5 Losen Pencerah Badan Mesti Cuba Untuk Kulit Lebih Sempurna

5 Losen Pencerah Badan Mesti Cuba Untuk Kulit Lebih Sempurna
Fesyen


Terdapat banyak sapuan seperti losen badan di pasaran yang direka untuk kembalikan semula kulit tubuh badan berseri, putih dan cerah sempurna. Memanjakan diri dengan produk losen pencerah badan, terutamanya dalam kalangan wanita yang sering dikekang masa adalah sangat penting. Setiap produk yang digunakan mendatangkan hasil yang berbeza pada kulit badan, bergantung pada bahan yang telah disuntik dalam kandungannya. Pencerahan kulit bukanlah sekadar untuk mencerah, ia juga seharusnya berfungsi meratakan ton kulit serta menaikkan seri.

Vitamin merupakan kandungan bahan yang perlu wujud pada setiap losen pencerah badan dalam mengekalkan kemulusan kulit wajah. Gunakan losen pencerah yang kaya dengan vitamin A seperti retinol, isotretinon dan tretinoin yang ditambah dengan formula pemutih. Hasilnya pasti cukup sempurna! Antara 5 jenama losen pencerah badan mesti cuba untuk kulit lebih sempurna adalah seperti berikut:

Nivea Extra Bright 10 Super Vitamin Serum in Body Lotion

Nivea Extra Bright 10 Super Vitamin Serum in Body Lotion

Produk NIVEA sebagai peneraju jenama produk penjagaan kulit antarabangsa sentiasa memenuhi kehendak pengguna khsususnya wanita untuk memiliki kulit cantik dan cerah sekata. Siri Nivea Extra Bright 10 Super Vitamin Serum in Body Lotion termasuk salah satu losen pencerah badan terbaru dari Nivea mempunyai bau mirip seperti wangi parfum high-end.

Nivea Extra Bright 10 Super Vitamin Serum in Body Lotion mengandungi 100 kali Vitamin A untuk membaiki kulit dan lebih antioksidan untuk memperbaharui kulit agar tubuh lebih cerah berseri dan sihat seawal 7 hari. Ia juga difomulasi dengan vitamin C, B4, Pro B5, B9 dan E.

Dengan ekstrak buah Lemon, Goji Berry, Delima dan Avocado, Nivea Extra Bright 10 Super Vitamin Serum in Body Lotion berupaya meningkatkan sistem imun tubuh sebagai penghalang ‘inside-out’ iaitu bersifat anti oksidan, mencerahkan, mencegah hiperpigmentasi, melembabkan, melembutkan dan menjadikan kulit bersinar.Nivea Extra Bright 10 Super Vitamin Serum in Body Lotion juga berupaya membantu membaiki sel kulit kusam akibat terdedah kepada cahaya matahari kerana memiliki SPF 15.

Kelebihan Nivea Extra Bright 10 Super Vitamin Serum in Body Lotion

  • Tekstur ringan dan tidak melekit
  • Mencerahkan kulit seawal 7 hari
  • Bau harum seperti wangian premium
  • Mengandungi 100 kali Vitamin A

Kekurangan Nivea Extra Bright 10 Super Vitamin Serum in Body Lotion

  • Elakkan terkena bahagian dan mulut

Spesifikasi Nivea Extra Bright 10 Super Vitamin Serum in Body Lotion

Isipadu: 320ml
Kandungan: Aqua, Glycerin, Alcohol Denat, C12-15 Alkyl Benzoate, Tapioca Starch, Butyl Methoxydibenzoylmethane, Octocrylene, Phenylbenzimidazole Sulfonic Acid, Cetearyl Alcohol, Phenoxyethanol, Behenyl Alcohol, Sodium Hydroxide, Sodium Stearoyl Glutamate, Ethylhexylglycerin, Trisodium EDTA, Acrylates/C10-30 Alkyl Acrylate Crosspolymer, Carbomer, Xanthan Gum, Niacinamide, Sodium Ascorbyl Phosphate, Persea Gratissima Oil, Retinyl Palmitate, Tocopheryl Acetate, Panthenol, Maltodextrin, Sodium Chloride, Citrus Limon Juice, Folic Acid, Lycium Barbarum Fruit Extract, Punica Granatum Fruit Extract, Glycyrrhiza Glabra Root Extract, Pantolactone, Potassium Sorbate, Citric Acid, Tocopherol, Sorbic Acid, Ascorbic Acid, Parfum
Harga: RM23.80

ROSKEN Whitening and Firming Cream

ROSKEN Whitening and Firming Cream

ROSKEN jenama penjagaan diri popular dari Australia memiliki losen pencerah badan tersendiri. Siri ROSKEN Whitening and Firming Cream adalah pilihan losen pemutih dan menegangkan kulit dengan keberkesanan dalam masa 28 hari. ROSKEN Whitening and Firming Cream mampu menganjalkan dan menambah baik tona kulit agar kulit kelihatan lebih berseri.
Disahkan Halal, ROSKEN Whitening and Firming Cream dibangunkan menggunakan formulasi bahan aktif Lipogard, yang merupakan campuran proprietari antioksidan termasuk Vitamin E dan Q10. Ia menjadikan kulit kelihatan sempurna dan terasa lebih tegang. ROSKEN Whitening and Firming Cream mengandungi bahan aktif khas ‘Whitenyl-Firmex11’ aktif bersama dengan antioksidan E dan CoQ10 membantu mencerahkan kawasan hiperpigmentasi, memudarkan tanda coklat, menghilangkan jeragat dan bintik-bintik penuaan.
Bukan itu sahaja, malah ROSKEN Whitening and Firming Cream memberikan kelembapan berpanjangan selama 24 jam menerusi bahan aktif Hydroviton24 kompleks, pelembap termaju abad ini. Telah diuji secara klinikal, ROSKEN Whitening and Firming Cream mengandungi minyak Badam Emolien merupakan pelembap yang baik untuk menyuburkan, melembutkan kulit serta membantu merawat kulit kering.

Kelebihan ROSKEN Whitening and Firming Cream

  • Manfaat pencerahan dan menganjalkan kulit.
  • Serasi untuk kulit kering
  • Menyediakan pelembapan 24 jam, kulit licin seperti sutera
  • Memperbaiki dan menyuburkan kulit

Kekurangan ROSKEN Whitening and Firming Cream

  • Stok terhad

Spesifikasi ROSKEN Whitening and Firming Cream

Isipadu: 200ml
Kandungan: Air, Trigliserida Caprylic/Capric, Cyclomethicone, Minyak Badam Manis, Gliserin, Cetearyl Alcohol, Dimethicone, Octyldodecanol, Diacetyl Boldine, Teritanolamin, Phenoxyethanol, Carbomer, Ceteareth-20, Hydrolysed Elastin, Yeast Extract, Allzon Methyl , Pentylene Glycol, Serine, Sodium Chloride, Sodium Lactate, Sorbitol, Urea, Akrilat, Alkil Akrilat Crosspolimer, Parfum, Tocopheryl Acetate, Disodium EDTA, Propylparaben, Squalane, BHT, Ubiquinone
Harga: RM41.57

L’ERBOLARIO Tra I Ciliegi Body Cream

L'ERBOLARIO Tra I Ciliegi Body Cream

L’ERBOLARIO jenama premium penjagaan diri buatan Itali khas untuk individu bercitarasa mewah. L’ERBOLARIO Tra I Ciliegi Body Cream mempunyai kesan perlindungan, pencerahan dan menganjalkan kulit menggunakan 97 peratus daripada bahan asas semula jadi. L’ERBOLARIO Tra I Ciliegi Body Cream losen pencerah badan dengan ramuan utamanya adalah buah ceri bertekstur krim yang ringan mempunyai pelbagai khasiat dan vitamin. Ia tidak melekit dan berbau sangat harum dengan campuran ramuan ekstrak bunga sakura, koko, biji bunga matahari, mentega kelapa dan minyak zaitun. Tanpa sebarang silikon, paraben dan petrolatum, L’ERBOLARIO Tra I Ciliegi Body Cream selamat dan serasi untuk individu berkulit kering dan sensitif. Diuji secara dermatologi, L’ERBOLARIO Tra I Ciliegi Body Cream krim lembut yang meleleh dan menyerap dengan begitu pantas ke dalam kulit menjadikan kulit anjal, lembut dan selembut baldu.

Kelebihan L’ERBOLARIO Tra I Ciliegi Body Cream

  • Tekstur yang ringan & tidak berminyak
  • Penyerapan segera
  • Sesuai untuk kulit sensitif
  • Bebas silicon & paraben

Kekurangan L’ERBOLARIO Tra I Ciliegi Body Cream

  • Harga tinggi di pasaran

Spesifikasi L’ERBOLARIO Tra I Ciliegi Body Cream

Isipadu: 200ml
Kandungan: Aqua (Air), minyak biji Helianthus annuus (Bunga Matahari), Prunus avium (Ceri manis) air buah , Dicaprylyl ether, Parfum (Pewangi), Cetearyl alcohol, Polyglyceryl-2 stearate, Gliserin, Glyceryl stearate, Prunus avium (Sweet cherry) fruit jus, ekstrak buah Prunus avium (ceri manis), ekstrak bunga Prunus avium (ceri manis), minyak biji Prunus avium (ceri manis), mentega biji Theobroma cacao (Koko), mentega biji Cocos nucifera (Kelapa), mentega biji Shorea robusta, Protein beras terhidrolisis, minyak Olea europaea (Olive) yang tidak boleh dicemari, Tocopherol, ekstrak daun Rosmarinus officinalis (Rosemary), minyak biji Brassica campestris (Rapeseed), Stearyl alcohol, Xanthan gum, Cellulose gum , Microcrystalline cellulose, Caprylyl caprylate/caprate, , Asid sitrik, Benzil alkohol, Coumarin, Hexyl cinnamal, D-limonene, Linalool, Natrium anisat, Natrium levulinat, Kalium sorbat, Natrium benzoat
Harga: RM170.00

Eucerin Spotless Brightening Body Lotion

Eucerin Spotless Brightening Body Lotion

Jenama penjaga diri yang sudah lama bertapak di Korea Selatan, Eucerin memiliki peminat yang tersendiri. Eucerin Spotless Brightening Body Lotion memiliki SPF7 mengandungi gabungan ekstrak Likuoris semulajadi yang lembut untuk membantu mencerahkan warna kulit jika digunakan secara berterusan. Eucerin Spotless Brightening Body Lotion diperbuat daripada Thiamidol, mampu mengurangkan hiperpigmentasi, menjadikan warna kulit yang lebih sekata dan cerah sempurna.
Eucerin Spotless Brightening Body Lotion, losen tanpa wangian hadir dengan Perlindungan UV dan ramuan Vitamin E untuk melindungi kulit daripada radikal bebas yang disebabkan oleh UV yang berbahaya. Diuji secara klinikal di makmal dermotologi, Eucerin Spotless Brightening Body Lotion serasi untuk pengguna kulit sensitif berupaya membaiki dan memulihkan kulit tubuh yang rosak. Untuk lebih berkesan, Eucerin Spotless Brightening Body Lotion dicadangkan digunakan sebanyak dua kali sehari setiap kali selepas mandi.

Kelebihan Eucerin Spotless Brightening Body Lotion

  • Tanpa pewangi, paraben dan alkohol
  • Diuji secara oftalmologi
  • Sereasi untuk kulit sensitif
  • Perlindungan UV memiliki SPF7

Kekurangan Eucerin Spotless Brightening Body Lotion

  • Bau seakan sama dengan produk Eucerin lain

Spesifikasi Eucerin Spotless Brightening Body Lotion

Isipadu: 250ml
Kandungan: Aqua, Paraffinum Liquidum, Cetearyl Alcohol, Ethylhexyl Methoxycinnamate, Gliserin, Tocopheryl Acetate, Ekstrak Akar Glycyrrhiza Glabra, Glyceryl Stearate SE, PEG-40 Castor Oil, Sodium Carbomer, Sodium Cetearyl0crylates-Crylates-1 Phenoxyethanol, Caprylyl Glycol, Trisodium EDTA
Harga: RM49.50

Ivy White Whitening Body Lotion

Ivy White Whitening Body Lotion

Ivy White Whitening Body Lotion adalah pilihan ideal untuk anda yang ingin mencerahkan kulit tubuh dengan harga yang berpatutan. Ivy White Whitening Body Lotion direka khusus dengan kompleks pemutihan semula jadi, seperti Likuoris, ekstrak Mulberi, Arbutin dan Vitamin C. Ia menghalang pembentukan melanin dan mencegah bintik-bintik dan jeragat. Selain itu, Ivy White Whitening Body Lotion diperkaya dengan susu kambing untuk melindungi asid kulit sambil mengekalkan kelembapan semulajadi lebih 48 jam lamanya.
Mengandungi pelindung matahari, Ivy White Whitening Body Lotion melindungi kulit daripada sinaran UV yang berbahaya. Formula bebas grisnya, mudah disebarkan dirumus dengan penapis UV-A dan UV-B untuk memberikan spektrum perlindungan yang luas terhadap sinaran matahari, mengurangkan penampilan cela kulit dan tanda-tanda penuaan. Ivy White Whitening Body Lotion juga memiliki Koenzim Q10 dan Vitamin E untuk mengatasi kerosakan radikal bebas dan menggalakkan penghasilan kolagen untuk mengekalkan keanjalan kulit.

Kelebihan Ivy White Whitening Body Lotion

  • Menghalang pembentukan melanin
  • Mengekalkan kelembapan semula jadi kulit
  • Diformulasikan dengan bahan semula jadi
  • Perlindungan pelembapan lebih 48 jam

Kekurangan Ivy White Whitening Body Lotion

  • Tekstur sedikit melekit

Spesifikasi Ivy White Whitening Body Lotion

Isipadu: 450ml
Kandungan: Air, Minyak Mineral, Cetearyl Alcohol, Ceteareth-20, Gliserin, Stearic Acid Dimethicone, Isononyl Isononanoate, Lanolin, Cetyl Alcohol, Titanium Dioxide, Ethylhexyl Methoxycinnamate, Triethanolamine, Fragrance, Acrylates/c10- 30 Hypolurh Alkyl, Acrylates/c10-30 Methylparaben, Propylparaben, Tetrasodium Edta, Morus Bombycis (Mulberi) Ekstrak Akar Glycyrrhiza Glabra (Likuoris) Ekstrak Akar, Ascorbyl Tetraisopalmitate, Arbutin, Ekstrak Saxifraga Sarmentosa, Vitis Vinifera (Anggur) Ekstrak Buah-buahan, Ekstrak Butyleneria Edta Glycolensis, Butyleneria Distractikal Glycolensi Glikol, Lesitin, Asid Linolenik, Asid Linoleik, Ascorbyl Palmitate, Glutathione, Tocopheryl Acetate, Methylisothiazolinone, Phenoxyethanol
Harga: RM18.92

Mencari losyen badan dalam bajet bawah RM30? Klik sini untuk mengetahui lebih lanjut.

Cahaya matahari adalah sumber utama sinaran ultra ungu yang menyebabkan penuaan kulit seperti bintik gelap, pigmentasi, warna kulit yang tidak sekata dan kulit kusam. Justeru, sama ada di kawasan terlindung daripada cahaya matahari mahupun terbuka, kulit kita sentiasa terdedah kepada sinaran UV. Oleh itu, pentingnya penggunaan produk losen pencerahan badan yang betul supaya dapat membantu menghalang proses penuaan kulit akibat sinaran UV dan mengekalkan kecerahan dan kesihatan kulit. Penggunaan losen badan yang sesuai dan disapukan setiap kali mandi atau mandi, dapat membantu melembapkan kelembapan jauh ke dalam kulit agar tetap terhidrasi dan kenyal. Paling penting dapat melindungi kulit dari sinaran matahari, mencerah dan yang pasti dapat membantu memutihkan kulit lebih sempurna.

Jika mempunyai masalah kulit sensitif, sebaiknya, dapatkan nasihat pakar kulit terlebih dahulu untuk mengenali masalah kulit yang dihadapi bagi menghindari kesilapan penggunaan apa jua jenis losen pencerah badan. Usah terpedaya dengan rupa botol dan bau losen yang harum. Ingat, setiap produk mengandungi bahan dan manfaat berbeza untuk individu yang berbeza.



Related posts