5 Komputer Riba Terbaik 2022 Disyorkan Untuk Kerja Suntingan Video

5 Komputer Riba Terbaik 2022 Disyorkan Untuk Kerja Suntingan Video
Peralatan mudah alih dan aksesori


Hari ini kandungan berupa video semakin popular, malah ia adalah platform paling mudah untuk menjana pendapatan, memberi maklumat, penceritaan sesuatu lokasi, vlog atau reviu makanan. Platform seperti YouTube, TikTok, Instagram, Facebook banyak mempengaruhi kehidupan seharian malah ia juga turut mencipta 1001 bentuk kandungan kreatif daripada pelbagai saluran. Banyak sektor baharu seperti kewujudan penyedia kandungan atau content creator juga semakin mendapat tempat pada hari ini untuk menghasilkan karya video kreatif.

Bagi penyedia kandungan, kreativiti serta penghasilan karya unik hanya dapat dicapai menerusi keupayaan gajet suntingan yang menepati stardard sesuatu video. Ia penting bagi memudahkan kerja penyuntingan video dapat disiapkan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Secara tidak langsung menjadikan pemilihan komputer riba khas sangat penting untuk membuat suntingan video menerusi perisian sedia ada di mana-mana sahaja. Mencari komputer riba terbaik untuk kerja suntingan video pada tahun 2022 ini? Ini 5 komputer riba yang disyorkan buat sesiapa sahaja yang mempunyai minat dalam kerja suntingan video.

Apple MacBook Pro 16 Inci Versi 2021

Apple MacBook Pro 16 Inci Versi 2021
MacBook Pro 16 inci versi 2021 dikuasakan dengan cip silikon pemprosesan baharu Apple iaitu M1 Max. Apple MacBook Pro 16 inci versi 2021 boleh melakukan sunting pelbagai jenis video resolusi ultra tinggi seperti 4K dan untuk video berdurasi 10 hingga 20 minit, tempoh sintesis atau ‘rendering’ mengambil masa sekitar lima hingga tujuh minit tanpa sebarang masalah. Apple MacBook Pro 16 inci versi 2021 tidak lagi didatangkan dengan bar sesentuh atau ‘Touch Bar’ di bahagian atas papan kekunci sebaliknya ia diganti dengan ‘Functional Key’ atau ‘F Key’.
Untuk pengalaman paling optimum, variasi MacBook Pro 16 inci bersama padanan M1 Max ini adalah peneraju untuk semua komputer riba kelas prestasi di luar sana dan hasil suntingan video resolusi ultra tinggi juga adalah sangat pantas. Keupayaan cip silikon keluaran Apple ini sangat efisien daripada aspek penggunaan tenaga begitu juga dengan kuasa prestasi.

Kelebihan produk

  • Raja segala komputer riba untuk kerja suntingan video
  • Dikuasakan dengan cip silikon pemprosesan M1 Max.
  • Tempoh ‘rendering’ video durasi 10 ke 20 minit hanya lima hingga tujuh minit
  • Kuasa tenaga & kuasa prestasi efisien

Kekurangan produk

  • Tiada bar sesentuh atau ‘Touch Bar’
  • Tidak menyokong Multiple External Display

Spesifikasi produk

Laman web https://www.apple.com/my/shop/buy-mac/macbook-pro/16-inch
Saiz 16 inci
Tempoh Jaminan 12 Bulan
Harga RM10,799.00

Lenovo Legion 7

Lenovo Legion 7
Kehadiran komputer riba Lenovo Legion 7 dicipta khusus untuk penyedia kandungan video dan banyak memberi kemudahan agar untuk tugasan boleh dilaksanakan di mana-mana saja. Lenovo Legion 7 membuktikan keupayaannya apabila mampu melakukan sintesis video, animasi dan apa saja tugasan berat dalam masa yang singkat biarpun format video diletakkan dalam resolusi Definisi Ultra Tinggi (UHD) mahupun 4K. Dengan cip Ryzen 7 5800H dan RTX 3070, editing video 4K adalah amat mudah dan lancar. Skrin 16’ Lenovo Legion 7 mempunyai resolusi 2560 x 1600 dan kecerahan 500 nits. Lenovo Legion 7 mempunyai skrin hebat yang sesuai untuk kerja-kerja menyunting video dilengkapi dengan bateri 80Wh yang boleh bertahan sehingga 8 jam. Lenovo Legion 7 menyokong pengecasan dengan USC-PD 100W selain daripada power adapter 300W. Jadi, tidak perlu membawa pelbagai kabel dan power adapter sekiranya ingin menggunakan peranti elektronik lain yang menggunakan USB-C.

Kelebihan produk

  • Resolusi 2560 x 1600 dan kecerahan 500 nits
  • Bateri 80Wh yang boleh bertahan sehingga 8 jam
  • Menyokong pengecasan dengan USC-PD 100W
  • Melakukan sintesis video dalam masa singkat

Kekurangan produk

  • Agak berat iaitu 2.5kg

Spesifikasi produk

Laman web https://www.lenovo.com/my/en/
Saiz 16 inci
Tempoh Jaminan 3 Tahun
Harga RM11,399.00

Acer Predator Triton 500 SE

Acer Predator Triton 500 SE
Acer Predator Triton 500 SE, komputer riba berkuasa mampu melancarkan sebarang aplikasi suntingan. Predator Triton 500 SE menggunakan padanan cip pemproses Intel Core i9 Generasi Ke-11 bersama padanan keupayaan memori (RAM) yang boleh menyokong sehingga 32GB DDR4 bersama-sama dengan 1TB PCIe Gen4 SSD untuk prestasi lebih baik. Acer Predator Triton 500 SE dipadankan bersama beberapa variasi kad grafik sehingga Nvidia GeForce RTX3080 dan sesuai untuk semua segmen pengguna termasuk penyedia kandungan yang memerlukan sebuah peranti berkuasa bagi melakukan suntingan video resolusi ultra tinggi. Skrin Predator 500 SE berkeluasan 16 inci dengan resolusi WQXGA bersama-sama beberapa sokongan sambungan termasuk Internet Tanpa Wayar Generasi Keenam (WiFi 6) dan binaan kipas penyejukan untuk memastikan suhu sentiasa berada pada tahap paling minimum setiap masa. Bateri Acer Predator Triton 500 SE boleh bertahan sehingga enam jam.

Kelebihan produk

  • Menggunakan padanan cip pemproses Intel Core i9 Generasi Ke-11
  • Menyokong sehingga 32GB DDR4
  • Binaan kipas penyejukan untuk
  • Berkeluasan 16 inci dengan resolusi WQXGA

Kekurangan produk

  • Mempunyai pembesar suara DTS:X Ultra Sound, namun kualiti audio mengecewakan

Spesifikasi produk

Laman Web https://www.acer.com/ac/en/US/content/predator-series/predatortriton500se
Saiz 15 inci
Tempoh Jaminan 2 Tahun
Harga RM7,899.00

MSI Creator Z16

MSI Creator Z16
MSI Creator Z16 dikuasakan oleh pemproses Intel Core i9 Generasi Ke-11 mampu membekalkan kuasa teras yang mencukupi bagi tugasan sintesis video 4K tanpa sebarang masalah. MSI Creator Z16 menggunakan padanan memori (RAM) daripada rekaan DDR4 dengan frekuensi 3200MHz dan boleh menyokong sehingga 64GB.Skrinnya pula bersaiz 16 inci untuk memudahkan pengguna melakukan suntingan bersama keupayaan QHD+ resolusi 2560 x 1600, sekali gus memberi tona warna lebih tepat kepada penyedia kandungan untuk melakukan sebarang pengubahsuaian. MSI Creator Z16 didatangkan dengan kad grafik keluaran Nvidia GeForce RTX 3060 bersama-sama memori video (VRAM) 6GB. Ia turut dilengkapi dengan dua slot M.2 SSD (NVMe PCIe Gen4) sekali gus sebarang proses penyalinan data atau sintesis migrasi video dapat dilaksanakan dengan cepat.

Kelebihan produk

  • Sokongan Internet Tanpa Wayar (WiFi)
  • Prestasi baterinya mengagumkan, mampu bertahan sepanjang hari
  • Kualiti audio pada tahap paling premium dengan Dynaudio
  • Datang dengan teknologi paparan ‘True Pixel’

Kekurangan produk

  • Agak berat iaitu 2.71 kg

Spesifikasi produk

Laman web https://www.msi.com/Content-Creation/Creator-Z16-A11UX
Saiz 16 inci
Tempoh Jaminan 2 Tahun
Harga RM8,999.00

ASUS Zenbook 17 Fold OLED

ASUS Zenbook 17 Fold OLED
ASUS Zenbook 17 Fold OLED model komputer riba pertama dunia dengan skrin 17.3-inci serta mampu dilipat bakal berada di pasaran pada pertengahan Mei 2022. Bakal menjadi komputer riba terbaik untuk kerja suntingan, ASUS Zenbook 17 Fold OLED menyokong PANTONE® serta pengesahan TÜV Rheinland yang mampu mengurangkan kesakitan pada mata untuk tontonan pada waktu panjang. ASUS Zenbook 17 Fold OLED dikuasakan oleh Intel Core-i7 generasi ke-12 beserta grafik Intel Iris. ASUS Zenbook 17 Fold OLED menawarkan empat port USB-C Thunderbolt beserta pengecasan pantas 75Wh antara yang tersedia. ASUS Zenbook 17 Fold OLED disasarkan khas kepada golongan penyedia kandungan video dengan harga pasaran anggaran sekitar RM8,000 ke RM9,000.

Kelebihan produk

  • Skrin 17.3-inci serta mampu dilipat
  • Menyokong PANTONE® serta pengesahan TÜV Rheinland
  • Dikuasakan oleh Intel Core-i7 generasi ke-12
  • Ada empat port USB-C Thunderbolt beserta pengecasan pantas

Kekurangan produk

  • Tempoh jaminan singkat

Spesifikasi produk

Laman web https://www.asus.com/Laptops/For-Home/Zenbook/Zenbook-17-Fold-OLED-UX9702/
Saiz 17.3 inci
Tempoh Jaminan 1 Tahun
Harga Belum Dinyatakan

Jika menggunakan komputer riba yang khas untuk kerja suntingan video, pasti sesiapa sahaja tidak berdepan dengan sebarang masalah prestasi dan peranti sekali gus tugasan suntingan boleh dilaksanakan di mana saja dengan pantas.Katanya, masalah yang sering dihadapi sebelum ini adalah tidak banyak peranti yang mampu menyokong keperluan yang dikehendakinya termasuk setiap proses suntingan serta kesan grafik mengambil masa yang lama. Sebagai penyedia kandungan video, memiliki peranti komputer riba khusus mampu memberikan tona warna sebenar, masa dan kecekapan sesebuah peranti adalah penting supaya dapat memberi fokus kepada penghasilan kandungan lain.

Bayangkan jika suntingan video hampir siap dan secara tiba-tiba laptop anda tidak mampu berfungsi dengan baik atau mimpi ngeri setiap penyunting apabila ia crashed tanpa sebarang fail simpanan. Ia pasti akan mengganggu momentum untuk penghasilan karya seterusnya. Sudah tentu keadaan itu mengundang ‘ribut taufan’ sedangkan perkara itu boleh dielakkan jika pemilihan komputer riba dengan bajet bersesuaian.



Related posts