Ini 5 Jenama Kit Ujian Kendiri Covid-19 Dengan Kelulusan KKM. Mudah & Boleh Lakukan Sendiri Di Rumah!

Ini 5 Jenama Kit Ujian Kendiri Covid-19 Dengan Kelulusan KKM. Mudah & Boleh Lakukan Sendiri Di Rumah!
Kesihatan dan kecantikan


Kit Ujian Kendiri Covid-19 digunakan sebagai ujian saringan yang dilakukan sendiri oleh individu. Ia tidak menggantikan fungsi diagnostik real time reverse-transcription polymerase chain reaction (RT-PCR) untuk Covid-19 tetapi mempunyai kelebihan mengesan status Covid-19 individu dengan cepat dan mudah. Namun kaedah ini harganya jauh lebih murah berbanding ujian RT-PCR dan mampu dilakukan oleh pengguna berulang kali dengan sendiri di rumah atau di mana-mana sahaja.

Kit Ujian Kendiri Covid-19 boleh digunakan untuk saringan kendiri oleh mana-mana individu yang ingin mengetahui status Covid-19. Individu yang mempunyai kontak dengan kes Covid-19 juga disarankan menggunakan kit ujian ini. Selain itu, kebanyakkan saringan-saringan lain yang bersesuaian seperti Pintu Masuk Antarabangsa, rentas negeri, saringan pra-pekerjaan, pra-kemasukan ke institusi tinggi dan lain-lain juga dibenarkan menggunakan kaedah ini. Walau bagaimanapun sebagai pengguna hendaklah memastikan kit ujian kendiri Covid-19 yang dibeli telah mendapat kebenaran dan rekomendasi dari Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) dan saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk digunakan di Malaysia. Senarai jenis kit ujian akan senitasa dikemaskini di laman web MDA dari masa ke semasa. Klik sini untuk rujukan.

ALLTest COVID-19 Antigen Rapid Test (Oral Fluid)

ALLTest COVID-19 Antigen Rapid Test (Oral Fluid)
ALLTest COVID-19 Antigen Rapid Test antara kit ujian kendiri terawal mendapat kelulusan Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk kegunaan umum. ALLTEST COVID-19 Antigen Rapid Test adalah rapid chromatographic immunoassay untuk pengesanan kualitatif antigen SARS-CoV-2 yang terdapat dalam cecair oral manusia. ALLTest COVID-19 Antigen Rapid Test sangat mesra pengguna dan mudah digunakan menghasilkan ketepatan 100 peratus dan ujian sensitiviti mencecah 91.38 peratus. Spesifikasi keputusan ujian ALLTest COVID-19 Antigen Rapid Test sangat pantas iaitu tidak lebih 15 minit dengan menggunakan air liur. Sekiranya anda melihat dua garis merah pada bahagian C dan T, ini menunjukkan keputusan yang positif. Anda dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat perubatan dengan segera walaupun anda mungkin tidak mengalami sebarang gejala.

Kelebihan produk

  • Antara jenama kit ujian kendiri paling murah di pasaran
  • Mudah dapat di pasaran
  • Mesra pengguna dan mudah digunakan
  • Ketepatan 100 peratus dan ujian sensitiviti mencecah 91.38 peratus

Kekurangan produk

  • Mesti dilupuskan dengan cara selamat menggunakan beg plastik yang disediakan

Spesifikasi produk

Pengeluar Hangzhou AllTest Biotech Co.Ltd, Zheijang, P.R. China
Identifier ICOV-8202H
Harga RM5.80

Salixium-COVID-19 Rapid Antigen Rapid Test (Saliva/ Nasal Swab)

Salixium-COVID-19 Rapid Antigen Rapid Test (Saliva/ Nasal Swab)
Salixium-COVID-19 Rapid Antigen Rapid Test mudah digunakan di rumah, menghasilkan ketepatan 100 peratus dan ujian sensitiviti mencecah 91.23 peratus. Itu adalah ciri kelebihan yang ada pada kit ujian kendiri pantas antigen Covid-19 pertama buatan Malaysia. Kit ini diperakui HALVEC, iaitu perkhidmatan ujian dan pengesahan HALAL. Salixium-COVID-19 Rapid Antigen Rapid Test dihasilkan MeDKAD Sdn Bhd (MeDKAD) yang turut diiktiraf Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Salixium-COVID-19 Rapid Antigen Rapid Test digunakan dengan mengambil air liur atau calitan hidung menggunakan dua batang alat calitan. Keputusan boleh diperolehi dalam masa 5 hingga 15 minit apabila ia menunjukkan satu garisan (negatif) atau dua garisan (positif).

Kelebihan produk

  • Ujian sensitiviti mencecah 91.23 peratus
  • Kit ujian kendiri pantas antigen Covid-19 pertama buatan Malaysia
  • Boleh pilih samada ujian menggunakan air liur atau calitan di hidung
  • Keputusan boleh diperolehi dalam masa 5 hingga 15 minit
  • Produk Halal diperakui HALVEC

Kekurangan produk

  • Tidak boleh merokok, mengunyah, atau minum (selain daripada air kosong) sekurang-kurangnya 30 minit sebelum menggunakan kit ini

Spesifikasi produk

Pengeluar Reszon Diagnostics International Sdn Bhd, Selangor. Malaysia
Identifier SLXHB1-0621001
Harga RM9.90

ProDetect COVID-19 Antigen Rapid Self-Test (Saliva)

ProDetect COVID-19 Antigen Rapid Self-Test (Saliva)
ProDetect COVID-19 Antigen Rapid Self-Test juga merupakan kit ujian kendiri pantas antigen Covid-19 buatan Malaysia mendapat kebenaran dan rekomendasi dari Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) dan saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). ProDetect COVID-19 Antigen Rapid Self-Test menggunakan sampel air liur membolehkan ujian kendiri antigen Covid-19 dilakukan di mana sahaja seperti rumah atau pejabat anda, tanpa perlu datang ke fasiliti kesihatan. Kaedah ini terbukti memberi keputusan ketepatan (specificity) sebanyak 100 peratus, manakala keputusan sensitiviti (sensitivity) ialah 100 peratus. Apabila garis kawalan (C) muncul, itu bermaksud unit ujian berfungsi dengan baik.
Menggunakan ProDetect COVID-19 Antigen Rapid Self-Test memberi lebih keselesaan kepada pengguna berbanding cara sebelum ini. Ia sangat sesuai untuk kegunaan kanak-kanak, orang kurang upaya dan juga warga emas. Spesifikasi keputusan ujian ProDetect COVID-19 Antigen Rapid Self-Test sangat pantas iaitu dalam masa 15 minit sahaja.

Kelebihan produk

  • Buatan Malaysia dan telah mendapat kebenaran MDA & KKM
  • Keputusan ketepatan sebanyak 100 peratus, manakala keputusan sensitiviti ialah 100 peratus.
  • Keputusan boleh diperolehi dalam masa 15 minit
  • Mudah ditemui di pasaran

Kekurangan produk

  • Mesti simpan antara suhu 2°C hingga 30°C sahaja
  • Tidak boleh merokok, makan atau minum, 10 minit sebelum menggunakan kit ini

Spesifikasi produk

Pengeluar Medical Innovation Ventures Sdn Bhd, Penang. Malaysia
Identifier PR-CVDCAgS
Harga RM9.90

ARISTA COVID-19 Antigen Rapid Test (Nasal Swab)

ARISTA COVID-19 Antigen Rapid Test (Nasal Swab)
ARISTA COVID-19 Antigen Rapid Test, kit ujian kendiri Covid-19 keluaran negara Singapura. Kit ini menguji ujian Covid-19 melalui calitat di hidung kemudian keputusan ujian boleh direkodkan dalam aplikasi khas iaitu aplikasi Viva Life. Pengguna mempunyai pilihan untuk menyimpan semua rekod ujian calitan ARISTA COVID-19 Antigen Rapid Test dengan selamat pada telefon anda dan menjana sijil digital apabila diperlukan. Setiap keputusan ARISTA COVID-19 Antigen Rapid Test boleh diperolehi dalam masa 15 minit apabila ia menunjukkan satu garisan (negatif) atau dua garisan (positif). Kit ini turut diiktiraf Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Kelebihan produk

  • Keputusan boleh diperolehi dalam masa 15 minit
  • Keputusan ujian direkodkan dalam aplikasi khas iaitu aplikasi Viva Life
  • Diiktiraf Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
  • Mudah digunakan

Kekurangan produk

  • Produk sukar ditemui di pasaran Malaysia
  • Harga tinggi

Spesifikasi produk

Pengeluar ARISTA Biotech Pte.Ltd, Singapore
Identifier ARISTA-AG-L1EN-001 ARISTA-AG-L1MY-001
Harga RM19.90

Gmate COVID-19 Ag Saliva for Home Use (Saliva)

Gmate COVID-19 Ag Saliva for Home Use (Saliva)
Gmate COVID-19 Ag Saliva for Home Use kit ujian kendiri antigen Covid-19 boleh dilakukan di mana sahaja seperti di rumah atau di pejabat anda, tanpa perlu datang ke fasiliti kesihatan. Diiktiraf Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), spesifikasi keputusan ujian Gmate COVID-19 Ag Saliva for Home Use sangat pantas iaitu tidak lebih 15 minit dengan menggunakan air liur. Selepas sampel air liur dikumpulkan, air liur perlu diproses secepat mungkin dan diuji dalam masa 1 jam. Gmate COVID-19 Ag Saliva for Home Use Rapid Test produk buatan Korea sangat mesra pengguna dan mudah digunakan menghasilkan ketepatan 100 peratus dan ujian sensitiviti mencecah 91 peratus. Sebelum menggunakan Gmate COVID-19 Ag Saliva for Home Use, berkumuh dengan air 30 minit sebelum pensampelan, dan jangan makan, merokok, minum alkohol selepas berkumuh.

Kelebihan produk

  • Ada penerangan cara penggunaan di youtube
  • Diiktiraf Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
  • Ketepatan 100 peratus dan ujian sensitiviti mencecah 91 peratus
  • Keputusan sangat pantas iaitu tidak lebih 15 minit

Kekurangan produk

  • Harga tinggi di pasaran
  • Kit ujian perlu disimpan antara suhu 4°C hingga 30°C. Kepanasan yang tinggi akan mempengaruhi ketepatan ujian.

Spesifikasi produk

Pengeluar Philosys Co.,Ltd, Republic of Korea
Identifier AG-020
Harga RM17.90

Keputusan KKM melancarkan kit ujian air liur untuk saringan kendiri dilihat sebagai langkah tepat pada masa negara berusaha untuk mengawal kadar jangkitan Covid-19 dalam komuniti. Kewujudan kit ujian air liur kendiri ini dapat membantu kerajaan, KKM dan seluruh masyarakat secara amnya dalam mempermudah dan mempercepatkan proses penyaringan serta mendiagnosis individu yang dikenal pasti mempunyai risiko dijangkiti Covid-19. Namun, kit ujian kendiri ini bukan mengambil alih fungsi diagnostik ujian RT-PCR untuk Covid-19. Sebaliknya, ia berfungsi sebagai ujian saringan untuk mendapatkan keputusan segera mengenai status jangkitan mereka sebelum tindakan seterusnya diambil.

Antara sebab diperkenalkan uji kendiri Covid-19 ialah untuk menggalakkan orang ramai melakukan saringan lebih awal atau persediaan pertahanan diri lapisan pertama secara sendiri. Jika rasa bergejala atau kontak rapat dengan pesakit Covid-19, boleh lakukan sendiri di rumah tanpa perlu bergaul dengan orang luar. Sekiranya keputusan ujian kit kendiri positif, pengguna perlu hadir ke fasiliti kesihatan swasta, pusat penilaian risiko Covid-19 (CAC) atau mana-mana klinik kesihatan untuk penilaian kesihatan, sebelum status kesihatan mereka dimuat naik dalam aplikasi MySejahtera.



Related posts