5 Gaming Smartphone Terkini Mesti Beli Di Malaysia 2022

Peralatan mudah alih dan aksesori


Smartphone atau telefon pintar sudah menjadi aset wajib setiap individu di dunia. Peranti ini menyumbang kepada tugasan produktiviti harian, pekerja serta pihak pengurusan untuk sebarang sektor industri sebagai alat berhubung dan penyampaian maklumat. Hasil kemajuan sistem jaringan telekomunikasi juga menyumbang kepada kepesatan teknologi smartphone yang sudah berubah jika dibandingkan beberapa dekad lalu.

Kini, smartphone tidak hanya berfungsi untuk perkakas perhubungan sebaliknya ia sudah menjadi mini komputer untuk generasi X, Y dan Z memilih peranti terbabit sebagai medium permainan mudah alih (gaming) yang semakin popular. Untuk itu, tidak hairan jika hari ini kebanyakan pengeluar smartphone menggunakan spesifikasi ‘hebat’ untuk pemproses serta keupayaan memori (RAM) peranti mereka kerana mahu pengguna menikmati pengalaman permainan mudah alih yang lebih baik.

Game kasual seperti Mobile Legends atau PUBG sememangnya antara aplikasi perlu dalam smartphone menjadikan pelbagai jenama smartphone berubah evolusi dan banyak bertitik tolak kepada tabiat kepenggunaan dan kefungsian. Ini termasuk padanan spesifikasi berkenaan yang disifatkan sebagai wajib untuk waktu ini. Untuk tahun 2022, ini 5 gaming smartphone terkini mesti beli yang ada di pasaran Malaysia.

Samsung Galaxy S22 Ultra 5G

Samsung Galaxy S22 Ultra 5G dikuasakan dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 8 Gen 1 binaan 4nm bersama padanan Unit Pemproses Grafik (GPU) Adreno 730 memberikan pengalaman paling maksimum khususnya untuk penggemar permainan mudah alih.

Samsung Galaxy S22 Ultra 5G memiliki saiz skrin 6.8 inci bersama QHD Dipertingkatkan (QHD+) bersama-sama Dynamic AMOLED memberi darjah penglihatan paling maksimum untuk pengguna ketika bermain game. Sesuai dengan peranti kelas tinggi untuk variasi Galaxy S22 ini, siri Ultra menggunakan tetapan lensa utama 108 megapiksel lensa sudut lebar.

Ia didatangkan dengan tetapan empat lensa iaitu 12MP sudut ultra lebar, dua lensa 10MP telefoto dengan sensor berbeza bersama-sama kamera hadapan 40MP. Bagi memberi ketahanan bateri dengan penggunaan optimum, siri Ultra dilengkapi dengan kapasiti 5,000mAh dengan kuasa pengecas pantas 45W sudah tentu menepati ciri yang diidamkan kaki gaming.

Kelebihan Samsung Galaxy S22 Ultra 5G

  • Skrin besar dan bateri tahan lama
  • Kerangka ‘Armor Aluminium’ menjamin keupayaan serta ketahanan
  • Pilihan 5 warna iaitu Bora Purple, Phantom Black, Phantom Silver, Green dan Burgundy
  • Skrin melengkung bahagian sisi memberi pengalaman genggaman
  • Hadir dengan S Pen dengan kadar kelengahan paling minimum

Kekurangan Samsung Galaxy S22 Ultra 5G

  • Harga tinggi di pasaran

Spesifikasi Samsung Galaxy S22 Ultra 5G

Warna: Bora, Purple, Phantom Black, Burgundy, Green, Phantom White
Tempoh Jaminan: 1 Tahun
Harga: RM5099.00

Xiaomi Black Shark 5 Pro

Xiaomi Black Shark 5 Pro, gaming smartphone terbaru mula memasuki pasaran tempatan pada Jun 2022 lalu dengan pilihan warna Stellar Black, dan Nebula White. Xiaomi Black Shark 5 Pro dikuasakan cip terhebat Snapdragon 8 Gen 1 dipadankan bersama RAM LPDDR5 6, 400Mhz sehingga 16GB dan storan dalaman UFS3.1 dipertingkat berkeluasan sehingga 512GB.

Xiaomi Black Shark 5 Pro menggunakan sistem penyejukan tercanggih digelar sebagai ‘Anti-gravity Dual VC Liquid Cooling’. Dengan plat VC yang sangat luas dan aloi kuprum yang dipasang terus ke komponen utama, menjadikan pelepasan haba meningkat lebih 50% daripada biasa. Xiaomi Black Shark 5 Pro memiliki skrin jenis AMOLED berukuran 6.67-inci, dan ia ada resolusi HD Penuh dan kadar penyegaran dinamik dari 60Hz, 90Hz, 120Hz sehingga 144Hz.

Kadar sentuhan juga sangat tinggi iaitu 720Hz, memberikan masa respon pantas ketika bermain permainan video. Skrin ini menyokong HDR10+, 100% DCI-P3 dan ada kecerahan setinggi 1,300nits. Sistem bunyi Xiaomi Black Shark 5 Pro sangat memuaskan menerima 86 mata di ujian DxoMark Audio, sekaligus menduduki tangga pertama sekarang.

Kelebihan Xiaomi Black Shark 5 Pro

  • Dikuasakan cip Snapdragon 8 Gen 1
  • Teknologi ‘Magic Press’ di skrin memberikan kawalan tambahan
  • Tampil dengan aksesori seperti papan kekunci mekanikal, lapik tetikus dan fon telinga TWS
  • Ada 3 kamera belakang iaitu kamera utama 64MP, kamera ultra lebar 13MP dan kamera potret 2MP

Kekurangan Xiaomi Black Shark 5 Pro

  • 2 pembesar suara linear menembak ke tepi, bukannya ke hadapan

Spesifikasi Xiaomi Black Shark 5 Pro

Warna: Stellar Black, Nebula White
Tempoh Jaminan: 12 Bulan
Harga: RM3699.00

Asus ROG Phone 6

Peminat permainan video di telefon pintar, pastinya mengimpikan telefon pintar Asus ROG Phone sebagai salah satu peranti kegemaran mereka. Asus ROG Phone 6 baru sahaja dilancarkan Julai 2022 lalu dengan penggunaan cip terbaru Qualcomm Snapdragon 8+ Gen 1 5G. Asus ROG Phone 6 dilengkapi paparan skrin AMOLED, yang memiliki kadar penyegaran setinggi 165Hz.

Ia adalah naik taraf daripada ROG Phone 5s yang dilengkapi skrin AMOLED 144Hz. Asus ROG Phone 6 menghasilkan kuasa luar biasa, pengurusan haba yang amat dingin, dan kawalan di luar batasan. Ia juga akan tampil dengan rekaan, prestasi dan aksesori serba baharu untuk memberi pengalaman bermain game terbaik. Asus ROG Phone 6 tampil dengan pilihan dua warna menarik iaitu Storm White dan Phantom Black.

Kelebihan Asus ROG Phone 6

  • Penggunaan cip terbaru Qualcomm Snapdragon 8+ Gen 1 5G
  • Lengkap dengan paparan skrin AMOLED 165Hz
  • Tampil dengan rekaan, prestasi dan aksesori serba baharu
  • Menghasilkan kuasa luar biasa

Kekurangan Asus ROG Phone 6

  • Pembelian pre-order seminggu awal

Spesifikasi Asus ROG Phone 6

Warna: Storm White, Phantom Black
Tempoh Jaminan: 12 Bulan
Harga: RM3599.00

Realme GT Neo 3

Realme GT Neo 3 telah dilancarkan di Malaysia pada Jun 2022 lalu dengan model 80W sahaja di bawa masuk ke pasaran tempatan. Realme masih menyediakan beberapa ciri kelas flagship. Untuk GT Neo 3, ia dikuasakan cip generasi baru Mediatek iaitu Dimensity 8100 5G 5nm.

Ia ditambah lagi dengan penggunaan RAM LPDDR5 sehingga 12GB dan storan dalaman UFS 3.1 sehingga 256GB. Skrin bagi Realme GT Neo 3 adalah seluas 6.7-inci jenis AMOLED, dengan resolusi HD Penuh dan kadar penyegaran sehingga 120Hz. Kaca Corning Gorilla Glass 5 yang tahan lasak melapisi bahagian atas skrin Realme GT Neo 3.

Realme GT Neo 3 memiliki 3 kamera belakang, gabungan kamera utama 50MP F1.88 menggunakan sensor Sony IMX766 OIS, kamera ultra lebar 8MP F2.25 dan kamera makro 2MP F2.4. Kamera hadapan pula 16MP, terletak di dalam lubang di dahi skrin. Tenaga dan kuasa pengecas bagi Realme GT Neo 3 bagi varian RAM 8GB memiliki bateri 5,000mAh dan menyokong pengecasan pantas 80W. Sistem bunyi di Realme GT Neo 3 dihasilkan oleh dua pembesar suara Super Linear yang diiktiraf Dolby Atmos dan Hi-Res Audio.

Kelebihan Realme GT Neo 3

  • Dikuasakan cip generasi baru Mediatek iaitu Dimensity 8100 5G 5nm
  • Skrin seluas 6.7-inci jenis AMOLED
  • Sistem operasi Realme UI 3.0 berasaskan Android 12
  • Pengimbas cap jari mampu mengesan denyutan nadi pengguna

Kekurangan Realme GT Neo 3

  • Tidak menerima kad mikroSD untuk storan tambahan
  • Siri Naruto dan model 125W tidak masuk pasaran tempatan

Spesifikasi Realme GT Neo 3

Warna: Nitro Blue, Sprint White
Tempoh Jaminan: 1 Tahun
Harga: RM2099.00

Vivo Y77 5G

Vivo Y77 5G dilengkapi pemproses Mediatek Dimensity 810 berkuasa, dengan cip 5g dwi-mod membolehkan pengguna menikmati sambungan 5G yang lebih pantas selain turut menawarkan prestasi terbaik untuk bermain game serta cekap tenaga untuk hayat bateri lebih baik. Dengan ROM bersaiz 256GB dan konfigurasi RAM 8GB, Vivo Y77 5G turut membenarkan pengguna menyimpan lebih banyak kandungan dan memuat turun pelbagai aplikasi permainan kegemaran.

Vivo Y77 5G menampilkan ciri Extended RAM 2.0 untuk pengguna menambah sehingga 4GB ROM yang tidak digunakan kepada RAM besar 8GB menjadikan jumlah RAM sebanyak 12GB. Ini membolehkan pengguna membuka lebih banyak aplikasi dalam satu masa sambil memastikan semua program berjalan dengan lancar tanpa tersekat ketika bertukar aplikasi.

Vivo Y77 5G mempunyai paparan Incell FHD+ 6.58″ membolehkan skrin menayangkan visual dalam kontras tinggi dan menghasilkan kualiti visual yang jelas. Dilindungi daripada cahaya biru, pengguna boleh bermain permainan atau mainstream video tanpa membahayakan mata kerana peranti ini turut dilengkapi Mod Perlindungan Mata.

Untuk pengalaman permainan terbaik, Vivo Y77 5G turut menampilkan paparan dipertingkat Ultra Game Mode 2.0 yang mana pengguna boleh mengubah mod tenaga dan melihat statistik telefon dengan mudah, memberikan sesi permainan tanpa gangguan.

Kelebihan Vivo Y77 5G

  • Mempunyai paparan Incell FHD+ 6.58″
  • Dikuasakan Funtouch OS 12 berasaskan Android 12
  • Bateri 5,000mAh memberikan penggunaan sepanjang hari
  • Teknologi Mediatek 5G UltraSave mengurangkan tenaga yang digunakan

Kekurangan Vivo Y77 5G

  • Stok terhad di pasaran

Spesifikasi Vivo Y77 5G

Warna: Starlight Black, Glowing Galaxy
Tempoh Jaminan: 12 Bulan
Harga: RM1299.00

 

Memiliki gaming smartphone mudah alih sudah menjadi satu trend pada masa kini. Memberi fokus kepada peranti kelas permainan iaitu Gaming Smartphone, generasi muda pada hari ini membesar dengan gajet dan perkara itu tidak boleh dinafikan memandangkan ini adalah era gajet mereka.

Namun, tidak semua smartphone biarpun kelas perdana memberikan pengalaman permainan terbaik.  Untuk memiliki sebuah gaming smartphone pastikan gajet tersebut menawarkan spesifikasi yang baik, malah prestasinya mengagumkan.

Bunyi yang realistik dan grafik yang tinggi merupakan antara ciri hebat, yang diidamkan oleh individu apabila bermain game di telefon. Tidak semua telefon mampu berikan pengalaman tersebut kepada pengguna. Jika anda gemar bermain game, tetapi tidak dapat pengalaman hebat seperti itu, ini masanya untuk anda beralih ke telefon gaming.

Apabila smartphone digunakan untuk bermain game dengan kerap, maka suhunya pasti meningkat. Oleh itu, untuk sebuah gaming smartphone pastikan ia mempunyai sistem penyejukan yang baik untuk mengurangkan haba, agar prestasi pemproses tidak terjejas. Sebelum membeli gaming smartphone pastikan kalian mencari dan baca ulasan yang boleh dipercayai mengenai prestasi permainan dan penyejukan telefon secara terperinci.

 



Related posts