5 Wireless Headphone Dengan Kualiti Luar Biasa Yang Ada Di Pasaran 2022

5 Wireless Headphone Dengan Kualiti Luar Biasa Yang Ada Di Pasaran 2022
Peralatan mudah alih dan aksesori


Mencari headphone terbaik sebenarnya tidaklah mudah seperti disangka. Sesetengah orang menggunakan headphone untuk mendengar muzik, menonton movie, kegunaan ketika workout dan ada juga menggunakannya untuk tujuan gaming.

Memilih fon kepala yang terbaik untuk anda bergantung pada beberapa faktor. Antaranya adalah bajet belanjawan anda, ciri yang anda utamakan dan pilihan yang mungkin anda miliki tentang bentuk dan kesesuaian headphone tersebut kepada anda.
Yang mana sedang mencari wireless headphone tu, jom lihat beberapa pilihan terbaik di bawah ini:

Bowers & Wilkins PX7

Bowers & Wilkins PX7
Jika anda sedang mencari headphone wireless dengan noise canceling terbaik, Bowers & Wilkins PX7 patut dipertimbangkan. Kualiti bunyi yang lebih baik dan reka bentuk yang bergaya headphone ini pastinya antara pilihan terbaik di pasaran. Menarik lagi, jangka hayat baterinya sangat lama sehingga 30 jam dan pengecasannya pula sepantas 15 minit memudahkan pengguna untuk membawanya ke mana sahaja tanpa risau akan kondisi baterinya.

Kelebihan Bowers & Wilkins PX7

  • Bunyi yang seimbang, mengasyikkan
  • Noise canceling terbaik
  • Penampilan yang canggih
  • Hayat bateri terbaik 30 jam
  • Sambungan Bluetooth yang teguh

Kekurangan Bowers & Wilkins PX7

  • Tiada kawalan sentuh

Spesifikasi Bowers & Wilkins PX7

Berat 310g
Jangka hayat bateri 30 jam
Harga RM 1,999

Bose 700

Bose 700
Headphone Bose 700 menggunakan reka bentuk pintar serta ciri yang menarik. Ia dilengkapi dengan lapan mikrofon yang hebat, enam daripadanya digunakan untuk menyampaikan pembatalan bunyi ketika mendengar muzik atau bercakap melalui telefon. Ia menawarkan sehingga 11 tahap ANC boleh laras yang berfungsi sama baik untuk meneutralkan noise merentas frekuensi yang berbeza. Teknologi yang digunakan menghasilkan audio yang bersih dan seimbang untuk nada tinggi yang tajam dan bass yang padu.

Kelebihan Bose 700

  • Pembatalan bunyi yang luar biasa
  • Reka bentuk yang elegan
  • Bunyi terbaik
  • Butang pintar, intuitif dan kawalan sentuh

Kekurangan Bose 700

  • Jangka hayat bateri hanya 20 jam

Spesifikasi Bose 700

Berat 25g
Jangka hayat bateri 20 jam
Harga RM 1,829

Sony WH-1000XM4

Sony WH-1000XM4
Headphone Sony WH-1000XM4 memberikan kualiti bunyi yang optimum dengan teknologi noise canceling terbaik! Untuk memaksimumkan prestasinya, headphone WH-1000XM4 ini menggabungkan dua teknologi iaitu Pengoptimum Pembatalan Bunyi Peribadi, direka khusus untuk anda dan Pengoptimuman Tekanan Atmosfera, direka khusus untuk perjalanan udara, kira pilihan bijak untuk yang selalu travel menaiki pesawat udara.Transmisi LDAC yang digunakan juga memastikan anda menikmati pengalaman bunyi terbaik walaupun ianya adalah tanpa wayar.

Kelebihan Sony WH-1000XM4

  • Pembatalan bunyi dipertingkatkan berbanding model sebelumnya
  • DSEE peningkatan audio terbaik
  • Boleh digandingkan lebih daripada 1 media
  • Reka bentuk yang elegan
  • Bunyi yang jelas dan menarik
  • Pilihan kawalan yang hebat

Kekurangan Sony WH-1000XM4

  • Menjadi panas di sekitar telinga jika mendengar tempoh lama

Spesifikasi Sony WH-1000XM4

Berat 253g
Jangka hayat bateri 30 jam
Harga RM 1,599

Sennheiser Momentum 4 Wireless

Sennheiser Momentum 4 Wireless
Walaupun reka bentuk yang diperbaharui bagi headphone Momentum Wireless generasi keempat Sennheiser tidak begitu menyerlah seperti sebelumnya yang kelihatan lebih klasik, hayat bateri 60 jam benar-benar menggembirakan pengguna dan menjadikannya yang terbaik. Ia mempunyai sokongan Bluetooth 5.2 dan aptX Adaptive, dan terdapat kabel 3.5mm yang dibekalkan untuk sambungan berwayar audiophile. Prestasi ANC berkesan, dan pengurangan bunyi angin automatik sesuai untuk anda ketika berada di luar rumah seperti di dalam kereta api yang bising dan berangin.

Kelebihan Sennheiser Momentum 4 Wireless

  • Hayat bateri yang menakjubkan
  • Bunyi yang bagus
  • Prestasi pembatalan bunyi yang berkesan
  • Kawalan sentuhan yang boleh dipercayai
  • Reka bentuk teguh

Kekurangan Sennheiser Momentum 4 Wireless

  • Alas telinganya boleh membuat telinga panas

Spesifikasi Sennheiser Momentum 4 Wireless

Berat 292g
Jangka hayat bateri 60 jam
Harga RM 1,316++

Apple AirPods Max

Apple AirPods Max
AirPods Max direka bentuk untuk kesesuaian tanpa kompromi yang menghasilkan pengedap akustik yang optimum untuk pelbagai bentuk kepala yang berbeza . Ia juga menggabungkan audio terbaik dengan Pembatalan Bunyi Aktif yang terkemuka dalam industri untuk memberikan pengalaman mendengar yang tiada tandingan. Headphone ini menggunakan teknologi penjejakan kepala untuk mencipta kesan bunyi sekeliling, yang boleh memberikan efek surrounding terbaik ketika menonton filem. Terdapat juga Transparency mode yang membolehkan anda mendengar bunyi di sekeliling anda bagi tujuan keselamatan.

Kelebihan Apple AirPods Max

  • Jenama besar popular
  • Reka bentuk mewah
  • Pembatalan bunyi yang sangat baik
  • Dilengkapi transparency mode
  • Spatial audio untuk pengalaman menonton filem lebih baik

Kekurangan Apple AirPods Max

  • Harga sangat mahal

Spesifikasi Apple AirPods Max

Berat 383g
Jangka hayat bateri 20 jam
Harga RM 2,399

Pastikan anda meneliti spesifikasinya, sama ada wireless ataupun tidak, design mewah atau lebih sporty, kualiti audio yang ditawarkan serta jangka hayat baterinya. Untuk mendapatkan pengalaman mendengar yang lebih berkualiti, pilihlah jenama yang kukuh dan telah bertahan lama di pasaran.

Harga setiap satunya agak mahal, jadi pastikan anda membuat pilihan yang bijak. Ingat ya, tidak semestinya yang paling mahal adalah yang terbaik untuk anda!



Related posts