Bergaya & Multifungsi: Ini Jam Tangan Pintar Terbaik Bawah RM500 Untuk Rakyat Malaysia

Bergaya & Multifungsi: Ini Jam Tangan Pintar Terbaik Bawah RM500 Untuk Rakyat Malaysia
Peralatan mudah alih dan aksesori


Jika anda seorang yang gemar mengikut jadual harian, pasti anda mahu menjejaki semula setiap aktiviti yang dilakukan seharian, memantau berapa ribu langkah berjalan sudah dibuat dan pada masa sama, tidak mengabaikan gaya profesional. Bagi setiap persoalan itu, penggunaan smart watch atau jam tangan pintar adalah jawapannya kerana ia bukan sahaja sebagai penentu masa malah mampu menjadi diari, dan juga memantau aspek kesihatan pemakainya.

Pengguna jam tangan pintar pasti berpuas hati dengan prestasi jam pintar berkenaan kerana ia bukan saja mempunyai banyak fungsi, malah bateri jam ini juga direka tahan untuk tempoh lebih lama sebelum memerlukan pengguna mengecas semula. Rekaan fizikal pelbagai jam tangan jenis ini di pasaran juga sesuai dengan rekaan moden terkini malah ada jenama yang menghasilkan sebuah peranti jam pintar yang bukan saja sarat dengan pelbagai fungsi, sebaliknya mempunyai reka bentuk menarik. Antara 5 jam tangan pintar bergaya dan mempunyai pelbagai fungsi khas untuk rakyat Malaysia adalah seperti berikut, dan paling menarik semua jenama jam tangan pintar ini ditawarkan pada harga bawah RM500.

Bergaya & Multifungsi: 5 Jam Tangan Pintar Terbaik Bawah RM500 Untuk Rakyat Malaysia

Moto Watch 70 (RM229)

Moto Watch 70 (RM229)
Moto Watch 70, jam tangan pintar penjejak kesihatan asas memainkan peranan penting kepada mereka yang mempunyai gaya hidup yang kompleks. Maklum sahaja, ketika ini pemakaian jam tangan bukan sekadar untuk melihat waktu, tetapi ia diperlukan lebih daripada itu. Moto Watch 70 menggunakan skrin 1.69 inci dengan binaan badan jenis aloi zink. Jam pintar ini juga hadir dengan skrin sejernih kristal dan jalur silikon tahan lasak yang boleh ditukar ganti untuk disesuaikan dengan sebarang majlis. Mempunyai perlindungan IP67, Moto Watch 70 berfungsi sebagai mengimbas nadi, membaca data SpO2, menyemak waktu tidur dan menyokong GPS.
Mempunyai lebih 23 mod jenis aktiviti kecergasan antaranya larian, gim, berbasikal, mendaki, dan latihan litar yang boleh dipilih pengguna memudahkan untuk melakukan aktiviti yang diinginkan. Lebih menarik pastinya mengenai ketahanan bateri yang mampu bertahan sehingga 10 hari selepas dicaj penuh. Ciri ini sudah pasti diperlukan oleh mereka yang menyertai kejohanan larian jarak jauh berstatus ultra atau multisport. Ia turut disepadukan dengan Google Fit, platform kesihatan Android nombor 1, untuk mencatat segala keperluan dan aktiviti harian anda dengan mudah. Moto Watch 70 menjalankan sistem operasi tersendiri dan bukannya Wear OS.

Kelebihan Moto Watch 70:

  • Skrin 1.69 inci memuaskan
  • Ada 23 mod jenis aktiviti kecergasan
  • Ketahanan bateri sehingga 10 hari
  • Disepadukan dengan Google Fit

Kekurangan Moto Watch 70:

  • Pasaran terhad

Spesifikasi Moto Watch 70:

Tempoh Jaminan: 1 Tahun
Warna: Phantom Black
Harga: RM229.00

Huawei Watch Fit (RM239)

Huawei Watch Fit (RM239)
Ringan namun tahan lasak, itulah ciri Huawei Watch Fit yang menampilkan skrin paparan penuh 1.64 inci untuk kemudahan pengguna. Sebagai peneraju industri teknologi inovasi, produk keluaran jenam ini seperti Huawei Watch Fit dilengkapi dengan ciri-ciri premium seperti teknologi engsel sayap Falcon pertama industri, reka bentuk estetik serta teknologi pengecasan pantas. Menawarkan jangka hayat bateri 180mAh yang kuat hingga 10 hari, Huawei Watch Fit dilengkapi dengan teknologi pengecasan HUAWEI TruSeen™ 4.0 dan algoritma penjimatan kuasa pintar.
Maka pengguna dapat menikmati penggunaan seharian hanya dengan pengecasan lima minit. Huawei Watch Fit dilengkapi fungsi-fungsi asas sebuah jam kecergasan boleh memantau kedua-dua SpO2 dan kadar denyutan jantung anda pada masa yang sama sepanjang masa. Di samping itu, terdapat 96 mod latihan yang merangkumi 11 mod sukan profesional untuk meningkatkan rutin senaman setiap pengguna. Dengan harga yang berpatutan, Huawei Watch Fit turut dilengkapi GPS penerima isyarakt satelit geolokasi, dan akselerometer dan kalis air sedalam 5ATM.

Kelebihan Huawei Watch Fit:

  • Harga berpatutan
  • Pengecasan pantas
  • Bateri tahan lama sehingga 10 hari
  • Ada 96 mod kecergasan
  • Kalis air sedalam 5ATM

Kekurangan Huawei Watch Fit:

  • Reka bentuk seakan jenama Apple

Spesifikasi Huawei Watch Fit:

Tempoh Jaminan: 12 Bulan
Warna: Red, Sakura Pink dan Graphite Black
Harga: RM239.00

Amazfit GTS 4 Mini (RM395)

Amazfit GTS 4 Mini (RM395)
Amazfit, jenama perkakasan pakai pintar premium yang dimiliki oleh Zepp yang menggabungkan fesyen dan teknologi inovatif. Amazfit GTS 4 Mini sangat nipis didatangkan dengan kuasa berat dalam bingkai aloi aluminium seringan 31.2g manakala nisbah skrin ke badan 70.2 peratus memberikan lebih skrin. Dikuasakan oleh bateri 270-miliampere jam, Amazfit GTS 4 Mini boleh bertahan selama 15 hari dengan sekali cas. Antara ciri lain yang terdapat pada jam tangan pintar mini ini termasuk sistem penentu kedudukan lima satelit untuk aktiviti luar, 5 ATM kalis air untuk menjejak sukan air dan 120+ mod sukan.
Amazfit GTS 4 Mini juga boleh mengenali tujuh aktiviti sukan dan Algoritma Status Senaman PeakBeats memantau pemulihan selepas senaman manakala pemakai boleh menilai dan membandingkan data pusingan prestasi larian sebelum ini melalui Virtual Pacer. Semua data ini mudah dilihat melalui Aplikasi Zepp, yang dikuasakan oleh sistem pengendalian Zepp. Paling menarik Amazfit GTS 4 Mini juga mempunyai Alexa yang boleh diakses melalui mikrofon terbina dalam. Pengguna juga boleh memuat turun berpuluh-puluh muka jam, sesetengahnya dianimasikan, dengan paparan sentiasa hidup padan atau sesuaikan dengan foto.

Kelebihan Amazfit GTS 4 Mini:

  • Ringan dan tahan lasak
  • Jalur silikon lembut dan mesra kulit
  • Bateri tahan lama sehingga 15 hari
  • Hadir dengan 4 warna menawan
  • Miliki Alexa pembantu pintar bersuara

Kekurangan Amazfit GTS 4 Mini:

  • Reka bentuk agak sama dengan siri sebelumnya

Spesifikasi Amazfit GTS 4 Mini:

Tempoh Jaminan: 24 Bulan
Warna: Mint Blue, Flamingo Pink, Midnight Black dan Moonlight White
Harga: RM395.00

Redmi Watch 3 (RM399)

Redmi Watch 3 (RM399)
Redmi Watch 3 mencerminkan gaya peribadi si pemakai dan pada masa yang sama membolehkan mereka menghubungkan gaya hidup sihat dan aktif melalui pelbagai peranti canggih. Redmi Watch 3 merupakan variasi kemaskini untuk Redmi Watch 2 sebelum ini dengan sejumlah elemen yang masih dikekalkan. Antara yang masih dikekalkan seperti kerangka jam berbentuk segi empat bersama tali sejenis silikon tanpa cangkuk yang standard. Turut dikekalkan adalah butang fizikal khusus pada sisi kanan untuk kawalan tambahan. Untuk spesifikasi, Redmi Watch 3 menggunakan skrin AMOLED 1.75 inci dengan resolusi HD dan kadar segar semula 60Hz.
Skrin ini 14.8% lebih besar berbanding generasi sebelum ini dengan kecerahan puncak 300 nits. Redmi Watch 3j uga memuatkan sensor penjejakan kesihatan dan kecergasan yang boleh memantau pelbagai perkara termasuklah pemantauan degupan jantung sepanjang hari, pemantauan oksigen dalam darah, kitaran haid, senaman penafasan dan pola waktu tidur. Sebanyak 120+ pilihan mod sukan disediakan dengan kebolehan GPS terbina untuk mengesan aktiviti luar. Bateri 289mAh terbina pada Redmi Watch 3 pula mampu memberi ketahanan sehingga 12 hari penggunaan.

Kelebihan Redmi Watch 3:

  • Kalis air 5ATM
  • Memiliki pembantu suara Alexa
  • Menggunakan skrin AMOLED 1.75 inci
  • Pemantau kadar jantung 24 jam
  • Penyambungan Bluetooth 5.2

Kekurangan Redmi Watch 3:

  • Tekstur tali silikon kurang premium

Spesifikasi Redmi Watch 3:

Tempoh Jaminan: 12 Bulan
Warna: Black, Aqua Blue, White dan Ivory,
Harga: RM399.00

OPPO Watch Free (RM449)

OPPO Watch Free (RM449)
OPPO Watch Free merupakan peranti guna pakai atau lebih tepatnya adalah penjejak kesihatan keluaran jenama gergasi OPPO. Oppo Watch Free didatangkan dengan beberapa peningkatan lebih menarik dilengkapi dengan skrin 1.64 inci AMOLED screen. Secara amnya, kecerahan dan keterangan warna skrin yang dihasilkan oleh paparannya cukup cantik. OPPO Watch Free hadir dengan gabungan bingkai aluminium bersama kaca tahan lasak yang melindungi muka jam dengan jisim cukup ringan sekitar 30g. Dari segi sambungan, OPPO Watch Free menyokong bluetooth 5.0 bagi membolehkan kawalan dibuat menerusi peranti pintar.
Ia juga boleh digunakan secara meluaskan pada kesemua peranti Android dan iOS yang sekurang-kurangnya menyokong sistem Android 5.0 dan iOS 9.0 ke atas. OPPO Watch Free turut menyokong muka jam tersesuai berdasarkan pakaian semasa pengguna yang dinamakan sebagai AI Smart Watch Face. Di sini, pengguna hanya perlu mengambil gambar pakaian dengan corak atau warna yang disukai. Kemudian, teknologi AI akan menyesuaikan muka jam agar sepadan dengan penampilan semasa.

Kelebihan OPPO Watch Free:

  • Miliki Bluetoth 5.0 dan NFC
  • Penukaran tali jam dengan mudah
  • Menyokong kawalan sesentuh secara menyeluruh.
  • Kalis air dengan tekanan sehingga 5ATM

Kekurangan OPPO Watch Free:

  • Tiada sokongan panggilan telefon kerana ketiadaan pembesar suara dan mikrofon terbina padanya

Spesifikasi OPPO Watch Free:

Tempoh Jaminan: 1 Tahun
Warna: Black dan Vanila
Harga: RM449.00

Ramai yang ingin memiliki jam pintar yang mampu memantau aktiviti harian, namun tidak mengabaikan aspek fesyen terkini. Itu antara pilihan utama bagi pengguna hari ini kerana dua faktor berkenaan sama pentingnya terutama fesyen. Kebanyakan jam pintar mempunyai ciri sporty dan ada kalanya tidak sesuai dipakai untuk majlis rasmi atau set jam pintar itu tidak padan dengan pemakaian seseorang untuk majlis tertentu. Bagaimanapun, pilihan yang bijak untuk dua faktor berkenaan adalah memilih jam pintar keluaran jenama dipercayai yang bukan saja berkemampuan memantau aktiviti harian dan bersukan sebaliknya tidak mengabaikan aspek fesyen. Pengguna yang mahu kelihatan trendy boleh memilih jenama pelbagai itu dipasaran sekarang, paling penting sesuai untuk semua pengguna tidak kira lelaki mahupun wanita.

Jam pintar pelbagai guna menawarkan pelbagai ciri-ciri tertentu kepada pembeli yang sudah pasti berhasrat untuk meneroka pelbagai ciri-ciri istimewa pada setiap model. Pastikan jam yang anda miliki mempunyai sifat tahan lasak. Ini kerana, peranti tersebut dipakai pada pergelangan tangan dan pengguna sentiasa sibuk melakukan pelbagai aktiviti harian. Ini bagi mengelakkan peranti jam pintar anda mudah rosak dan tidak tahan lama.



Related posts