Audio & Bunyi Sempurna. Ini 5 Pilihan Headset Gaming Terbaik Untuk 2022

Audio & Bunyi Sempurna. Ini 5 Pilihan Headset Gaming Terbaik Untuk 2022
Peralatan mudah alih dan aksesori


Fon kepala atau headset untuk gaming semakin popular beberapa tahun ini hasil daripada kebangkitan permainan seperti PUBG, Fornite dan COD: Warzone. Bagi menikmati pengalaman permainan sebenar, kebanyakan ‘gamers’ pasti akan memilih fon kepala yang dilengkapi dengan ciri kesan bunyi yang terbaik. Fon kepala ini juga penting untuk genre permainan penembak pertama (FPS) terutamanya bagi permainan ‘Battle Royale’ kerana fon kepala yang berkualiti akan menghasilkan bunyi frekuensi pelbagai peringkat termasuk arah bunyi tapak kaki. Sistem audio sememangnya menjadi pelengkap kepada aktiviti bermain permainan komputer atau televisyen dan memberi nilai tambah dalam setiap permainan yang ditawarkan.

Di pasaran hari ini ada menawarkan kepelbagaian peranti audio berupa fon kepala atau headset dengan keupayaan fideliti tinggi sekali gus memberi pengalaman bermain game yang terbaik kepada pengguna. Pengguna hari ini mempunyai banyak pilihan untuk memenuhi pengalaman dalam aspek penawaran sistem audio yang bukan saja mesra pengguna serta sesuai dengan deria pendengaran. Ciri-ciri yang diperlukan untuk memilih headset bermain game khususnya bergantung kepada saiz kepala, telinga dan bunyi audio pengguna. Kenal pasti fungsi dan jenis audio yang anda suka sebelum membeli sebuah headset. Antara 5 pilihan headset terbaik bermain game untuk tahun 2022 seperti berikut:

Immerse GH50

Immerse GH50
Menerusi headset gaming jenama Immerse GH50 menawarkan hampir semua ciri yang diperlukan oleh pemain hari ini termasuk keupayaan kesan bunyi persekitaran 7.1. Model Immerse GH50 turut dilengkapi dengan sistem getaran selain dua pemacu bunyi 40 milimeter Neodymium untuk menghasilkan audio yang sangat halus atau penghasilan bunyi bass yang sedap.

Immerse GH50 dilengkapi dengan kawalan mudah di bahagian wayar set berkenaan dan pengguna boleh memilih beberapa mod mengikut kesesuaian atau genre permainan. Immerse GH50 didatangkan dengan mikrofon mudah alih dan pengguna boleh membuka pembesar suara itu jika diarasakan tidak bersesuaian. Selain itu, pemegang kepala atau ‘headband’ juga boleh dilaraskan selain boleh dilipat sekali gus menjimat ruang.

Kelebihan produk

  • Keupayaan kesan bunyi persekitaran 7.1
  • Lengkap dua pemacu bunyi 40 millimeter Neodymium
  • Didatangkan dengan mikrofon mudah alih
  • Boleh pilih beberapa mod mengikut genre permainan

Kekurangan produk

  • Pilihan satu warna sahaja iaitu hitam

Spesifikasi produk

Warna Hitam
Tempoh Jaminan 1 Tahun
Harga RM310.00

Astro A40 TR Headset + MixAmp Pro

Astro A40 TR Headset + MixAmp Pro
Walaupun datang dengan harga agak kayangan, Astro A40 TR Headset + MixAmp Pro menjadi pilihan popular beberapa tahun ini hasil daripada kebangkitan permainan battle royale. Astro A40 TR Headset + MixAmp Pro memberikan kualiti bunyi yang sangat baik dengan menawarkan MixAmp yang khusus. MixAmp peranti kecil yang berfungsi menggabungkan audio sembang dan audio permainan, serta menyambungkan audio daripada berbilang peranti bersama-sama.

Pengguna juga boleh menggabungkan audio konsol dan PC bersama bagi mengawal setiap kelantangan suara secara berasingan. Astro A40 TR Headset + MixAmp Pro menghasilkan bunyi dan audio sangat jelas dan mempunyai arah bunyi yang sangat baik. Ia tersedia spektrum frekuensi neutral, licin dan lanjutan untuk skap audio yang terperinci dan nyata. Astro A40 TR Headset + MixAmp Pro cukup selesa untuk digunakan untuk tempoh jangka masa yang lama tanpa gangguan sakit kepala.

Kelebihan produk

  • Tempoh jaminan yang lama
  • Sesuai digunakan untuk tempoh jangka masa yang lama
  • Prestasi mikrofon yang hebat
  • Reka bentuk yang selesa dan kukuh.

Kekurangan produk

  • Harga tinggi di pasaran
  • Kurang pengasingan bunyi

Spesifikasi produk

Warna Hitam
Tempoh Jaminan 24 Bulan
Harga RM999.00

HyperX Cloud Alpha Gaming Headphone

HyperX Cloud Alpha Gaming Headphone
HyperX Cloud Alpha Gaming Headphone, fon kepala yang mendapat pujian ramai kaki gamers kerana keselesaan dan kualiti bunyi yang mengagumkan. HyperX Cloud Alpha Gaming Headphone sangat ringan dan terletak elok pada telinga pelbagai saiz dan bentuk. Jika anda berkaca mata, HyperX Cloud Alpha Gaming Headphone adalah pilihan tepat untuk kalian bermain game. Pelapik kedua-dua telinga untuk HyperX Cloud Alpha Gaming Headphone sangat selesa menggunakan upholsteri kulit tiruan yang lembut dan menggemaskan.

Kualiti audio HyperX Cloud Alpha Gaming Headphone diakui hebat, jelas, terperinci serta dinamik. HyperX Cloud Alpha Gaming Headphone menggunakan reka bentuk pemacu dual chamber dengan satu ruang untuk bass dan satu lagi bagi pertengahan dan tinggi. HyperX Cloud Alpha Gaming Headphone hadir dengan mikrofon boleh tanggal serta mempunyai bunyi suara yang jelas, begitu juga dengan wayar sambungan jalinan juga boleh ditanggalkan. HyperX Cloud Alpha Gaming Headphone boleh disambungkan ke mana-mana peranti dengan bicu fon kepala 3.5 mm.

Kelebihan produk

  • Gelangsar bass yang unik
  • Selesa untuk gamers berkaca mata untuk tempoh penggunaan lama
  • Mikrofon boleh tanggal dan mempunyai bunyi yang jelas
  • Keserasian berbilang platform

Kekurangan produk

  • Ciri penalaan terhad
  • Bunyi stereo, bukan bunyi sekeliling

Spesifikasi produk

Warna Merah Hitam
Tempoh Jaminan 2 Tahun
Harga RM315.00

Razer BlackShark V2

Razer BlackShark V2
Razer Blackshark V2 adalah versi mampu milik yang popular. Razer BlackShark V2 dengan ciri THX 7.1 Spatial Surround sangat ringan seberat 262 gram. Oleh itu, jika anda adalah gamers yang gemar melakukan aktiviti ini dalam tempoh panjang, Razer BlackShark V2 sangat berbaloi untuk dimiliki kerana sangat selesa. Bunyi keliling spatial THX dimiliki Razer BlackShark V2 membolehkan bunyi yang jelas dan tepat dihasilkan ketika bermain game dalam misi pergaduhan kumpulan yang huru-hara.

Kualiti mikrofon Razer BlackShark V2 sangat baik kerana ia boleh menangkap suara dengan jelas tanpa banyak bunyi latar belakang. Dengan program Kad Bunyi USB dan Razer Synapse 3, pengguna boleh mengubah dan meningkatkan audio pilihan .Razer Blackshark V2 menggunakan pelapik telinga bersaiz besar berbentuk bujur dapat menutupi telinga sepenuhnya. Ia memberikan prestasi pengasingan hingar pasif yang hebat yang memberikan pengalaman permainan yang menyeronokkan. Walau bagaimanapun Razer BlackShark V2 tidak disertakan dengan kad bunyi dan mikrofon tidak boleh ditarik balik.

Kelebihan produk

  • Kualiti audio yang baik
  • Pemacu Bunyi Triforce Titanium 50mm High-End
  • Mikrofon boleh tanggal dengan suara yang jelas
  • THX 7.1 Spatial Surround
  • Pengasingan bunyi pasif yang hebat

Kekurangan produk

  • Tidak disertakan dengan kad bunyi

Spesifikasi produk

Warna Hitam
Tempoh Jaminan 2 Tahun
Harga RM399.00

MSI DS502

MSI DS502
MS1 DS502 menjadi pilihan ramai untuk bermain game dengan sistem audio sekeliling 7.1 bersama sistem integrasi pintar bagi setiap bunyi yang terhasil sesuai dengan tetapan pengguna. Pengguna juga boleh melakukan talaan audio menerusi sistem penalaan pintar termasuk gegelung kepala yang mudah laras serta ringan. MS1 DS502 tidak memberi tekanan kepada pengguna untuk tempoh pemakaian yang panjang serta menjamin keselesaan ruang permukaan pad telinga.

Pengguna juga mudah untuk meningkatkan tahap bunyi dengan alat kawalan termasuk butang menghidupkan serta mematikan fungsi mikrofon. MSI DS502 ini dilengkapi dengan pemacu sistem bunyi 40 mm menghasilkan kualiti bunyi untuk semua peringkat frekuensi serti nada tinggi serta rendah tanpa sebarang masalah. MSI DS502 menggunakan teknologi Xear Living serta tetapan kefungsian boleh dibuat menerusi perisian yang dimuat turun.

Terdapat 27 tetapan persekitaran yang boleh dipilih oleh pengguna termasuklah kesan bunyi dewan konsert, bilik dan sebagainya. Sambungan MS1 DS502 menggunakan USB dengan panjang kabel 2m termasuk kefungsian mikrofon pelbagai arah.

Kelebihan produk

  • Dilengkapi dengan pemacu sistem bunyi 40 mm
  • Guna teknologi Xear Living
  • Terdapat 27 tetapan persekitaran
  • Sistem audio sekeliling 7.1

Kekurangan produk

  • Hanya ada 1 pilihan warna

Spesifikasi produk

Warna Hitam
Tempoh Jaminan 1 Tahun
Harga RM259.00

Rata-rata pemain game pasti memerlukan headset yang terbaik bagi memudahkan interaksi ketika bermain bersama pemain kedua. Gajet yang lengkap dengan kesan audio dan mikrofon ini menjadikan permainan video lebih menarik. Fungsi mikrofon dibahagian tepi kiri atau kanan ialah untuk menghantar input ke PC. Manakala kedua-dua speaker untuk mengeluarkan bunyi output daripada PC. Jika anda menginginkan pengalaman gaming kualiti bertaraf professional, pilihlah headset gaming terbaik.

Ketika bermain game, pastikan headset yang anda gunakan mempunyai tahap volum yang bersesuai untuk deria pendengaran, untuk mengelakkan kesihatan telinga anda merosot dan pendengaran anda terjejas. Antara perkara penting sebelum memilih headset yang sesuai untuk bermain game seperti bentuk dan saiz earcups mengikut kesesuaian telinga dan kepala. Saiz dan berat headset juga menjadi faktor utama bagi keselesaan ketika bermain game.



Related posts