Cantik dan Menjimatkan! 5 Foundation Terbaik Bawah RM100 Di Malaysia

Cantik dan Menjimatkan! 5 Foundation Terbaik Bawah RM100 Di Malaysia
Kesihatan dan kecantikan


Mencari foundation terbaik untuk wajah adalah penting dan perkara paling asas dalam solekan wajah. Jika asas solekan anda bagus, maka proses seterusnya akan menjadi lebih mudah malah solekan juga akan tahan lebih lama. Kini, anda tidak perlu pening lagi kerana terdapat lambakan produk foundation di pasaran yang didatangkan dalam pelbagai bentuk seperti cecair, cushion, powder dan banyak lagi.

Sebelum memilih foundation, penting untuk anda tahu kondisi kulit wajah anda sama ada kering atau mudah berminyak. Jika anda mempunyai kulit berminyak, foundation dengan kemasan matte adalah terbaik dan foundation dengan kandungan lembapan tinggi sesuai untuk kulit yang kering.

Khas untuk anda yang sedang mencari, jom lihat beberapa pilihan foundation terbaik di pasaran Malaysia dijual dengan harga mampu milik di bawah RM 100.

Mamonde All Stay Foundation Glow SPF 50+PA++++

Mamonde All Stay Foundation Glow SPF 50+PA++++
Mamonde adalah jenama terkenal di Korea. Mamonde All Stay Foundation Glow SPF50+PA++++ memfokuskan pada kemasan glow yang akan bertahan sepanjang hari. Formula bertekstur lembut bercampur padat dengan warna yang ringan untuk meratakan tona kulit. Menariknya lagi foundation ini mengandungi ekstrak air bunga mawar dan pelembab intensif asid hyaluronic agar kulit sentiasa cantik dan tidak kelihatan kering. Anda juga tidak perlu menambah sunscreen dalam solekan kerana produk ini terhasil dengan kandungan SPF50+PA++++ bersamanya.

Kelebihan Mamonde All Stay Foundation Glow SPF 50+PA++++

  • Menghasilkan seri pada wajah
  • Tekstur lembut yang ringan pada kulit
  • Kemasan terbaik
  • Mengandungi SPF50+PA++++
  • Kulit tidak nampak berminyak

Kekurangan Mamonde All Stay Foundation Glow SPF 50+PA++++

  • Tekstur agak cair
  • Bukan full-coverage

Spesifikasi Mamonde All Stay Foundation Glow SPF 50+PA++++

Berat/kandungan 30ml
Negara asal Korea
Warna/shades 4 pilihan
Harga RM 99

Maybelline Fit Me Matte Foundation

Maybelline Fit Me Matte Foundation
Foundation ini sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit berminyak kerana ianya tidak melekit dan akan memberikan kemasan matte pada wajah. Ia juga dihasilkan untuk mengaburi penampakkan pori dalam masa yang sama tidak menyekat pori tersebut. Ianya telah diuji secara dermatologi dan tidak bersifat komedogenik.Ia juga didatangkan dengan 25 warna pilihan yang bersesuaian dengan tona kulit wanita di Malaysia.

Kelebihan Maybelline Fit Me Matte Foundation

  • Mudah untuk di blend
  • Sesuai untuk kulit dengan masalah berjerawat
  • Dihasilkan dengan bedak mikro matte mengaburi pori
  • Menawarkan 25 warna pilihan
  • Kemasan terbaik
  • Kulit tidak nampak berminyak

Kekurangan Maybelline Fit Me Matte Foundation

  • Kandungan SPF22 yang agak sedikit

Spesifikasi Maybelline Fit Me Matte Foundation

Berat/kandungan 30ml
Negara asal USA
Warna/shades 25 pilihan
Harga RM 56.90

L’Oreal Paris Infallible 24H Matte Cover Liquid Foundation

L’Oreal Paris Infallible 24H Matte Cover Liquid Foundation
Antara sebab mengapa L’Oreal Paris Infallible 24H Matte Cover Liquid Foundation adalah pilihan yang bagus untuk mereka yang mempunyai jenis kulit berminyak adalah dek kerana kemasan matte yang membuatkan anda kelihatan cantik dari pagi hingga makan malam (ya, ia kekal sehingga 24 jam). Ia juga dihasilkan dengan kandungan SPF15 PA+++. Selain itu, solekan juga mampu bertahan lama dek kerana ciri kalis pemindahan dan kalis peluh, asas ini juga bagus untuk solekan tebal.

Kelebihan L’Oreal Paris Infallible 24H Matte Cover Liquid Foundation

  • Sesuai untuk kulit berminyak
  • Bertahan sehingga 24 jam
  • Tidak mudah melekat pada fabrik atau facemask
  • Kalis peluh
  • 16 warna pilihan
  • Coverage penuh

Kekurangan L’Oreal Paris Infallible 24H Matte Cover Liquid Foundation

  • Kandungan SPF15 yang agak sedikit
  • Perlu digoncang sebelum guna

Spesifikasi L’Oreal Paris Infallible 24H Matte Cover Liquid Foundation

Berat/kandungan 35ml
Negara asal Paris
Warna/shades 16 pilihan
Harga RM 64.90

Sephora Best Skin Ever Perfect Natural Finish Longwear Foundation

Sephora Best Skin Ever Perfect Natural Finish Longwear Foundation
Khas untuk anda yang takut-takut nak ke Sephora, jangan risau! Tidak semua produknya mahal-mahal. Foundation ini terjual dengan harga di bawah RM 100! Foundation cecair ini menggabungkan solekan dan penjagaan kulit agar ia lebih cantik berseri dengan formula kesan kulit kedua yang menawarkan litupan tahan lama, menyembunyikan ketidaksempurnaan dan memberikan kulit yang licin dan sekata.

Formula istimewanya, diperkaya dengan alga anti-pencemaran dan asid hyaluronik semulajadi, menghidratkan kulit anda dan bertindak sebagai perisai terhadap pencerobohan luaran seperti blue light, pencemaran dan sebagainya. Ianya juga tidak komedogenik & bebas paraben serta pewangi.

Kelebihan Sephora Best Skin Ever Perfect Natural Finish Longwear Foundation

  • Hasil adalah ultra-semulajadi
  • Kulit lebih licin
  • Kulit lebih berseri walaupun tanpa mekap
  • Sekatakan kulit wajah walaupun tanpa solekan
  • Pori kurang kelihatan walaupun tanpa solekan
  • Bebas paraben dan pewangi

Kekurangan Sephora Best Skin Ever Perfect Natural Finish Longwear Foundation

  • Perlu beberapa lapisan untuk hasil full-coverage

Spesifikasi Sephora Best Skin Ever Perfect Natural Finish Longwear Foundation

Berat/kandungan 25ml
Negara asal Paris
Warna/shades 48 pilihan
Harga RM 82

Wardah Exclusive Liquid Foundation

Wardah Exclusive Liquid Foundation
Liputan tanpa cacat dengan tekstur ringan Wardah Exclusive Liquid Foundation mampu mengaburkan pori-pori, bintik-bintik gelap dan warna kulit yang tidak sekata untuk penampilan matte yang semula jadi dan sempurna. Ia dihasilkan dengan formula sebati ke dalam kulit anda dan mampu bertahan sepanjang hari. Kandungan minyak Macadamia, yang ada pada produk ini juga bertujuan untuk melembapkan kulit. Ia juga dilengkapi dengan SPF 30, untuk melindungi kulit daripada cahaya matahari.

Kelebihan Wardah Exclusive Liquid Foundation

  • Mengandungi SPF30
  • Tekstur ringan
  • Hasil lebih semulajadi
  • Hasil kemasan matte
  • Sesuai untuk kulit berminyak

Kekurangan Wardah Exclusive Liquid Foundation

  • Perlu beberapa lapisan untuk hasil full-coverage

Spesifikasi Wardah Exclusive Liquid Foundation

Berat/kandungan 20ml
Negara asal Indonesia
Warna/shades 5 pilihan
Harga RM 23- RM 32

Kebanyakkan produk ini sangat mudah didapati di drugstore berdekatan anda dengan harga yang sangat mampu milik. Jika anda mempunyai kulit sensitif, lakukan ujian pada kulit terlebih dahulu sebelum penggunaan penuh pada wajah.

Tidak kira walau apa pun jenis kulit wajah anda, perkara penting sebelum menggunakan foundation adalah menyediakan kulit wajah dengan krim pelembab dan serum pilihan agar kulit kurang berminyak dan solekan tahan lebih lama.



Related posts