• HOME
  • New Article
  • Fesyen
  • Kecantikan dalam Genggaman: 5 Serum Pencerah Wajah Terbaik di Bawah RM100 untuk Kecantikan Mesra Poket

Kecantikan dalam Genggaman: 5 Serum Pencerah Wajah Terbaik di Bawah RM100 untuk Kecantikan Mesra Poket

Kecantikan dalam Genggaman: 5 Serum Pencerah Wajah Terbaik di Bawah RM100 untuk Kecantikan Mesra Poket
Fesyen


Dengan gaya hidup sibuk di bawah pancaran matahari menyebabkan usaha mengekalkan kecerahan dan keremajaan kulit jadi terhalang. Pendedahan bagi tempoh lama di bawah cahaya ultra ungu bukan saja menyebabkan kulit wajah lebih gelap, kurang bersinar dan kasar tetapi juga menyumbang kepada ton kulit yang tidak rata, bertompok serta bintik hitam. Jangan tidak tahu, alat elektronik juga mampu mengeluarkan sinaran UV yang membahayakan kulit dari semasa ke semasa.

Menyedari cabaran yang terpaksa dihadapi wanita Asia untuk memelihara kulit mereka terutama kesan cuaca juga teknologi, banyak syarikat penjagaan wajah dan kecantikan terkemuka mengambil inisiatif memperkenalkan rangkaian produk terbaru seperti serum khas untuk mencerahkan wajah dan menghilangkan segala masalah kulit muka.

Bertujuan membantu wanita mendapatkan kulit lebih cerah dengan pantas serta berkesan, kami ingin mencadang dan memperkenalkan lima serum pencerah paling top. Paling penting, kelima-lima serum diperkaya dengan bahan pencerah terbaik bagi mendapatkan kulit lebih cerah, membantu mengurangkan bintik hitam, memudarkan parut jerawat dan juga memberikan ton kulit sekata. Lebih menyeronokkan, kesemua produk ini ditawarkan pada harga yang mesra poket! Jom semak.

NIVEA Face Care Extra Bright C&HYA Vitamin Serum

NIVEA Face Care Extra Bright C&HYA Vitamin Serum
Selama lebih dari 100 tahun, NIVEA terus komited menawarkan penjagaan kulit terbaik dengan rangkaian produk yang dirumus khas. NIVEA melancarkan inovasi terbaru iaitu rangkaian penjagaan kulit NIVEA Face Care Extra Bright C&HYA Vitamin Serum dengan gabungan kebaikan sains dan bahan semula jadi. Ia diperkaya dengan 500 kali konsentrasi Vitamin C diekstrak menerusi teknik sejuk (cold extraction technology) dan tiga kali saiz molekul Hyaluron. Teknik sejuk, tidak membabitkan penggunaan haba bagi mengekalkan semua kebaikan vitamin dan nutrien untuk kulit, dan memastikan keberkesanan yang optimum dan anti-oksida pada tahap maksima dicapai teknologi.
NIVEA Face Care Extra Bright C&HYA Vitamin Serum menjadikan kulit lebih berseri, anjal dan sihat sempurna. Kebaikan NIVEA Face Care Extra Bright C&HYA Vitamin Serum memilki Vitamin C salah satu bahan penjagaan kulit paling berkesan dan selamat untuk masalah kulit kusam dan tona tidak sekata. Ujian iodin menunjukkan Vitamin C yang diekstrak dengan teknik sejuk mempunyai keberkesanan yang lebih tinggi, mengesahkan statusnya sebagai penyelesaian yang luar biasa untuk kulit lebih sihat, berseri, anjal, lembap berpanjangan, kulit terhidrat, dan lembut selepas digunakan.

Kelebihan NIVEA Face Care Extra Bright C&HYA Vitamin Serum:

  • Diekstrak dengan teknik sejuk
  • Formula penyerapan cepat menembusi kulit secara mendalam
  • Kepekatan Vitamin C yang Tinggi. Diperkaya dengan 500x Vitamin C
  • Serum dirumus tanpa paraben dan silikon

Kekurangan NIVEA Face Care Extra Bright C&HYA Vitamin Serum:

  • Stok terhad di pasaran

Spesifikasi NIVEA Face Care Extra Bright C&HYA Vitamin Serum:

Isipadu/Berat: 30ml
Kandungan: Aqua, PEG-8, Myristic Acid, Gliserin, Stearic Acid, Potassium, Hydroxide, Butylene Glycol, Lauric Acid, Palmitic Acid, Glyceryl Stearate SE, Citrus Sinensis Fruit Extract, Sodium Acetylated Hyaluronate, Sodium Hyaluronate, Hydrolyzed Sodium Hyaluronate Sodium Hyalypolyzed
Harga: RM85.00

HADA LABO HA Supreme Vita Brightening Concentrate Booster Serum

HADA LABO HA Supreme Vita Brightening Concentrate Booster Serum
HADA LABO HA Supreme Vita Brightening Concentrate Booster Serum diilhamkan oleh kebijaksanaan kecantikan Jepun bersama rumusan nisbah ramuan sempurna. HADA LABO HA Supreme Vita Brightening Concentrate Booster Serum menggabungkan teknologi terkini dan ekstrak semula jadi untuk membentuk konsentrasi pencerah menembusi jauh ke dalam kulit sekali gus memberikan hasil kulit berseri. Ia bebas daripada alkohol, pewangi, minyak mineral dan pewarna, yang menjadikannya sesuai untuk semua jenis kulit.
HADA LABO HA Supreme Vita Brightening Concentrate Booster Serum membantu anda memperoleh hasil dengan lebih cepat kerana ia mempunyai bahan-bahan kepekatan dalam jumlah lebih besar. Serumnya mempunyai tekstur yang lebih ringan, jadi ia boleh menyerap bahan aktif dengan cepat ke dalam kulit. Malah ia terkandung 4 jenis Asid Hyaluronik (H.A.) premium membantu meningkatkan fungsi kulit. Keberkesanan serum ini membuktikan komitmen jenama HADO LABO untuk menawarkan bukan sahaja kulit yang cerah, tetapi juga sempurna dan berseri dari dalam.

Kelebihan HADA LABO HA Supreme Vita Brightening Concentrate Booster Serum:

  • Mengurangkan parut jerawat dan bintik hitam sebanyak 48 peratus hanya 5 minit
  • Diperkaya dengan 4 jenis Asid Hyaluronik
  • Teksturnya yang ringan dan cepat menyerap jauh ke dalam kulit
  • Bebas alkohol, pewangi, minyak mineral dan pewarna

Kekurangan HADA LABO HA Supreme Vita Brightening Concentrate Booster Serum:

  • Terdapat di pasaran terpilih sahaja

Spesifikasi HADA LABO HA Supreme Vita Brightening Concentrate Booster Serum:

Isipadu/Berat: 30ml
Kandungan: Aqua, Glycereth-26, Gliserin, Niacinamide, Propanediol, Butylene Glycol, 1,2-Hexanediol, Diglycerin, Panthenol, Polyglycerin-3, Acrylates/C-19-30 Alkyl Acrylate Crosspolymer, Tromethamine, Betaine, Xanthan Gum Ethylhexylglycerin, Adenosine, Hydrolyzed Hyaluronic Acid, Hydroxypropyltrimonium Hyaluronate, Hyaluronic Acid, Hippophae Rhamnoides Fruit Extract, Rosa Canina Fruit Extract, Disodium Phosphate, Maltodextrin, Caprylic/Capric Triglyceride, Sodium Phosphateryl Capriate, Sodium Phosphateryl Capriate saluran, Sodium Hyaluronate, Ekstrak Alga Natrium Sitrat, Ekstrak Daun Brassica Rapa (Turnip), Asid Sitrik, Cyanocobalamin
Harga: RM65.86

SAFI 3X Brightening Hyaluron Serum

SAFI 3X Brightening Hyaluron Serum
SAFI jenama Halal nombor satu rangkaian produk penjagaan kulit memperkenalkan SAFI 3X Brightening Hyaluron Serum untuk mencerah kulit. Diformulasi dengan 100x Vitamin C dan 5% Niacinamide, SAFI 3X Brightening Hyaluron Serum terbukti secara saintifik dapat membantu 3X mencerahkan kulit agar wajah kelihatan cerah berseri, bebas bintik hitam & jeragat. Bahan-bahan penting terkandung dalam SAFI 3X Brightening Hyaluron Serum mampu melawan perubahan warna kulit yang kusam, memudarkan bintik dan warna tidak sekata, melancarkan peredaran darah, mengurangkan kemerahan kulit, membuang toksin pada sel kulit, meningkatkan keanjalan dan meningkatkan pertumbuhan semula kolagen.
SAFI 3X Brightening Hyaluron Serum yang berkualiti tinggi serta diiktiraf Halal oleh JAKIM. Serum yang bertekstur ringan ini mampu menyerap jauh ke dalam lapisan kulit untuk mengembalikan nutrien dan kehalusan kulit. Malah penggunaan SAFI 3X Brightening Hyaluron Serum secara efektif untuk mencerah dan menghidratkan kulit pada masa yang sama. SAFI 3X Brightening Hyaluron Serum memiliki tekstur halus untuk membantu menjadikan wajah lebih cerah dan mulus.

Kelebihan SAFI 3X Brightening Hyaluron Serum:

  • Mencerah seawal 3 hari
  • Tekstur ringan yang diserap dengan cepat
  • Kandungan 100x Vitamin C, 5% Niacinamide dan Asid Glikolik dan Asid Hialuronik
  • Harga berpatutan

Kekurangan SAFI 3X Brightening Hyaluron Serum:

  • Untuk kesan lebih ketara perlu guna dengan produk sampingan yang lain

Spesifikasi SAFI 3X Brightening Hyaluron Serum:

Isipadu/Berat: 30ml
Kandungan: Air, Panthenol, Niacinamide, Biosaccharide gum-1, Glyceryl Polyacrylate, Sodium Hyaluronate, Hyaluronic Acid, Disodium EDTA, PEG-7 Glyceryl Cocoate, Triethanolamine, Terminalia, Ekstrak Buah Ferdinandiana, Ekstrak Lithothamnion Calcareum, Borago Offici
Harga: RM27.84

SKINTIFIC 10% Vitamin C Brightening Glow Serum

SKINTIFIC 10% Vitamin C Brightening Glow Serum
SKINTIFIC produk kecantikan popular berasal dari Kanada muncul dengan pelbagai variasi penjagaan kulit terbaik. Bagi anda yang ingin mencerahkan kulit wajah, SKINTIFIC 10% Vitaminc C Brightening Glow Serum berupaya memudarkan noda gelap dengan pantas dan berkesan. SKINTIFIC 10% Vitaminc C Brightening Glow Serum memiliki kandungan 10% L-Ascorbic Acid, Vitamin C yang dapat mudah mencerahkan juga memudarkan hiperpigmentasi.
SKINTIFIC 10% Vitaminc C Brightening Glow Serum diperkaya dengan Triple Antioksidan untuk mencegah kulit dari kekusaman. Serum ini juga turut mengandungi Ferulic Acid dan Vitamin E yang berkesan membantu menghilangkan garisan halus pada wajah. Telah diuji secara dermatologis, SKINTIFIC 10% Vitaminc C Brightening Glow Serum bukan sahaja mencerahkan wajah, tetapi turut merawat kulit yang kusam dan membantu memudarkan bintik hitam pada wajah. Bertekstur cecair dan ringan, SKINTIFIC 10% Vitaminc C Brightening Glow Serum mudah diratakan ke kulit serta cepat meresap dengan baik jauh ke dalam.

Kelebihan SKINTIFIC 10% Vitamin C Brightening Glow Serum:

  • Triple Antioksidan, mencegah kulit dari kekusaman
  • Serum Vitamin C yang mengandungi 10% L-Ascorbic Acid
  • Ferulic Acid dan Vitamin E menghilangkan garis halus
  • Diuji secara dermatologis

Kekurangan SKINTIFIC 10% Vitamin C Brightening Glow Serum:

  • Untuk hasil yang optimum, perlu gunakan kerap pada waktu pagi dan malam

Spesifikasi SKINTIFIC 10% Vitamin C Brightening Glow Serum:

Isipadu/Berat: 20ml
Kandungan: Aqua, Ascorbic Asid, Butylene Glycol, Gliserin, Tranexamic Acid, Betaine, Peg/Ppg-17/6 Copolymer, 1,2-Hexanediol, Hydroxyacetophenone, Bis-Peg-18 Methyl Ether Dimethyl Ether Dimethyl Silaneclat, 1,2-Hexanediol, Hydroxyacetophenone, Bis-Peg-18 Methyl Ether Dimethyl Cilroses/Acryl Silaneclat, 1. Mer , Tocopherol, Citrus Reticulata (Tangerine) Ekstrak Buah-Buahan, Sodium Hialuronat Terhidrolisasi, 3-O-Etil Ascorbic Asid, Aminometil Propanol, Algin, Pentylene Glycol, Sodium Hialuronat, Ergothionening Acid, Sodium Sodium Crosspolymer Hialuronat, Citrus Reticulata ( Tangerine) Peel Extract, Nonapeptide-1, Hexapeptide-2, Hexapeptide-9, Oligopeptide-1, Laminaria Digitata Extract, Ceramide Ap, Ceramide As, Ceramide Ns, Ceramide Eop, Ceramide Np, Cetyl-Pg Hydroxyethyl Palmitamide, Hydrogenated Lecithin, Cholesterol , Allantoin, Ppg-26-Buteth-26, Minyak Kastor Terhidrogenasi Peg-40, Kopolimer Pvm/Ma, Kopolimer Gliseril Akrilat/Asid Akrilik, Polysorbat 20, Ethylhexylglycerin
Harga: RM41.00

WHITELAB C-Dose Brightening Serum

WHITELAB C-Dose Brightening Serum
WHITELAB C-Dose Brightening Serum diformulasikan dengan kekuatan tiga kandungan utama EAA 2%, Ferulic Acid dan HyaluComplex10 yang dapat membantu mencerahkan kulit yang kusam. Bukan itu sahaja malah kandungan istimewa ini mampu meratakan warna kulit wajah, melindungi kulit dari efek buruk radikal bebas, kulit tampak lebih sihat, dan lembap. Kandungan EAA 2% pada WHITELAB C-Dose Brightening Serum merupakan jenis derivatif Vitamin C yang lebih stabil dan lebih mudah penetrasi ke dalam kulit. Paling istimewa, WHITELAB C-Dose Brightening Serum turut dilarutkan bersama sebatian kolagen Marin bagi meningkatkan keanjalan kulit bagi melambatkan penampilan tanda-tanda awal penuaan. Manakala HyaluComplex-10 pula kombinasi dari 10 jenis molekul Hyaluron “low to middle weight molecule” yang dapat meningkatkan dan mempertahankan level hidrasi pada lapisan kulit yang berbeda sehingga dapat menjaga kelembapan wajah sepanjang hari. Telah diuji secara dermatologi, WHITELAB C-Dose Brightening Serum disarankan penggunaan secara kerap setiap hari, agar memberi lebih penghidratan berbilang lapisan. Selepas beberapa minggu penggunaan, kesannya mula kelihatan. Ton kulit menjadi semakin cerah dan sama manakala dalam dua hingga tiga bulan, bintik hitam akan beransur hilang sepenuhnya.

Kelebihan WHITELAB C-Dose Brightening Serum:

  • Harga berpatutan
  • Diuji secara dermatologi
  • Sesuai kegunaan seawal remaja berusia 12 tahun ke atas
  • Kesan kecerahan seawal 2 minggu

Kekurangan WHITELAB C-Dose Brightening Serum:

  • Hindarkan dari sinar matahari langsung. Simpan di tempat yang sejuk dan kering.

Spesifikasi WHITELAB C-Dose Brightening Serum:

Isipadu/Berat: 20ml
Kandungan: Aqua, 1,2-Propanediol, Cyclopentasiloxane, 3-O- Ethyl Ascorbic Acid, Aluminium Starch Octenylsuccinate, Ferulic Acid, Artemisia Capillaris Flower Extract, Marine Collagen/Soluble Collagen, Sodium Hyaluronate, Hyaluronic Acid, Hydrolyzed Acid, Hyaluronic Hydrolyzed Acid Hydroxypropyltrimonium Hyaluronate, Sodium Hyaluronate Crosspolymer, Sodium Acetylated Hyaluronate, Dimethylsilanol Hyaluronate, Potassium Hyaluronate, Sodium Carboxymethyl Hyaluronate, Dipotassium Glycyrrhizate, Sodium PCA, Allantoin, Daucus Trimethylene Sodium Sodium, Daucus Trimetil Carota Sodium l/ Kopolimer Asid Adipik, Gliserin, Gula Xanthan, Poliakrilamida, C13-14 Isoparafin, Laureth-7, Minyak Kastor Terhidrogenasi PEG-40, Phenoxyethanol, 1,2-Hexanediol, Pentylene Glycol, Parfum
Harga: RM18.80

Sejak sekian lama, ramai wanita bergantung pada produk penjagaan kulit untuk mencerah wajah, menghilangkan bintik hitam dan parut jerawat. Ini kerana hampir semua wanita mempunyai masalah tersebut. Namun kesemua masalah ini tidak dapat diselesaikan dengan mudah kerana memerlukan masa yang lama. Kebanyakan penggunaan produk kecantikan yang digunakan wanita gagal memberikan kesan diinginkan terutama bagi masalah kulit wajah lebih gelap, tona warna tidak sekata, bintik hitam, pigmentasi dan jeragat yang mendatangkan kesan lebih besar.

Keadaan ini menyebabkan wanita lebih ghairah untuk bersolek tebal dan menggunakan pelbagai produk bagi menyelesaikan masalah ini. Demi mengawal dan mengurangkan masalah yang dihadapi, gunakan serum pencerah wajah seperti yang dicadangkan di atas. Amat penting wanita memastikan serum pencerah wajah sentiasa berada di dalam beg tangan mereka dalam melambatkan kesan gelap.

Kini penggunaan serum pencerah wajah kian dipermudahkan cara penggunaannya. Malah sesetengahnya hanya perlu disapu atau disembur pada wajah untuk mendapatkan kesan yang diingini. Masa dan wang anda juga boleh dijimatkan! Pastikan rutin penjagaan wajah wanita bermula dengan pemakaian produk perawatan wajah mengikut jenis kulit sesuai.



Related posts