Top 10 Krim Muka Pelindung Matahari Terbaik untuk Perlindungan Terunggul di Malaysia

Top 10 Krim Muka Pelindung Matahari Terbaik untuk Perlindungan Terunggul di Malaysia
Fesyen


Ketika ini, negara sedang berdepan dengan cuaca panas dan kering. Ramai yang sedia maklum bahawa pendedahan terlalu lama kepada sinaran matahari adalah tidak elok untuk kesihatan kulit. Ini kerana sinar matahari mengandungi sinaran ultra ungu (UV) A dan UVB berbahaya yang boleh merosakkan kulit. Pendedahan secara berterusan terhadap sinaran ini menyebabkan masalah penuaan pramatang, kulit menjadi tidak anjal, kedutan dan pigmentasi. Disebabkan itu, perlindungan dari sinar matahari amat penting terutama ketika berada di luar rumah untuk jangka masa panjang.
Kebiasaannya untuk mengelak daripada selaran matahari, krim pelindung sinaran UV digunakan sebagai cara terbaik untuk kesihatan dan kecantikan kulit.

Namun, jika perlu berada di bawah sinar matahari sepanjang hari, pemakaian krim pelindung matahari perlu dilakukan secara teratur dari semasa ke semasa. Untuk melindungi kulit anda dari sinar UV, krim pelindung matahari dengan SPF 30 atau lebih tinggi adalah yang terbaik. Anda perlu memakainya sebelum keluar, pada waktu yang tetap selepas itu atau selepas berenang. Namun begitu pemilihan produk yang kurang berkesan mungkin menghalang keupayaan pelindung kulit untuk mengekalkan dan mengawal kelembapan seterusnya menjadikan kulit lebih sihat dan bermaya. Mencari krim pelindungan muka terunggul? Ini antara 10 krim pelindung matahari terbaik yang ada di pasaran Malaysia perlu dimiliki.

KOSE Cosmeport Suncut UV Perfect Essence

KOSE Cosmeport Suncut UV Perfect Essence
KOSE jenama produk kosmetik berkualiti tinggi dari Jepun sejak 1946 memperkenalkan siri produk pelindung matahari terbaik iaitu KOSE Cosmeport Suncut UV Perfect Essence. Pengunaan KOSE Cosmeport Suncut UV Perfect Essence secara berterusan mampu mencegah kedutan dan jeragat akibat terdedah kepada matahari. Bertekstur lembut dan tidak melekit, KOSE Cosmeport Suncut UV Perfect Essence kalis peluh serta sebarang cecair agar pengguna berasa lebih yakin terutama ketika menggunakannya di kolam atau pantai. Malah ia menghalang kekeringan atau kerengsaan tanpa meninggalkan kesan putih atau melekit pada kulit wajah. Kandungan perlindungan UV maksimum dalam formula KOSE Cosmeport Suncut UV Perfect Essence mampu menyekat sinaran UV dan UVB yang tinggi selama beberapa jam. Pati aquanya pula berfungsi untuk melembapkan kulit agar kekal terhidrat. KOSE Cosmeport Suncut UV Perfect Essence dicadangkan digunakan sebagai penjagaan kulit harian dan boleh dijadikan asas solekan. Paling menarik, ia mudah dibersihkan hanya dengan sabun pencuci muka sahaja.

Kelebihan KOSE Cosmeport Suncut UV Perfect Essence:

  • Bertekstur lembut dan tidak melekit
  • Kalis air dan peluh
  • Boleh dijadikan base make up
  • Gunakan sabun atau pencuci muka untuk menanggalkan

Kekurangan KOSE Cosmeport Suncut UV Perfect Essence:

  • Pembungkusan produk terlalu biasa

Spesifikasi KOSE Cosmeport Suncut UV Perfect Essence:

Isipadu: 20g
SPF: 50
Harga: RM59.90

Biore Uv Aqua Rich Aqua Protect Lotion Spf 50+ Pa++++

Biore Uv Aqua Rich Aqua Protect Lotion Spf 50+ Pa++++
Biore Uv Aqua Rich Aqua Protect Lotion Spf 50+ Pa++++ satu lagi pelindung matahari terbaik untuk kegunaan harian keluaran syarikat KAO berasal dari Jepun. Biore Uv Aqua Rich Aqua Protect Lotion Spf 50+ Pa++++ dihasilkan menggunakan teknologi canggih dengan ramuan perlindungan UV seperti Asid Hyaluronik, Ekstrak Jeli Diraja dan Gliserin ke dalam kapsul bersaiz nano. Setiap picitan Biore Uv Aqua Rich Aqua Protect Lotion Spf 50+ Pa++++ memastikan perlindungan yang sekata dan mencukupi untuk seluruh bahagian kulit wajah dan juga badan yang diinginkan. Bertekstur ringan seperti air, Biore Uv Aqua Rich Aqua Protect Lotion Spf 50+ Pa++++ memastikan setiap kandungannya mampu menyerap dan merebak dengan pantas ke kawasan yang sukar dicapai sebelum terdedah dengan sinar UV. Kalis air dan peluh, Biore Uv Aqua Rich Aqua Protect Lotion Spf 50+ Pa++++ juga boleh berfungsi sebagai asas solekan yang mampu memberi lembapan juga menghidrat kulit jauh ke dalam. Biore Uv Aqua Rich Aqua Protect Lotion Spf 50+ Pa++++ telah diuji bukan komedogenik dan diuji alahan oleh dermatologi.

Kelebihan Biore Uv Aqua Rich Aqua Protect Lotion Spf 50+ Pa++++:

  • Tekstur ringan dan tidak melekit
  • Untuk kegunaan muka dan badan
  • Melembapkan kulit dan menambah baik solekan
  • Mudah dibersihkan dengan sabun pencuci muka

Kekurangan Biore Uv Aqua Rich Aqua Protect Lotion Spf 50+ Pa++++:

  • Jenis losyen dan essence seakan sama

Spesifikasi Biore Uv Aqua Rich Aqua Protect Lotion Spf 50+ Pa++++:

Isipadu: 70ML
SPF: 50
Harga: RM52.10

NIHON Water Gel UV Sunscreen

NIHON Water Gel UV Sunscreen
NIHON ialah jenama penjagaan kulit Jepun yang diformulasikan oleh pakar dermatologi dari Malaysia dan Jepun. NIHON Water Gel UV Sunscreen merupakan produk pelindung matahari terbaik untuk melindungi kulit dengan kandungan bahan-bahan utama termasuk Bemotrizinol, Bisoctrizole, Zinc Oxide dan Micronised Titanium Dioxide. NIHON Water Gel UV Sunscreen pelindung matahari hibrid generasi terkini mengandungi kedua-dua pelindung matahari fizikal dan 2 pelindung matahari kimia generasi baharu, yang memberikan perlindungan lebih lama daripada sinaran UV. Selain berfungsi sebagai pelindung dengan penawaran SPF50 PA+++, NIHON Water Gel UV Sunscreen juga boleh mengurangkan keradangan, menghalang pengeluaran melanin, mencerahkan dan melembabkan kulit sambil menghalang pigmentasi kulit dan penuaan kulit pramatang. NIHON Water Gel UV Sunscreen bertekstur ringan, kalis air dan sesuai untuk semua jenis kulit. Ia menjanjikan penyerapan yang cepat, menjadikan kulit terhidrat dan tetap tenang.

Kelebihan NIHON Water Gel UV Sunscreen:

  • Tekstur ringan dan kalis air
  • Memberikan perlindungan lebih lama
  • Tanpa pewangi
  • Ujian Klinikal terbukti dan diakui

Kekurangan NIHON Water Gel UV Sunscreen:

  • Harga tinggi di pasaran

Spesifikasi NIHON Water Gel UV Sunscreen:

Isipadu: 50ML
SPF: 50
Harga: RM139.99

COSRX Aloe Soothing Sun Cream SPF50 PA+++ Sunscreen

COSRX Aloe Soothing Sun Cream SPF50 PA+++ Sunscreen
COSRX jenama kecantikkan diri berpengalaman lebih 10 tahun keluaran Korea Selatan terkenal dengan ramuan ekstrak dan sebatian berkualiti tinggi dan berkesan yang membantu kulit yang mudah bermasalah, kering dan dehidrasi, serta penuaan dan kulit sensitif. Untuk pelindung matahari atau sinar UV, COSRX Aloe Soothing Sun Cream SPF50 PA+++ Sunscreen antara siri paling laris bagi jenama ini dan ia bebas paraben. COSRX Aloe Soothing Sun Cream SPF50 PA+++ Sunscreen dirumus dengan 5,500ppm Ekstrak Daun Aloe Arborescens juga gliserin bertindak sebagai penjagaan kulit berganda iaitu melindungi dan melembap. Dengan kandungan SPF 50, tekstur ringan COSRX Aloe Soothing Sun Cream SPF50 PA+++ Sunscreen mampu menyerap dengan melindungi kulit daripada sinaran UVA dan UVB dengan pantas. Kulit terasa sangat terhidrat dan kesan penggunaannya tidak meninggalkan tuangan putih atau kemasan berminyak juga tidak mengotorkan kain terutamanya mereka yang bertudung. COSRX Aloe Soothing Sun Cream SPF50 PA+++ Sunscreen telah terbukti secara klinikal sebagai hypoallergenic sesuai digunakan untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif.

Kelebihan COSRX Aloe Soothing Sun Cream SPF50 PA+++ Sunscreen:

  • Dirumus dengan 5,500ppm Ekstrak Daun Aloe Arborescens
  • Melindungi kulit dari sinar UV dan melembapkan
  • Terbukti secara klinikal sebagai hypoallergenic
  • Bebas paraben

Kekurangan COSRX Aloe Soothing Sun Cream SPF50 PA+++ Sunscreen:

  • Stok terhad di pasaran

Spesifikasi COSRX Aloe Soothing Sun Cream SPF50 PA+++ Sunscreen:

Isipadu: 50ML
SPF: 50
Harga: RM37.05

EUCERIN Sun Serum Double Whitening

EUCERIN Sun Serum Double Whitening
EUCERIN jenama dermo-kosmetik dipercayai seluruh dunia menghasilkan pelbagai siri produk yang melindungi serta menyihatkan kulit wajah. EUCERIN Sun Serum Double Whitening dihasilkan menggunakan Teknologi Spektrum Lanjutan yang inovatif menggabungkan jalur lebar dan penapis UVA dan UVB fototable1 untuk perlindungan UV. EUCERIN Sun Serum Double Whitening turut diformulasikan dengan bahan aktif yang berkesan melindungi kulit dari selar matahari tanpa mengeringkan kulit. Mengandungi 10 peratus hydroxy complex, kombinasi ejen pengelupasan yang berkuasa tinggi seperti AHA (asid glikolik), BHA (asid salisilik) dan PHA (gluconolactone), membantu memperbaharui permukaan kulit, mencerahkan kulit dan membersihkan pori. Bahan antiradang, licochalcone A pada EUCERIN Sun Serum Double Whitening membantu mengurangkan kerengsaan dan kemerahan pada wajah. Sementara dexpanthenol yang terhasil daripada vitamin B5 bertindak sebagai pelembap, mengekalkan kandungan air dalam wajah untuk meningkatkan daya tahan kulit serta melindunginya daripada pencemaran alam sekitar.

Kelebihan EUCERIN Sun Serum Double Whitening:

  • Sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif
  • Dihasilkan melalui Teknologi Spektrum Lanjutan
  • Bertekstur ringan untuk menyerap dengan cepat
  • Terbukti secara klinikal dan dermatologi

Kekurangan EUCERIN Sun Serum Double Whitening:

  • Harga tinggi di pasaran

Spesifikasi EUCERIN Sun Serum Double Whitening:

Isipadu: 50ML
SPF: 50
Harga: RM115.20

NEUTROGENA Ultra Sheer Dry-Touch Sunscreen SPF50 PA+++

NEUTROGENA Ultra Sheer Dry-Touch Sunscreen SPF50 PA+++
Neutrogena memperkenalkan NEUTROGENA Ultra Sheer Dry-Touch Sunscreen SPF50 PA+++ iaitu rangkaian produk inovatif yang dapat menambah dan memperbaiki pelindung kulit wajah. Pelindung yang terkandung dalam NEUTROGENA Ultra Sheer Dry-Touch Sunscreen SPF50 PA+++ memainkan peranan penting dalam memastikan kulit sihat cerah berseri secara semula jadi. NEUTROGENA Ultra Sheer Dry-Touch Sunscreen SPF50 PA+++ direka untuk memberikan kulit peluang melawan bahan pencemar, sekali gus meningkatkan kelembapan kulit pengguna secara berterusan. Teknologi Helioplex yang digunakan melindungi daripada sinaran UVA dan UVB yang merosakkan manakala Teknologi Sentuhan Kering memastikan kulit bebas bersinar. Kapsul antioksidan yang terdapat di dalam NEUTROGENA Ultra Sheer Dry-Touch Sunscreen SPF50 PA+++ berformula ringan ini membantu menghidratkan kulit, sekali gus mengekalkan kesegarannya. Pelindung matahari ini juga mengandungi teknologi sensor pelembap kompleks yang mampu menghidratkan kulit pada setiap masa. Bahan pelembap kompleksnya yang unik dapat mengesan permukaan kulit kering dan memberikan kelembapan secara semula jadi.

Kelebihan NEUTROGENA Ultra Sheer Dry-Touch Sunscreen SPF50 PA+++:

  • Kalis air dan bebas minyak
  • Perlindungan UV 3 kali lebih kuat
  • Memberi lembapan dan menghidrat kulit
  • Teknologi Helioplex melindungi sinaran UVA dan UVB

Kekurangan NEUTROGENA Ultra Sheer Dry-Touch Sunscreen SPF50 PA+++:

  • Elakkan terkena mata.

Spesifikasi NEUTROGENA Ultra Sheer Dry-Touch Sunscreen SPF50 PA+++:

Isipadu: 88ML
SPF: 50
Harga: RM42.76

Sunplay Skin Aqua Uv Brightening Moisture Gel

Sunplay Skin Aqua Uv Brightening Moisture Gel
Sunplay, jenama pelindung UV terunggul dari Jepun memperkenalkan Sunplay Skin Aqua Uv Brightening Moisture Gel yang dirumuskan dengan teknologi Double Silky Powder untuk perlindungan cahaya matahari yang lebih selesa tanpa berminyak atau melekit walaupun selepas berpeluh. Sunplay Skin Aqua Uv Brightening Moisture Gel menawarkan perlindungan tinggi terhadap selaran matahari dengan 50SPF bagi mengelak punca utama penuaan pra-matang. Teksturnya ringan dan licin, tidak melekit dan tidak berminyak. Ia sesuai untuk kegunaan harian dalam cuaca yang panas dan lembap. Selain itu, ia juga mempunyai aroma yang menyegarkan turut diperkayakan dengan asid hyaluronik dan ‘super’ asid hialuronik untuk memastikan kulit kekal terhidrat sepanjang hari secara semula jadi. Ramuan aquanya membantu meningkatkan keanjalan kulit agar kelihatan licin dan awet muda. Sunplay Skin Aqua Uv Brightening Moisture Gel bebas pewarna dan minyak mineral, menjadikan ia sesuai untuk semua jenis kulit. Sunplay Skin Aqua Uv Brightening Moisture Gel turut mengandungi pelbagai jenis penapis UV foto stabil yang tidak mudah terlerai, ramuan anti penuaan, anti kekeringan dan penghidratan.

Kelebihan Sunplay Skin Aqua Uv Brightening Moisture Gel:

  • Perlindungan UVA/UVB, mencerahkan dan melembapkan
  • Formula lembut dan ringan pada kulit
  • Mempunyai aroma yang menyegarkan
  • Harga berpatutan
  • Dirumus khas untuk kulit penduduk Asia

Kekurangan Sunplay Skin Aqua Uv Brightening Moisture Gel:

  • Memiliki pelbagai siri pelindung matahari yang mempunyai kandungan hampir sama

Spesifikasi Sunplay Skin Aqua Uv Brightening Moisture Gel:

Isipadu: 80g
SPF: 50
Harga: RM34.75

SHISEIDO The Perfect Protector Suncare SPF50+ PA++++

SHISEIDO The Perfect Protector Suncare SPF50+ PA++++
SHISEIDO The Perfect Protector Suncare SPF50+ PA++++, pelindung sinar UV buatan syarikat penjagaan diri dari Tokyo, Jepun memiliki peminat yang tersendiri. SHISEIDO The Perfect Protector Suncare SPF50+ PA++++ berkuasa dengan teknologi SynchroShield™ yang berupaya mengesan haba, kalis air dan juga peluh. SHISEIDO The Perfect Protector Suncare SPF50+ PA++++ membantu mengelakkan masalah kulit seperti kemerahan dan keradangan apabila terdedah dengan sinaran ultra ungu secara berlebihan, mengurangkan risiko kanser kulit, mencegah tona kulit yang tidak sekata, tompok-tompok gelap serta mencegah daripada sunburn selepas berjemur lama di bawah cahaya. Terdiri daripada 50 peratus Ramuan Formula Penjagaan Kulit, SHISEIDO The Perfect Protector Suncare SPF50+ PA++++ mengandungi Formula Triple Block yang membantu untuk menyekat kerosakan akibat sinaran UV seperti kedutan, bintik-bintik gelap dan kusam. Profense CEL, Kompleks NatureSurge dan Formula Pelembap Emolien pula membantu mencegah proses penuaan dan memberi kelembapan.

Kelebihan SHISEIDO The Perfect Protector Suncare SPF50+ PA++++:

  • Kalis air dan peluh
  • Mengurangkan risiko kanser kulit
  • Memiliki SPF50+ PA++++ yang tinggi melindungi kulit
  • Botol ergonomik mudah dipegang

Kekurangan SHISEIDO The Perfect Protector Suncare SPF50+ PA++++:

  • Tidak sesuai untuk kulit sensitif dan berminyak
  • Harga tinggi di pasaran

Spesifikasi SHISEIDO The Perfect Protector Suncare SPF50+ PA++++:

Isipadu: 50ML
SPF: 50
Harga: RM195.00

Nivea Triple Protect Radiance & Smooth

Nivea Triple Protect Radiance & Smooth
Pek mudah dibawa dan dipakai, krim pelindung Nivea Triple Protect Radiance & Smooth ini pasti tidak mempunyai masalah untuk digunakan. Formula ultra ringan, cepat menyerap dan tidak melekit dan cepat kering menjadi antara tarikan produk ini. Gabungan teknologi kawalan minyak yang dipercayai mampu mengelakkan kulit terbakar dengan kandungan Licochalcone A dalam Nivea Triple Protect Radiance & Smooth. Produk pelindung matahari terbaik ini mampu meneutralkan radikal bebas yang disebabkan oleh cahaya UV dan HEVIS serta menambahkan Asid Glycyrrhetinic yang menyokong mekanisme pembaikan DNA kulit secara semula jadi. Diperkaya dengan ekstrak mawar Hokkaido, Nivea Triple Protect Radiance & Smooth hadir dengan 36 kali kuasa anti-oksidan untuk kulit lebih berseri dan licin. Nivea Triple Protect Radiance & Smooth tidak hanya boleh dipakai sebagai pelindung ketika ingin keluar sahaja, bahkan khas buat individu bekerja di hadapan komputer atau peranti pintar juga perlu mengenakan krim pelindung sinar matahari.

Kelebihan Nivea Triple Protect Radiance & Smooth:

  • Formula ultra ringan, cepat menyerap dan tidak melekit
  • Diperkaya dengan ekstrak mawar Hokkaido yang harum
  • Sesuai untuk kegunaan semua jenis kulit
  • 36 kali kuasa anti-oksidan
  • Ada pek isian semula

Kekurangan Nivea Triple Protect Radiance & Smooth:

  • Elak terkena mata secara langsung

Spesifikasi Nivea Triple Protect Radiance & Smooth:

Isipadu: 40ML
SPF: 50
Harga: RM57.50

L’OREAL UV Defender Bright & Clear SPF50

L'OREAL UV Defender Bright & Clear SPF50
Sekiranya anda mempunyai kulit jenis normal, tidak banyak yang perlu dibimbangkan ketika memilih pelindung matahari yang tepat. Tidak kira sama ada diperbuat daripada bahan organik atau bukan, gel atau krim, anda boleh membeli yang mana sahaja anda suka seperti jenama L’OREAL UV Defender Bright & Clear SPF50. L’OREAL UV Defender Bright & Clear SPF50 menjanjikan pelindung UV Defender UV Serum serta memelihara keremajaan kulit selama 5 tahun dalam masa 6 bulan penggunaan sahaja. L’OREAL UV Defender Bright & Clear SPF50 memiliki gabungan berkuasa perlindungan spektrum luas SPF 50+ PA++++ terhadap UVA, UVB dan UV dari jarak jauh. Formula Bright & Clear diperkaya dengan bahan pencerah kulit Niacinamide mampu mencegah bintik hitam, kedutan dan kulit kusam. Tidak berminyak dan tidak melekit, L’OREAL UV Defender Bright & Clear SPF50 dikuasakan oleh bahan aktif penjagaan kulit terbaik dan sesuai untuk semua jenis kulit. L’OREAL UV Defender Bright & Clear SPF50 telah melalui pelbagai proses klinikal seperti Loreal Research and Innovation, Dermatologi Eksperimen 2014 dan LOreal Paris. Clin Cosmet Investg Dermatol.

Kelebihan L’OREAL UV Defender Bright & Clear SPF50:

  • Tidak berminyak dan melekit
  • Dikuasakan bahan aktif penjagaan kulit terbaik
  • Diperkaya dengan pencerah kulit Niacinamide
  • Melalui proses klinikal yang diperakui

Kekurangan L’OREAL UV Defender Bright & Clear SPF50:

  • Elakkan kawasan mata

Spesifikasi L’OREAL UV Defender Bright & Clear SPF50:

Isipadu: 50ML
SPF: 50
Harga: RM73.78

Kerap kali jerawat akan mula timbul selepas terdedah di bawah matahari atau mungkin anda sebahagian daripada individu yang sensitif terhadap cahaya UV. Bagi yang sering bermasalah dengan kulit berminyak atau jerawat pastinya memburukkan keadaan ketika cuaca panas melampau ini. Cuaca kering dan panas terik yang melanda negara kita ketika ini bukan saja menjejaskan kelembapan kulit, menyumbat pori dengan kotoran, sekali gus menyebabkan kulit nampak tidak bermaya dan kurang sihat. Justeru, penggunaan produk penjagaan wajah yang menjadi pelindung matahari menjadi jalan penyelesaian untuk mendapatkan hasil terbaik. Selain itu pastikan anda kekal terhidrat. Ini akan membantu kesan akibat terdedah cahaya matahari pulih dengan cepat.

Kesedaran masyarakat masih rendah berkenaan pemakaian krim pelindung matahari ini yang terhad untuk ke pantai sahaja. Sebaliknya apabila berada di rumah, pemakaian krim ini juga amat penting. Pemakaian krim pelindung muka perlu dididik sejak kecil dan dijadikan sebagai produk penjagaan kulit yang perlu diutamakan berbanding produk lain. Untuk lebih kepastian, dapatkan nasihat daripada profesional untuk kenal pasti krim pelindung muka yang bersesuaian dengan kulit.



Related posts