Paling Best di Watsons: Ini 5 Produk Keluaran Watsons Wajib Anda Cuba

Paling Best di Watsons: Ini 5 Produk Keluaran Watsons Wajib Anda Cuba
Fesyen


Perasan tak, kadang-kala pergi ke mall nak mencari baju. Tapi, bila nampak Watsons mesti rasa nak singgah masuk. Ha, itulah penangan Watsons! Ia adalah kedai kesihatan dan kecantikan yang popular terutamanya untuk golongan wanita lah kan. Boleh dikatakan segalanya ada di sini, baik dari produk kecantikan, produk penjagaan kulit, barangan keperluan harian, ubat-ubatan dan pelbagai produk kesihatan.

Farmasi atau sesetengah mengelarnya sebagai ‘drug-store’ seperti Watsons ini menawarkan produk dan barangan yang tiada kesudahannya.Malah ada juga pembeli yang menjadikannya sebagai singgahan wajib setiap bulan. Selain daripada produk pelbagai jenama yang terjual di sana, ini adalah antara produk keluaran Watsons sendiri wajib anda cuba!

WATSONS Body Wash-Freesia 1000ml

WATSONS Body Wash-Freesia 1000ml
Pencuci badan sejernih kristal ini mempunyai formula berasid ringan yang bertukar menjadi buih lembut & halus yang membersihkan dan melembapkan kulit anda dengan lembut. Ia juga diselitkan dengan bau freesia ringan yang menyegarkan sambil menjadikan kulit anda lembut dan licin apabila disentuh. Freesia adalah bauan floral, dan buah-buahan manis dengan sedikit unsur vanilla. Menariknya, produk ini direka sesuai untuk semua jenis kulit.

Kelebihan WATSONS Body Wash-Freesia 1000ml:

  • Sesuai untuk semua jenis kulit
  • Membersihkan sambil melembabkan kulit
  • Harga berpatutan
  • Bauan menyegarkan

Kekurangan WATSONS Body Wash-Freesia 1000ml

  • Botol jenis pam, kurang sesuai dibawa travel

Info WATSONS Body Wash-Freesia 1000ml:

Arahan: Pam terus ke tapak tangan dan gosokkan sehingga menjadi buih. Bilas dengan air.
Kandungan: Aqua, Sodium Lauryi Sulphate, Sodium Lauryl Ether Sulphate, Sodium Chloride, Gliserol, Lauramidopropyl Betaine, Parfum, Tetrasodium EDTA, Citric Add, Propylene Glycol, Ekstrak Centella Asiatica, Methylchloroisothiazolinone, Butylene Glycomumcol, Methylisothiazolintimum
Saiz: 1000ml
Harga: RM 18.90

WATSONS Pure Water Spray

WATSONS Pure Water Spray
Kebelakangan ni panas sangat kan? Dan jika bekerja dari rumah atau di ofis di bawah aircond boleh menyebabkan kulit anda berasa kering. Gunakan Pure Water Spray dari Watsons ini setiap kali anda memerlukan kelembapan dan kesegaran sepanjang hari. Produk ini dibuat di Perancis, dan ia telah diuji secara dermatologi sesuai untuk semua jenis kulit. Sembur sahaja terus ke atas kulit anda selepas pembersihan untuk melembapkan dan menyegarkan. Boleh digunakan sepanjang hari untuk mendapatkan kelembapan dan kesegaran berpanjangan.

Kelebihan WATSONS Pure Water Spray:

  • Melembapkan & menyegarkan kulit anda
  • Sesuai untuk semua jenis kulit
  • Diuji secara dermatologi
  • Dibuat di Perancis

Kekurangan WATSONS Pure Water Spray:

  • Sesetengah mengatakan kesukaran untuk menekan pam spray

Info WATSONS Pure Water Spray:

Arahan: Spray terus ke wajah atau kulit badan untuk kesegaran
Kandungan: 100% air tulen
Saiz: 50ml
Harga: RM 19.90

WATSONS Wet Dry Hairbrush With Cleaning Cap 1S

WATSONS Wet Dry Hairbrush With Cleaning Cap 1S
Penyikat rambut ini berfungsi untuk mencipta gaya professional untuk rambut anda. Ia juga boleh menjadikan rambut anda yang sihat kekal bermaya dan cantik. Produk ini juga sesuai untuk menguraikan rambut yang kusut dan disebabkan berusnya yang lembut, ia tidak akan menyebabkan rambut anda mudah tercabut dan gugur.

Kelebihan WATSONS Wet Dry Hairbrush With Cleaning Cap 1S:

  • Menguraikan rambut yang kusut
  • Mudah untuk digunakan
  • Sesuai dibawa travel

Kekurangan WATSONS Wet Dry Hairbrush With Cleaning Cap 1S:

  • Berus terlalu lembut

Info WATSONS Wet Dry Hairbrush With Cleaning Cap 1S:

Arahan: Gunakan ketika rambut basah atau kering
Kandungan:
Saiz: 8.5×4.5×24.5cm
Harga: RM 18.90

WATSONS AQUA UV SUN PROTECTION GEL SPF50 PA++++

WATSONS AQUA UV SUN PROTECTION GEL SPF50 PA++++
Sunscreen sangat penting bagi setiap orang tidak kira sama anda wanita mahupun lelaki. Ini kerana perlindungan daripada sinaran UV mampu menjaga kesihatan kulit dan menjauhkan kulit anda daripada risiko masalah kulit yang teruk. Produk ini mempunyai perlindungan UV tinggi iaitu SPF50, PA+++ terhadap UVA & UVB. Ia juga mempunyai tekstur ultra ringan, tanpa berat dan berair yang mudah diserap. Anda pasti sukakannya kerana ia tidak meninggalkan apa-apa melekit dan sesuai digunakan sebagai asas solekan. Kandungan HA & Niacinamide nya bertujuan melembapkan dan memutihkan kulit anda. Menarik lagi, produk ini bebas daripada paraben, pewarna, pewangi, alkohol & minyak mineral.

Kelebihan WATSONS AQUA UV SUN PROTECTION GEL SPF50 PA++++:

  • Water-based, mudah dibersihkan
  • Kandungan SPF yang tinggi
  • Mengandungi Niacinamide
  • Bebas paraben, alkohol dan pewangi

Kekurangan WATSONS AQUA UV SUN PROTECTION GEL SPF50 PA++++:

  • Sesetengah pengguna mengatakan kurang sesuai untuk kulit dengan masalah jerawat kerana tekstur krim sedikit tebal

Info WATSONS AQUA UV SUN PROTECTION GEL SPF50 PA++++:

Arahan: Sebelum mendedahkan diri anda kepada matahari, sapukan jumlah yang banyak secara merata pada muka anda. Gunakan semula dengan kerap untuk mengekalkan tahap perlindungan yang sama.
Kandungan: Aqua, Dicaprylyl Carbonate, Gliserin, Diethylamino Hydroxybenzoyl Hexyl Benzoate, Dipropylene Glycol, Hydrogenated, Polyisobutene, Dibutyl Adipate, Ethylhexyl Triazone, Niacinami de, Ethylhexyl Olivate, Cetearyl Olivate, Ethyl Hexanediols
Saiz: 50ml
Harga: RM 33.90

WATSONS Less Toner Facial Puffs

WATSONS Less Toner Facial Puffs
Watsons Less Toner Facial Puffs diperbuat daripada 100% pulpa yang diimport dari Jepun yang lembut pada kulit anda dan tidak berbulu. Antara masalah sering dihadapi ramai adalah pembaziran produk pada kapas, namun produk ini memberikan pengurangan sehingga 50% produk toner berbanding produk lain dengan manfaat penuh yang sama pada kulit anda.Ia mudah dipisahkan kepada dua helaian untuk aplikasi penjagaan kulit yang berbeza. Apa yang penting, produk ini bebas daripada pencerah pendarfluor dan selamat digunakan.

Kelebihan WATSONS Less Toner Facial Puffs:

  • Diuji secara dermatologi
  • 100% produk daripada Jepun
  • Menjimatkan lebih 50 peratus toner berbanding produk lain
  • Boleh dipisahkan kepada dua helaian

Kekurangan WATSONS Less Toner Facial Puffs:

  • Kurang sesuai disimpan di tempat lembap

Info WATSONS Less Toner Facial Puffs:

Arahan: sesuai untuk pembersihan muka, memakai toner, menanggalkan solekan atau pengilat kuku
Kandungan: 100% pulpa
Saiz: 48 keping
Harga: RM 7.90

Membeli-belah di Watsons agak ‘tempting’ kerana kepelbagaian produknya. Namun, sebagai pengguna yang bijak, kaji dahulu keberkesanan setiap produk dan buatlah senarai barangan yang diperlukan sahaja. Jika terus serbu tanpa sebarang tujuan, kami risau anda akan keluar dengan beg yang penuh barangan di tangan! Hiks!

Hampir kebanyakkan produk ini dijual dengan harga di bawah RM20, malah harga tersebut akan menjadi lebih murah sekiranya Watsons mengadakan promosi tertentunya. Pastinya ia pilihan berbaloi.



Related posts