Kelengkapan Bayi Mesra Poket: 5 Lampin Pakai Buang Mampu Milik & Mesti Beli di Malaysia

Kelengkapan Bayi Mesra Poket: 5 Lampin Pakai Buang Mampu Milik & Mesti Beli di Malaysia
Ibu dan anak


Ketika ini ramai daripada kita yang terasa kesan kenaikan harga yang mendadak. Bagi yang mempunyai anak kecil, kelengkapan harian wajib ada seperti lampin pakai buang seakan memberi beban kepada mereka dek kos pembelian yang semakin tinggi. Walau bagaimanapun ibu bapa masih mempunyai pilihan meskipun berlaku kenaikan harga beberapa jenama lampin pakai buang dalam pasaran ketika ini. Sehingga hari ini, harga lampin pakai buang untuk bayi boleh didapati dengan harga mampu milik dan masih mesra poket mengikut jenama, saiz dan kuantiti yang berbeza.

Malah, kenaikan harga kebanyakkan lampin pakai buang hanya membabitkan jenama yang tertentu sedangkan ada jenama yang tidak berlaku kenaikan harga langsung. Sebagai ibu bapa, anda haruslah bijak berbelanja ketika ini dengan mendapatkan jenama yang masih mengekalkan harga standard dan relevan. Paling penting pastikan setiap lampin pakai buang mempunyai kelebihan tersendiri untuk bayi kalian. Antara kelengkapan bayi mesra poket iaitu lampin pakai buang mampu milik dan mesti beli di pasaran Malaysia adalah seperti jenama Molfix, Diapex, Poomsoft, KiddiLove dan Agabom. Ayuh semak!

POOMSOFT Baby Diapers M22

POOMSOFT Baby Diapers M22

Jenama POOMSOFT, memiliki pelbagai produk kelengkapan bayi antaranya lampin pakai buang POOMSOFT Baby Diapers M22 dihasilkan dengan permukaan yang lembut dan selesa untuk kulit bayi. POOMSOFT Baby Diapers M22 menggunakan kain fabrik polietilena yang membenarkan lapisan kulit boleh bernafasan dengan mudah dan memberikan kesan lembapan mengelakkan masalah ruam lampin. Pelapik luar yang berliang udara pada rekaan lampin pakai buang ini membenarkan pengaliran udara yang lebih tinggi untuk keselesaan bayi dalam apa jua keadaan. POOMSOFT Baby Diapers M22 dengan pita pelekat boleh dilaras dan dilekatkan semula mengikut saiz pinggang bayi mempunyai tahap serapan yang baik. POOMSOFT Baby Diapers M22 mampu menyerap dengan baik dan pantas cecair kumuh yang dihasilkan tanpa menganggu sebarang aktiviti si bayi. Diperakui ramai ibu bapa kerana harganya yang mesra poket, POOMSOFT Baby Diapers M22 mengguna pakai padanan rapat dan reka bentuk berongga berbentuk ‘U’ untuk mengelakkan kebocoran. Segeralah tukar lampin bayi sekiranya penuh.

Kelebihan POOMSOFT Baby Diapers M22:

  • Permukaan yang lembut dan selesa
  • Lapisan kulit mudah bernafasan
  • Pita pelekat boleh dilaras
  • Reka bentuk berongga berbentuk ‘U’ elak kebocoran

Kekurangan POOMSOFT Baby Diapers M22:

  • Lapisan sedikit nipis

Spesifikasi POOMSOFT Baby Diapers M22:

Saiz: M
Bilangan: 22
Harga: RM9.90

Diapex Cutie Dry Mega Pack M66

Diapex Cutie Dry Mega Pack M66

Cutie Dry merupakan lampin pakai buang di bawah jenama yang sama dengan Diapex dipasarkan pada rangkaian yang lebih mampu milik. Diapex Cutie Dry Mega Pack M66 hadir dengan kualiti produk yang unggul dan pelbagai ciri tidak kurang hebatnya seperti bahagian pinggang boleh diregangkan, perisai basah berganda, kandungan kain lebih mudah bernafas dan pita pelekat ajaib di bahagian sisi. Diapex Cutie Dry Mega Pack M66 hadir bersama tiga saiz pembungkusan berlainan iaitu berbeza saiz pembungkusan pek perjalanan, pek mudah dan pek mega. Namun tetap mengandungi lampin pakai buang yang sama. Dengan teknologi Wet Shieldnya pada setiap lampin pakai buang Diapex Cutie Dry Mega Pack M66, aliran cecair atau kebasahan mampu ditampung sepenuhnya untuk memastikan keselesaan bayi semaksimum yang boleh. Selain itu Diapex Cutie Dry Mega Pack M66 memiliki polimer super penyerap yang merupakan satu faktor yang paling penting dalam mencegah ruam lampin agar bayi sentiasa dalam keadaan kering.

Kelebihan Diapex Cutie Dry Mega Pack M66

  • Pinggang boleh diregangkan untuk kesesuaian yang lebih baik dan selesa
  • Kulit bayi sentiasa segar dan kering dengan teknologi wet shield
  • Pengaliran udara yang lebih baik dengan lapisan kain berkualiti
  • Mencegah masalah ruam lampin

Kekurangan Diapex Cutie Dry Mega Pack M66:

  • Tempoh kekeringan tidak lama

Spesifikasi Diapex Cutie Dry Mega Pack M66:

Saiz: M (5-12KG)
Bilangan: 66
Harga: RM26.99

KiddiLove M69

KiddiLove M69
KiddiLove M69 lampin yang dihasilkan lebih nipis untuk keselesaan bayi dengan tahap kualiti yang premium selain mempunyai pengawalan kebocoran berlapis dan penyerapan ultra. KiddiLove M69 diperbuat tanpa kandungan kimia dengan kapas kitar semula berbahaya membolehkan jenama ini diterima pasaran dalam dan luar negara. KiddiLove M69 direka untuk memenuhi setiap keperluan bayi memfokuskan secara khusus melindungi kulit halus bayi daripada ruam lampin serta pertumbuhan bakteria dalam persekitaran yang penuh kasih sayang. Struktur kain pada helaian belakang KiddiLove 69 lebih lembut agar kulit boleh bernafas selain cepat kering bagi memastikan kulit bayi kekal segar sepanjang hari. Reka bentuk setiap lampin KiddiLove M69 berkontur mengikut badan si manja. Malah dengan pita velcro yang cukup inovatif, ia mudah dilaras, fleksibel dan lebih lembut pada setiap pergerakkan bayi yang aktif. KiddiLove menyarankan, paling utama ibu bapa perlu menukar lampin dengan segera apabila mendapati lampin yang dipakai bayi sangat basah. Cuci kulit bayi setiap kali menukar lampin untuk membersihkan sisa kotoran bagi mengelakkan masalah ruam lampin.

Kelebihan KiddiLove M69:

  • Lembaran belakang yang lembut
  • Teras super penyerap beri keselesaan berpanjangan
  • Pengawal bocor memberikan perlindungan yang unggul
  • Tiada bahan kimia

Kekurangan KiddiLove M69:

  • Sukar ditemui di pasaran

Spesifikasi KiddiLove M69:

Saiz: M
Bilangan: 69
Harga: RM29.00

MOLFIX Extra Dry Tape M52+2

MOLFIX Extra Dry Tape M52+2
MOLFIX jenama lampin pakai buang dari Eropah lebih 20 tahun terdapt di pasaran dunia. MOLFIX hadir dengan pelbagai siri lampinnya yang dihasilkan menggunakan bahan semulajadi seperti gentian buluh dan kapas organik yang mampu memberikan kelembutan dan sentuhan mesra kulit. MOLFIX Extra Dry Tape M52+2 memberikan daya serapan yang unggul dan teknologi lapisan kering tambahannya membolehkan penyerapan berlaku secara cepat dan pantas sekaligus mengelakkan bayi tidak selesa sehingga 14 jam lamanya. MOLFIX Extra Dry Tape M52+2 dengn petunjuk kebasahan terbukti selamat untuk semua jenis kulit bayi oleh pakar dermatologi dari Eropah. Ini memberikan perlindungan penuh kepada bayi dan memastikan kulit mereka kering dan sihat. MOLFIX Extra Dry Tape M52+2 memiliki sistem elastik atau anjal 5D yang direka khas membantu mencegah kebocoran. Malah sistem ini juga membantu cecair untuk diagihkan secara sama rata dan bukannya terkumpul pada satu titik sahaja. Lebih menarik, setiap lampin pakai buang MOLFIX Extra Dry Tape M52+2 dibasmi terlebih dahulu daripada bahaya kuman dengan Cahaya Ultraviolet sebelum melalui proses pembungkusan.

Kelebihan MOLFIX Extra Dry Tape M52+2:

  • Sistem anjal 5D mencegah kebocoran
  • Lapisan kering tambahan
  • Selesa. Bentuk melengkung mengikut anatomi bayi
  • Pita pinggang meregangkan sehingga dua kali ganda

Kekurangan MOLFIX Extra Dry Tape M52+2:

  • Stok terhad untuk saiz tertentu

Spesifikasi MOLFIX Extra Dry Tape M52+2:

Saiz: M
Bilangan: 54
Harga: RM32.90

AGABOM 100% SAP Ultra-Thin Baby Diaper Tape M42

AGABOM 100% SAP Ultra-Thin Baby Diaper Tape M42
AGABOM jenama kelengkapan bayi diperbuat daripada teknologi canggih 100 peratus bebas klorin, phthalates, plastik bukan toksik, bahan pengawet dan logam berat. AGABOM 100% SAP Ultra-Thin Baby Diaper Tape M42, lampin pakai buang tampil dengan ciri inovatif lapisan selembut kusyen dan teras serapan 100% SAP ultra untuk memberikan keselesaan terbaik kepada si comel. Ia didatangkan dengan teras serapan pelindung kebocoran tambahan yang terdiri daripada mikroporous pulpa halus yang cepat menyerap cecair kotoran bayi dengan pantas agar kulit sentiasa kering dan selesa. Malah, ia membentuk gel dalam beberapa saat apabila terdedah kepada cecair. AGABOM 100% SAP Ultra-Thin Baby Diaper Tape M42 mempunyai pelindung tahan bocor yang lembut dengan mendakap peha bayi lebih kemas agar mencegah kebocoran. Bahagian pinggangnya pula dilindungi dengan pita pinggang yang lembut dan berelastik, membuatkan si manja lebih selesa serta kemas. Malah pita AGABOM 100% SAP Ultra-Thin Baby Diaper Tape M42boleh dilekat semula berulang kali agar bayi sentiasa berasa selesa. Pelapik luar berliang udara membenarkan aliran udara dan lembapan untuk mengoptimumkan ketelusan agar bayi selesa sepanjang hari.

Kelebihan AGABOM 100% SAP Ultra-Thin Baby Diaper Tape M42

  • Ultra nipis dan ringan
  • Bebas klorin, phthalates, plastik bukan toksik, bahan pengawet dan logam berat
  • Double Layer yang lembut
  • Miliki Dual Teras Lapisan menyerap cecair

Kekurangan AGABOM 100% SAP Ultra-Thin Baby Diaper Tape M42:

  • Sukar diperolehi di pasaran biasa

Spesifikasi AGABOM 100% SAP Ultra-Thin Baby Diaper Tape M42:

Saiz: M
Bilangan: 42
Harga: RM48.00

Summary

Menyediakan barangan keperluan harian bayi seperti lampin pakai buang boleh menjadi satu pengalaman yang merumitkan terutama apabila berkaitan dengan harga yang tinggi di pasaran. Ada baiknya sebelum membeli, sediakan senarai semak mengelak pembaziran. Selain jenama dan kualiti barangan, harga juga menjadi faktor penting untuk memilih lampin pakai buang. Usaha ini perlu dilakukan bagi mengurangkan beban kewangan pengguna yang meningkat akibat kenaikan kos sara hidup kebelakangan ini.



Related posts