Stay Tuned: Lagi K-Drama Paling Best Yang Tengah ‘On-Going’ Dan Akan Datang 2023

Stay Tuned: Lagi K-Drama Paling Best Yang Tengah ‘On-Going’ Dan Akan Datang 2023
Gaya hidup


Korean drama telah menjadi pilihan popular di kalangan penonton Malaysia, menyediakan pelbagai genre yang memenuhi kehendak pelbagai peminat. Daripada drama aksi penuh adrenalin hingga drama thriller yang mengujakan, atau mungkin drama romantis yang penuh dengan komedi yang memeriahkan, terdapat banyak pilihan untuk bersantai, menonton, dan menikmati hiburan yang mendalam. Drama Korea terkini yang sedang berlangsung dan yang akan datang menjanjikan pengalaman menonton yang memikat dengan rating yang tinggi, mempesonakan dan menginspirasi penonton sambil merangsang pemikiran tentang kehidupan. Ia pasti akan memenuhi hasrat penonton yang mencari beberapa dosa hiburan Korea terbaik.. So, khas untuk K-Drama lovers, ini 5 K-drama yang tengah on-going dan akan datang wajib anda layan.

The Uncanny Counter Season 2: Counter Punch

The Uncanny Counter Season 2: Counter Punch
Musim 1 The Uncanny Counter memperkenalkan karekter counter masing-masing dengan kuasa, keperibadian dan latar belakang istimewa mereka sendiri dalam melawan roh jahat. Semua counter memiliki kelajuan yang luar biasa, kekuatan manusia luar biasa, keupayaan untuk merasakan roh jahat dan membaca serta memadamkan kenangan.

Na Jeok Bong (Yoo In Soo) ialah tambahan baharu kepada pasukan dalam Musim 2. Selepas koma berikutan kemalangan di mana dia menyelamatkan seseorang, dia menjadi counter selepas disyorkan oleh Ga Mo Tak kepada makhluk Yung. Kekuatannya terletak pada mengesan roh jahat dengan bau busuk mereka.
Menariknya Musim 2 ini, anda dapat menyaksikan bagaimana setiap counter berevolusi dari segi kuasa dan perhubungan mereka.

Apabila roh jahat memperoleh kuasa Counter, wira-wira meningkatkan kelajuan dan kekuatan, membawa kepada pertempuran yang mendebarkan dan membuatkan penonton tidak senang duduk.

Info The Uncanny Counter Season 2: Counter Punch:

Genre: Aksi, Misteri, Komedi, Supernatural
Jumlah episode: 12
Tayangan: 29 July
Pelakon: Cho Byeong Kyu, Yoo Joon Sang, Kim Se Jeong, Yeom Hye Ran, Ahn Suk Hwan, Yoo In Soo
Link trailer: https://www.youtube.com/watch?v=qX1SXx_44PQ

Mask Girl

Mask Girl
K-Drama berjudul Mask Girl yang disiarkan di platform penstriman Netflix mendapat perhatian ramai lebih-lebih lagi untuk penonton yang menyukai kelainan dibawa menerusi jalan ceritanya. Secara ringkasnya, Kim Mo-Mi (Lee Han-Byeol) adalah seorang bekerja di pejabat dan memiliki rupa paras yang kurang menarik. Mo-mi mencipta satu karakter yang berbeza di internet dikenali sebagai Mask Girl.

Watak tersebut tampil sebagai wanita seksi dengan bertubuh menarik yang menawarkan hiburan maya kepada lelaki yang dahagakan sesuatu untuk memuaskan nafsu mereka.

Plot cerita menjadi semakin menarik apabila Mo-mi menjadi suspek utama kes pembunuhan. Bagaimana Mo-mi terjebak dengan jenayah tersebut, dan adakah Mo-mi benar-benar bersalah? Ha, ini yang anda sendiri perlu saksikan! Drama ini hadir dengan 7 episod kesemuanya.

Info Mask Girl:

Genre: Komedi gelap
Jumlah episode: 7
Tayangan: 18 Ogos
Pelakon: Lee Han-byeol, Nana, Go Hyun-jung, Ahn Jae-hong dan Yeom Hye-ran
Link trailer: https://www.youtube.com/watch?v=Gebl7um3jUg

Moving

Moving
Drama Moving berjaya menarik perhatian penonton di seluruh dunia sehingga menjadi drama yang paling banyak ditonton di platform Disney+ Hotstar pada 7 hari pertama tayangannya. Ia merupakan sebuah drama mengenai pengintipan antarabangsa dengan watak yang mempunyai kuasa luar biasa.

Sekumpulan perisik Korea Selatan berusaha untuk melindungi anak-anak yang mewarisi kuasa super luar biasa daripada bahaya dan di eksploitasi oleh agensi kerajaan yang berniat jahat.

Jumlah episode drama Moving adalah 20 dan antara bintang terkenal yang menjayakan drama ini adalah Tae-Hyun Cha, Lee Jeong Ha dan Go Yoon Jung.

Info Moving:

Genre: Aksi, pengembaraan, fantasi
Jumlah episode: 20
Tayangan: 9 Ogos
Pelakon: Ryu Seung-ryong, Han Hyo-joo, Zo In-sung, Cha Tae-hyun, Ryoo Seung-bum, Kim Sung-kyun
Link trailer: https://www.youtube.com/watch?v=SZFRw7MSPog

The Worst of Evil

The Worst of Evil
The Worst of Evil memaparkan kisah seorang pegawai polis yang menyeludup masuk ke dalam organisasi dadah pada tahun 1990-an. Seorang bekas DJ merampas kuasa kumpulan gengster dan mula menjual dadah baharu yang popular digelar “Gangnam Crystal” di kelab malam. Untuk menyiasat kes tersebut seorang pegawai luar bandar direkrut menjadi unit polis yang menyamar dan ditugaskan untuk menyusup masuk ke dalam kumpulan itu untuk menjatuhkannya dari dalam.

Plot drama ini semakin menarik apabila, isteri pegawai polis itu yang juga merupakan pegawai polis menawarkan diri untuk tugasan sama dan dia mempunyai kisah silam yang misteri dengan raja dadah baharu di bandar itu.

Dibintangi Ji Changwook sebagai pegawai polis Park Junmo, Wi Hajun sebagai DJ yang menjadi ketua kumpulan, Jung Gicheul; dan Lim Semi sebagai pegawai keselamatan Yu Euijeong.

Info The Worst of Evil:

Genre: Jenayah, aksi, thriller
Jumlah episode: 12
Tayangan: 27 September
Pelakon: Ji Changwook, Wi Hajun, , Jung Gicheul, Lim Semi
Link trailer: https://www.youtube.com/watch?v=L5qtpG1kqfI

A Good Day to Be a Dog

A Good Day to Be a Dog
Khas untuk anda yang sukakan drama romantik yang unik, lain dari yang lain, ini adalah pilihan yang tepat. “A Good Day to be a Dog” mengisahkan kisah percintaan antara seorang wanita yang ingin memecahkan sumpahan yang mengubahnya menjadi anjing pada setiap subuh dan seorang lelaki yang takut dengan anjing. Ha, dah kata, unik kan?

Cha Eun-woo membawa watak sebagai Jin Seo-won, seorang yang takut anjing kerana kejadian masa lalu yang dia sendiri tidak ingat. Manakala Park Gyu-young membawa watak sebagai Han Hae-na, seorang guru yang cantik dan bijak.

Bagaimanapun, selepas mencium rakan gurunya Jin Seo-won, masalah lain pula timbul. Nak tahu masalah apa yang timbul, kenalah tonton sendiri. Drama ini ditayangkan dengan jumlah 14 episod secara keseluruhannya.

Info A Good Day to Be a Dog:

Genre: Komedi, fantasi, romantik
Jumlah episode: 14
Tayangan: 11 Oktober
Pelakon: Cha Eun Woo, Park Gyuyoung, Lee Hyun Woo
Link trailer: https://www.youtube.com/watch?v=5gUvxeux9Bc

Dalam banyak-banyak senarai ini, penulis secara peribadi lebih enyoy layan drama Moving kerana ianya lain dari yang lain. Drama dengan watak yang mempunyai super-power ni sangat jarang dihasilkan oleh negara Korea Selatan tau. Setiap episod yang dipertontonkan membuatkan kita rasa seperti tidak cukup, malah plot drama ini semakin lama menjadi semakin mendebarkan!

Kadang-kala bila layan drama korea ni sampai terlupa masa berjalan. Sedar-sedar dah 5 jam kita melayan! Ha, jangan macam tu.. tetapkan tempoh sesuai untuk anda menonton, dan pastikan segala tanggungjawab lain telah diselesaikan dahulu okay. Selamat menonton!



Related posts