Elak Leher & Bahu Sakit. Ini 5 ‘Stand Laptop’ Mampu Milik Wajib Dimiliki Pengguna Komputer Riba

Elak Leher & Bahu Sakit. Ini 5 ‘Stand Laptop’ Mampu Milik Wajib Dimiliki Pengguna Komputer Riba
Peralatan mudah alih dan aksesori


Pernah atau tidak anda mengalami masalah leher dan bahu tegang semasa menghadap tugasan menggunakan laptop atau komputer riba? Duduk posisi macam mana sekalipun tetap mengalami masalah yang serupa. Masalah leher tegang ini sering di alami oleh sesiapa sahaja tidak kira sama ada semasa bekerja di pejabat, bermain game di rumah, atau belajar di kampus. Salah satu penyebab berlakunya masalah sebegini adalah kerana postur tubuh badan yang tegang dan posisi kedudukan laptop yang tidak betul.

Oleh itu, jika anda memiliki laptop dan ingin mengelakan masalah leher dan bahu tegang berulang lagi, apa yang perlu dilakukan adalah untuk memiliki ‘stand laptop’. Penggunaan stand laptop bertujuan sebagai cara mudah untuk melaraskan paras mata dan kepala dengan paparan skrin laptop sekaligus cara ini dapat mengekalkan kesihatan leher dan bahu pada peringkat awal! Selain itu penggunaan stand laptop juga lebih menjimatkan poket anda daripada kos perubatan yang tinggi kerana dapat mengelakkan kesakitan serius dan juga kecederaan jangka panjang. Jom cuba pertimbangkan untuk memiliki 5 stand laptop dengan harga mampu milik ini.

IKEA BJÖRKÅSEN Laptop Stand

IKEA BJÖRKÅSEN Laptop Stand
IKEA BJÖRKÅSEN Laptop Stand merupakan pilihan terbaik jika anda suka menggunakan laptop ketika di atas katil atau sofa. Jenama ini juga boleh menggantikan meja mudah alih kerana sangat fleksibel, boleh digerakkan, boleh dilipat dan paling penting ia menjimatkan ruang bilik atau sudut kerja anda. IKEA BJÖRKÅSEN Laptop Stand mempunyai bentuk seperti meja tinggi mini, dan direka bersama tempat pemegang gelas air.

IKEA BJÖRKÅSEN Laptop Stand hadir dengan tiga warna berbeza mengikut karektor pemilik masing-masing iaitu Hitam, Beige dan Turquoise.
Ketinggiannya mudah dan boleh dilaras mengikut keselesaan pengguna iaitu maksimum sehingga 70 cm dan material permukaannya boleh menampung beban sehingga 12kg dalam satu masa. IKEA BJÖRKÅSEN Laptop Stand juga mudah dibersihkan jika terkena kekotoran atau cecair, hanya dengan menggunakan kain kering yang bersih sahaja.

Kelebihan IKEA BJÖRKÅSEN Laptop Stand:

  • Ketinggian boleh laras
  • Reka bentuk penjimatan ruang (meminimumkan ruang storan)
  • Pengeluaran yang kukuh dan stabil
  • Mudah dilipat

Kekurangan IKEA BJÖRKÅSEN Laptop Stand:

  • Tiada ruang pengaliran haba

Spesifikasi IKEA BJÖRKÅSEN Laptop Stand:

Saiz Width: 46 cm x Height: 70 cm x Depth: 35 cm
Warna Black (Anthracite), Turquoise, Beige
Harga RM99.00

Typo Collapsible Laptop Stand

Typo Collapsible Laptop Stand
Jika anda memiliki meja belajar, Typo Collapsible Laptop Stand adalah pilihan terbaik untuk meletakkan laptop, sekaligus mengelakkan sakit leher. Merupakan jenama keluaran Cotton On, Typo Collapsible Laptop Stand mempunyai rekaan unik yang moden sesuai untuk citarasa semua peringkat umur samada lelaki atau wanita.

Selain itu, Typo Collapsible Laptop Stand didatangkan dengan enam pilihan warna yang pelbagai dan menarik perhatian seperti Multi Colour Drawn Daisy, Small Daisies Black White, Arctic Blue, Whisper Pink, Black, dan Natural.

Boleh dilipat dan mudah dibawa kemana-mana, Typo Collapsible Laptop Stand diperbuat daripada material jenis kayu (80%) dan MDF (20%), sesuai untuk kegunaan laptop bersaiz 11 hingga 15 inci. Ruang kaki berongga pada stand laptop ini membolehkan pengaliran haba dan udara yang baik berlangsung, lalu mengelakkan laptop menjadi panas.

Kelebihan Typo Collapsible Laptop Stand:

  • Rekaan unik
  • Warna pelbagai dan menarik
  • Pengaliran haba yang baik daripada laptop
  • Boleh dilipat

Kekurangan Typo Collapsible Laptop Stand:

  • Material mudah kembang jika terkena air

Spesifikasi Typo Collapsible Laptop Stand:

Saiz: 26.5cm (W) x 12cm (H) x 22cm (D)
Warna: Multi Colour Drawn Daisy, Small Daisies Black White, Arctic Blue, Whisper Pink, Black, Natural
Harga: RM75.00

Baseus Adjustable Laptop Stand

Baseus Adjustable Laptop Stand
Untuk pengguna gajet jenama Apple, Baseus Adjustable Laptop Stand merupakan aksesori ideal untuk kalian. Baseus Adjustable Laptop Stand direka dengan gaya yang ringan dan ringkas hanya dengan ketebalan 0.3 cm boleh digunakan untuk sebarang peranti Apple bersaiz antara 11.6 hingga 17 inci. Baseus Adjustable Laptop Stand boleh dilipas dan dilaraskan kepada sudut kecondongan 8 darjah supaya lebih selesa untuk menaip pada papan kekunci selain dapat mengelakkan bahu dan leher rasa tidak selesa.

Baseus Adjustable Laptop Stand boleh menampung beban hingga 10 kg, direka dengan struktur kuat daripada aloi aluminium. Ia lebih stabil, kukuh dan tidak goyang semasa menaip atau perlu menampung sedikit lengan tangan pengguna. Pada bahan aloi aluminiumnya, terdapat beberapa pelekat yang boleh ditanggalkan dan boleh dibasuh tanpa menyebabkan kesan karat. Ruang terbuka di bahagian bawah Baseus Adjustable Laptop Stand membolehkan pengudaraan haba dilakukan dengan cekap tanpa menyebabkan peranti terasa panas.

Kelebihan Baseus Adjustable Laptop Stand:

  • Kukuh dan tahan lama
  • Ringan, nipis dan mudah dilipat
  • Mudah dibersihkan jika terkena cecair
  • Tahan karat

Kekurangan Baseus Adjustable Laptop Stand:

  • Warna agak membosankan

Spesifikasi Baseus Adjustable Laptop Stand:

Saiz: 296mm x 244mm x 138.6mm
Warna: Silver, Dark Grey
Harga: RM32.90

The Aryl™ Laptop Stand Ergonomic Aluminum

The Aryl™ Laptop Stand Ergonomic Aluminum
Aryl™ jenama stand laptop digemari ramai pengguna komputer riba kerana memiliki rekaan ekslusif dan ketahanan yang lama. The Aryl™ Laptop Stand Ergonomic Aluminum merupakan antara siri yang menjadi pilihan kerana ditawarkan pada harga yang mampu milik. Mempunyai reka bentuk ergonomik, The Aryl™ Laptop Stand Ergonomic Aluminum berfungsi sebagai peninggi untuk menaikkan skrin laptop sehingga paras 17.3cm dan membawanya ke paras mata serta postur badan pada kedudukan sempurna.

Reka bentuk belakang terbuka pada The Aryl™ Laptop Stand Ergonomic Aluminum memberi pengudaraan dan aliran haba terbaik yang diperlukan untuk menyejukkan laptop daripada terlalu panas. Material daripada pad getah dan aloi aluminium pada The Aryl™ Laptop Stand Ergonomic Aluminum juga bertindak sebagai ejen haba untuk mengurangkan rasa panas. The Aryl™ Laptop Stand Ergonomic Aluminum sesuai dengan semua jenis komputer riba bersaiz 10 hingga 18 inci dan mampu menampung beban seberat 10 kg.

Kelebihan The Aryl™ Laptop Stand Ergonomic Aluminum:

  • Reka bentuk kreatif dan ergonomik
  • Memiliki pengaliran haba dan udara yang bagus
  • Meterial jenis kukuh dan tahan lama
  • Mempunyai jaminan sehingga 3 tahun

Kekurangan The Aryl™ Laptop Stand Ergonomic Aluminum:

  • Tidak boleh dilipat

Spesifikasi The Aryl™ Laptop Stand Ergonomic Aluminum:

Saiz: 26 cm x 24 cm x 15 cm
Warna: Black, Silver, Space Gray
Harga: RM39.90

MC 515 Notebook Bracket Laptop Stand

MC 515 Notebook Bracket Laptop Stand
MC 515 Notebook Bracket Laptop Stand sangat praktikal untuk kehidupan si pemilik komputer riba. MC 515 Notebook Bracket Laptop Stand hadir dengan material aloi aluminium tahan karat, lasak dan kukuh selain mempunyai jaminan selama 6 bulan. Untuk penambahan, MC 515 Notebook Bracket Laptop Stand direka dengan pad silikon agar laptop tidak licin dan menggelongsor jatuh ke bawah.

Paling penting, MC 515 Notebook Bracket Laptop Stand boleh dilipat dan dilaraskan sesuai untuk setiap pengguna menggunakannya di mana-mana sahaja. MC 515 Notebook Bracket Laptop Stand sesuai untuk kegunaan laptop bersaiz 11 hingga 15 inci dan menampung beban sehingga 10kg. Ruang kaki berongga pada MC 515 Notebook Bracket Laptop Stand membolehkan pengaliran haba dan udara yang baik berlangsung, lalu mengelakkan laptop menjadi panas.

Kelebihan MC 515 Notebook Bracket Laptop Stand:

  • Sangat praktikal dan boleh laras
  • Tahan karat
  • Kukuh dan lasak
  • Pengudaraan dan haba yang baik

Kekurangan MC 515 Notebook Bracket Laptop Stand:

  • Warna agak membosankan

Spesifikasi MC 515 Notebook Bracket Laptop Stand:

Saiz: 26cm x 22.3cm x 27cm
Warna: Apple Silver, Space Gray
Harga: RM56.00

Untuk mengelakan masalah leher sakit dan bahu tegang ketika menggunakan laptop, haruslah mengekalkan postur tubuh badan yang betul. Jika posisi tubuh tidak betul, maka terjadilah sindrom ‘text neck’ kerana tubuh berubah seperti membongkok. Acap kali individu yang terlalu leka bekerja, menonton filem atau bermain game di laptop, mereka tidak sedar postur badan semakin menunduk dan membongkok.

Menunduk terlalu lama akan memberi impak pada leher dan tulang belakang, kadangkala tanpa sedar mengalami sindrom ‘text neck’. Sakitnya seperti leher lenguh dan sakit mencucuk. Leher akan menjadi kaku, maksudnya otot pada bahagian leher dan bahu akan mengeras. Selain itu, mereka juga akan mengalami kebas tangan dan jari kerana saraf servikal di kawasan leher terhimpit lalu kerap mengalami masalah sakit kepala. Menakutkan bukan?

Apabila sedang menggunakan laptop, pastikan posisi skrin tidak terlalu rendah sehingga menyebabkan posisi kepala kamu menunduk ke bawah, ia akan menyebabkan tekanan pada leher dan bahu. Oleh itu, laraskan posisi skrin menggunakan stand laptop yang sesuai dan selesa kepada mata untuk melihat dan bahu serta leher juga tidak akan berasa tegang atau sakit.



Related posts