5 Telefon Pintar Terkini Di Malaysia Untuk Dimiliki. Pilihan Pada Harga Bajet Hingga High-End!

5 Telefon Pintar Terkini Di Malaysia Untuk Dimiliki. Pilihan Pada Harga Bajet Hingga High-End!
Peralatan mudah alih dan aksesori


Peperangan teknologi antara syarikat pengeluar telefon pintar setiap tahun bukan rahsia lagi malah mereka saling mengatasi antara satu sama lain menerusi pengeluaran pelbagai jenis peranti. Hari ini boleh dikatakan setiap bulan pasti ada peranti baharu yang menjengah pasaran. Antara jenama telefon pintar seperti Xiaomi, Huawei, Oppo, dan beberapa nama lain boleh dikategorikan sebagai memecah dominasi pemain utama dalam segmen pengeluaran telefon pintar. Jenama ini turut semakin diterima ramai dan menjadi trend terkini bagi pasaran telefon pintar. Jika sebelum ini, dominasi segmen berkenaan banyak dipengaruhi gergasi pengeluar barangan elektronik termasuk telefon pintar iaitu Samsung dan peranti terkemuka Apple.

Perkembangan teknologi baharu ini telah membawa banyak kemajuan sebagai ilmu alat untuk manusia dalam membangunkan kehidupan dalam dunia moden. Dengan adanya kemajuan teknologi pada abad moden ini, setiap fungsi telefon pintar hari ini menawarkan banyak kemudahan di celah kemajuan informasi dan komunikasi yang bersifat global membuatkan manusia mudah untuk mendapatkan maklumat, tanpa perlu mengambil kira batas wilayah dan negara. Seiring dengan perkembangan teknologi yang semakin canggih, sebagai pengguna pasti teruja dengan senarai beberapa telefon pintar terkini yang ada di Malaysia mengikut segmen masing-masing daripada harga bajet hingga tinggi.

Apple iPhone 13 Pro Max

Apple iPhone 13 Pro Max
Apple iPhone 13 Pro Max generasi iPhone 13 menggunakan rekaan sama seperti iPhone 12 namun mempunyai ciri lebih hebat. Antara ciri baru yang diperkenalkan adalah keupayaan kamera yang dipertingkatkan termasuk mod ‘Cinematic’, penggunaan skrin ‘ProMotion’ dengan kadar segar semula 120Hz, skrin takuk yang lebih kecil dan bersaiz 6.7’. Apple iPhone 13 Pro Max menggunakan pemproses Apple A15 Bionic binaan 5nm. Ia juga dilengkapi dengan tetapan tiga kamera yang dipertingkatkan juga tambahan kefungsian lensa makro secara automatik. Lensa secara automatik akan berubah untuk merakam imej jarak dekat sekali gus memperlihatkan kualiti gambar secara terperinci. Kefungsian kamera juga sudah dipertingkatkan termasuk keupayaan lensa makro secara automatik tatkala pengguna mendekatkan peranti dengan sesuatu objek. Apple iPhone 13 Pro Max datang dalam pilihan warna menarik iaitu Sierra Blue, Silver, Gold, Graphite, Alpine Green yang pastinya menjadi pilihan ramai pengguna.

Kelebihan produk

  • Pilihan warna begitu elegan serta vibran
  • Cip A15 Bionic lebih berkuasa
  • Skrin takuk yang lebih kecil
  • Keupayaan kamera yang dipertingkatkan
  • Rakaman video lebih hebat dengan mod Cinematic

Kekurangan produk

  • Sistem pengecas masih menggunakan port pengecasan Lightning

Spesifikasi produk

Warna Sierra Blue, Silver, Gold, Graphite, Alpine Green
Tempoh Jaminan 12 Bulan
Harga RM5799.00

Samsung Galaxy S22 Ultra

Samsung Galaxy S22 Ultra
Samsung Galaxy S22 Ultra dilengkapi dengan S Pen yang memiliki tahap persis yang tinggi sekali gus penggunaannya umpama menulis di atas kertas. Samsung Galaxy S22 Ultra adalah peranti yang mengutamakan aspek trend kepenggunaan hari ini iaitu keupayaan kamera, jangka hayat bateri dan hiburan. Galaxy S22 Ultra datang dengan saiz skrin 6.8 inci Dynamic AMOLED 2X bersama-sama paparan WQHD+ serta 120Hz. Kunci keupayaan maksimum untuk Samsung Galaxy S22 Ultra adalah cip pemproses menggunakan Qualcomm Snapdragon 8 Gen 1 iaitu binaan 4nm. Skrin masih lagi melengkung pada bahagian sisi sekaligus memberi pengalaman genggaman yang baik kepada pengguna. Samsung Galaxy S22 Ultra menggunakan kerangka ‘Armor Aluminium’ sekali gus menjamin keupayaan serta ketahanan peranti berkenaan untuk sebarang keadaan. Kapasiti baterinya iaitu 5,000mAh bakal memberikan jangka hayat sepanjang hari dengan penggunaan paling optimum tanpa sebarang masalah.

Kelebihan produk

  • Kalis air dan debu
  • Jangka hayat bateri lebih tahan lama
  • Skrin besar dengan paparan WQHD+ serta 120Hz
  • Menggunakan Qualcomm Snapdragon 8 Gen 1

Kekurangan produk

  • Kepala pengecas dijual berasingan

Spesifikasi produk

Warna Phantom Black, Phantom White, Green, Burgundy
Tempoh Jaminan 12 Bulan
Harga RM5099.00

Xiaomi 12

Xiaomi 12
Xiaomi 12 telefon pintar premium sesuai untuk kegunaan profesional dan harian. Xiaomi 12 menampilkan susunan tiga kamera utama Pro-grade 50MP dengan kanta ultra lebar dan telemakro pertama pada telefon pintar Xiaomi. Dengan adanya tiga kamera Pro-grade 50MP, hasil rakaman gambar dalam pelbagai senario kelihatan sangat sinematik ditambah algoritma AI canggih Xiaomi. Siri Xiaomi 12 dilengkapi Ultra Night Video supaya dapat merakam video dalam keadaan cahaya malap, dengan pelbagai mod potret membolehkan pengguna merakam video berkualiti studio. Xiaomi 12 menampilkan platform mudah alih tercanggih Qualcomm, Snapdragon® 8 Gen 1. Xiaomi 12 selesa dipegang di tapak tangan dan mudah disimpan dalam poket kerana direka berpandukan rekaan ikonik penuh estetika halus. Xiaomi 12 hadir dalam bentuk saiz paparan 6.28 inci berukuran 69.9mm lebar, diserikan dengan lengkung licin, paparan titik AMOLED yang dinilai A+ oleh DisplayMate dan dengan sokongan TrueColor. Didatangkan dengan bateri berkapasiti tinggi yang lebih nipis, ia menjimatkan ruang sempit dalam peranti. Xiaomi 12 mempunyai bateri berkapasiti 4,500mAh dan menyokong pengecasan turbo Xiaomi 50W tanpa wayar.

Kelebihan produk

  • Tiga kamera Pro-grade 50MP
  • Tempoh jaminan sehingga 2 tahun
  • Menyokong pengecasan turbo Xiaomi 50W tanpa wayar.
  • Mempunyai platform mudah alih tercanggih Qualcomm, Snapdragon® 8 Gen 1

Kekurangan produk

  • Cepat panas (overheat)
  • Perlu pra-tempahan (Pelancaran 26 Mac 2022)

Spesifikasi produk

Warna Grey, Blue, Purple, Green
Tempoh Jaminan 24 Bulan
Harga RM2999.00

OPPO Reno 7 5G

OPPO Reno 7 5G
OPPO Reno7 5G adalah teman terbaik bagi para pengguna untuk mengekspresikan setiap sisi personaliti mereka dengan pakar potret tanpa had. OPPO Reno 7 5G menampilkan mod fotografi dan videografi potret dengan tekstur DSLR baharu dan lebih baik. OPPO Reno 7 5G menampilkan sensor Sony dwi-andalan, konfigurasi kamera mantap dan fitur pengimejan peningkatan AI. OPPO telah memperkenalkan Reno 7 5G dengan sensor IMX709 baharu dan pertama di dunia yang dibangunkan bersama dengan Sony. IMX709 mampu menangkap 60 peratus lebih cahaya daripada penderia RGGB standard sambil mengurangkan hingar sehingga 35 peratus. Ini sekaligus menyelesaikan isu penangkapan dalam keadaan cahaya malap atau lampu latar yang biasanya disertakan dengan kamera telefon pintar. Sementara itu, ciri Smart Wide-angle OPPO Reno7 5G membantu mereka mendapatkan swafoto dalam situasi berbeza dengan mudah. Hadir dengan pilihan dua warna menarik iaitu Starry Black dan Startrails Blue.

Kelebihan produk

  • Konfigurasi kamera mantap
  • Mod fotografi dan videografi potret dengan tekstur DSLR
  • Sensor Sony dwi-andalan
  • Ciri Smart Wide-angle

Kekurangan produk

  • Lens kamera belakang agak besar

Spesifikasi produk

Warna Starry Black, Startrails Blue
Tempoh Jaminan 12 Bulan
Harga RM1799.00

Redmi Note 11 Pro

Redmi Note 11 Pro
Redmi Note 11 Pro menjadi pilihan ramai kerana dijual pada harga kelas pertengahan namun dilengkapi ciri, spesifikasi dan prestasi mercu terbaru seperti skrin lebar, bateri berkapasiti besar dan pengecasan pantas. Redmi Note 11 Pro dilengkapi sensor utama 108 megapiksel (MP) yang mampu mengambil gambar dengan julat dinamik dan prestasi warna yang lebih tinggi bagi mengeluarkan hasil yang sempurna walaupun dalam cahaya malap. Bahagian hadapan Redmi Note 11 dilengkapi kamera hadapan 16MP yang mampu mengambil swafoto jelas dan kelihatan semula jadi.
Redmi Note 11 Pro mempunyai kadar penyegaran tinggi sehingga 120Hz dan kadar pensampelan sentuhan sehingga 360Hz dan mempunyai pemproses MediaTek Helio G96 okta-teras termaju dan sehingga 8GB RAM. Justeru, tiada lagi gangguan ketika bermain permainan video sama di dalam talian bersama rakan dan ahli keluarga selepas ini. Pengguna tidak perlu bimbang sekiranya kehabisan bateri ketika berada di luar rumah kerana kapisiti bateri besar 5,000mAh mampu bertahan sepanjang hari. Di samping kapasiti bateri yang luar biasa, Redmi Note 11 Pro disertakan pengecasan turbo 67W tahap perdana Xiaomi yang hanya mengambil masa sekurang-kurangnya 15 minit untuk mengisi 50 peratus bateri.

Kelebihan produk

  • Pengalaman pengguna yang lancar
  • Dilengkapi sensor utama 108 megapiksel
  • Mempunyai pemproses MediaTek Helio G96 okta-teras termaju
  • Kapisiti bateri besar 5,000mAh

Kekurangan produk

  • Stok di pasaran terhad

Spesifikasi produk

Warna Graphite Gray, Star Blue, Twilight Blue
Tempoh Jaminan 12 Bulan
Harga RM949.00

Telefon pintar kini adalah satu keperluan bagi setiap isi rumah. Memiliki sebuah peranti mudah alih yang berkeupayaan seperti telefon pintar sudah menjadi satu perkara wajib untuk individu yang sering bergerak dan melakukan tugasan harian. Malaysia tidak ketinggalan antara negara yang menjadi tumpuan pemain industri telefon pintar memandangkan generasi di negara ini dikelaskan sebagai generasi digital yang mahu lebih banyak alternatif jenama serta kepelbagaian harga. Penggun hari ini mempunyai pelbagai pilihan daripada aspek model, harga, spesifikasi dan jenama. Jom bertukar kepada telefon pintar terkini!

Setiap individu yang hidup dalam dunia berteknologi perlu tahu cara penggunaan setiap produk, peranti atau gajet yang betul agar tidak terpesong kepada cabang yang tidak baik. Teknologi seharusnya membantu manusia lebih maju dan bukannya lebih mundur. Malah pada hari ini banyak kesan positif yang dikesan disebalik kewujudan telefon pintar. Tahap produktiviti penduduk dunia juga semakin meningkat jika telefon pintar kekal membawa pengaruh yang baik pada masyarakat.



Related posts