5 Suplemen Vitamin B Terbaik Terdapat di Malaysia: Dengan Reviu Komprehensif

5 Suplemen Vitamin B Terbaik Terdapat di Malaysia: Dengan Reviu Komprehensif
Fesyen


Vitamin B, vitamin penting kepada tubuh memainkan peranan penting dalam menghasilkan sel darah merah, asid deoksiribonukleik dan memastikan sistem saraf berfungsi dengan betul. Masalah kekurangan vitamin B adalah perkara biasa terutama dalam kalangan warga emas. Namun, golongan muda juga berisiko mengalami masalah ini, sekiranya tidak mendapatkan khasiat vitamin B yang mencukupi. Individu yang mengalami kekurangan vitamin B, sering kelihatan pucat atau sedikit kekuningan pada kulit dan mata putih. Kekurangan vitamin B, menyebabkan badan sukar untuk menghasilkan sel darah merah lalu badan akan mengalami anemia, keletihan dan lemah.

Masalah kekurangan vitamin B yang tidak dirawat boleh merosakkan sistem saraf, akhirnya menyebabkan perubahan pergerakan dan berjalan. Seterusnya menjejaskan keseimbangan badan dan menyebabkan individu cenderung jatuh semasa berdiri atau berjalan. Jika kalian mengalami masalah keradangan, kegatalan, glositis atau ulser mulut, maka pengambilan vitamin B yang mencukupi dengan arahan doktor adalah dicadangkan. Vitamin B secara semula jadinya boleh diperoleh daripada sumber makanan seperti daging, ikan, telur dan produk tenusu. Namun untuk memudahkan urusan hari-hari anda yang sibuk, kini vitamin B lebih mudah untuk didapati dalam bentuk suplemen. Antara 5 suplemen vitamin B terbaik terdapat di pasaran Malaysia dengan reviu yang komprehensif adalah seperti berikut.

Blackmore Multi B

Blackmore Multi B
Blackmores jenama produk kesihatan semula jadi terkemuka di Australia diasaskan oleh Maurice Blackmore membangunkan produk berkualiti tinggi berdasarkan kepakaran dalam menghasilkan vitamin, mineral, herba dan nutrien. Blackmore Multi B suplemen pemakanan semula jadi dirumus khas untuk menyediakan kumpulan vitamin B-kompleks yang diperlukan badan manusia untuk penukaran makanan kepada tenaga. Blackmore Multi B, vitamin larut air memainkan peranan penting dalam metabolisme karbohidrat, protein dan lemak untuk menghasilkan tenaga baru.
Diperakui Halal, Blackmore Multi B formula sesuai untuk individu yang sering berasa keletihan membantu mengisi nutrien yang habis kerana aktiviti fizikal yang berat. Malah ia turut menyokong fungsi sistem saraf yang sihat dan mengurangkan tekanan akibat stress. Blackmore Multi B mengandungi Vitamin B2, Vitamin B1, Vitamin B6, Vitamin B3, Biotin, Vitamin B5, Choline bitartrate, Folic acid, Inositol dan Vitamin B12. Paling menarik, Blackmore Multi B tiada tambahan yis, gluten, gandum, derivatif susu, pengawet, perisa tiruan atau pemanis yang membahayakan tubuh.

Kelebihan Blackmore Multi B:

  • Lengkap dengan Vitamin B2, Vitamin B1, Vitamin B6, Vitamin B3, Vitamin B5, dan Vitamin B12
  • Tanpa gluten, pengawet dan perisa tiruan
  • Memiliki pensijilan Halal
  • Mudah ditelan

Kekurangan Blackmore Multi B:

  • Tidak digalakkan untuk kanak-kanak di bawah 12 tahun

Spesifikasi Blackmore Multi B:

Bilangan kapsul: 30
Cadangan penggunaan: Dewasa – Ambil 1 tablet sehari dengan hidangan.
Harga: RM26.25

Neurobion Vitamin B1, B6, B12

Neurobion Vitamin B1, B6, B12
Pernah atau tidak kalian mengalami keletihan, anemia, kebas tangan, kaki, kesemutan atau kekejangan saraf. Jika ya, Neurobion Vitamin B1, B6, B12 adalah dicadangkan namun dengan pemeriksaan daripada doktor terlebih dahulu. Neurobion adalah jenama suplemen popular yang mengandungi gabungan vitamin B yang membantu meningkatkan fungsi saraf, mengelakkan gejala kerosakan saraf, melindungi kesihatan saraf, merawat atau mencegah kekurangan nutrien tertentu.
Neurobion Vitamin B1, B6, B12 terbukti secara klinikal, membantu melindungi dan menyuburkan saraf anda dengan diet dan senaman yang betul. Penyelidikan mencadangkan bahawa sinergi antara vitamin neurotropik B1, B6 dan B12 seperti Neurobion Vitamin B1, B6, B12 boleh menjadikannya lebih berkesan untuk menangani kekurangan tertentu. Antaranya B1 (thiamine) membantu membekalkan tenaga kepada sel saraf, B6 (pyridoxine) membantu membolehkan penghantaran isyarat saraf dan B12 (cyanocobalamin) pula membantu menjana semula dan membaiki saraf.

Kelebihan Neurobion Vitamin B1, B6, B12:

  • Mengandungi gabungan vitamin B dalam satu tablet
  • Terbukti secara klinikal
  • Senang ditelan
  • Mudah untuk ditemui di pasaran atau farmasi berdekatan

Kekurangan Neurobion Vitamin B1, B6, B12:

  • Penggunaan kepada wanita hamil adalah tidak digalakan

Spesifikasi Neurobion Vitamin B1, B6, B12:

Bilangan kapsul: 60
Cadangan penggunaan: Untuk dewasa, 1 biji untuk tiga kali sehari. Ia lebih baik diambil dengan atau selepas makan.
Harga: RM44.90

Kordel’s Executive B+C

Kordel's Executive B+C
Keletihan yang tidak dapat dijelaskan, migrain, sakit otot, cirit-birit, ulser mulut berulang, selsema, sukar tidur dan dan stres merupakan satu siri isyarat memberitahu bahawa badan anda memerlukan nutrien tambahan. Kordel’s Executive B+C merupakan suplemen nutrient terbaik terutamanya vitamin B disediakan khas untuk mereka yang menjalani kehidupan yang tertekan dan sibuk. Kordel’s Executive B+C memilki formula kompleks B yang komprehensif dengan tambahan Vitamin C dan mineral, yang kesemuanya diperlukan untuk kesihatan yang baik.
Formulasi setiap Kordel’s Executive B+C mengandungi nurtisi lengkap iaitu Vitamin B1, Vitamin B2, Vitamin B6, Nicotinamide, Vitamin B12, Asid folik, Biotin, Inositol, Choline Bitartrate, Asid Pantothenic, Magnesium, Asid Amino, Zink dan Vitamin C. Selain daripada mempunyai kekuatan Vitamin B1 yang tinggi, Kordel’s Executive B+C datang dalam keluarga yang lengkap, saling membantu dalam penghasilan tenaga. Masing-masing mempunyai tugas tersendiri seperti Biotin dan Inositol akan membantu pembakaran lemak dan penyingkiran lemak dari hati. Vitamin C dan E, meningkatkan sistem imun untuk mengelakkan selesema dan selsema berulang semasa tekanan. Kalsium, Magnesium dan Potassium, pastinya dapat merawat kekejangan otot di leher, bahu dan belakang. Mangan, Selenium dan Zink pula adalah antioksidan yang kuat untuk melambatkan penuaan.

Kelebihan Kordel’s Executive B+C:

  • Miliki nutrient lengkap termasuk vitamin C diperlukan tubuh badan
  • Suplimen anti-stres. Meminimumkan kesan akibat tekanan berterusan
  • Mudah ditelan
  • Melegakan selsema dan ulser mulut

Kekurangan Kordel’s Executive B+C:

  • Harga tinggi di pasaran

Spesifikasi Kordel’s Executive B+C:

Bilangan kapsul: 50
Cadangan penggunaan: Ambil 1 tablet setiap hari, lebih baik pada waktu pagi selepas sarapan pagi
Harga: RM73.64

Nature’s Bounty Vitamin B-12 500mcg

Nature's Bounty Vitamin B-12 500mcg
Vitamin B12 berguna untuk memastikan otak dan saraf berfungsi dengan baik. Kekurangan vitamin B12 boleh disebabkan masalah kesihatan seperti gastrik dan penyakit autoimun. Gejala lain kekurangan vitamin B12 antaranya kebas, sakit sendi dan otot. Nature’s Bounty Vitamin B-12 500mcg adalah jawapan terbaik bagi penyelesaian masalah yang disebutkan membantu dalam penukaran makanan kepada tenaga selular dan menyumbang kepada kesihatan kardiovaskular, peredaran darah dan sistem saraf. Nature’s Bounty Vitamin B-12 500mcg menggunakan Cyanocobalamin, selulosa, mikrokristalin, asid stearik, croscarmellose, silika, magnesium stearat sayuran yang mesra tumbuhan.
Nature’s Bounty Vitamin B-12 500mcg juga dikenali sebagai Kobalamin, vitamin paling kompleks dan hanya boleh dihasilkan oleh bakteria yang dijumpai secara semulajadi di dalam produk haiwan. Nature’s Bounty Vitamin B-12 500mcg juga berperanan untuk nutrisi jantung dan sistem kardiovaskular secara keseluruhan. Fungsinya ialah untuk membuang kesemua protein berbahaya homocysteine di dalam darah bagi mengelak radang dan penyakit jantung. Nature’s Bounty Vitamin B-12 500mcg vitamin larut air tanpa sebarang warna tambahan, perisa tiruan, pengawet, gula, kanji, susu, laktosa, soya, gluten, gandum, dan yis.

Kelebihan Nature’s Bounty Vitamin B-12 500mcg:

  • Sesuai untuk vegetarian
  • Harga berpatutan
  • Tanpa perisa, pengawet dan warna tambahan
  • Membantu mengurangkan kebas, sakit sendi dan otot

Kekurangan Nature’s Bounty Vitamin B-12 500mcg:

  • Jauhi daripada kanak-kanak

Spesifikasi Nature’s Bounty Vitamin B-12 500mcg:

Bilangan kapsul: 100
Cadangan penggunaan: Bagi orang dewasa, ambil satu tablet setiap hari, sebaik-baiknya ketika makan
Harga: RM35.75

Herbs of Gold Vitamin B Complex Plus

Herbs of Gold Vitamin B Complex Plus
Kekurangan vitamin B kompleks biasanya ditunjukkan dalam gejala seperti kemurungan, kesemutan di tangan dan kaki, keletihan yang melampau, lemah ubuh badan dan dermatif. Herbs of Gold Vitamin B Complex Plus memainkan peranan penting dalam proses metabolik sel hidup dengan berfungsi sebagai koenzim dalam metabolisme karbohidrat, protein dan lemak untuk menghasilkan tenaga dan sel darah merah. Ini kerana Herbs of Gold Vitamin B Complex Plus menggabungkan kebaikan nutrisi semula jadi kesemua 8 jenis vitamin B dan nutrien lain untuk mengekalkan kesihatan yang baik.
Herba Gold Vitamin B Complex Plus didedikasikan untuk kecergasan terutamanya semasa tekanan meningkat diperkaya dengan vitamin C, zink, kalsium, magnesium dan minyak biji rami. Herbs of Gold Vitamin B Complex Plus merupakan suplemen yang mengandungi semua 8 jenis vitamin B iaitu B1 (thiamine), B2 (riboflavin), B3 (niacin), B5 (pantothenic acid), B6, B7 (biotin), B9 (folate), B12. Pengambilan Herbs of Gold Vitamin B Complex Plus secara berterusan membantu mengekalkan fungsi jantung dan saraf yang betul. Ia juga menyokong pengeluaran tenaga dan terlibat dalam pengawalan mood dan berpotensi meningkatkan kesihatan mental.

Kelebihan Herbs of Gold Vitamin B Complex Plus:

  • Memiliki pensijilan Halal
  • Menyokong pengeluaran tenaga dan penghasilan sel darah merah
  • Mengandungi semua 8 jenis vitamin B
  • Membantu meningkatkan kesihatan mental

Kekurangan Herbs of Gold Vitamin B Complex Plus:

  • Wanita hamil atau menyusu harus mendapatkan nasihat profesional sebelum menggunakan produk ini

Spesifikasi Herbs of Gold Vitamin B Complex Plus:

Bilangan kapsul: 180
Cadangan penggunaan: Untuk dewasa, ambil 1 softgel sehari dengan hidangan
Harga: RM129.80

Pernahkah anda mengalami rasa lesu dan hilang fokus apabila melakukan rutin harian yang memenatkan? Biasanya keadaan itu dikaitkan dengan kehilangan tenaga berlebihan atau berada di bawah tekanan luar biasa. Ia biasa terjadi kepada individu yang mempunyai gaya hidup sibuk selain persekitaran tidak sihat menyebabkannya mengalami stres. Stres antara faktor menyumbang kepada masalah penghadaman, berat badan berlebihan, anemia, keradangan mahupun sakit kronik lain. Dalam keadaan tekanan, biasanya mental dan fizikal berada dalam keadaan tegang dan menjejaskan sistem dalam badan. Justeru vitamin B dilihat membantu memainkan peranan dalam menjana tenaga untuk aktiviti tubuh. Ia menyokong fungsi umum sistem saraf pusat serta mengawal sistem imun kita dengan fungsi antioksidanya.

Diet yang sihat disokong dengan pengambilan makanan tambahan berupa Vitamin B membekalkan kumpulan mikro nutrien yang lebih pelbagai kepada badan dalam meningkatkan prestasi tubuh lebih bertenaga, menghilangkan masalah sembelit, mengurangkan anemia dan memilihara ketajaman mental. Pengesanan awal, rawatan dan langkah pencegahan dalam kalangan individu yang berisiko tinggi mengalami kekurangan vitamin B juga penting untuk mengelakkan kerosakan kekal pada saraf.



Related posts