Kawal Berat Badan Secara Sihat Dan Semula Jadi: 5 Produk Boleh Anda Cuba Sekarang

Kawal Berat Badan Secara Sihat Dan Semula Jadi: 5 Produk Boleh Anda Cuba Sekarang
Fesyen


Penjagaan kesihatan ni sangat luas ya. Kerana ia meliputi soal penjagaan kulit, tahap kebersihan diri, tidur yang cukup termasuklah bab yang paling popular ni, iaitu mengawal berat badan. Apa yang penting untuk kekal sihat adalah disiplin dan kesungguhan.

Masalah berat badan berlebihan dan obesiti bukan sahaja dialami oleh rakyat Malaysia, namun masyarakat di seluruh dunia dan ia sungguh membimbangkan. Berat badan berlebihan boleh mengundang kepada pelbagai jenis penyakit bahaya termasuklah penyakit darah tinggi, kencing manis dan masalah jantung.

Sebab itulah anda yang mempunyai masalah berat badan berlebihan ni perlu bertindak sekarang sebelum terlambat. Antara inisiatif yang boleh anda lakukan adalah dengan mengambil produk yang kaya dengan serat agar ia mudah dihadam dan diproses melalui proses perkumuhan badan. Ha, tapi jangan sebarangan produk tau! Pastikan kandungannya adalah daripada sumber-sumber alami.
Jom lihat senarai produk ini.

BEAUXLIM Botanical Tea with Garcinia Cambogia

BEAUXLIM Botanical Tea with Garcinia Cambogia
BEAUXLIM Botanical Tea with Garcinia Cambogia ialah campuran teh botani yang menyegarkan untuk minuman harian anda. Setiap hirupan membekalkan kebaikan teh hijau, serai, Garcinia Cambogia dan bahan botani lain yang dapat membantu meningkatkan tahap kesihatan badan. Ia diperbuat daripada 100% ramuan semula jadi, serta mempunyai keharuman aroma yang menyegarkan dan rasa yang unik, menjadikannya sedap dinikmati pada bila-bila masa sahaja. Produk ini sesuai dimimum setiap hari untuk penghadaman yang sihat dan bentuk badan yang lebih menawan. Kajian terbaru juga membuktikan Garcinia Cambogia Dapat membantu dalam pengurusan berat badan di samping amalan diet yang seimbang dan senaman.

Kelebihan BEAUXLIM Botanical Tea with Garcinia Cambogia:

  • Meningkatkan penghadaman
  • Melegakan kembung perut
  • Mengelakkan sembelit
  • Membantu meningkatkan pembakaran lemak dan kadar metabolism

Kekurangan BEAUXLIM Botanical Tea with Garcinia Cambogia:

  • Kurang sesuai untuk anda yang tidak gemar rasa teh

Info BEAUXLIM Botanical Tea with Garcinia Cambogia:

Nama produk: BEAUXLIM Botanical Tea with Garcinia Cambogia
Berat/Kandungan: 3.6g x 15 uncang teh
Harga: RM 28.80

BIOXCELLENT W.Line Fiber

BIOXCELLENT W.Line Fiber
Bioxcellent adalah produk yang mempunyai fungsi detox yang selamat digunakan kerana ianya mematuhi standard penyulingan yang diluluskan oleh KKM dan GMP. Khas untuk anda yang sering mempunyai masalah sembelit atau sukar membuang air besar, ini adalah antara alternatif yang boleh anda cuba. Produk ini kaya dengan pelbagai ekstrak alami antaranya adalah ekstrak jus nanas, ekstrak timun, jus lemon, ekstrak jus betik, ekstrak lobak merah dan ekstrak jus mangga. Bahan-bahan ini juga mampu mengawal tahap kolestrol dalam badan disamping membantu mengawal berat badan yang berlebihan.

Kelebihan BIOXCELLENT W.Line Fiber:

  • Mengurangkan berat badan dengan fungsi detox yang free radikal
  • Meningkatkan sistem imunisasi badan
  • Mengawal tahap kolesterol
  • Mencegah berat badan berlebihan
  • Memutihkan kulit
  • Menghalang pembentukan melanin yang menjadi punca kulit gelap
  • Sesuai untuk lelaki dan perempuan

Kekurangan BIOXCELLENT W.Line Fiber:

  • Perlu dibancuh dengan air

Info BIOXCELLENT W.Line Fiber:

Nama produk: Bioxcellent Waistline Fiber
Berat/Kandungan: 700g
Harga: RM 65.99

KITSUI Coffee XSlim Shapez

KITSUI Coffee XSlim Shapez
Kitsui Coffee Xslim Shapez sangat sesuai untuk anda yang mahu menurunkan berat badan dengan cara yang sihat. Ia adalah minuman campuran botani yang diformulasi dengan formulasi terkini Korea. Produk ini dihasilkan dengan menggunakan teknik pembekuan berkepekatan tinggi untuk dijadikan dalam bentuk serbuk dan ia diperbuat dari bahan yang Halal dan semulajadi. Antara kandungan utamanya adalah ginseng Korea yang mampu menguatkan sistem imun dan melawan keletihan badan. Ekstrak serat dari biji kopi hijau juga mempunyai antioksidan yang tinggi membantu meningkatkan tenaga keseluruhan badan. Apa yang penting adalah L-Carnitine yang dapat membantu mengurangkan lemak serta meningkatkan metabolisme badan.

Kelebihan KITSUI Coffee XSlim Shapez:

  • Bahan utama gingseng korea untuk menguatkan sistem imun
  • Mempunyai antioksidan tinggi
  • Ekstrak biji kopi hijau membantu mengawal berat badan
  • Biji kopi mentah ditanam secara semulajadi
  • Mengurangkan lemak dan meningkatkan metabolisme badan

KITSUI Coffee XSlim Shapez:

  • Tidak sesuai untuk yang tidak gemar rasa kopi

KITSUI Coffee XSlim Shapez:

Nama produk: Kitsui Coffee Xslim Shapez
Berat/Kandungan: 35 sachets x 15g
Harga: RM 69.70

Kinohimitsu Skinny Cocoa

Kinohimitsu Skinny Cocoa
Nikmati rasa koko yang kaya, sambil membantu anda mengawal berat badan. Biji koko yang dipilih adalah daripada 10 pilihan biji koko premium dihasilkan dari Afrika Barat dan Indonesia. Produk ini berkesan dalam proses mengekalkan mikrobiom usus yang sihat. Kinohimitsu Skinny Cocoa juga menggunakan Serbuk Koko Asli dengan 98% pepejal koko dan kaya dengan Fitonutrien dan mineral, bebas pengawet, bebas hormone dan tiada perisa atau warna tiruan.

Kelebihan Kinohimitsu Skinny Cocoa:

  • Formula koko dengan fungsi kawalan berat badan
  • Membakar lemak tersimpan untuk tenaga
  • Tinggi dengan serat (prebiotik) yang membantu menggalakkan kesihatan usus
  • Membantu mengurangkan water retention
  • Menggunakan Serbuk Koko Asli dengan 98% pepejal koko
  • Kaya dengan fitonutrien dan mineral
  • Tanpa pengawet

Kekurangan Kinohimitsu Skinny Cocoa:

  • Harga agak mahal

Info Kinohimitsu Skinny Cocoa:

Nama produk: Kinohimitsu Skinny Cocoa
Berat/Kandungan: 14 sachets x 20g
Harga: RM 85.90

NUTRABLISS BY WATSONS D’Tox Tea

NUTRABLISS BY WATSONS D'Tox Tea
Dengan harga mampu milik, anda mampu mendapatkan produk detox terbaik daripada Watsons ini. Nutrabliss by Watsons D’Tox Tea ini kaya dengan campuran herba seperti teh hijau, daun senna, kayu manis dan ekstrak rooibos organik. Kesemua bahan ini dapat membantu menggalakkan penyingkiran toksin dan bahan buangan berbahaya dalam badan agar anda kekal sihat.

Kelebihan NUTRABLISS BY WATSONS D’Tox Tea:

  • Membantu penyingkiran toksin
  • Bahan organik
  • Campuran pelbagai herba terbaik

Kekurangan NUTRABLISS BY WATSONS D’Tox Tea:

  • Rasa kurang sedap

Info NUTRABLISS BY WATSONS D’Tox Tea:

Nama produk: Nutrabliss by Watsons D’Tox Tea
Berat/Kandungan: 20 sachets x 3.5g
Harga: RM 29.90

Lambakkan produk untuk mengawal berat badan di pasaran membuatkan pengguna rambang mata dan tidak tahu produk manakah yang berkesan. Hasil setiap produk mungkin berbeza dengan setiap individu mengikut saiz badan dan tahap kesihatan mereka. Oleh itu, pilihlah produk yang bersesuaian dengan badan anda, bukannya terikut-ikut dengan orang lain.

Penting untuk anda pastikan produk yang anda ambil mempunyai kelulusan daripada pihak KKM dan mempunyai sijil halal serta sijil-sijil kelulusan sepatutnya. Kurus-kurus juga, tapi jangan sampai termakanan produk yang salah pula, kelak nanti badan binasa.



Related posts