‘Breathable’ & Cepat Kering! Ini 5 Jenama Hijab Untuk Bersukan Di Malaysia Boleh Beli Secara Online
Bersenam dan bersukan merupakan aktiviti sihat yang sangat popular buat kaum Hawa pada hari ini. Bagi memastikan aktiviti sihat itu dapat dilakukan dengan baik, pemilihan pakaian yang sesuai dari hujung rambut hingga hujung kaki sangat penting supaya aktiviti tersebut dapat berjalan dengan baik dan selesa. Buat wanita Muslim berhijab yang hendak bersukan, tidak lagi terbatas dengan kewujudan pelbagai pilihan pakaian sesuai untuk melakukan aktiviti fizikal.
Bagi mendapat keselesaan yang diinginkan, pemilihan pakaian bermula daripada hijab, baju dan seluar, menjadi keutamaan dan lebih penting aurat tetap terjaga. Pastinya buat mereka yang bertudung, pemilihan fabrik tudung menjadi isu utama ketika bersukan kerana pengeluaran peluh boleh menyebabkan kurang keyakinan diri kerana bimbang memberi kesan kepada bau badan.
Tidak perlu risau memakai hijab ketika bersenam kerana sekarang terdapat banyak pilihan rekaan tudung khas untuk wanita melakukan aktiviti kecergasan dengan fabrik yang sangat selesa. Jenis hijab yang sesuai untuk aktiviti sukan mestilah mudah dipakai dan tidak memberi kesan panas di bahagian kepala.
Tudung sarung dengan fabrik mikrofiber adalah pilihan yang terbaik untuk dipakai ketika melakukan aktiviti kecergasan dalam keadaan berpeluh. Antara 5 jenama hijab untuk bersukan boleh anda dapatkan secara online adalah seperti berikut. Paling penting, kelima-lima jenama tudung ini cepat mengeringkan keringat, sejuk dan memberi peluang kepala bernafas dengan selesa.
Raqtive
Sudah berada di pasaran sejak 2013, Raqtive mempunyai lebih 15 rekaan hijab untuk bersukan kesemuanya menggunakan material premium mikrofiber serap peluh cukup selesa dan sejuk digayakan baik ketika panas atau basah. Potongan rekaan hijab ini patuh syariah dan labuh menutupi dada mempunyai pelbagai variasi saiz dari M, L, XL,2XL dan 3 XL.
Edisi popular dalam seleksi hijab sukan Raqrive termasuklah Streak, C Series, Special Edition. Dilengkapi sengkuap pada bahagian depan tudung, ia membuatkan muka pemakai lebih bujur selain tidak mudah rosak jika memakai topi keledar selain penjagaannya juga mudah. Pemakaian hijab bersukan jenama Raqtive sesuai untuk sebarang jenis sukan, sama ada maraton, bola jaring, olahraga atau senaman di gym, ia pasti memberikan keselesaan maksimum kepada si pemakai.
Hijab bersukan Raqtive berciri aerodinamik, melekap di muka dan sesuai untuk sukan lasak seperti triathlon atau larian jarak jauh kerana ia mudah dimasukkan ke dalam baju. Ia cepat kering, tidak berbau dan ringan, berbeza dengan fabrik likra yang mudah meregang tetapi lambat menyejat peluh.
Kelebihan Raqtive:
- Ada lebih 15 rekaan
- Material premium mikrofiber serap peluh cukup selesa dan sejuk
- Berciri aerodinamik, melekap di muka dan sesuai untuk sukan lasak
- Ada garisan pantulan warna untuk kegunaan ketika gelap
Kekurangan Raqtive:
- Stok terhad & warna tertentu cepat habis
Spesifikasi Raqtive:
Pasaran: | https://www.raqtive.com/ |
---|---|
Warna: | Hitam, biru, kelabu, ungu |
Saiz: | M-3XL |
Harga: | Bermula RM66.00 – RM118.00 |
NURD
Kebanyakan wanita mahukan keselesaan di samping mengekalkan penampilan yang cantik ketika bersukan. Jenama NURD menampilkan hijab bersukan untuk semua wanita kerana material memeri dan mudah digayakan. Hijab ini menggunakan material Ultra-Light Microfiber Mesh serta fabrik mikro serat berkualiti tinggi yang mempunyai elemen sesuai untuk semua aktiviti sukan daripada yoga sehinggalah kepada yang ekstrem.
Menariknya terhadap kemasan seperti lipatan V pada perincian kepala memberi gaya lebih trendy sesuai buat pemakai Muslimah aktif. Labuh tudung sehingga menutupi dada masih mematuhi peruntukan syariah. Ia datang dalam lima pilihan warna yang pastinya membuatkan si pemakai selesa kerana tidak jarang dan mudah kering selain tiada kesan peluh ketara dan kehadiran bau keringat.
Bagi mereka yang berwajah bulat, hijab bersukan NURD menggunakan teknik jahitan berganda agar wajah pemakai tampak lebih tirus. Selain itu, rekaan hijab bersukan NURD yang berinovasi membolehkan pemakaian tanpa anak tudung tapi tidak akan menampakkan anak rambut.
Kelebihan NURD:
- Menyerap peluh tanpa kehadiran bau
- Tidak mudah kusam
- Mudah dibasuh
- Wajah tampak tirus dengan teknik jahitan berganda
Kekurangan NURD:
- Tidak sesuai untuk individu berbadan besar kerana saiz yang terhad
Spesifikasi NURD:
Pasaran: |
https://nurdofficial.com/ https://www.instagram.com/nurdofficial/ |
---|---|
Warna: | Biru, hitam, kelabu, merah jambu, hijau |
Saiz: | Free size |
Harga: | Bermula RM49.00 – RM59.00 |
OLLOUM
Jenama OLLOUM dikenali dengan fabrik yang berkualiti. Penggunaan fabrik yang memeri (stretchable) dan mikro fiber (cepat kering) sangat membantu wanita kekal selesa dan sejuk. OLLOUM antara pengeluar hijab dan pakaian sukan Muslimah yang mempunyai pelbagai pilihan hijab menarik serta praktikal.
Ada 5 siri yang dikeluarkan oleh OLLOUM untuk hijab bersukannya iaitu Performance Scarf – Khimar Mini, Performance Instant Scarf – Maxi, Performance Shawl – Instant, Performance Scarf – Mini, dan Performance Shawl – Instant Tie-Back. Kesemu hijab sukan ini direka untuk memberi gaya berlainan setiap pemakai.
Tidak semua wanita suka memakai hijab seperti ‘versi sarung’ sahaja, oleh itu pilihan seperti shawl dan scarf pastinya memberi lebih gaya walaupun ketika bersukan. Bukan saja sesuai untuk bersukan malah hijab sukan OLLOUM boleh dipakai untuk sebarang acara kerana rekaannya tampak elegan. Usah bimbang tentang free saiznya, kerana hijab bersukan OLLOUM cukup labuh dan pastinya menepati keperluan ramai muslimah di luar sana walaupun bersaiz gempal.
Kelebihan OLLOUM:
- Mempunyai 5 jenis hijab berlainan gaya
- Material sejuk dan mudah kering
- Kebanyakkan warna yang ditawarkan adalah jenis pastel
- Walaupun free size, sesuai untuk individu berbadan besar
Kekurangan OLLOUM:
- Harga agak tinggi di pasaran
Spesifikasi OLLOUM:
Pasaran: |
https://olloum.com/product-category/category/scarves/ https://www.instagram.com/olloum.official/?hl=en |
---|---|
Warna: | Hitam, kelabu, biru, nude, soft pink, krim |
Saiz: | Free Size |
Harga: | Bermula RM99.00 |
Naelofar Sports Hijab
Jenama selebriti Malaysia ternama ini turut mengeluarkan koleksi tudung sukan yang memberi keselesaan menyeluruh menggunakan material meresap dan menyejat peluh selain cepat kering, tidak berbau serta ringan. Naelofar Sports Hijab (Hijab Form Square-Black) diperbuat daripada kain mesh serta fabrik Microfiber Spandex yang tidak meluapkan haba pada kulit kepala malah penggunaanya terasa sejuk. Walaupun datang dalam satu saiz sahaja, material Naelofar Sports Hijab memberi kelebihan untuk pemakai kerana saiznya sesuai dengan semua jenis kepala dan muka untuk keselesaan maksimum.
Istimewanya Naelofar Sports Hijab hadir dengan rekaan bukaan khas untuk earphones di sisi kiri dan kanan sesuai untuk Muslimah yang suka bersukan sambil mendengar muzik. Naelofar Sports Hijab mudah dibentuk, dan garisan pada tudung ini bercahaya ketika gelap, sesuai untuk individu yang gemar berbasikal atau berjoging pada waktu malam hari.
Kelebihan Naelofar Sports Hijab:
- Bercahaya di dalam gelap
- Kulit kepala lebih sejuk
- Material berkualiti
- Mudah dicuci dan tidak melunturkan warna
Kekurangan Naelofar Sports Hijab:
- Ada satu warna sahaja iaitu hitam
Spesifikasi Naelofar Sports Hijab:
Pasaran: | https://my.naelofar.com/collections/sport |
---|---|
Warna: | Hitam |
Saiz: | Free Size |
Harga: | RM89.00 |
NUSAR Sports
Bertapak sejak Disember 2015, NUSAR Sports memiliki hijab sukannya tersendiri. Fabrik yang digunakan untuk siri hijab sukan NUSAR Sports adalah jenis spandex poliester untuk Nuez dan bagi siri Cool Breeze Hijab, material yang digunakan sangat ringan serta lembut, tidak menghalang peredaran udara ketika dipakai juga mudah kering.
Sebarang lembapan dan peluh mudah meresap melalui fabrik ini menjadikannya selesa dan tidak panas apabila dipakai dalam pelbagai keadaan cuaca. Istimewanya, kesemua fabrik hijab sukan NUSAR Sports boleh diregangkan empat arah mudah disesuaikan dengan sebarang bentuk muka.
Bagi Hijab Edisi Terhad menggunakan spandex poli Nuez, diperkemas dengan teknologi antibau yang menghalang mikrob, kuman yang menyebabkan bau kurang menyenangkan. Selain itu, strukturnya yang lebih lembut dan kemas, tidak mudah rosak mahupun koyak.
Koleksi Hijab Cool Breeze didatangkan dengan lapan pilihan rona gelap sebagai warna utama boleh disuaipadan dengan sebarang jenis pakaian mereka. Bagi hijab sukan Edisi Terhad NUSAR Sports pula menggabungkan fesyen dan seni dengan pakaian sukan untuk memberikan nafas yang lebih moden dan kualiti premium.
Kelebihan NUSAR Sports:
- Material mudah kering untuk menyerap lembapan.
- Harga mampu milik
- Ada tiga siri hijab sukan dengan rekaan berbeza
- Menghalang mikrob, kuman yang menyebabkan bau keringat
Kekurangan NUSAR Sports:
- Agak pendek di bahagian dada
Spesifikasi NUSAR Sports:
Pasaran: |
https://nusar-sports.com/ https://www.instagram.com/nusarsports2u/ |
---|---|
Warna: | Hitam, kuning, pink, klabu, jingga, hijau |
Saiz: | Free Size |
Harga: | Bermula RM25.00- RM39.00 |
Atas kesedaran terhadap pentingnya melakukan aktiviti kecergasan, wanita berhijab kini semakin berkeyakinan untuk bersukan tidak kira di mana saja. Malah, penampilan wanita berhijab ketika bersukan bukan senario asing hari ini, begitu juga ketika acara atau temasya sukan bertaraf dunia. Bagaimanapun, pemilihan tudung dan pakaian sukan bersesuaian mungkin menjadi masalah buat mereka lebih-lebih lagi dalam keadaan cuaca pelbagai. Pastinya buat mereka yang bertudung, pemilihan fabrik tudung menjadi isu utama ketika bersukan kerana peluh tidak dapat diserap dengan baik jika memilih fabrik tidak bersesuaian hingga menimbulkan ketidakselesaan.
Jika wanita bertudung terbabit dalam aktiviti kecergasan, pastikan kalian menitikberatkan pilihan pakaiannya terutama tudung yang digunakan untuk bersukan. Jika menggunakan tudung biasa kemungkinan untuk anda akan mengalami sakit kepala setiap kali selepas sesi bersukan kerana kulit kepala tidak dapat bernafas dengan sempurna akibat terperap dengan balutan tudung yang menggunakan material tidak sesuai.