Istimewa Ramadan – Jenama Popular Baju Raya Untuk Pembelian Secara Online (Bahagian 1)

Istimewa Ramadan - Jenama Popular Baju Raya Untuk Pembelian Secara Online (Bahagian 1)
Fesyen


Menghampiri Ramadan, ramai yang sudah mula sibuk membelek fesyen sesuai untuk digayakan pada hari raya. Di laman sosial dan halaman sesawang pelbagai jenama pakaian muncul tiba-tiba bak cendawan tumbuh. Senario ini sudah menjadi kebiasaan berikutan berulang saban tahun. Waktu inilah baik wanita atau lelaki teruja memilih busana pelbagai rekaan dan potongan. Aidilfitri sinonim dengan busana indah dan penampilan menawan. Tanyalah mana-mana wanita mahupun lelaki, tua, muda sehingga kanak-kanak mengenai baju raya, pasti ramai yang memiliki lebih daripada sepasang persalinan.

Istimewa Ramadan 2023, memasuki bulan sebelum lebaran, kebanyakan ‘ketua isi rumah’, si ibu atau sesiapa sahaja kini kembali sibuk mencari busana sesuai untuk digayakan ketika hari raya. Begitulah lumrah setiap individu yang sentiasa mahu tampil cantik terutama ketika Syawal. Walaupun ada antara golongan ini yang memilih untuk bersederhana namun tidak dapat dinafikan mereka tetap mahu kelihatan manis dan menawan ketika bersua muka dengan ahli keluarga serta kenalan. Sempena Aidilfitri tahun ini, lima jenama fesyen tempatan popular ini tampil dengan variasi koleksi raya yang direka menepati ciri-ciri diinginkan dalam setiap helaian busana. Paling menarik, setiap helaian baju raya idaman kini boleh dibeli secara online. Ia menjimatkan masa anda, cepat dan mudah, hanya di hujung jari sahaja.

Istimewa Ramadan 2023 – 5 Jenama Popular Baju Raya Untuk Pembelian Secara Online (Bahagian 1)

Dreamyza

Dreamyza
Dreamyza jenama pakaian muslimah diasaskan sejak 2014 menawarkan pelbagai pakaian dengan rekaan menarik, elegan khas untuk wanita yang suka akan hasil minimalis. Istimewa Ramadan 2023, jenama Dreamyza telah mula mempromosikan edisi baju raya 2023 mereka di pasaran. Paling menarik bukan hanya menawarkan koleksi pakaian raya untuk wanita sahaja, malah Dreamyza turut memperkenalkan pakaian lelaki iaitu Anas Baju Melayu Slim Fit Cekak Musang. Semua koleksi raya tahun ini tampil lebih elegan dan selesa.

Si pemakai pasti tampil lebih cantik, bergaya dan yakin kerana material fabrik yang digunakan sangat lembut, sejuk serta potongan yang sopan, longgar dengan efek kurus. Antara koleksi baju raya tahun 2023 bakal mendapat perhatian seperti Widuri Embroidered Sulam Chiffon Baju Kurung Moden, Mawar Flowers Embroidered Sulam Chiffon Baju Kurung Moden, Teratai Embroidered Polka Dot Chiffon Baju Kurung Moden, Jesnita Embroidered Sulam Chiffon Baju Kurung Moden, Rozana Flowers Embroidered Sulam Chiffon Baju Kurung Moden, Rossa Embroidered Printed Chiffon with Border Lace Modern Kurung, Luna Embroidered Border Lace Abaya Jubah Dress, Mahsuri Full Lace Baju Kurung 2.0 dan Azura Lace Baju Kurung. Setiap rekaan ini mempunyai pelbagai warna dan saiz pilihan dari XXS sehingga XXL.

Kelebihan Dreamyza

  • Kebanyakkan rekaan berwarna pastel
  • Potongan sedikit longgar di pinggang dan pinggul
  • Lapik kain menggunakan kapas penuh
  • Sejuk, bernafas dan selesa

Kekurangan Dreamyza

  • Warna mungkin sedikit berbeza daripada sebenar disebabkan oleh pencahayaan fotografi atau paparan monitor

Spesifikasi Dreamyza

Pasaran https://dreamyza.com.my/collections/baju-raya-2023
Sosial Media https://www.instagram.com/dreamyzakuantan/
Kategori Baju wanita dan lelaki dewasa sahaja
Harga Bermula RM199.00 sehingga RM359.00

ZARAKS

ZARAKS
Bagi peminat rekaan baju kurung moden atau baju melayu menggunakan fabrik sejuk eksklusif, jenama ZARAKS adalah dicadangkan. ZARAKS edisi Raya 2023 tahun ini menampilkan elemen corak dan warna yang pelbagai mengikut tema kegemaran semua. Umum sedia maklum, jenama ini terkenal dengan variasi mix and match mengikut citarasa pemakai. ZARAKS menampilkan rekaan minimalis yang klasik dan feminin ini menampilkan helaian daripada fabrik bercorak flora, abstrak dan garisan.

ZARAKS, khas untuk anda yang inginkan busana raya yang ringkas dan praktikal, jenama ini pilihan yang sesuai. Menampilkan fabrik jenis LinenSejook, ZARAKS menampilkan paduan blaus dan skirt untuk wanita seperti The Tabur Women Pin-Tucks Kurung Top, The Tabur Women Joy Kurung Top, The Tabur Women Cheers Blouse, The Tabur Women Back Pleats Skirt, The Tabur Women Back Pleats Skirt, The Tabur Women Trumpet Skirt. Terdapat juga dres potongan yang boleh dipadankan dengan top pilihan. Terkenal dengan rekaan minimal dan selesa, ZARAKS turut menjual pakaian lelaki. Antaranya The Tabur Men Baju Melayu Top, The Tabur Men Kurta, The Congkak Men Kurta, The Congkak Men Batik Shirt dan pilihan samping The ORI Instant Men Samping.

Kelebihan ZARAKS

  • Fabrik LinenSejook merupakan gentian semulajadi sesuai dengan cuaca tropika
  • Pelbagai saiz dari S hingga XXL
  • Boleh mix and match ikut pilihan hati
  • Corak dan rekaan simple tetapi menarik

Kekurangan ZARAKS

  • Untuk versi kanak-kanak dijual berasingan di bawah jenama lain iaitu POKOKS

Spesifikasi ZARAKS

Pasaran https://zaraks.com/collections/baju-raya-2023
Sosial Media https://www.instagram.com/zaraks.co/
Kategori Baju wanita dan lelaki dewasa sahaja
Harga Bermula dari RM119.00 hingga RM149.00

LYC (Liyanacollection)

LYC (Liyanacollection)
LYC adalah singkatan bagi jenama Liyanacollection antara butik terawal yang beroperasi secara online di Malaysia. Butik LYC terletak di Alor Setar, Kedah menjadi jenama yang dipercayai dan ditunggu-tunggu setiap musim perayaan oleh pelanggan tetapnya saban tahun. Sempena Lebaran 2023 ini, LYC menampilkan beberapa rekaan pakaian untuk seisi keluarga bermula dari edisi wanita, lelaki dewasa dan kanak-kanak semuanya di bawah satu bumbung. Corak dan rekaan juga minimal, sesuai bagi yang tidak suka perincian yang keterlaluan. Untuk wanita dan kanak-kanak perempuan, LYC memperkenalkan Anabelle Kurung Doll- Material Premium Duchess, Sherley 3.0 Kurung, Jasmine Kurung, Maesa Kurung, Yaya Kebarung, Shury Mini Kurung, dan Naely Mini Kurung. Ada pelbagai warna dan saiz pilihan bermula daripada saiz XS hingga 3XL untuk wanita manakala saiz untuk kanak-kanak saiz 2 ke saiz 10. Untuk lelaki dan kanak, LYC memperkenalkan Baju Melayu Cekak Musang Arjuna dengan pilihan lebih 28 warna. Semua pakaian rekaan LYC adalah mesra wuduk, tidak panas, tidak jarang dan selesa.

Kelebihan LYC (Liyanacollection)

  • Pakaian untuk seisi keluarga
  • Ada lebih 25 warna yang ditawarkan
  • Mempunyai saiz yang pelbagai
  • Rekaan mesra wuduk dan tidak panas

Kekurangan LYC (Liyanacollection)

  • Semua pembelian adalah Pre-Order. Penghantaran dibuat selepas 30 Mac 2023 sahaja

Spesifikasi LYC (Liyanacollection)

Pasaran https://www.liyanacollection.com/collections/lyc-raya-2023
Sosial Media https://www.instagram.com/liyanacollection/
Kategori Baju wanita, lelaki dewasa dan kanak-kanak
Harga Bermula dari RM109.00 sehingga RM229.00

Zulyka

Zulyka
Jenama Zulyka sudah bertapak dalam industri fesyen dalam talian sejak tahun 2017 lagi. Zulyka mempunyi peminatnya sendiri yang gemar akan gaya klasik kontemporari dengan sentuhan sederhana. Istimewa Ramadan 2023, Zulyka memperkenalkan edisi raya 2023 iaitu Set Sedondon, Kurung Camellia, Kurung Yuna, Jubah Hawa dan Kaftan Aurora. Zulyka membariskan helaian busana bertemakan tradisional seperti kurung iaitu daripada pelbagai potongan. Rona-rona yang ditampilkan juga segar.

Rekaan yang ditampilkan seperti kurung tradisional, kurung moden, kaftan ala kimono dan batwing yang sesuai digayakan di pagi lebaran nanti. Kaftan Aurora, koleksi raya paling popular diperbuat daripada como crepe yang jatuh longgar pada badan. Ia disuai padan dengan skirt pario lilitan boleh laras tersedia dalam enam warna menawan. Untuk Set Sedondon, ibu dan anak perempuan, Zulyka tampilkan dengan material jenis Korean Como Crepe dan saiz yang pelbagai. Bermula dari S hingga 2XL untuk dewasa dan saiz 4T hingga 12T untuk kanak-kanak.

Kelebihan Zulyka

  • Wang dikembalikan dalam masa 3 hari jika terima barang rosak
  • Mempunyai rekaan sedondon ibu dan anak
  • Mempunyai saiz yang pelbagai
  • Penghantaran percuma untuk Semenanjung Malaysia

Kekurangan Zulyka

  • Tiada rekaan pakaian untuk lelaki

Spesifikasi Zulyka

Pasaran https://www.zulyka.com/shop/
Sosial Media https://www.instagram.com/zulyka.official/
Kategori Pakaian wanita dan kanak-kanak perempuan sahaja
Harga Bermula RM69.00 sehingga RM139.00

MM Basic (Mazlianul Maznan)

MM Basic (Mazlianul Maznan)
MM BASIC diasaskan pada tahun 2012 dan dahulunya jenama ini dikenali sebagai Mazlianul Maznan. Pada tahun 2014, MM BASIC telah diperkenalkan secara rasmi kepada umum sebagai salah satu jenama fesyen tempatan khas untuk wanita. Untuk koleksi raya 2023, MM Basic menampilkan tema ‘Raya Rupawan’ dengan tagline Pilihan Memang Rupawan, Terus Terasa Nyaman. Siri ini terdiri daripada Raya Rupawan – Kartika Design Kebarung Labuh, Raya Rupawan – Indah Kedah Contemporary, Raya Rupawan – Chendana Kurung Riau Modern Contemporary, Raya Rupawan – Asmara Design: Kebarung Labuh. Semua rekaan tampak eksklusif dan elegan dengan fabrik bercorak dan material kain selesa jenis sejuk. Pelbagai rekaan untuk raya 2023 kali ini ditawarkan dan mudah disesuaikan dengan gaya pelbagai peringkat usia.

Kelebihan MM Basic (Mazlianul Maznan)

  • Rekaan baju mesra menyusu
  • Material kain selesa dan sejuk
  • Pelbagai pilihan saiz dari S hingga 2XL
  • Terima 3x pembayaran dengan airapay

Kekurangan MM Basic (Mazlianul Maznan)

  • Saiz dan stok terhad

Spesifikasi MM Basic (Mazlianul Maznan)

Pasaran https://www.mmbasiconline.com/raya-2023
Sosial Media https://www.facebook.com/mazlianulmaznan
Kategori Pakaian wanita sahaja
Harga Bermula RM151.00 hingga RM239.00

Pasti ada yang pernah mengalami pengalaman buruk membeli pakaian raya dalam talian bukan? Antaranya mungkin pakaian tidak muat dengan saiz badan, fabrik berbeza atau kos penghantaran yang tidak munasabah. Jangan risau, ini hanya sebahagian kecil pengalaman buruk pembeli dalam talian, jika tidak mana mungkin masih ada yang menggemar berbelanja secara online. Ini beberapa tip yang boleh anda gunakan untuk membeli baju raya dalam talian. Paling utama, kenal pasti ukuran anda dan periksa carta ukuran yang telah diberikan oleh peniaga dalam aplikasi atau laman seswang mereka.

Perhatian yang perlu anda berikan ketika membeli-belah pakaian dalam talian ialah saiznya sangat berbeza bergantung pada jenama. Untuk mengatasi masalah ini, ambil ukuran anda terlebih dahulu dan periksa carta ukuran. Kemudian, rajin-rajinkan diri membaca ulasan pembeli lain. Ulasan boleh membuktikan ketahanan pakaian, kaedah pengeposan digunakan penjual, keselesaan dan seberapa tepat carta ukuran yang dikongsikan tersebut. Baca juga ulasan ulasan bergambar pelanggan sebelum ini bagi mengetahui warna asal produk.

Anda boleh mengambil masa kira-kira dua hingga tiga minggu untuk mendapatkan pakaian atau lebih baik buat persiapan lebih awal dari sekarang. Jangan membeli terlalu lewat, bimbang baju yang dipesan tidak sampai sebelum raya. Kecuali jika anda memang tidak kisah baju raya tersebut dipakai pada penghujung raya.



Related posts