5 Tablet Terbaik Di Bawah Bajet RM1000 Yang Berbaloi Untuk Anda Miliki

5 Tablet Terbaik Di Bawah Bajet RM1000 Yang Berbaloi Untuk Anda Miliki
Peralatan mudah alih dan aksesori


Pada zaman teknologi yang serba canggih ini, kebanyakan peranti berevolusi dari segi bentuk, saiz, dan prestasinya. Salah satu peranti yang terevolusi dari perubahan ini ialah tablet. Tablet ialah peranti yang bersaiz kecil seperti telefon bimbit tetapi mempunyai fungsi yang sama dengan laptop dan komputer. Ia adalah sebuah peranti mudah alih yang boleh dibawa dan digunakan di mana-mana sahaja.

Sejak kebelakangan ini, permintaan dan penggunaan tablet semakin meningkat ekoran daripada pandemik yang melanda negara. Masih ada syarikat yang membenarkan kakitangannya bekerja dari rumah dan selain dari pejabat. Memandangkan tablet lebih ringan dan tidak membebankan pengguna, ia sering menjadi pilihan kerana memudahkan urusan kerja. Anda boleh mesyuarat dimana-mana sahaja tanpa perlu memikirkan tempat dan ianya boleh diletakkan di dalam beg sandang. Terdapat banyak jenama-jenama tablet di pasaran yang boleh digunakan untuk tujuan kerja, pendidikan atau kegunaan isi rumah. Anda nak bertukar kepada tablet? Jangan risau tentang bajet kerana ada 5 tablet terbaik berharga bawah RM 1000 yang berbaloi untuk anda miliki.

Teclast M40 Pro

Teclast M40 Pro
Anda seorang pekerja yang memerlukan peranti tambahan untuk mesyuarat atau perbincangan di luar pejabat? Teclast M40 Pro buatan negara China ini adalah tablet yang sangat sesuai untuk anda. Dari reka bentuknya, ia nampak sangat ringkas namun mempunyai senarai spesifikasi yang setanding dengan jenama-jenama lain. Mempunyai ketebalan 9.3 mm dan berat 529 gram, pastinya tablet ini tidak akan membebankan anda kerana ia ebih ringan jika dibandingkan dengan sesetengah jenama lain.

Dilengkapi dengan 10.1 inci skrin FHD, ianya sangat luas dan memudahkan lebih-lebih lagi dengan resolusi 1920 x 1200, cukup untuk memberikan warna dan kecerahan yang maksimum untuk anda. Selain dari menyokong rangkaian 4G LTE serta fungsi GPS, kapasiti memori bagi tablet ini ialah 128GB. Kapasiti yang besar ini membolehkan anda memuat turun pelbagai aplikasi pilihan tanpa sebarang masalah. Dengan bateri Li-Po 7000mAh, bateri tablet ini mampu bertahan sehingga 6 ke 7 jam mengikut cara penggunaan anda. Untuk pengecasan penuh melalui kabel Type-C, sekitar 4 jam diperlukan.

Kelebihan Teclast M40 Pro

  • Ringan dan mudah disimpan
  • Kapasiti memori yang besar
  • Skrin FHD dan resolusi yang baik
  • Bateri mampu bertahan 6 ke 7 jam

Kekurangan Teclast M40 Pro

  • Pengecasan bateri sangat lambat
  • Kualiti kamera yang biasa
  • Tidak boleh menonton Netflix dalam format HD

Spesifikasi Teclast M40 Pro

Nama Tablet Teclast M40 Pro
Keluaran China
Dimensi 243 mm x 163 mm x 9.3 mm
Paparan 10.1 inci FHD IPS
Resolusi 1920 x 1200
Bateri 7000 mAh
Harga RM 529.00

Huawei MatePad SE

Huawei MatePad SE
Sebuah tablet yang ringan, kecil dan mesra kanak-kanak. Huawei MatePad SE menggunakan sistem operasi HarmonyOS3 iaitu sistem yang dibina oleh Huawei sendiri dengan lebih pembaharuan dan peningkatan dari segi prestasinya. Tablet ini juga menggunakan processor Qualcomm® Snapdragon™ 680. Paparan skrin bagi tablet ini ialah 10.4 inci dan dilengkapi dengan 2K Eye Comfort Huawei Fullview Display, lebih luas dan lebih menenangkan mata. Sangat sesuai untuk anda yang banyak berurusan dan bekerja menggunakan tablet.

Yang lagi menarik, anda tidak perlu risau tentang keselamatan mata anda kerana kecerahan skrin tablet ini juga akan berubah secara automatik mengikut keadaan sekeliling. Diperbuat daripada material aloi aluminium dan kemasan matelik berkilat, tablet ini mudah dipegang dan digenggam lebih-lebih lagi oleh kanak-kanak kerana ianya sangat ringan, hanya 440 gram sahaja dan berbentuk segiempat dengan penjuru yang bulat.

Walaupun ianya mesra kanak-kanak, harus diingat bahwa menonton video terlalu lama juga tidak bagus untuk tumbesaran mereka. Jadi Huawei juga telah mengaplikasikan Kids Corner untuk mengehadkan masa menonton. Dan untuk anda yang multi tasking, fungsi multi window pastinya akan membantu anda, ianya sangat memudahkan kerja anda kerana anda boleh membuka lebih dari satu window di dalam satu skrin yang sama.

Kelebihan Huawei MatePad SE

  • Paparan skrin luas
  • Kecerahan skrin berubah mengikut persekitaran
  • Ringan dan tahan lasak
  • Fungsi Kids Corner
  • Fungsi Multi Window

Kekurangan Huawei MatePad SE

  • Tidak menyokong Google Services
  • Bateri tidak tahan lama

Spesifikasi Huawei MatePad SE

Nama Tablet Huawei Matepad SE
Keluaran China
Dimensi 246.94 mm x 156.7 mm x 7.85 mm
Paparan 10.4 inci FHD IPS
Resolusi 2000 x 1200
Bateri 5100 mAh
Harga RM 839.00

Samsung Galaxy Tab A7

Samsung Galaxy Tab A7
Dengan harga bawah RM 1000, percaya tak jika anda boleh mendapat sebuah tablet yang mampu bersaing dengan iPad? Peminat Android pastinya akan berbangga dengan Samsung Galaxy Tab A7 ini. Ianya dikatakan setanding dengan iPad kerana dari segi penggunaanya, ia hampir sama. MicroSD pd tablet ini mampu menyimpan sehingga 1TB. Dengan skrin seluas 10.4 inci dengan paparan 2000 x 1200, tablet ini sememangnya tiada masalah dalam memberikan paparan terbaik lebih-lebih lagi apabila anda menonton dalam format HD di Netflix mahupun Youtube.

Baterinya juga mempunyai daya tahan yang sangat bagus, ia mampu bertahan selama 13 jam 13 minit dengan sekali pengecasan bergantung kepada cara penggunaan anda. Lebih menarik lagi, dengan ketebalan hanya 7mm dan berat 476 gram, tiada masalah untuk anda membawa dan menggunakannya dalam apa jua keadaan dan posisi. Walaupun dikategorikan sebagai tablet bajet, anda tidak boleh memandang rendah dengan spesifikasi yang ditawarkan pada tablet ini lebih-lebih lagi dengan fungsi set pengecaman wajah untuk membuka kekunci skrin. Tidak perlu gunakan jari atau memasukkan kata laluan lagi. Murah tetapi canggih bukan?

Kelebihan Samsung Galaxy Tab A7

  • Skrin luas
  • Paparan skrin bagus untuk tontonan berformat HD
  • Daya tahan bateri yang bagus
  • Ringan
  • Set pengecaman wajah

Kekurangan Samsung Galaxy Tab A7

  • Pengecasan lambat
  • Storage kecil

Spesifikasi Samsung Galaxy Tab A7

Nama Tablet Samsung Galaxy Tab A7
Keluaran Korea
Dimensi 247.6 mm x 157.4 mm x 7 mm
Paparan 10.4 inci
Resolusi 2000 x 1200
Bateri 7040 mAh
Harga RM 699.00

Oppo Pad Air

Oppo Pad Air
Sekali imbas, tablet ini nampak seperti sebuah telefon bimbit. Dengan berat 440 gram dan ketebalan 6.94 mm, ia adalah sebuah tablet berprestasi tinggi pertama keluaran Oppo untuk pasaran Malaysia yang sesuai untuk semua lapisan umur dan status. Dengan keluasan skrin 10.36 inci dan paparan 2000 x 1200, ia nampak sangat luas dan menenangkan mata. Dari segi reka bentuknya, tablet ini boleh dikategorikan diantara tablet yang mempunyai bentuk dan kemasan yang menarik. Ia sangat minimalis, formal dan kasual pada masa yang sama, yang paling penting adalah ‘3D Dune’ yang berada di sisi tablet untuk tujuan memudahkan anda memegang tablet ini tanpa terlepas dan jatuh.

Selain itu, bateri berkapasiti 7100 mAh menjadikan tablet ini mempunyai ketahanan bateri yang sangat bagus, malah untuk pengecasan penuh hanya perlukan 1 jam 10 minit. Untuk anda yang bergelar gamers, selain daripada skrin yang mempunyai kualiti terbaik, bunyi yang dihasilkan juga mampu menarik perhatiani anda. Menggunakan setup dolby atmos pada quad speakernya, bunyi yang dihasilkan lebih kuat dan jelas, sebuah prestasi yang sangat berkualiti dari sebuah tablet yang kecil.

Kelebihan Oppo Pad Air

  • Ringan dan nipis
  • Paparan skrin luas dan jelas
  • Mempunyai ‘3D Dune’ sebagai grip
  • Pengecasan cepat
  • Kualiti suara kuat dan jelas

Kekurangan Oppo Pad Air

  • Kualiti kamera yang biasa
  • Tidak mempunyai rakaman video berformat 4K

Spesifikasi Oppo Pad Air

Nama Tablet Oppo Pad Air
Keluaran China
Dimensi 245.1 mm x 154.8 mm x 6.9 mm
Paparan 10.36 inci IPS LCD
Resolusi 2000 x 1200
Bateri 7100 mAh
Harga RM 772.00

Honor Pad X8

Honor Pad X8
Honor Pad X8 didatangkan dengan 4 GB RAM dan 64GB storan, dengan MicroSD ia mampu mencapai hingga 512GB storan. Skrin pada tablet yang seluas 10.1 inci ini memaparkan kualiti HD penuh dengan paparan resolusi 1920 x 1200. Tablet ini juga sangat ringan dengan ketebalan 7.55 mm dan berat 460 gram. Reka bentuknya sangat minimalis dan formal, agak sesuai untuk anda bekerja di syarikat-syarikat korporat. Dengan bentuk bulat di setiap penjuru tablet, ia memudahkan anda untuk memegang tablet ini daripada terlucut. Kualiti penghasilan bunyinya tidak mengecewakan kerana ia juga didatangkan dengan setup stereo dwi-speaker bersama dengan satu mikrofon. Dari segi ketersambungan, tablet ini menyokong 4G LTE, 5GHz 802.11ac WiFi dan Bluetooth 5.1. Tablet ini dikuasakan oleh bateri 5,100 mAh yang dicas menggunakan USB Type C.

Kelebihan Honor Pad X8

  • Mampu mencarai 512 GB storan dengan MicroSD
  • Paparan skrin luas dan jelas
  • Ringan
  • Reka bentuk minimalis dan formal
  • Kualiti suara kuat dan jelas

Kekurangan Honor Pad X8

  • Kapasiti bateri yang rendah
  • Pengecasan bateri perlahan
  • Bukan untuk high performance dan gamers

Spesifikasi Honor Pad X8

Nama Tablet Honor Pad X8
Keluaran China
Dimensi 240.2 mm x 159 mm x 7.6 mm
Paparan 10.1 inci
Resolusi 1920 x 1200
Bateri 5100 mAh
Harga RM 899.00

Pada dasarnya, semua tablet mempunyai fungsi dan tujuan yang sama. Perkara yang membezakannya adalah aplikasi, processor, prestasi dan juga aksesori yang ditawarkan. Yang paling penting, ia mampu mempermudahkan segala urusan anda melalui saiznya yang mudah alih serta keupayaannya untuk mengambil alih tugas komputer atau laptop dalam sebarang persekitaran dan pada bila-bila masa sahaja.

Dalam keadaan yang tidak menentu ketika ini, dengan pandemik yang datang dan pergi. Disyorkan untuk anda mempunyai sekurang-kurangnya satu tablet untuk kegunaan kerja, peribadi dan pendidikan anak-anak.



Related posts