Buat Pencinta Tanaman Hiasan, Ini 5 Nurseri Di Lembah Klang Yang Perlu Anda Terjah

Buat Pencinta Tanaman Hiasan, Ini 5 Nurseri Di Lembah Klang Yang Perlu Anda Terjah
Lain-lain


Tanaman hiasan atau pokok hiasan adalah tumbuhan yang ditanam untuk tujuan hiasan pada taman dalam rekabentuk landskap atau tumbuhan ditanam di sekeliling rumah sebagai tanaman rumah. Terdapat beberapa jenis tumbuhan tanaman hiasan seperti jenis renek, jenis menjalar, pokok menegak, menjalar sehingga jenis palma yang menarik.

Tanaman hiasan adalah tanaman yang ditanam untuk mewujudkan suasana yang cantik dan tenang seperti di halaman dan dalam rumah anda, pejabat, sekolah mahu pun taman awam. Mengikut kajian, tanaman hiasan ini mampu memberikan kesan psikologi yang baik kepada pemilik dan orang awam yang melihatnya. Tanaman hiasan yang ditanam di dalam rumah pula mampu menghasilkan oksigen dan menjamin kesihatan penghuninya.

Untuk mendapatkan tanaman hiasan ini tidaklah sesusah mana, terdapat banyak nurseri-nurseri di luar sana yang menyediakan perkhidmatan menyemai anak-anak pokok hiasan yang anda minati. Jadi, buat pencinta tanaman hiasan, ini adalah 5 nurseri di sekitar Lembah Klang yang perlu anda terjah!

Pulpy Garden Sdn Bhd

Pulpy Garden Sdn Bhd
Bermula dengan menjalankan bisnes secara online, Pulpy Garden Sdn Bhd yang terletak di Jalan Doraisamy Chow Kit ini adalah pakar kepada tanaman hiasan jenis succulent import dan lokal serta tanaman hiasan lain untuk dalaman kediaman anda. Terdapat banyak jenis tanaman hiasan succulent dan juga kaktus dengan bentuk, saiz, warna dan tekstur yang pelbagai ditawarkan disini. Anda tidak perlu keliru untuk memilih tanaman hiasan anda kerana panduan dan nasihat turut diberikan untuk anda memilih mengikut kesesuaian gaya hidup, persekitaran dan bajet anda.

Manual untuk menjaga tanaman hiasan anda juga turut diberikan disamping anda boleh bertanya terus kepada pakar-pakar di nurseri ini. Selain daripada membeli terus secara fizikal di nurseri ini, anda juga boleh membeli terus secara online melalui laman web. Menariknya, sebarang tempahan sebelum pukul 4 petang akan dihantar pada hari yang sama. Sangat efisyen kan?

Selain tanaman hiasan biasa, di sini juga terdapat perkhidmatan untuk pakej custom mengikut kesesuaian dan kehendak pelanggan. Untuk sebarang majlis peribadi dan korporat, Pulpy Garden Sdn Bhd juga turut menawarkan perkhidmatan mereka.

Kelebihan Pulpy Garden Sdn Bhd

  • Fokus kepada tanaman succulent & kaktus
  • Boleh membeli secara online
  • Tempahan sebelum 4 petang akan menerima penghantaran pada hari yang sama
  • Pakej Custom

Kekurangan Pulpy Garden Sdn Bhd

  • Kategori tanaman hiasan yang terhad

Info Pulpy Garden Sdn Bhd

Nama Nurseri: Pulpy Garden Sdn Bhd
Waktu Operasi: Selasa – Ahad (10.30 Pagi – 6 Petang)
Pembelian Online (10.30 Pagi – 6 Petang)
Alamat: NO 48, SLATE @ THE ROW, JALAN DORAISAMY, CHOW KIT, 50300 Kuala Lumpur
Link: https://www.instagram.com/pulpy_garden/?hl=en

Floristika.com.my

Floristika.com.my
Inginkan tanaman hiasan dengan harga borong yang ternyata lebih murah? Floristika.com.my adalah solusinya. Platform pembelian tanaman hiasan secara fizikal dan online ini menjual pelbagai jenis tanaman hiasan import dan lokal seperti bunga-bungaan hidup, pokok-pokok krismas, dedaun (foliage), jambangan bunga, aksesori dan pelbagai lagi.

Jika anda peminat bunga-bungaan hidup, anda boleh merasai sendiri pengalaman untuk memilih bunga hiasan kegemaran anda yang berkategori fresh cut di dalam bilik sejuk yang berkeluasan 2,500 kaki persegi di premis Floristika yang terletak di Bangsar.

Berkonsepkan cash & carry, premis Floristika ini keseluruhannya berkeluasan 20,000 kaki persegi dimana anda sendiri boleh melihat pelbagai jenis tanaman hiasan dengan harga yang sangat menarik yang bakal merambangkan mata anda. Selain daripada pembelian secara terus dan online, di sini juga terdapat perkhidmatan untuk penghantaran jambangan bunga dan hadiah mengikut pesanan anda. Segala tempahan sebelum jam 12 tengahari juga turut akan dihantar pada hari yang sama.

Kelebihan Floristika.com.my

  • Harga Borong
  • Terdapat pelbagai jenis tanaman hiasan
  • Tempahan sebelum 12 tengahari akan menerima penghantaran pada hari yang sama
  • Premis yang amat luas dan besar
  • Konsep cash & carry

Kekurangan Floristika.com.my

  • Perlu lebih menekankan servis khidmat pelanggan & konsultasi

Info Floristika.com.my

Nama Nurseri: Floristika.com.my
Waktu Operasi: Isnin – Ahad (8.00 Pagi – 7.00 Petang)
Alamat: 16, Jalan Liku, Off, Jalan Riong, Bangsar, 59100 Kuala Lumpur
Link: https://www.instagram.com/floristikaofficial/

Plant & Pot Studio

Plant & Pot Studio
Jika anda nak merasai pengalaman lepak di kafe dan dihidangkan dengan ketenangan redup mata melihat kehijauan tanaman-tanaman hiasan, Plant & Pot Studio menawarkan suasana ini kepada anda. Terdapat pelbagai jenis tanaman hiasan dalaman yang pastinya bakal memberikan ketenangan kepada anda. Sambil-sambil lepak tu, pasti anda akan rambang mata untuk memilih pelbagai rangkaian tanaman hiasan tempatan dan import.

Anda tidak perlu keliru untuk memilih tanaman hiasan yang sesuai untuk anda kerana sememangnya Plant & Pot Studio ini adalah pakar dalam pengkhususan tanaman hiasan dalaman. Nurseri berkonsepkan kafe yang terletak di Bandar Puteri, Puchong ini turut menawarkan beberapa perkhidmatan kepada pelanggannya seperti konsultasi, cenderahati korporat berasaskan tanaman hiasan, bengkel dan seminar untuk majlis korporat serta tanaman hiasan untuk majlis dan perkahwinan. Selain daripada pembelian secara fizikal, anda juga boleh membeli secara online melalui laman web dan juga laman media sosial Plant & Pot Studio ini.

Kelebihan Plant & Pot Studio

  • Nurseri berkonsepkan kafe
  • Terdapat pelbagai jenis tanaman hiasan jenis dedaun
  • Boleh membeli secara online

Kekurangan Plant & Pot Studio

  • Hanya fokus kepada tanaman hiasan jenis dedaun sahaja.

Info Plant & Pot Studio

Nama Nurseri: Plant & Pot Studio
Waktu Operasi: Isnin – Ahad (9.00 Pagi – 6.00 Petang)
Alamat: 78, Jalan Puteri 5/5, Bandar Puteri, 47100 Puchong, Selangor
Link: https://www.instagram.com/plantandpotstudio/?hl=en

Setia Alam Garden Corner

Setia Alam Garden Corner
Jika anda inginkan sebuah taman mini di rumah dengan tanaman-tanaman hiasan, berkunjunglah ke Setia Alam Garden Corner untuk mendapatkan inspirasi dan rujukan anda. Ia adalah sebuah nurseri yang terletak di dalam kawasan rumah pemiliknya. Setia Alam Garden Corner menawarkan pelbagai jenis tanaman hiasan dari jenis dedaun hinggalah ke bunga-bungaan. Yang menariknya, kebanyakan tanaman-tanaman hiasan ini disemai sendiri oleh pemiliknya sebelum dijual.

Selain daripada tanaman-tanaman hiasan, aksesori-aksesori tanaman juga turut ditawarkan kepada anda termasuk baja-baja premium yang turut dijual untuk penyuburan tanaman-tanaman hiasan anda nanti. Selain daripada konsep home garden yang unik, anda juga boleh mendapat konsultasi secara terus daripada pemilik nurseri ini. Lebih mudah untuk anda memahami cara-cara penanaman dan penjagaan tanaman hiasan yang betul. Oleh itu, digalakkan kepada anda untuk membuat temujanji dahulu sebelum datang ke nurseri ini.

Kelebihan Setia Alam Garden Corner

  • Nurseri berkonsepkan home garden
  • Terdapat pelbagai jenis tanaman hiasan jenis dedaun dan bunga-bungaan
  • Aksesori dan baja premium turut dijual
  • Konsultasi secara terus dari pemilik nurseri

Kekurangan Setia Alam Garden Corner

  • Tiada premis yang besar untuk memuatkan ramai orang.

Info Setia Alam Garden Corner

Nama Nurseri: Setia Alam Garden Corner
Waktu Operasi: Isnin – Ahad (melalui temujanji sahaja)
Alamat: 39, Jalan Setia Impian U13/5c, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor
Link: https://www.facebook.com/SetiaAlamGardenCorner/

Plnt.co

Plnt.co
Mempunyai dua cawangan iaitu di Melaka dan Putrajaya, Plnt.co memfokuskan kepada tanaman hiasan dalaman. Terdapat pelbagai rangkaian tanaman-tanaman hiasan dalaman jenis dedaun dan juga kaktus yang diimport ataupun daripada benih tempatan dijual di sini. Selain daripada kedai fizikal, pelanggan yang berminat juga boleh membeli daripada laman web rasmi yang mesra pengguna.

Selain daripada menjual tanaman hiasan, aksesori-aksesori tanaman juga turut dijual seperti pasu-pasu minimalis yang pastinya akan membangkitkan mood ketenangan di mata anda. Diantara servis-servis lain yang turut ditawarkan di sini ialah cenderahati yang dibuat khas mengikut tempahan, sewaan pokok-pokok dan tanaman hiasan untuk sebarang majlis dan juga bengkel atau seminar berkenaan dengan tanaman hiasan dalaman.

Dari segi cara penanaman dan penjagaan, anda tidak perlu risau kerana segala-galanya terdapat di dalam laman web rasmi. Kedai fizikal Plnt.co di Cyberjaya juga mempunyai keunikannya yang tersendiri, disamping menjual tanaman hiasan, terdapat juga sebuah kafe kecil yang diberi nama Ijo Matcha yang hanya menjual makanan dan minuman berasaskan Matcha bertepatan dengan tema kehijauan Plnt.co.

Kelebihan Plnt.co

  • Nurseri berkonsepkan kafe
  • Cara penanaman dan penjagaan yang terdapat di laman web
  • Turut menjual aksesori dan menawarkan servis-servis lain

Kekurangan Plnt.co

  • Tiada bunga-bungaan, hanya tanaman hiasan berasaskan daun sahaja.

Info Plnt.co

Nama Nurseri: Plnt.co
Waktu Operasi: Taman Tasik Utama Ayer Keroh, Melaka: Isnin – Sabtu (9.30 Pagi – 5.30 Petang)
Tamarind Square, Cyberjaya: Selasa – Ahad (10.30 Pagi – 6.30 Petang)
Alamat: B-03-03A , Tamarind Square, Persiaran Multimedia, 63000 Cyberjaya, Selangor
Link: https://www.instagram.com/plnt.co/

Salah satu cara untuk menghilangkan stress dan meningkatkan ketenangan adalah dengan cara melihat kehijauan. Jadi mungkin inilah salah satu sebab mengapa tanaman hiasan atau pokok hiasan ini semakin mendapat tempat di hati peminatnya. Selain daripada terapi minda, warna hijau dan warna lain-lain yang menarik juga mampu membangkitkan mood yang ceria di rumah anda. Untuk jangka masa panjang, ianya amat berbaloi untuk ketenangan minda.

Jadi tunggu apa lagi? Mulakan projek tanaman-tanaman hiasan berskala kecil di rumah anda. Tak perlu berbelanja besar untuk permulaan, cukup sekadar bertepatan dengan bajet yang anda ada. Lagipun rasanya tak rugi jika apa yang ada laburkan mampu menjamin kesihatan mental dan fizikal anda kan.



Related posts