5 Pasir Kucing Murah dan Berkualiti Tinggi untuk Dijual Online di Malaysia

5 Pasir Kucing Murah dan Berkualiti Tinggi untuk Dijual Online di Malaysia
Gaya hidup


Pasir kucing atau Cat Litter merupakan keperluan asas juga antara benda utama yang perlu disediakan pemilik si bulus. Ia juga merupakan sebahagian daripada aspek kebersihan terpenting agar kucing peliharaan sentiasa dalam keadaan bersih, tidak berbau dan sihat. Bagi kucing ‘outdoor’, mungkin tidak menjadi masalah mencari port untuk membuang namun bagi kucing ‘indoor’ pasir khas diperlukan untuk mengelakkan rumah bersepah dengan najis dan berbau busuk.

Nama sahaja ‘pasir’, namun tidak semua pasir kucing wujud dalam material tersebut. Antara jenis pasir kucing popular digunakan pemilik kucing di negara kita seperti jenis tanah liat atau bentonite, kertas, gel silika, kristal, palet kayu, serbuk kayu atau tofu. Ada lagi beberapa jenis pasir kucing yang wujud, tetapi kurang digunakan atau mendapat permintaan di pasaran Malaysia seperti jenis jagung, gandum, rumput, serat kelapa sawit. Apa pun jenis pasir kucing pilihan anda, pastikan ia memberi manfaat buat haiwan peliharaan, menyerap bahan buangan, selamat dan paling penting memudahkan urusan pemilik haiwan. Untuk pilihan pasir kucing terbaik buat si bulus kesayangan, ini 5 jenama yang ada di pasaran Malaysia untuk 2023.

5 Gold Amazing Fresh Breath (AFB Series)

5 Gold Amazing Fresh Breath (AFB Series)
5 Gold Amazing Fresh Breath adalah pasir kucing premium jenis tanah liat atau bentonit 100 peratus diperbuat daripada bahan semulajadi. Mempunyai aroma haruman teh hijau segar, 5 Gold Amazing Fresh Breath membantu memastikan udara sekeliling dineutralkan secara semula jadi tanpa sebarang bau-bauan kurang menyenangkan. 5 Gold Amazing Fresh Breath mempunyai kapasiti penyerapan yang tinggi dan memiliki kadar kecekapan untuk kering yang pantas. Bersifat Ultra Clumping tanpa bahan kimia, formulasi yang terkandung pada 5 Gold Amazing Fresh Breath akan segera mengumpal dan mengeraskan sisa buangan lalu memudahkan tugas pemilik untuk membuangnya. Berbanding pasir biasa, inovasi penggunaan 5 Gold Amazing Fresh Breath lebih selamat dan mesra alam kerana tidak berdebu dan tidak melekat pada bulu kucing, selain mudah dibersihkan. Setiap beg 5 Gold Amazing Fresh Breath bertahan sekurang-kurangnya untuk satu bulan penggunaan bagi seekor kucing dewasa.

Kelebihan 5 Gold Amazing Fresh Breath (AFB Series)

  • Ultra clumping untuk lebih mudah diurus
  • Penyerapan tinggi
  • Kawalan bau pantas
  • Bebas Bahan Kimia, Mesra Alam

Kekurangan 5 Gold Amazing Fresh Breath (AFB Series)

  • Stok terhad di pasaran

Spesifikasi 5 Gold Amazing Fresh Breath (AFB Series)

Jenis: Tanah Liat / Bentonit / Saponit
Berat: 7KG / 10L
Harga: RM36.00

Pottycats Natural Cat Litter (Charcoal)

Pottycats Natural Cat Litter (Charcoal)
Pottycats Natural Cat Litter (Charcoal), pasir kucing jenis tofu dengan formulasi arang aktif. Pottycats Natural Cat Litter (Charcoal) dihasilkan daripada 100 peratus bahan semula jadi kini menjadi pilihan ramai khususnya pencinta kucing. Menariknya tentang Pottycats Natural Cat Litter (Charcoal), ia mampu membantu mengurangkan masalah bau najis dan paling bagus, segala sisa boleh dilupuskan dengan mudah. Kandungan arang aktif berfungsi membunuh bakteria dan kuman, juga menghapuskan bau-bauan tidak menyenangkan lalu memberi kesegaran. Jenis tofu bagi Pottycats Natural Cat Litter (Charcoal) tidak berhabuk dan memiliki ‘kepakaran’ dalam penyerapan cecair, serta pantas mengumpal pepejal agar mudah dibersihkan. Pottycats Natural Cat Litter (Charcoal) digemari si bulus kerana lembut pada tapak kaki selain kurang melekat pada bulu kucing.

Kelebihan Pottycats Natural Cat Litter (Charcoal)

  • Pantas menghilangkan bau
  • Tiada bahan kimia sintetik
  • Menghapuskan kuman dan bakteria
  • 100 peratus bahan semulajadi

Kekurangan Pottycats Natural Cat Litter (Charcoal)

  • Hanya boleh disimpan di tempat yang sejuk dan kering

Spesifikasi Pottycats Natural Cat Litter (Charcoal)

Jenis: Tofu
Berat: 2.5KG / 6L
Harga: RM35.00

Cats Best Pine Wood Cat Litter

Cats Best Pine Wood Cat Litter
Cats Best Pine Wood Cat Litter, pasir kucing premium jenis kayu pine paling popular digunakan di negara maju seperti Eropah. Cats Best Pine Wood Cat Litter bersifat mesra alam, segala sisa boleh dilupuskan menjadi baja untuk tanaman (terbiodegradasi). Kandungannya terdiri daripada serat dan gentian tumbuh-tumbuhan untuk menghasilkan habuk kayu semulajadi serta berupaya menyerap sisa najis dengan cekap melalui sistem penguraian. Cats Best Pine Wood Cat Litter menggunakan Teknologi JRS Organicfibe700 sangat bagus untuk mengawal bau tidak menyenangkan dan memerangkap kuman. Kebiasaannya pemilik shelter atau individu yang membela kucing dalam kuantiti yang banyak akan memilih Cats Best Pine Wood Cat Litter kerana lebih praktikal dan menjimatkan.

Kelebihan Cats Best Pine Wood Cat Litter

  • Organik dan mesra alam
  • Menggunakan teknologi gentian pengikat bau
  • Boleh menggumpal, teruai secara biologi
  • Sesuai untuk kuantiti kucing yang banyak

Kekurangan Cats Best Pine Wood Cat Litter

  • Agak berdebu

Spesifikasi Cats Best Pine Wood Cat Litter

Jenis: Kayu Pine
Berat: 4.3KG /10L
Harga: RM44.90

PETKIT 5 In 1 Mixed Tofu Cat Litter

PETKIT 5 In 1 Mixed Tofu Cat Litter
Sejak akhir-akhir ini, pasir kucing jenis tofu sangat popular digunakan, lebih-lebih lagi buat pemilik jenis kediaman seperti pangsapuri atau kondominium. Ini kerana sisa najis tidak perlu dibawa turun untuk dibuang di rumah sampah disebabkan pasir kucing jenis tofu boleh di ‘flush‘ terus ke dalam lubang tandas. Bagi mereka yang mengambil berat tentang kebersihan dan sisa buangan kucing tersayang, PETKIT 5 In 1 Mixed Tofu Cat Litter adalah pilihan terbaik yang ada di pasaran Malaysia PETKIT 5 In 1 Mixed Tofu Cat Litter selamat dan tidak berbahaya untuk si bulus.
PETKIT 5 In 1 Mixed Tofu Cat Litter memiliki standard ISO 9001, diluluskan FDA diperbuat daripada pulpa soya gred makanan yang tidak toksik kepada kucing. Ada setengah-setengah anak kucing suka memakan pasir kucing jenis tofu, oleh itu jenama PETKIT 5 In 1 Mixed Tofu Cat Litter ini sangat disarankan atas faktor kandungan tumbuhan asas. PETKIT 5 In 1 Mixed Tofu Cat Litter juga membantu mengurangkan masalah bau najis dan segala sisa boleh dilupuskan dengan mudah.

Kelebihan PETKIT 5 In 1 Mixed Tofu Cat Litter

  • Mudah dibersihkan
  • Diperbuat daripada pulpa soya gred makanan
  • Memiliki standard ISO 9001, diluluskan FDA
  • Jangka hayat lama sehingga 24 jam

Kekurangan PETKIT 5 In 1 Mixed Tofu Cat Litter

  • Tidak sesuai digunakan jika persekitaran lembab

Spesifikasi PETKIT 5 In 1 Mixed Tofu Cat Litter

Jenis: Tofu
Berat: 3.6KG
Harga: RM23.00

Cozie Cat Tofu Clumping Cat Litter

Cozie Cat Tofu Clumping Cat Litter
Cozie Cat Tofu Clumping Cat Litter mempunyai fungsi yang sama seperti pasir kucing jenis tofu lain tetapi ia datang dalam pelbagai perisa, lebih penyerapan dan pastinya harganya lebih murah berbanding jenama lain. Ada empat pilihan aroma Cozie Cat Tofu Clumping Cat Litter yang di pasarkan seperti bau kopi, teh hijau, lavender dan peach. Deodoran bau-bauan ini berfungsi sebagai anti-bakteria, memberi kesegaran bau berpanjangan dan menghalang pembiakan bakteria. Ia juga diformulasikan dengan ‘penyerapan super’ sebanyak lima kali ganda daripada biasa. Ini bermakna sisa buangan yang terkena pada Cozie Cat Tofu Clumping Cat Litter lebih mudah dicedok kerana gumpalan lebih kemas dan kering dengan pantas. Cozie Cat Tofu Clumping Cat Litter diperbuat daripada serat soya gred makanan, semulajadi tanpa tambahan bahan kimia dan bebas toksin. Cozie Cat Tofu Clumping Cat Litter boleh terurai dengan mudah dan dilupuskan menggunakan air disebakan sifat gentian tumbuhan tulen yang wujud dalam setiap tofu.

Kelebihan Cozie Cat Tofu Clumping Cat Litter

  • Harga berpatutan
  • Menggunakan kandungan bahan semulajadi
  • Boleh flush ke tandas
  • Menyerap cecair dan bauan dengan berkesan

Kekurangan Cozie Cat Tofu Clumping Cat Litter

  • Kelembapan lebih mudah mengundang bakteria

Spesifikasi Cozie Cat Tofu Clumping Cat Litter

Jenis:
Berat: 2.3KG / 7L
Harga: RM15.90

Pengurusan haiwan peliharaan juga sama seperti manusia dan ia perlu dipastikan berada pada tahap terbaik. Aspek kebersihan harus menjadi keutamaan pemilik kucing. Apa yang perlu bersih kepada manusia, perlu juga bersih kepada haiwan peliharaan. Di negara kita ramai pencinta haiwan terutamanya kucing, tidak kiralah sama ada yang kampung atau pun berbaka, kaedah pengurusannya untuk aspek kebersihan adalah sama jika berkaitan dengan najis. Oleh itu, pastikan kemudahan untuk membuang air kecil atau air besar bagi kucing kesayangan kalian sentiasa dititikberatkan dengan penggunaan pasir kucing terbaik yang terdapat di pasaran.
Anda sedang mencari bekas makan pintar automatik di Malaysia? Sila klik sini untuk dapat maklumat lanjut.

Pencinta haiwan peliharaan terutamanya kucing dinasihatkan tidak membela haiwan itu dalam jumlah besar jika tidak mampu menyediakan segala keperluan dan kelengkapan untuk si bulus. Ini penting bagi mengelakkan pengabaian serta penderaan sehingga kucing-kucing tersebut menjadi haiwan jalanan atau dijangkiti pelbagai penyakit lalu mati.



Related posts