Penyeri Bibir! 5 Lipstik & Lip Cream Mampu Milik Dicadangkan Untuk Pelajar dan Wanita Bekerjaya

Penyeri Bibir! 5 Lipstik & Lip Cream Mampu Milik Dicadangkan Untuk Pelajar dan Wanita Bekerjaya
Fesyen


Lipstik dan lip cream antara alat solek ‘wajib’ kerana calitannya bukan saja mencantikkan wajah, sebaliknya menyerikan penampilan. Kebanyakan kaum Hawa memilih memakai lipstik dan lip cream ketika ke pejabat, kelas, pusat beli-belah atau bersiar-siar bagi memastikan wajah segar tidak kelihatan pucat. Lip cream seakan sama dengan lipstik, membezakan kedua-duanya adalah reka bentuknya. Lipstik lebih padat dan kebiasaanya berbentuk silinder, sementara lip cream lebih cair atau creamy.

Sebagai seorang wanita atau gadis, pastinya memiliki sekurang-kurangnya satu warna lipstik atau lip cream kegemaran. Anda boleh memadankannya dengan beberapa penampilan solekan, sama ada untuk penampilan solekan pejabat setiap hari atau penampilan solekan ringkas sebagai seorang pelajar. Seringkali warna pilihan adalah daripada keluarga nude dan natural. Namun, ada yang sukakan kesederhanaan calitan lipstik atau lip cream tona semula jadi, ada juga mahu nampak seksi dan berani menerusi warna terang. Semuanya terserah kepada kalian agar pembawakan diri dan keyakinan setiap kali melangkah penuh pesona. Mencari lipstik dan lip cream pada harga mampu milik? Ini lima jenama penyeri bibir dicadangkan bersesuai untuk pelajar atau wanita bekerjaya ke pejabat.

M.A.C Matte Lipstick Velvet Teddy

M.A.C Matte Lipstick Velvet Teddy
M·A·C terus-menerus menerokai dunia mewarna bibir dengan pelbagai formula, warna dan tekstur. Ketika Ini paling laris untuk siri gincu bibir adalah M.A.C Matte Lipstick. Koleksi ini disempurnakan dengan 20 warna pelbagai variasi ton. Ada yang tampil natural, membias gaya semula jadi, ada juga yang tampil dalam ton merah membara. Tidak lengkap juga andai koleksi lipstik tidak dihadirkan dengan warna-warna manis seperti M.A.C Matte Lipstick Velvet Teddy. Bagi penggemar ton semula jadi dengan biasan merah coklat, M.A.C Matte Lipstick Velvet Teddy ini memang untuk anda. M.A.C Matte Lipstick Velvet Teddy mampu meliputi bibir dengan selesa sepanjang hari, pigmennya mewah dan lembap sehingga 24 jam lamanya. Tidaklah mengeringkan bibir atau buat bibir terkemut-kemut sepesti sesetengah gincu pusam yang lain. Selain mampu memberikan kesan warna matte yang tidak bersinar di bibir, M.A.C Matte Lipstick Velvet Teddy turut diformulasi dengan Ultra-krim dan demi-sheer untuk melindungi bibir kelihatan lembut, licin, lembap dan lebih sihat.

Kelebihan M.A.C Matte Lipstick Velvet Teddy:

  • Koleksi paling laris
  • Pigmen mewah dengan rasa ringan
  • Melindungi dan melembabkan bibir sehingga 24 jam
  • Tidaklah mengeringkan bibir

Kekurangan M.A.C Matte Lipstick Velvet Teddy:

  • Jenama menjadi sasaran produk tiruan

Spesifikasi M.A.C Matte Lipstick Velvet Teddy:

Jenis: Krim Matte
Saiz: 3g
Harga: RM95.00

L’Oreal Paris Rouge Signature Matte Color Ink Liquid Lipstick 105-I Rule

L'Oreal Paris Rouge Signature Matte Color Ink Liquid Lipstick 105-I Rule
Hari ini menyaksikan gaya bibir mungil dengan calitan dakwat cecair matte menjadi tular. Jadi lipstick dari L’Oreal Paris Rouge Signature Matte Color Ink Liquid Lipstick 105-I Rule ini mungkin yang akan anda cari-cari. Koleksi Rouge Signature dari L’Oréal ini memberikan kesan sensasi pada bibir selesa untuk dipakai dengan warna mattenya yang memukau. Warna-warna gincu ini seperti L’Oreal Paris Rouge Signature Matte Color Ink Liquid Lipstick 105-I Rule sesuai digunakan untuk semua jenis warna kulit dan pelbagai acara. L’Oreal Paris Rouge Signature Matte Color Ink Liquid Lipstick 105-I Rule, lipstick jenis cecair pertama yang dilengkapi ultra-thin formula untuk sensasi ringan di bibir tanpa rasa kering. Dakwat berwarna mattenya sangat ringan, berpigmen tinggi,t idak mengelupas, tidak bercapuk, dan tahan sehingga 24 jam. Selain L’Oreal Paris Rouge Signature Matte Color Ink Liquid Lipstick 105-I Rule, terdapat 32 warna lain lagi memberikan warna matte yang berkekalan dan menyelitkan bibir dengan pewarna warna yang sihat dan sekata.

Kelebihan L’Oreal Paris Rouge Signature Matte Color Ink Liquid Lipstick 105-I Rule:

  • Pigmen tinggi dengan rasa ringan
  • Tiada mengelupas dan tanpa comot
  • Formula ultra-thin (minyak dalam air) yang unik
  • Tahan sehingga 24jam

Kekurangan L’Oreal Paris Rouge Signature Matte Color Ink Liquid Lipstick 105-I Rule:

  • Lambat kering

Spesifikasi L’Oreal Paris Rouge Signature Matte Color Ink Liquid Lipstick 105-I Rule:

Jenis: Cecair
Saiz: 7ml
Harga: RM40.35

Catrice Power Plumping Gel Lipstick 040

Catrice Power Plumping Gel Lipstick 040
Catrice Power Plumping Gel Lipstick 040 lipstik jenis gel berkilat bertekstur ringan mampu melicinkan bibir tanpa kesan comot. Dengan kandungan formula asid hyaluronic dan vegan, Catrice Power Plumping Gel Lipstick 040 mampu melembapkan seluruh bentuk bibir dan menyihatkan. Warna paling laris ketika ini untuk koleksi Power Plumping Gel Lipstick, Catrice Power Plumping Gel Lipstick dengan kod nombor 040 juga menyediakan formula yang terbaik dalam satu batang gincu. Percaya atau tidak, Catrice Power Plumping Gel Lipstick 040 menjadikan bibir kering merekah bertukar gebu dan kelihatan penuh. Ia keputusan yang sangat mempersona sehingga seharian lamanya. Catrice Power Plumping Gel Lipstick 040 lipstik juga mengandungi zarah bergemerlapan dalam tekstur nyaman yang menyenangkan, meninggalkan kesan kilauan yang lembut pada bibir.

Kelebihan Catrice Power Plumping Gel Lipstick 040:

  • Formulasi asid hyaluronic bertindak sebagai pelembap
  • Bertekstur gel yang ringan
  • Warna tahan lama dan berkilau
  • Vegan

Kekurangan Catrice Power Plumping Gel Lipstick 040:

  • Stok terhad

Spesifikasi Catrice Power Plumping Gel Lipstick 040:

Jenis: Gel
Saiz: 10g
Harga: RM27.50

PERIPERA Ink Mood Matte Tint 08 Smoky Coral

PERIPERA Ink Mood Matte Tint 08 Smoky Coral
PERIPERA jenama kosmetik tidak asing lagi dari negara Korea Selatan. Koleksi PERIPERA Ink Mood Matte Tint 08 Smoky Coral menjadi pilihan ramai gadis dan wanita yang gemarkan rupa dan gaya bersederhana serta semula jadi. Dihasilkan dengan kandungan Dimethicone, Isododecane, Trimethylsiloxysilicate, Dimethicone Crosspolymer, Polyglyceryl-2 Triisostearate, Talc, Titanium Dioxide (CI 77891), Dimethicone/Vinyl Dimethicone Crosspolymer, dan Cetyl PEG/PPG-10/1 Dimethicone teksturnya sangat ringan pada bibir pemakai. PERIPERA Ink Mood Matte Tint 08 Smoky Coral memiliki kandungan lip-cushion dan pigmen yang sangat halus untuk melembabkan bibir tanpa menjadikan bibir kering merekah. Formula cecair yang ringan amat senang di sapu secara lancar dan lembut pada bibir sekali gus menjadikan bibir sangat lembut dan hidrasi. Malah PERIPERA Ink Mood Matte Tint 08 Smoky Coral memiliki kesan soft-focus untuk memberikan rembesan cahaya dan mengaburkan penampilan yang tidak sempurna.Selain PERIPERA Ink Mood Matte Tint 08 Smoky Coral, terdapat 15 shade lain dengan harga mampu milik yang juga boleh dijadikan koleksi simpanan kalian.

Kelebihan PERIPERA Ink Mood Matte Tint 08 Smoky Coral:

  • Melembabkan bibir tanpa mengeringkan
  • Harga berpatutan
  • Selesa dan ringan di bibir
  • Pigmen mudah dicuci

Kekurangan PERIPERA Ink Mood Matte Tint 08 Smoky Coral:

  • Tidak kalis air

Spesifikasi PERIPERA Ink Mood Matte Tint 08 Smoky Coral:

Jenis: Cecair
Saiz: 4g
Harga: RM29.90

WARDAH Colorfit Velvet Matte Lip Mousse 13 Sweet Cinnamon

WARDAH Colorfit Velvet Matte Lip Mousse 13 Sweet Cinnamon
Wardah jenama dari seberang, negara jiran serumpun kita Indonesia. Colorfit Velvet Matte Lip Mousse merupakan koleksi gincu bibir mereka yang paling laris ketika ini. Dengan warna yang tahan lama dan tidak mudah luntur, terdapat 14 shade ditawarkan dari pilihan nude, coklat dan merah. Antara siri dalam koleksi ini yang mendapat perhatian ramai adalah WARDAH Colorfit Velvet Matte Lip Mousse 13 Sweet Cinnamon. WARDAH Colorfit Velvet Matte Lip Mousse 13 Sweet Cinnamon memiliki tekstur mousse yang selesa dipakai di bibir. Formula serbuk baldu licin dan lembut, memberikan kemasan serbuk yang ringan dan selesa. WARDAH Colorfit Velvet Matte Lip Mousse 13 Sweet Cinnamon memiliki kandungan vitamin E berfungsi sebagai pelembap bibir yang sihat. Diformulasika dengan Velvet Powdery Texture, menjadikan WARDAH Colorfit Velvet Matte Lip Mousse 13 Sweet Cinnamon selesa dipakai tanpa sebarang kesan melekit pada bibir. WARDAH Colorfit Velvet Matte Lip Mousse 13 Sweet Cinnamon mampu memberikan kelembapan selama 24 jam diabadikan di dalam bekas pewarna bibir yang lebih praktikal dan glam chic.

Kelebihan WARDAH Colorfit Velvet Matte Lip Mousse 13 Sweet Cinnamon:

  • Kandungan vitamin E menjadikan bibir lembut dan lembap
  • Tahan lama sehingga 24 jam
  • Harga berpatutan
  • Kemasan yang selesa dan ringan di bibir

Kekurangan WARDAH Colorfit Velvet Matte Lip Mousse 13 Sweet Cinnamon:

  • Stok warna terhad

Spesifikasi WARDAH Colorfit Velvet Matte Lip Mousse 13 Sweet Cinnamon:

Saiz: 4g
Jenis: Cecair
Harga: RM23.12

Summary

Ramai yang gemar terikut-ikut dengan aliran semasa sedangkan hakikatnya pemilihan warna lipstik atau lip cream yang tepat perlulah sesuai dengan ton kulit, penampilan dan karakter anda. Individu memiliki kulit cerah atau gelap perlu mencari warna yang sesuai untuk kulit mereka. Apa yang cantik dipakai rakan tidak semestinya elok pada wajah atau penampilan anda ya! Jadi pastikan oleskan sedikit lipstik atau lip cream warna idaman terlebih dahulu dilengan, sebelum membuat pembelian. Sekiranya tidak pasti mengenai warna sesuai sebaiknya dapatkan nasihat daripada perunding kecantikan atau jurusolek bagi memastikan tidak berlaku masalah tersilap memilih rona gincu sesuai.



Related posts