Telefon Pintar Terkini Di Malaysia Untuk Dimiliki Sekarang

Telefon Pintar Terkini Di Malaysia Untuk Dimiliki Sekarang
Peralatan mudah alih dan aksesori


Tahun baharu 2023, ramai yang mengambil peluang untuk menukar gajet mereka sesuai dengan peredaran zaman. Pelbagai jenama telefon pintar terkemuka kekal optimis menghasilkan telefon pintar yang memenuhi aspek dan keperluan digital kini. Setiap syarikat yang diyakini dalam penghasilan telefon pintar akan memastikan setiap keluaran telefonnya berteknologi tinggi sekaligus memberi impak maksima kepada pelanggan. Antaranya ialah dengan memastikan semua peranti moden dimana pengguna dapat mengakses sejumlah aplikasi tanpa masalah.

Selain itu, pengguna yang meminati teknologi juga sering menjadikan beberapa spesifikasi sebagai penanda aras sebelum membeli telefon pintar. Bermula dengan reka bentuk sehingga ciri teknologi asas, spesifikasi pilihan perlu menepati citarasa peminat. Bahkan sudah ramai pengguna hari ini yang celik teknologi dan bijak memilih pelbagai telefon pintar daripada aspek model, harga, dan jenama. Untuk bulan ini 2023, ini 5 senarai telefon pintar terkini di Malaysia untuk dimiliki mengikut bajet tertentu.

5 Telefon Pintar Terkini Di Malaysia Untuk Dimiliki Sekarang 2023

Asus ROG Phone 6 Diablo Immortal

Asus ROG Phone 6 Diablo Immortal
ROG Phone 6 Diablo Immortal merupakan telefon pintar keluaran Asus salah satu peranti gaming mudah alih yang terbaik di pasaran. Asus ROG Phone 6 Diablo Immortal memiliki skrin AMOLED seluas 6.78-inci, resolusi HD Penuh dan kadar penyegaran sehingga 165Hz. Skrinnya dilapisi kaca Corning Gorilla Glass Victus yang sangat tahan lasak serasi untuk bermain game. Asus ROG Phone 6 Diablo Immortal mempunyai kamera 12MP di hadapan dan belakang pula gabungan kamera 50MP F1.9 dengan sensor Sony IMX766, kamera ultra lebar 13MP dan kamera makro 5MP.

Di dalam Asus ROG Phone 6 Diablo Immortal, skrin notifikasi digantikan dengan hiasan watak Dibalo serta logo ROG dan Diablo Immortal. Malah dibekalkan dengan pelbagai aset digital bertemakan Diablo seperti wallpaper beranimasi, animasi panggilan masuk dan animasi mengecas. Asus ROG Phone 6 Diablo Immortal mempunyai bateri yang tahan lama dengan 6,000mAh dalam bentuk dwi-sel dan menyokong pengecasan pantas 65W.

Paling istimewa, edisi Diablo datang dalam kotak ekslusif direka seakan ‘Soulstone’ yang mengurung Diablo. Setiap set ini mengandungi aksesori tambahan sepert sarung telefon bertemakan Diablo, jarum pembuka dulang emas bertemakan Diablo Immortality dan lampu suluh UV ‘Fahir’s Light’.

Kelebihan Asus ROG Phone 6 Diablo Immortal

  • Ideal untuk peminat Diablo Immortal
  • Reka bentuk bertema dengan pencahayaan, bunyi dan wallpaper
  • Aksesori sampingan yang menarik dan berguna
  • Jangka hayat bateri yang lama

Kekurangan Asus ROG Phone 6 Diablo Immortal

  • Hanya terdapat satu varian untuk edisi di Malaysia

Spesifikasi Asus ROG Phone 6 Diablo Immortal

Pemprosesan Snapdragon® 8+ Gen 1
Warna Hitam
Tempoh Jaminan 2 Tahun
Harga RM4,999.00

Vivo iQOO 11 5G

Vivo iQOO 11 5G
vivo, iQOO membuktikan kehebatan dalam prestasi dan pengalaman e-sukan menerusi telefon pintar terbaharunya iaitu iQOO 11 5G mendapat sambutan menakjubkan daripada penggemarnya. vivo iQOO 11 5G telefon pintar pertama di Malaysia yang dilengkapi dengan Qualcomm Snapdragon 8 Gen 2 dan UFS 4.0 sekali gus membuktikan telefon pintar ini menawarkan prestasi yang begitu hebat dan lancar kepada pengguna.

Prestasi puncak CPU dan GPU vivo iQOO 11 5G dipertingkatkan manakala bateri bersaiz 5,000mAh kekal di tahap minimum, memberikan keseimbangan yang sempurna antara prestasi dan jangka hayat bateri semasa dan selepas tempoh permainan yang berpanjangan. vivo iQOO 11 5G juga dilengkapi dengan Extended RAM 3.0, yang mampu menambah sebanyak 8GB memori virtual tambahan.
vivo iQOO 11 5G mempunyai paparan AMOLED 2K E6 bersaiz 6.78 inci menampilkan imej yang jelas walaupun di bawah cahaya terang. vivo iQOO 11 5G hadir dengan modul kamera belakang yang versatil dengan Kamera Ultra-Sensing GN5 50MP, Kamera Telefoto & Potret 13MP, dan Kamera Ultralebar 8MP. Ia juga memberikan pengalaman fotografi malam serta videografi yang unggul dengan gambar dan video yang jelas.

Kelebihan Vivo iQOO 11 5G

  • Spesifikasi mewah dalam model putih menawan
  • Bateri yang besar dan mengecas pantas
  • Kamera yang baik terutamanya pada waktu malam
  • Reka bentuk premium

Kekurangan Vivo iQOO 11 5G

  • Pembelian pre-order diperlukan

Spesifikasi Vivo iQOO 11 5G

Pemprosesan Snapdragon 8 Gen 2
Warna Putih
Tempoh Jaminan 1 Tahun
Harga RM3,499.00

Nokia X30 5G

Nokia X30 5G
Nokia X30 5G merupakan telefon pintar mesra alam kerana menggunakan 100 peratus aluminium kitar semula untuk bingkai dan 65 peratus plastik kitar semula untuk badan belakang. Nokia X30 5G mampu mengekalkan kekalisan air IP67 dan juga habuk. Nokia X30 5G memiliki kuasa pemproses menggunakan cip Snapdragon 695 6nm, dipacu dengan RAM seluas 8GB dan storan sebesar 256GB, namun tidak memiliki slot untuk kad mikroSD.

Paparan di hadapan Nokia X30 5G adalah jenis AMOLED, berkeluasan 6.43-inci dengan resolusi HD Penuh dan kadar penyegaran 90Hz. Pada bahagian luar skrinnya dilapisi kaca Corning Gorilla Glass Victus yang sangat tahan lasak, seakan mengimbau kembali ketahanan jenama Nokia beberapa puluh tahun yang lalu. Nokia X30 5G melabel kameranya sebagai PureView memiliki dua kamera belakang iaitu kamera utama 50MP F1.9 dengan sensor sebesar 1/1.57-inci dan ada penstabil imej optikal (OIS).
Manakala kamera ultra lebar 13MP F2.4 dengan teknologi Capture Fusion membawakan kehebatan kamera utama ke dalam lensa ultra lebar. Sistem operasi (OS) Android 12 digunakan di dalam Nokia X30 5G dan turut menjanjikan kemaskini OS sebanyak tiga kali dan kemaskini keselamatan bulanan selama 3 tahun.

Kelebihan Nokia X30 5G

  • Kalis air dan habuk
  • OLED pertama untuk Nokia
  • Hayat bateri yang baik dan kelajuan pengecasan
  • Kualiti foto yang sangat baik pada waktu malam

Kekurangan Nokia X30 5G

  • Pengecas dijual berasingan

Spesifikasi Nokia X30 5G

Pemprosesan Snapdragon® 695 5G
Warna Cloudy Blue
Tempoh Jaminan 12 Bulan
Harga RN2,099.00

realme 10 Pro Plus 5G

realme 10 Pro Plus 5G
realme 10 Pro Plus 5G telefon pintar terkini dengan paparan melengkung pertama jenama realme dibangunkan untuk membawa inovasi premium kepada penggunanya dalam harga berpatutan. realme 10 Pro Plus 5G membawa masuk 2160Hz PWM peredupan pertama di Malaysia melalui skrin melengkung 120Hz, beratnya cuma 173 gram, badan ultra nipis dan ultra ringan hanya 7.78 milimeter (mm), dengan 2.3mm panel ultra slim.

Peranti ini menawarkan pengalaman visual tanpa panel dengan cengkaman dalam tangan yang selesa untuk keseronokan visual yang lancar. realme 10 Pro Plus 5G dilengkapi skrin AMOLED 6.7-inci FHD dipadankan cip MediaTek Dimensity 920, memori sehingga 12GB RAM. Untuk pengalaman fotografi yang mantap, sistem kamera realme 10 Pro Plus 5G lengkap dengan lensa utama 108MP, lensa ultra lebar 8MP, lensa makro 2MP dan juga kamera swafoto 16MP.

Menariknya, terdapat pelbagai sokongan teknologi AI kamera seperti Image Fusion, Quickshot dan Super Nightscape untuk menghasilkan gambar yang lebih menarik. Kapasiti bateri realme 10 Pro Plus 5G ditawarkan sebesar 5,000 mAh dengan sokongan pengecasan pantas 67W. Dari segi keselamatan, peranti ini mempunyai pengimbas cap jari di bawah skrin.

Kelebihan realme 10 Pro Plus 5G

  • Paparan melengkung yang menakjubkan
  • Bateri tahan lasak
  • Reka bentuk yang menarik
  • Pengecasan pantas yang mengagumkan
  • Pembesar suara yang baik

Kekurangan realme 10 Pro Plus 5G

  • Tiada OIS dalam kamera belakang utama

Spesifikasi realme 10 Pro Plus 5G

Pemprosesan MediaTek Dimensity 920
Warna Hyperspace & Dark Matter
Tempoh Jaminan 1 Tahun
Harga RM1,599.00

Infinix Hot 20i

Infinix Hot 20i
Mencari telefon pintar pada harga yang berpatutan dan mampu milik? Infinix Hot 20i adalah peranti yang dicadangkan. Infinix Hot 20i dikuasakan dengan cip Mediatek Helio G85, bersama RAM 6GB dan storan dalaman 128GB. Ia ada keupayaan RAM maya, menambah 5GB untuk menjadikan jumlah RAM kepada 11GB. Kad MikroSD juga diterima masuk ke Infinix Hot 20i sehingga 1TB.
Infinix Hot 20i memiliki skrin LCD IPS yang besar, seluas 6.82-inci HD dan kadar penyegaran 90Hz. Infinix Hot 20i memiliki kamera hadapan 8MP, dilengkapi kamera utama 50MP F1.6 dan kamera kedua AI, dengan teknologi Super Nightscape untuk menjadikan gambar waktu malam lebih cerah.

Infinix Hot 20i memiliki kuasa bateri disalurkan daripada bateri berkapasiti 5,000mAh boleh mengecas melalui USB-C dengan kuasa sehingga 18W. Infinix Hot 20i memiliki sistem bunyi stereo dan masih mengekalkan jek audio 3.5mm. Paling menarik Infinix Hot 20i memiliki sistem yang menyokong NFC, maka pengguna boleh membuat tambah nilai kad Touch n Go NFC terus ke telefon pintar.

Kelebihan Infinix Hot 20i

  • Pelbagai jenis kanta kamera belakang
  • Memori dalaman yang besar
  • Harga berpatutan
  • Miliki sensor biometrik khusus untuk NFC

Kekurangan Infinix Hot 20i

  • Tidak menyokong 5G

Spesifikasi Infinix Hot 20i

Pemprosesan Mediatek Helio G25 12nm
Warna Hitam, Putih, Biru, Ungu
Tempoh Jaminan 12 Bulan
Harga RM499.00

Wujudnya kemajuan teknologi pada abad moden ini, setiap fungsi telefon pintar hari ini menawarkan banyak kemudahan di celah kemajuan informasi dan komunikasi yang bersifat global membuatkan manusia mudah untuk mendapatkan maklumat, tanpa perlu mengambil kira batas wilayah dan negara. Terkenal dengan penawaran spesifikasi serba canggih, hari ini pelbagai jenama telefon pintar terkemuka yang pantas mencipta nama dalam industri global sekiranya mempunyai spesifikasi bualan ramai. Ia juga menjadi penanda aras baharu bagi menentukan kualiti telefon pintar tersebut di pasaran. Salah satu keperluan utama sering menjadi tanda ukur adalah cip pemproses permainan yang dimiliki sesebuah peranti. Pemproses yang pantas kini semakin dicari pengguna gajet kerana keupayaannya memastikan prestasi telefon pintar lancar. Ia juga mampu menawarkan pengalaman pengguna lebih lancar dengan kelajuan baru ditingkatkan.

Jika anda masih menggunakan telefon pintar lama, ini adalah masa terbaik untuk mendapatkan pelbagai model dan jenama telefon pintar sesuai dengan bajet anda. Penawaran skrin besar mampu memberikan pengalaman permainan, tontonan, audio dan video yang memuaskan bagai dunia nyata. Dalam erti kata lain, tiada lagi masalah gangguan visual, paparan kecil dan sempit kerana kebanyakkan telefon pintar terkini direka dengan skrin hampir penuh.



Related posts