Unik & Instagrammable. Ini 5 Kafe ‘Trendy’ Wajib Singgah Di Pulau Pinang

Unik & Instagrammable. Ini 5 Kafe ‘Trendy’ Wajib Singgah Di Pulau Pinang
Gaya hidup


Mungkin anda sudah biasa ke Pulau Pinang untuk bercuti. Pulau Pinang merupakan antara negeri yang sering menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara untuk makan-makan, beriadah dan berhibur. Setiap kali ke Pulau Mutiara, itinerari percutian anda mungkin berulang dan hanya berkunjung lokasi yang sama sahaja. Kali ini cuba kreatif sikit.

Jika anda merancang makan angin di Pulau Pinang, cuba masukkan beberapa destinasi kafe trendy untuk menjamu selera atau sekadar ‘lepak’ santai. Paling best dapat ambil gambar cantik-cantik dan semestinya lokasi kafe ini sangat unik dan instagrammable! Kafe-kafe ini juga semestinya menawarkan juadah dan menu yang lazat dan sedap setanding lokasinya yang unik. Ini 5 kafe trendy yang wajib kalian singgah jika berada di Pulau Pinang, antaranya Kopi Hutan, ChinaHouse, Norm Micro Roastery, Wheeler’s dan Narrow Marrow

Kopi Hutan

Kopi Hutan
Bagi sesetengah individu, minuman berkafein seperti kopi dianggap sebagai pelengkap rutin seharian. Jika anda peminat kopi dan mencari lokasi istimewa untuk bersantai bersama teman-teman atau hanya ingin menghabiskan masa seorang diri, Kopi Hutan dicadangkan. Kopi Hutan terletak di Monkey Cup Garden di puncak Bukit Bendera setinggi 730 meter dan dikelilingi dengan alam semulajadi pasti buat anda rasa tenang. Port kafe trendy ini mempunyai lokasi yang sempurna untuk bersantai sambil minum kopi Arabica atau teh. Jika cuaca baik, suasana sekeliling Kopi Hutan memang nyaman dan sejuk. Sangat serasi ‘pekena’ secawan kopi panas yang sedap. Sambil menghirup kopi, hadirkan juga pelbagai pilihan pemanis mulut yang lazat seperti cheesecake dan kek coklat lava. Di Kopi Hutan juga ada hidangan ringan sampingan seperti roti homemade atau kerepek ubi kayu. Untuk ke sini, pelanggan boleh menaiki khidmat buggy yang menunggu di Dataran Bukit Bendera dengan caj bayaran tertentu.

Kelebihan produk

  • Minum kopi di puncak setinggi 730m
  • Dikelilingi alam semulajadi
  • Ada hidangan pencuci mulut yang lazat
  • Harga berpatutan

Kekurangan produk

  • Jika hari hujan, kawasan sekitar basah dan lecak

Spesifikasi produk

Hubungi https://www.facebook.com/coffeeinforest/
Lokasi Kopi Hutan @Monkey Cup Garden, Bukit Bendera 1130 Pulau Pinang
Waktu Operasi Dibuka setiap hari dari jam 9 pagi hingga 6 petang
Harga RM2.00 – RM20.00

China House

China House
Bukan kaki travel sejati dan kaki makan jika berada di Pulau Pinang tidak mengenali jenama kafe ‘China House’. China House terkenal dengan pelbagai hidangan kek antara yang wajib dicuba seperti Double Choco Banana Loaf, Salted Caramel Cheesecake, Cheesecake, Tiramisu, Carrot Cake, Italian Cream Cake dan Chocolate Tissimo yang lazat. Potongan kek di sini bersaiz besar dan harganya berpatutan menyebabkan ada setengah menu kek laris sebaik sahaja dipamerkan di kaunter. Suasana dalam China House sangat unik, kreatif dan trendy sesuai untuk anda yang berjiwa bebas. Lokasi ini sangat Instagrammable untuk dikunjungi bersama keluarga ataupun rakan-rakan. Pelanggan boleh berkarya diatas meja cafe ini. Terdapat beberapa batang warna lilin dan alas meja putih untuk kalian melukis sementara makanan dihidangkan. Di China House bukan sekadar menyediakan pelbagai jenis masakan dan pencuci mulut lazat, malah membuatkannya lebih unik ia turut memiliki sebuah galeri mempamerkan hasil seni.

Kelebihan produk

  • Terkenal dengan pelbagai pencuci mulut seperti kek
  • Potongan kek di sini bersaiz besar
  • Harga berpatutan
  • Ada ruang untuk pelanggan berkarya di atas meja makan

Kekurangan produk

  • Kek yang popular cepat habis

Spesifikasi produk

Hubungi https://www.facebook.com/ChinaHousePenang/photos
https://www.chinahouse.com.my/index-new.html
Lokasi 153, Beach St, Georgetown, 10300 Pulau Pinang
Waktu Operasi Buka setiap hari dari jam 11 pagi hingga 9.30 malam.
Harga Tidak dinyatakan

Norm Micro Roastery

Norm Micro Roastery
Dari luar, mungkin ada yang tidak perasan dengan kafe ini. Untuk menjejak kafe ini, pelanggan perlu lebih peka melihat bangunan sekeliling. Norm Micro Roastery sebuah kafe trendy semakin dikenali di Pulau Pinang. Tapak asal premis lepak ini merupakan bekas sebuah kilang dan kewujudan Norm Micro Roastery terus mengekalkan konsep ala perindustrian memang sesuatu yang dipuji. Ruang dalaman Norm Micro Roastery agak luas dan mempunyai siling tinggi, perabot minimalis, simen yang digilap dan cahaya matahari semulajadi dari bumbung. Pencahayaan yang baik kelihatan seakan sedang berada di bahagian terbuka, tetapi sebenarnya pelanggan masih berada di ruang tertutup berhawa dingin. Antara sajian yang dihidangkan di sini berkonsep barat seperti puding granola, roti bakar Perancis, risotto, pasta dan tiramisu. Jangan lupa mencuba beberapa jenis minuman samada sejuk atau panas. Selayaknya Norm Micro Roastery menjadi kafe instagram yang sempurna dan trendy di Pulau Pinang.

Kelebihan produk

  • Konsep ala perindustrian
  • Ruang dalaman luas dan mempunyai pencahayaan baik
  • Menu berkonsep barat
  • Ruang instagrammable yang sempurna untuk bergambar

Kekurangan produk

  • Sukar menjejak kafe ini kerana lokasi yang agak tersorok

Spesifikasi produk

Hubungi https://www.facebook.com/normmicroroastery/
https://www.instagram.com/norm.micro.roastery/
Lokasi 13, Gat Lebuh Gereja, George Town, 10300 George Town, Pulau Pinang
Waktu Operasi Buka setiap hari dari jam 9 pagi hingga 6 petang. Kecuali Jumaat & Sabtu dibuka sehingga 10 malam
Harga RM6.00 – RM38.00++

Wheeler’s

Wheeler's
Jika anda peminat pelbagai variasi kopi, Wheeler’s merupakan antara cafe yang perlu kunjungi sekiranya berada di Penang. Dari muka pintu hadapan kafe, bau biji kopi membuatkan hati dan perasaan si penggemar kopi berasa tenang dan gembira. Minuman sejuk di Wheeler’s hadir dalam botol kaca menarik, pastinya minuman ini sangat sesuai untuk Instagram feed kalian. Antara kopi yang dicadangkan untuk cuba di Wheeler’s seperti Tiramisu Latte, Toffee Nut Latte, Espresso Panna Cotta dan Penne Arrabiata. Paling menarik, kafe trendy ini dibuka dari awal pagi hingga lewat malam, disebabkan itu ada pelbagai jenis hidangan disediakan mengikut waktu makan tertentu. Untuk sarapan pagi cuba hidangan Wheeler’s Big Breakfast, saiz hidangan sangat besar dan pastinya mengenyangkan perut pelanggan. Waktu makan tengah hari pula, Wheeler’s sentiasa penuh dengan tumpuan ramai kerana menawarkan menu menarik dan harga berpatutan.

Kelebihan produk

  • Kafe dibuka sepanjang hari setiap hari
  • Kafe pilihan untuk penggemar kopi
  • Label dan reka bentuk botol kopi sangat menarik
  • Saiz hidangan besar dan harga berpatutan

Kekurangan produk

  • Tempat duduk terhad

Spesifikasi produk

Hubungi https://www.wheelers.com.my/
https://www.facebook.com/wheelerspenang/
Lokasi 67, Lorong Love, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang
Waktu Operasi Dibuka setiap hari jam 8 pagi hingga 12 tengah malam
Harga RM7.90 – RM34.90

Narrow Marrow

Narrow Marrow
Jika dilihat pada konsep kafe Narrow Marrow, ia menjadi trend untuk banyak kafe yang ada di Malaysia. Narrow Marrow berkonsep seakan retro terletak di rumah kedai ‘lama’ dan klasik. Namun diberi nafas baru menjadi sebuah kafe hipstur. Narrow Marrow menghidangkan biji kopi diimport terus dari Australian Dimattina Coffee, pastinya menarik untuk dicuba. Narrow Marrow juga terkenal dengan keenakan variasi kek yang lazat seperti kek tiramisu yang ditawarkan pada harga berpatutan. Selain itu, jika perut masih terasa lapar, cuba pelbagai sajian utama lain samada menu barat atau tempatan. Paling menjadi tumpuan pelanggan pastinya dekorasi trendy kafe ini, kerana tersedia banyak sudut untuk bergambar dan ‘instagrammable’.

Kelebihan produk

  • Berkonsep retro dengan latar bangunan usang
  • Biji kopi diimport terus dari Australian Dimattina Coffee
  • Popular dengan keenakan variasi kek yang lazat
  • Banyak sudut untuk bergambar dan ‘instagrammable’

Kekurangan produk

  • Tempat duduk terhad

Spesifikasi produk

Hubungi https://www.instagram.com/narrowmarrow/
https://www.facebook.com/NARROWMARROW/
Lokasi 312, Lebuh Pantai, George Town, 10300 George Town, Pulau Pinang
Waktu Operasi Buka hari Khamis hingga Isnin dari jam 3 petang hingga 11 malam. Selasa dan Rabu tutup.
Harga RM6 – RM140

Hujung minggu adalah hari untuk diri sendiri atau bersama keluarga dan teman-teman. Wajib ya! Lupakan seketika kerja yang tidak pernah habis, dan bawa diri anda keluar seketika sambil rehatkan minda. Jika anda berada berhampiran Pulau Pinang, tidak perlu pergi jauh untuk lepak santai bersama teman dan keluarga. Pusing-pusing sahaja sekitar bandar ini, anda pasti jumpa ‘port’ menarik untuk singgah. Paling istimewa lokasi yang dicadangkan ini sangat photo-worthy!

Pulau Pinang sememangnya terkenal sebagai syurga makanan! Boleh dikatakan jolokan sebagai pintu masuk segala jenis makanan yang ada di Pulau Pinang, ia menarik semua pengunjung berbilang bangsa bukan sahaja masyarakat di negeri ini bahkan mereka yang datang dari luar.



Related posts