Pelakon Mantap, Plot Lebih Hebat! Ini 5 K-Drama Popular Terbaru Untuk Tontonan Jun & Julai 2022

Pelakon Mantap, Plot Lebih Hebat! Ini 5 K-Drama Popular Terbaru Untuk Tontonan Jun & Julai 2022
Hiburan


Annyeong! Selalunya, jika ingin pilih sesuatu drama yang terbaik untuk ditonton bukan sesuatu yang mudah. Drama tersebut mestilah memuaskan daripada segi kemantapan pengarahannya, kreatitivi teknikal, jalan cerita yang kaya dengan mesej berat dan membina, serta aturan plot yang dramatik dan munasabah.
Untuk peminat drama Korea bulan Jun dan Julai 2022 pastinya ditunggu-tunggu. K-Drama terbaru bulan ini menyajikan pelbagai ‘variasi rasa’, tema, plot, genre, serta gandingan pelakon utama handalan. Ada drama yang sudah mula ditayangkan dan ada juga yang bakal ditayangkan pada tayangan ekslusif hujung bulan ini. Antara lima K-Drama bulan Jun dan Julai 2022 wajib tonton untuk hiburan masa lapang kalian seperti ‘Why Her?’, ‘Cleaning Up’, ‘Link: Eat Love Kill’, ‘Insider’, dan ‘Cafe Minamdang’. Yang pasti kelima-lima K-Drama ini ada kekuatan masing-masing. Rasa teruja nak tonton bukan? Jom tonton!

Why Her? (SBS)

Why Her? (SBS)
Why Her? drama yang mendapat rating tertinggi di Korea untuk beberapa episod dan dikatakan drama yang paling ramai ditonton dalam kalangan penonton berusia 20 hingga 49 tahun. Why Her?
Berkisarkan Oh Soo-Jae lakonan Seo Hyun-Jin seorang peguam, cukup berbakat dan dipilih menjadi rakan kongsi termuda di TK Law Firm, firma guaman terbaik di Korea Selatan. Oh Soo-Jae didorong dengan keinginannya untuk memenangi semua kes yang dikendalikannya. Soo-jae harus berhadapan dengan pelbagai rintangan, diskriminasi dan turut menerima ugutan kerana keberaniannya cuba untuk menjatuhkan kesemua musuhnya.
Namun dia terlibat dalam kes yang tidak dijangka dan dia diturunkan pangkat lalu bekerja sebagai pembantu profesor di sekolah undang-undang. Sementara itu, Gong Chan lakonan Hwang In Yeop merupakan seorang pelajar undang-undang yang mempunyai masa lalu yang menyakitkan.
Dia bertemu dengan Oh Soo Jae 10 tahun lalu, ketika dia pernah dituduh melakukan jenayah. Siapakah dalang yang sering menggagalkan usaha Oh Soo-jae? Tonton keseluruhan 16 episod Why Her? di VIU atau saluran SBS pada setiap Jumaat dan Ahad jam 10 malam yang menggantikan slot drama Again My Life sebelum ini.

Jumlah episod 16
Tayangan 3 Jun 2022 – 23 Julai 2022
Genre Aksi, Thriller
Pelakon Seo Hyun-Jin (Oh Soo-Jae), Hwang In-Yeop (Gong Chan), Heo Jun-Ho (Choi Tae-Kook), Bae In-Hyuk (Choi Yoon-Sang)

Why Her? (SBS) Trailer

Cleaning Up (JTBC)

Cleaning Up (JTBC)
Cleaning Up, drama bersiri setiap Sabtu dan Ahad baru terbitan JTBC ditayangkan bermula 4 Jun 2022 lalu setiap 10.30 malam mengambil alih slot drama popular terdahulu ‘My Liberation Notes’. Cleaning Up mengisahkan mengenai tiga orang tukang cuci wanita menampilkan pelakon utama iaitu Yeom Jung Ah (Eo Yong Mi), Kim Jae Hwa (Maeng Soo Ja) dan Jeon So Min (Ahn In Kyung).
Remake siri televisyen popular Britain, Cleaning Up menonjolkan perjuangan tiga petugas kebersihan di sebuah firma pelaburan. Ketika sedang bertugas, mereka terdengar satu butiran perjanjian dalaman yang besar dan memutuskan untuk menjengah masuk ke dalam dunia pelaburan saham sendiri.
Dek kerana ketaksuban akan ‘untung besar’ ketiga-tiga wanita tukang cuci ini tidak takut untuk memalsukan dokuman dan menjalankan pengintipan rahsia. Banyak lagi helah yang mereka gunakan demi mendapat wang tunai yang banyak. Apakah kesudahan drama tiga wanita pencuci ini, adakah mereka menjadi kaya raya? Jangan lupa menonton keseluruhan 16 episod Cleaning Up ini di saluran berbayar JTBC atau di Astro Go.

Jumlah episod 16
Tayangan 4 Jun 2022 – 24 Julai 2022
Genre Aksi, Komedi
Pelakon Yum Jung-Ah (Eo Yong-Mi), Jeon So-Min (An In-Kyung), Kim Jae-Hwa (Maeng Su-Ja)

Cleaning Up (JTBC) Trailer

Link: Eat Love Kill (TVN)

Link: Eat Love Kill (TVN)
Link: Eat Love Kill gabungan unik drama bergenre fantasi, percintaan dan misteri. Link: Eat Love Kill diterajui Moon Ga Young melakonkan watak pekerja restoran Noh Da Hyun, seorang yang tidak bernasib baik dalam hidup dan percintaan. Manakala Yeo Jin Goo sebagai Eun Gye Hoon, seorang chef eksekutif berwajah kacak mempunyai kehidupan yang bercelaru.
Eun Gye-Hoon memutuskan untuk membuka sebuah restoran di mana adik kembarnya menghilang 20 tahun yang lalu. Mereka berdua berkongsi keadaan emosi yang sama seperti kegembiraan, kesedihan dan kesakitan. Adakah hubungan persahabatan yang bercelaru ini berjaya bertukar status menjadi cinta? Saksikan kesemua 16 episod Link: Eat Love Kill diaplikasi berbayar kegemaran anda Disney+ atau disaluran televisyen tvN pada setiap hari Isnin dan Selasa jam 10.30 malam.

Jumlah episod 16
Tayangan 6 Jun 2022 – 26 Julai Julai 2022
Genre Romantik, Fantasi, Misteri
Pelakon Yeo Jin-Goo (Eun Gye-Hoon), Mun Ka-Young (No Da-Hyun)

Link: Eat Love Kill (TVN) Trailer

Insider (JTBC)

Insider (JTBC)
Insider mengisahkan Kim Yo Han lakonan Kang Ha Neul yang bekerja sebagai pelatih dalam bidang kehakiman. Dalam usahanya melakukan siasatan ke atas seorang pendakwa raya yang korup, dia terlibat dalam satu kes yang menyebabkan dia dihumban ke dalam penjara. Ketika bergelar seorang banduan, Kim Yo Han merangka misi untuk membalas dendam namun dalam masa sama bergelut untuk cuba mendapatkan kad yang akan mengubah nasibnya.
Dalam penjara undang-undang dan akal sihat tidak wujud, adakah Kim Yo Han berjaya untuk terus hidup dan menyembunyikan identitinya untuk membalas dendam? Tonton keseluruhan 16 episod Insider di saluran JTBC setiap Rabu dan Khamis bermula jam 10.30 malam menggantikan slot drama terdahulu Green Mothers’ Club.

Jumlah episod 16
Tayangan 8 Jun 2022 – 28 Julai 2022
Genre Aksi
Pelakon Kang Ha-Neul (Kim Yo-Han), Lee Yoo-Young (Oh Soo-Yeon)

Insider (JTBC) Trailer

Cafe Minamdang (KBS2)

Cafe Minamdang (KBS2)
Drama siri Cafe Minamdang berdasarkan novel web popular bergenre misteri dan komedi dibintangi oleh Seo In Guk sebagai Nam Han Joon. Nam Han Joon seorang bomoh lelaki kacak namun suka menipu selain pernah menjadi profiler. Kebolehan yang dimiliki digunakan untuk memahami masalah pelanggannya dan mencari jawapan kepada masalah tersebut.
Dia bertemu Oh Yeon Seo dilakonkan Han Jae Hee, seorang detektif dalam unit jenayah kekerasan yang mementingkan keadilan. Han Jae Hee seorang yang unik, ikhlas, dan tidak pernah berdendam. Tetapi apabila berlaku sesuatu yang tidak kena, dia sangat berani bersuara malah mempersendakan orang itu tanpa mengira status mereka. Cafe Minamdang akan mula menemui penonton pada tayangan ekslusif bermula 27 Jun 2022 jam 9.50 malam di saluran KBS2.

Jumlah episod 10
Tayangan Bermula 27 Julai 2022 hingga 23 Ogos 2022
Genre Misteri, Komedi
Pelakon Seo In-Guk (Nam Han-Joon), Oh Yeon-Seo (Han Jae-Hee), Kwak Si-Yang (Gong Soo-Cheol), Kang Mi-Na (Nam Hye-Joon), Kwon Soo-Hyun (Cha Do-Won)

Cafe Minamdang (KBS2) Trailer

Untuk memudahkan anda menonton K-Drama terbaru bulan Jun dan Julai 2022 dicadangkan untuk melanggan siaran televisyen berbayar melalui telefon bimbit juga boleh pasangkan aplikasi atau portal yang berdaftar dan tonton drama Korea terbaik anda di mana sahaja dan bila-bila masa.
Selamat menonton K-Drama terbaru ini! Walau bagaimanapun, setiap siaran drama-drama yang dinyatakan ini tertakluk kepada sebarang perubahan daripada rangkaian penyiaran yang berkaitan.



Related posts