tanpa perlu sambungan internet.

Kelebihan

  • 100 mod latihan berbeza seperti berbasikal, yoga, mendaki
  • 10 kursus larian professional diprogramkan
  • Fungsi getaran agar pengguna lakukan gerakan
  • Degupan jantung
  • GPS

Kekurangan

  • Tiada system pembayaran mudah alih

Spesifikasi

Sistem operasi Proprietary OS
Memori 4GB 32MB RAM
Saiz skrin 1.39 inci
Wifi Tiada
GPS Ada
Berat 41g
Harga RM 899

Realme watch

Realme watch

Model Realme watch ini lebih memfokuskan kepada fungsi kecergasan yang menyeluruh selain reka bentuknya yang sungguh bergaya. Jam pintar ini kalis air dengan skrin 1.4 inci dilengkapi dengan pelbagai spesifikasi menarik lain. Pengguna juga boleh melihat pelbagai notifikasi hanya melalui jam sahaja. Apa yang terbaiknya adalah, ia ditawarkan dengan harga sungguh mampu milik dengan berharga serendah RM 299.

Kelebihan

  • Harga mampu milik
  • Pelbagai fungsi kecergasan dan sukan
  • Kalis air
  • Ukur kadar oksigen darah

Kekurangan

  • Tiada GPS
  • Tiada Wifi

Spesifikasi

Sistem operasi Proprietary OS
Memori N/A
Saiz skrin 1.4 inci
Wifi Tiada
GPS Tiada
Berat 31g
Harga RM 299

Fossil Gen 5

Fossil Gen 5

Fossil Gen 5 ini tersenarai antara jam terbaik bagi tahun 2019 malah ia juga menduduki carta kedua selepas jenama gergasi Apple Watch Series 5. Apa yang menjadikan ianya istimewa dari yang lain adalah fungsinya yang mampu mengesan rentak tidur pengguna. Rekaan jam pintar ini juga berbeza dengan yang lain dengan sentuhan elemen klasik seakan kebanyakkan jam analog lain.

Kelebihan

  • Mengesan rentak tidur
  • Sistem GPS
  • Reka bentuk lebih bergaya
  • Bateri lebih tahan lama
  • Kalis air
  • Fungsi kesihatan pelbagai
  • Boleh digunakan dengan Android dan iOS

Kekurangan

  • Tiada pemantau oksigen darah

Spesifikasi

Sistem operasi Powered with Wear OS by Google
Memori 1GB RAM, 8GB
Saiz skrin 1.28 inci
Wifi Ada
GPS Ada
Berat N/A
Harga RM 809++

Apple Watch SE

Apple Watch SE

Versi ini diumumkan bersama Apple Watch series 6 sebagai jam pintar dari Apple dari kelas pertengahan. Bagaimanapun, Apple Watch SE ini tidak mempunyai fungsi yang memantau ECG dan oksigen dalam darah. Ia dikuasakan oleh cip Apple S5 namun dengan fungsi yang dikurangkan. Pengguna boleh memantau denyutan nadi , memanfaatkan fungsi SOS kecemasan, pemantau bunyi bising dan pengesan kejatuhan.

Kelebihan

  • Sensor denyutan nadi
  • Altimeter sentiasa aktif
  • SOS Kecemasan
  • Pemantau bunyi bising
  • Pengesan kejatuhan
  • Fungsi GPS
  • Speaker generasi kedua
  • Mikrofon
  • Pemantau waktu tidur
  • Jejak kitaran haid
  • Peringatan mencuci tangan

Kekurangan

  • Tiada skrin yang selalu aktif
  • Tiada pemantau oksigen darah

Spesifikasi

Sistem operasi watchOS 7.0, upgradable to 8.0
Memori 32GB 1GB RAM
Saiz skrin 1.78 inci
Wifi Ada
GPS Ada
Berat 36.4g
Harga RM 849++

Samsung Galaxy Watch Active 2

Samsung Galaxy Watch Active 2

Jenama Samsung agak popular dalam kalangan pengguna Android. Reka bentuk yang ringan, sporty sesuai untuk anda yang aktif dalam bersukan atau gemarkan aktiviti yang lasak. Versi Galaxy watch ini dilengkapi dengan siri menarik seperti pengesanan jatuh, pemantauan tidur dan mod latihan sukan yang pelbagai seperti, berjalan, berlari, berbasikal dan sebagainya. Pengguna juga boleh memantau tahap tekanan atau stress level diri anda menggunakan jam pintar ini.

Kelebihan

  • Sesuai untuk pengguna aktif bersukan
  • Pantau tahap stress
  • Peringatan mencuci tangan
  • Pantau kadar denyutan jantung
  • Pelbagai mod sukan
  • Bateri tahan sehingga 3-4 hari
  • Dilengkapi GPS

Kekurangan

  • Agak berat berbanding jam pintar lain
  • Harga mahal

Spesifikasi

Sistem operasi Tizen OS 5.5
Memori 4GB 768MB RAM, 4GB 1.5GB RAM
Saiz skrin 1.4 inches
Wifi Ada
GPS Ada
Berat 42g
Harga RM 1,299 ++

Garmin Vivoactive 4

Garmin Vivoactive 4

Garmin Vivoactive 4 bagai dicipta untuk anda yang mahu kekal aktif dengan bersukan. Ia dilengkapi dengan pelbagai mod aktiviti sukan termasuk yoga dan pilates. Jam pintar ini mempunyai sensor denyut nadi dan boleh mengukur tahap oksigen darah serta memberi pengawasan tidur yang lebih terperinci. Ia boleh digunakan bersama Android mahupun iOS. Jangka hayat bateri yang tahan lama sehingga 8 hari juga memudahkan pengguna.

Kelebihan

  • Pemantauan kadar hidrasi badan
  • Pemantauan tahap oksigen dalam darah
  • Fungsi respiration tracking untuk tahu kadar pernafasan, tidur dll
  • Jejak kitaran haid
  • Pantau kadar tekanan atau stress
  • Ciri animasi yoga dan pilates pada skrin
  • Bateri yang tahan lama

Kekurangan

  • Harga agak mahal
  • Berat berbanding jam pintar lain

Spesifikasi

Sistem operasi Android, iOD
Memori 200 jam data aktiviti
Saiz skrin 1.3 inci
Wifi Ada
GPS Ada
Berat 50.5g
Harga RM 1,680 ++

Fitbit sense

Fitbit sense

Untuk anda yang mementingkan tahap kesihatan diri, Fitbit sense adalah pilihan tepat. Ini kerana ia dilengkapi dengan ECG ataupun Electrocardiogram) dan EDA (Electrodermal Activity) yang membolehkannya mengesan perubahan pada kadar degupan jantung, tekanan darah, perubahan pada kadar pengaliran elektrik melalui tahap peluh yang dikeluarkan badan anda. Ha, menarik bukan? Ia seakan jam pintar yang dilengkapi dengan sensor yang sangat banyak untuk membantu pengguna mengetahui tahap fizikal mereka. Pengguna juga boleh pantau tahap tekanan atau stress level dengan jam pintar ini. Sebenarnya, fitbit ini dihasilkan oleh pakar kesihatan mental, serta panduan dari pakar perubatan institusi akademik terkemuka. Sebab itulah banyak fungsinya memang memberi manfaat kepada kesihatan manusia.

Kelebihan

  • Sensor ECG dan EDA mengesan tekanan darah, kadar degupan jantung, kadar pengaliran elektrik
  • Pantau tahap tekanan/ stress level
  • 20 mod senaman
  • Pemantau tidur
  • Pengesan aktiviti autamatik SmarTrack
  • Kalis air
  • Jangka hayat bateri sehingga 6 hari

Kekurangan

  • Harga mahal

Spesifikasi

Sistem operasi Fitbit OS
Memori 4GB
Saiz skrin 1.58 inci
Wifi Ada
GPS Ada
Berat N/A
Harga RM 1,298++

Xiaomi Watch Color 2

Xiaomi Watch Color 2

Produk terbaru daripada Xiaomi ini hadir dengan pelbagai fungsi seperti 117 mod senaman, pemantauan kadar oksigen dalam darah dan pelbagai lagi. Menariknya, ia hadir dengan enam pilihan warna untuk tali jam. Dengan kadar segar semula 60Hz, dan 200 pilihan paparan muka atau watch faces, anda pasti tidak akan bosan dengan jam pintar ini. Jangka hayat bateri untuk Xiaomi Watch Color 2 ini adalah sehingga 12 hari. Lama tu..

Kelebihan

  • 6 pilihan warna tali
  • 200 pilihan paparan muka
  • Kalis air
  • 117 mod sukan / senaman
  • Jangka hayat bateri sehingga 12 hari
  • Pengesanan nadi jantung
  • Pantau oksigen dalam darah
  • Penjejak tidur

Kekurangan

  • Tidak menggunakan operasi Wear OS

Spesifikasi

Sistem operasi Proprietary OS
Memori N/A
Saiz skrin 1.43 inci
Wifi Ada
GPS Ada
Berat N/A
Harga RM 650++

Banyak sebenarnya kelebihan jam pintar dan setengahnya mempunyai fungsi yang tiada pada telefon pintar. Walaupun jenama jam pintar dari Apple Smartwatch mengungguli ranking terbaik, tidak semestinya jenama lain tidak bagus. Kaji terlebih dahulu spesifikasi yang anda mahukan sebelum membeli okay?
Walaupun Jam pintar mungkin lebih mahal daripada sesetengah jam tangan biasa, namun pelbagai fungsi dan kegunaannya pasti membuatkan si pemakai berasa berbaloi. Yang penting, pengguna perlu manfaatkan sepenuhnya fungsi yang ada.



Related posts