5 Filem Bakal Ditayangkan Akhir Tahun Ini Di Malaysia 2022

5 Filem Bakal Ditayangkan Akhir Tahun Ini Di Malaysia 2022
Hiburan


Berbaki lebih kurang dua bulan lagi sebelum kalendar 2022 menoktahkan momen yang penuh suka dan duka, kemaraan tahun 2023 ditagih ramai agar bersifat lebih baik serta bertuah terhadap semua penduduk bumi. Kita semestinya semakin berganjak setahun lagi usia, namun buat penggemar filem-filem blockbuster antarabangsa, penghujung tahun 2022 pasti menjanjikan satu kehebatan dunia sinematik dengan peluncuran filem-filem yang dinantikan ramai.
Tanda kalendar anda dan jom tengok wayang! Ada banyak tayangan filem terbaharu yang dinantikan-nantikan dan bakal menggegar pawagam. Setiap filem dengan pelbagai genre ini mempunyai pengikutnya yang tersendiri tidak kira sama ada filem antarabangsa atau filem tempatan. Atas semangat seni dan perfileman, ini rangkuman judul-judul hebat yang dijangka bakal menggegar adrenalin seluruh peminat filem. Antara 5 filem terbaharu bakal ditayangkan pada penghujung tahun 2022 akan datang di Malaysia seperti Black Panther: Wakanda Forever, Remp-It 2, Puss in The Boots: The Last Wish, Lyle, Lyle, Crocodile, dan Shazam! Fury of the Gods.

Black Panther: Wakanda Forever

Black Panther: Wakanda Forever
Semestinya ramai yang menunggu kesinambungan cerita filem adiwira kulit hitam Black Panther: Wakanda Forever lakonan hebat pelakon seperti Lupita Nyong’o, Danai Gurira, Martin Freeman, Letitia Wright, dan Winston Duke. Selepas kematian aktor popular Chadwick Boseman pada tahun 2020 yang membawakan watak Black Panther, pengarah Ryan Coogler tetap meneruskan naratif filem ini memberi penghormatan kepada mendiang.
Black Panther: Wakanda Forever mengisahkan kehidupan rakyat Wakanda di hujung kehancuran. Ketika dalam keadaan huru hara mereka kehilangan seorang pemimpin serta pahlawan yang digeruni. Ekoran itu negara tersebut berterusan mendapat serangan daripada bangsa Atlantis untuk berkuasa. Rakyat Wakanda mula hidup dalam keadaan tertekan dan berpecah-belah.

Adakah mereka mampu melawan serangan tersebut dan berhasil mempertahankan bangsa mereka? Saksikan filem aksi Black Panther: Wakanda Forever ini di pawagam berhampiran akan datang.
Selain itu, dah 6 tahun Rihanna tidak membikin sebarang karya, kini kembali dengan karya terbaharunya, dia buat soundtrack Black Panther: Wakanda Forever. Lagu “Lift Me Up” menyumbangkan lagu tribute kepada aktor Chadwick Boseman, Rihanna menulisnya bersama rakan artis dan pengarah.

Spesifikasi Black Panther – Wakanda Forever

Genre Superhero, aksi
Durasi 2 jam 41 minit
Tayangan 11 November 2022
Pelakon Lupita Nyong’o, Danai Gurira, Martin Freeman, Letitia Wright, Winston Duke, Tenoch Huerta, Mabel Cadena, Alex Livinalli, dan Dominique Thorne

Black Panther: Wakanda Forever trailer

Remp-It 2

Remp-It 2
Selepas 16 tahun, kesinambungan filem Remp-it bakal ‘mengaum’ dipawagam tempatan hujung November nanti. Merupakan arahan sulung pelakon Farid Kamil, Remp-it 2 filem yang mengangkat dunia permotoran tempatan kembali dengan konsep segar, cerita lebih matang dan aksi terkini.
Kurang kontroversi budaya merempit, dunia permotoran sendiri telah melalui satu perubahan yang agak ketara sepanjang tempoh tersebut seiring berlakunya perubahan dalam dunia penerbitan filem dan selera penonton. Remp-it 2 merupakan sambungan dari Remp-it (2006) namun, dengan kecanggihan teknologi penggambaran sekarang, semua aksi perlumbaan berlaku di siang hari.
Remp-it 2 juga mengetengahkan pelbagai jenis motosikal dari pelbagai kategori termasuk motosikal biasa seperti Y15, RS, RXZ, 12Z, motorcross, cub prix sehinggalah ke superbike. Elemen motosikal digerakkan oleh elemen-elemen persahabatan, kekeluargaan dan perjuangan lagenda sukan permotoran membuatkan Remp-it 2 sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat.

Spesifikasi Remp-It 2

Genre Kisah permotoran, idola, kekeluargaan
Durasi 1 jam 45 minit
Tayangan 24 November 2022
Pelakon Farid Kamil, Ahirine Ahirudin, Cat Farish, Muhammad Kamil, Niezam Zaidi, Izzue Islam

Remp-It 2 trailer

Lyle, Lyle, Crocodile

Lyle, Lyle, Crocodile
Filem Lyle, Lyle, Crocodile merupakan filem komedi muzikal adaptasi siri buku terlaris penulis Bernard Waber berjudul The House on East 88th Street (Lyle the Crocodile). Bakal menemui penonton pada Disember nanti, Lyle, Lyle, Crocodile dibangunkan dengan teknik CGI yang membawa watak ‘buaya’ kesayangan ramai yang sangat comel.

Lyle, Lyle, Crocodile mengisahkan keluarga Primm lakonan Constance Wu, Scoot McNairy, dan Winslow Fegley berpindah ke kota besar New York City. Anak lelaki mereka Josh bergelut untuk menyesuaikan diri dengan sekolah baharunya dan rakan baharunya. Semuanya berubah apabila dia menemui Lyle seekor buaya yang berkebolehan untuk menyanyi tinggal di loteng rumah baharunya.

Kedua-duanya terus menjadi sahabat tetapi Lyle sering diancam oleh jiran mereka, Mr Grumps yang ingin menghalaunya ke zoo. Filem ini juga mempertaruhkan 15 lagu soundtrack yang sedap antaranya nyanyian bintang ternama seperti Anthony Ramos, Elton John, dan Stevie Wonder.

Spesifikasi Lyle, Lyle, Crocodile

Genre Muzikal, fantasi, komedi
Durasi 1 jam 40 minit
Tayangan 1 Disember 2022
Pelakon Javier Bardem, Constance Wu, Winslow Fegley, Scoot McNairy, Brett Gelman dan Shawn Mendes (Lyle)

Lyle, Lyle, Crocodile trailer

Puss in The Boots: The Last Wish

Puss in The Boots: The Last Wish
Watak kucing bijak kegemaran ramai Puss in Boots dalam filem Shrek 2 bakal muncul dalam filem standalone keduanya Puss in The Boots: The Last Wish 8 Disember ini. Filem animasi bergenre pengembaraan komedi ini dibarisi pelakon-pelakon hebat yang memimjamkan suara mereka untuk watak-wataknya, seperti Antonio Banderas, Salma Hayek, Olivia Colman, Harvey Guillén, Samson Kayo, Wagner Moura, Anthony Mendez, John Mulaney, Florence Pugh, Da’Vine Joy Randolph dan Ray Winstone.

Filem Puss in Boots: The Last Wish diarahkan oleh Joel Crawford mengisahkan pengembaraan Puss yang memiliki nyawa terakhirnya setelah 8 nyawa miliknya telah digunakan sebelum ini dalam misi menyelamatkan sebuah desa akibat diserang raksasa. Umum mengetahui kucing dikatakan memiliki 9 nyawa dalam kehidupannya.

Puss bergelut dengan ketakutan terhadap kematian memulakan perjalanan epik ke Black Forest untuk mencari ‘Wishing Star’ dikatakan dapat memulihkan bilangan nyawanya yang telah hilang. Puss perlu merendahkan diri dan meminta bantuan daripada bekas rakan kongsi dan musuhnya yang menawan, Kitty Soft Paws untuk menyertai misi pengembaraannya. Berjayakah Puss menemui bintang hajat tersebut? Saksikan kisah kucing berkasut but ini akan datang.

Spesifikasi Puss in The Boots: The Last Wish

Genre Animasi
Durasi 120 minit
Tayangan 8 Disember 2022
Pelakon Antonio Banderas, Salma Hayek, Olivia Colman, Harvey Guillén, Samson Kayo dan Wagner Moura

Puss in The Boots: The Last Wish trailer

Shazam! Fury of the Gods

Shazam! Fury of the Gods
Filem Shazam! Fury of the Gods bergenre superhero aksi dan komedi, diterbitkan oleh Peter Safran kembali menemui penonton Disember 2022 ini. Shazam! Fury of the Gods dibintangi oleh Zachary Levi, Asher Angel, Jack Dylan Grazer, Rachel Zegler, Adam Brody, Ross Butler, Meagan Good, Lucy Liu, Djimon Hounsou, dan Helen Mirre.
Diarahkan oleh David F. Sandberg, Shazam! Fury of the Gods merupakan sekuel kepada filem Shazam (2019) menyaksikan penampilan musuh dan ancaman baharu lebih bahaya kepada keluarga Shazam. Dalam filem Shazam! Fury of the Gods juga turut membuat pengenalan anak perempuan Atlas, Hespera, dan Kalypso, yang akan dilakonkan oleh pemenang Oscar, Helen Mirren dan pelakon Lucy Liu. Seperti superhero lain Shazam juga memiliki kemampuan dan kekuatan luar biasa seperti kalis tembakan, berkeupayaan untuk terbang dan mempunyai kekuatan menggunakan kuasa letrik yang sangat hebat.

Spesifikasi Shazam! Fury of the Gods

Genre Superhero, aksi, fantasi
Durasi N/A
Tayangan 21 Disember 2022
Pelakon Zachary Levi, Asher Angel, Jack Dylan Grazer, Rachel Zegler, Adam Brody, Ross Butler, Meagan Good, Lucy Liu, Djimon Hounsou, dan Helen Mirren

Spesifikasi Shazam! Fury of the Gods trailer

Filem merupakan satu hiburan yang lazim dengan kehidupan masyarakat hari ini. Hampir kebanyakan pusat membeli belah di bandar-bandar seluruh negara dilengkapi dengan panggung wayang kerana ia merupakan bentuk hiburan yang digemari oleh rakyat di Malaysia. Namun begitu, filem seharusnya tidak menjadi sekadar hiburan kerana pelbagai manfaat yang boleh disampaikan melalui filem kepada masyarakat yang menonton.

Selain dapat menghiburkan penonton dengan cerita dan aksi yang menarik, filem tersebut juga dapat memasarkan keindahan seni dan budaya sesuatu negara dan kaum. Apabila seni dan budaya dapat memecah tembok antarabangsa dan digemari oleh ramai individu lain, ia akan menambah nilai penghargaan kepada khazanah sesuatu bangsa.

Bagi setengah-setengah daripada anda, menonton wayang adalah aktiviti menyeronokkan bersama keluarga atau teman-teman tersayang. Hiburan seperti ini pastinya perlu dirancang dengan teliti kerana setiap bulan ada pelbagai tayangan filem menarik yang bakal menarik minat kalian ke panggung wayang. Jika wang tidak menjadi faktor bebanan anda, maka berseronoklah menonton apa sahaja filem kegemaran, namun jika sebaliknya rancang judul utama yang menjadi kegemaran agar tidak ketinggalan.



Related posts