5 Rekomendasi Headphone Gaming Berserta Mikrofon Pada Harga Bawah RM500 Di Malaysia

5 Rekomendasi Headphone Gaming Berserta Mikrofon Pada Harga Bawah RM500 Di Malaysia
Peralatan mudah alih dan aksesori


Sekiranya anda seorang pemain permainan video yang mencari headphone berkualiti tinggi tanpa perlu menghabiskan banyak wang, anda mungkin berminat untuk mencari headphone gaming yang berpatutan. Terdapat banyak jenis headphone gaming yang berpatutan di pasaran, yang menawarkan prestasi yang baik tanpa memerlukan anda untuk membelanjakan terlalu banyak wang. Dengan memilih headphone gaming yang sesuai dengan bajet anda, anda dapat menikmati permainan video anda dengan pengalaman audio yang lebih baik.

Bagi pemain pro atau mereka yang serius mengambil bahagian dalam e-sport, penting untuk memilih headphone gaming yang berkualiti tinggi. Headphone yang berkualiti tinggi dapat memberikan kelebihan yang besar dalam permainan, terutamanya dalam situasi di mana pengecaman bunyi yang tepat dan jelas sangat penting. Headphone yang berkualiti tinggi juga menawarkan kualiti audio yang lebih baik, membolehkan anda untuk mendengar bunyi-bunyi halus dan keluaran audio yang lebih kompleks dengan lebih jelas. Dengan memilih headphone gaming yang berkualiti tinggi, anda boleh meningkatkan pengalaman permainan anda dan membantu anda mencapai prestasi yang lebih baik dalam e-sport. Jom kita lihat 5 rekomendasi headphone gaming berserta mikrofon pada harga bawah RM500 khas untuk anda.

SteelSeries Arctis 1 All-Platform Wired Gaming Headset

SteelSeries Arctis 1 All-Platform Wired Gaming Headset
Ianya nampak sangat ringkas dan minimalis, tetapi datang kualiti yang sangat baik. Dengan harga yang sangat berpatutan iaitu RM 249, Headphone Gaming berjenama SteelSeries Arctis 1 ini didatangkan dengan 40mm audio driver yang semestinya menghasilkan bunyi yang sangat jelas. Model ini mempunyai noise cancellation untuk mengawal penghasilan bunyi yang lebih berkualiti dan apa yang lebih unik adalah mikrofon yang terletak di sebelah kiri headphone ini boleh dicabut dan dipasang semula.

Dari segi butang kawalannya pula, ianya lebih mudah diakses kerana kedua-dua butang ini terdapat di bahagian ear cup headphone ini sahaja. Jadi ketika anda sedang sibuk bermain permainan video dan memerlukan konsentrasi 100%, pastinya ia tidak akan mengganggu sama sekali ketika anda mengawal butang mute dan kawalan suara. Perbezaan paling ketara headphone ini dengan jenama yang lain adalah material steel reinforced pada headband yang membuatkan cengkaman headphone ini pada kepala lebih selesa dan tahan lama.

Tak lupa juga, hanya dengan 3.5 audio jack, anda boleh menggunakan headphone ini dengan pelbagai platform seperti komputer, komputer riba, telefon bimbit dan lain-lain.

Kelebihan SteelSeries Arctis 1 All-Platform Wired Gaming Headset:

  • 40 mm audio driver
  • Mempunyai Noise Cancellation
  • Butang kawalan di bahagian ear cup
  • Material Steel Reinforced pada headband
  • Harga Berpatutan

Kekurangan SteelSeries Arctis 1 All-Platform Wired Gaming Headset:

  • Tidak mempunyai sebarang efek lampu ketika gelap

Info SteelSeries Arctis 1 All-Platform Wired Gaming Headset:

Nama Produk: SteelSeries Arctis 1 All-Platform Wired Gaming Headset
Jenis: Wayar
Sambungan: 1 x 3.5mm 4-pole connector
1 x 3.5mm Headphone Jack
1 x 3.5mm Microphone Jack
Material: Steel Reinforced (Headband), PU Leather (Ear Cup)
Harga: RM 249

Corsair HS35 Stereo Gaming Headset

Corsair HS35 Stereo Gaming Headset
Harganya yang murah dan mampu milik tidak sama sekali menggambarkan prestasinya. Anda tidak perlu risau dengan kualiti suara dan rekabentuk headphone ini. Datang dengan 50mm audio driver, kualiti suara yang dihasilkan sudah boleh diletakkan setanding dengan jenama headphone yang lebih mahal dan terkenal.

Rekabentuk keseluruhannya lebih futuristik dengan material plastik yang sangat kuat dan memory foam yang memberi lebih keselesaan kepada pemakai terutama sekali di bahagian telinga yang mungkin sensitif dengan sesetengah material yang berkulit. Mempunyai pilihan warna lebih daripada satu iaitu hitam, merah, hijau dan biru, Ia juga turut didatangkan dengan mikrofon yang boleh dicabut, butang kawalan suara dan butang mute yang lebih mudah diakses dan sangat memudahkan untuk semua gamers dan live streamers.

Dengan 3.5 audio jack, Corsair H35 ini sangat mudah untuk disambungkan dengan pelbagai platform lain seperti komputer, komputer riba, Playstation, XBox dan telefon bimbit. Kualiti setanding jenama mahal dengan bajet yang rendah, Corsair HS35 ini sangat berbaloi untuk pemula yang ingin menceburkan diri dalam dunia E-Sports.

Kelebihan Corsair HS35 Stereo Gaming Headset:

  • 50 mm audio driver
  • Butang kawalan di bahagian ear cup
  • Memory foam di bahagian ear cup yang memberi keselesaan
  • Harga yang murah
  • Variasi pilihan warna yang banyak

Kekurangan Corsair HS35 Stereo Gaming Headset:

  • Tidak mempunyai sebarang efek lampu ketika gelap
  • Tiada efek surround sound

Info Corsair HS35 Stereo Gaming Headset:

Nama Produk: Corsair HS35 Stereo Gaming Headset
Jenis: Wayar
Sambungan: 1 x 3.5mm Headphone Jack
1 x 3.5mm Microphone Jack
Material: Plastik (Headband), Memory Foam (Ear Cup)
Harga: RM 169

Logitech Pro Headset

Logitech Pro Headset
Bergaya seperti seorang pemain profesional. Ini adalah salah satu vibe yang ingin ditonjolkan melalui rekabentuk headphone ini. Logitech Pro Headset diinspirasi dan dihasilkan melalui kolaborasi Logitech dengan pelbagai pemain-pemain E-Sports profesional. Dengan 50mm audio driver, kualiti suara dan pendengaran yang dihasilkan headphone ini memang tidak boleh disangkal lagi.

Untuk penggunaan jangka masa yang lama, material yang digunakan adalah lebih mesra pengguna iaitu steel dibahagian headband dan soft memory foam di bahagian ear cup dengan material kulit yang mengurangkan bunyi bising sekaligus bertindak sebagai noise-cancelling.

Dari segi mikrofonnya pula, 6mm Pro Boom Mic mempunyai sensitivi yang sangat tinggi serta pop filter yang menapis bunyi-bunyian persekitaran yang tidak perlu dengan sangat efektif, lebih menarik lagi mikrofonnya juga boleh dicabut dan dipasang sekiranya perlu. Untuk kualiti suara dan pendengaran yang lebih professional, Logitech Pro Headset juga turut didatangkan dengan advance sound card untuk memberikan lebih prestasi dan pengalaman seperti berada di pertandingan ESports bertaraf antarabangsa

Kelebihan Logitech Pro Headset:

  • 50 mm audio driver
  • Gred profesional
  • Memory foam di bahagian ear cup
  • 6mm Pro Boom Mic
  • Advance Sound Card

Kekurangan Logitech Pro Headset:

  • Tidak mempunyai sebarang efek lampu ketika gelap

Info Logitech Pro Headset:

Nama Produk: Logitech Pro Headset
Jenis: Wayar
Sambungan: 2 x 4-pole 3.5mm
1 x 3.5mm Y Splitter
Material: Steel (Headband), Memory Foam (Ear Cup)
Harga: RM 369

KOTION EACH G2200

KOTION EACH G2200
Hanya dengan menggunakan sambungan USB, anda dapat merasai kualiti KOTION EACH G2200 yang direka khas dengan 7.1 Surrounding Sound dan Vibrate Effect. Walaupun harganya murah dan mampu milik, terdapat ciri-ciri menarik yang menjadi kelebihan buat headphone ini. Ia mempunyai sound card tersendiri dimana anda masih boleh mendengar dan berinteraksi dengan rakan-rakan walaupun sound card komputer anda rosak dan tidak boleh digunakan.

Dengan 50mm audio driver, kualiti suara dan pendengaran yang dihasilkan melalui headphone ini sememangnya setanding dengan jenama-jenama terkenal di luar sana. Ia menghasilkan bunyi-bunyian yang kuat, jelas, mengejutkan disamping sesuai untuk digunakan untuk pelbagai jenis permainan video.

Untuk keselesaan pemakai, material kulit yang mesra pengguna dan anti kulit sensitif digunakan untuk bahagian earmuffs manakala pad yang lembut digunakan untuk bahagian ear cup. Dan untuk menaikkan mood anda secara total lebih-lebih lagi ketika bermain permainan video dalam keadaan gelap, terdapat lampu-lampu LED yang akan menyala ketika anda menggunakan headphone ini.

Kelebihan KOTION EACH G2200:

  • 7.1 Surrounding Sound dan Vibrate Effect
  • Mempunyai sound card tersendiri
  • 50mm audio driver
  • Lampu Led menyala ketika gelap

Kekurangan KOTION EACH G2200:

  • Butang kawalan suara dan mute tidak ada di ear cup, terletak di wayar
  • Tiada noise-canceling

Info KOTION EACH G2200:

Nama Produk: Kotion Each G2200
Jenis: Wayar
Sambungan: USB plug
Material: Plastik (Headband), Leather (Earmuffs) dan Foam (Ear Cup)
Harga: RM 211.45

Razer Barracuda X – Multi – Platform Wireless Headset

Razer Barracuda X - Multi - Platform Wireless Headset
Razer Barracuda X adalah sebuah headphone gaming tanpa wayar yang versatil dan ringan. Ia boleh disambungkan sekaligus melalui bluetooth dan juga sambungan 2.4 GHz dan dikawal melalui mode SmartSwitch. Contohnya apabila anda menerima panggilan daripada telefon bimbit anda yang disambungkan, anda boleh menjawab panggilan tersebut tanpa perlu membuka headphone.

Selain daripada bentuknya yang ergonomik, keselesaan kepada pemakai juga turut diambil kira, bahagian ear cup pada headphone ini menggunakan flowknit memory foam yang Ultra Lembut dan mempunyai ruang-ruang untuk kemasukan udara. Bahagian headbandnya juga turut menggunakan kusyen yang tebal tetapi lembut untuk mengelakkan rasa tidak selesa kepada kepala.

Menggunakan Razer Triforce 40mm drivers, kualiti pendengaran dan suara lebih mendalam dan dinamik dapat dihasilkan. Mikrofon cardioid yang terdapat pada headphone ini pula berfungsi untuk mengurangkan bunyi-bunyian bising sekeliling untuk kualiti suara yang lebih mantap, selain itu ia turut boleh dicabut dan dipasang pada bila-bila masa. Anda tidak perlu bersusah payah untuk mengawal kawalan suara dan mod pada headphone ini kerana butang-butang ini kesemuanya terdapat di ear cup.

Kelebihan Razer Barracuda X – Multi – Platform Wireless Headset:

  • Sambungan 2.4 GHz dan Bluetooth pada masa yang sama
  • Flowknit memory foam yang ultra lembut
  • 40mm Razer Triforce Driver
  • Mikrofon Cardioid
  • Butang kawalan suara dan mute terletak di ear cup

Kekurangan Razer Barracuda X – Multi – Platform Wireless Headset:

  • Tiada lampu LED ketika gelap

Info Razer Barracuda X – Multi – Platform Wireless Headset:

Nama Produk: Razer Barracuda X – Multi – Platform Wireless Headset
Jenis: Tanpa Wayar
Sambungan: Bluetooth & 2.4 GHz
Material: Flowknit Memory Foam (Ear Cup)
Harga: RM 479

Sebenarnya, banyak jenama-jenama headphone gaming muncul di pasaran lebih-lebih lagi melihat kepada peningkatan peminat-peminat E-Sports dikalangan anak-anak muda. Ia menjadikan anda mempunyai banyak pilihan di pasaran. Selain daripada kualiti penghasilan bunyi dan suara, anda perlu meletakkan keselesaan juga sebagai ciri utama anda dalam mencari headphone yang anda inginkan.

Penggunaan headphone yang terlalu lama sebenarnya tidak bagus lebih-lebih lagi jika anda kerap menggunakannya. Ini kerana ia akan memberi kesan jangka masa panjang yang tidak baik kepada pendengaran anda. Perlu ada disiplin untuk anda sendiri mengehadkan penggunaan headphone gaming ini kerana bahagian dalaman telinga kita terutama sekali gegendang adalah salah satu organ yang amat sensitif.



Related posts