Bakal Ditayangkan Secara Premier. Ini 5 Drama Korea Akan Menemui Penonton Disember 2022

Bakal Ditayangkan Secara Premier. Ini 5 Drama Korea Akan Menemui Penonton Disember 2022
Hiburan


Diam tak diam, kita sudah hampir berada di penghujung tahun 2022. Bulan Disember boleh dikatakan ‘bulan cuti’ untuk kebanyakkan daripada kita dek cuti tahunan yang ingin dihabiskan, cuti sekolah dan juga cuti perayaan. Jika ada kelapangan, luangkan masa menonton drama Korea terbaharu dengan pelbagai genre dan tema. Menonton drama Korea masih menjadi fenomena dan pilihan masyarakat di Malaysia walaupun kita hampir masuk ke tahun 2023 tidak lama sahaja lagi.

Untuk bulan Disember 2022 ini, terdapat 5 lagi drama Korea terbaharu yang bakal menemui penonton dan ditayangkan secara tayangan perdana (premier). Antara yang bakal menjadi pilihan adalah drama The Glory lakonan aktres popular Song Hye-Kyo akan ditayangkan di saluran berbayar Netflix. Selain itu, drama Korea menarik yang bakal mencuri hati penonton Disember ini adalah The Forbidden Marriage, Work Later, Drink Now 2, Recipe for Farewell, dan Connect. Seperti biasa, senarai drama Korea yang bakal dipertontonkan ini pastinya jarang gagal untuk menarik perhatian penonton.

The Forbidden Marriage (MBC)

The Forbidden Marriage (MBC)
Drama The Forbidden Marriage merupakan adaptasi daripada webtoon dengan judul ‘Joseon Honin Geumjiryung’. The Forbidden Marriage merupakan drama gabungan antara kisah sejarah dan percintaan lakonan aktor tampan Kim Young Dae dan diarahkan pengarah hebat Park Sang Woo.
The Forbidden Marriage mengisahkan tentang Raja Joseon ketika itu, Raja Lee Heon yang melarang upacara perkahwinan dilakukan selepas kehilangan permaisuri kesayangannya. Kerabat diraja dan pembesar telah berusaha untuk membuat Raja Lee Heon berkahwin semula tetapi tidak berjaya. Dek kerana itu negara telah melaksanakan perintah geumhonryung, iaitu larangan agar semua wanita bujang tidak boleh berkahwin sehingga raja berkahwin terlebih dahulu.
Larangan tersebut menyababkan rakyat sangat marah namun terpaksa akur. Selepas 7 tahun, baginda telah bertemu dengan seorang wanita bernama Ye So-Rang (Park Ju-Hyun) yang mendakwa berkebolehan membenarkan dirinya dimasuki roh mendiang ratu. Wanita tersebut berpura-pura dirasuk roh ratu selepas risau dihukum lalu dipenjaran disebabkan sedikit kekacauan yang terjadi.
Untuk terus hidup, Ye So-Rang bertindak seperti tubuhnya dirasuk oleh arwah isteri raja sehingga pembohongannya semakin besar dan lebih berani. Tonton keseluruhan drama ini bermula 9 Disember 2022 di saluran MBC setiap Khamis dan Jumaat jam 10 malam.

Spesifikasi The Forbidden Marriage

Genre Drama sejarah, romantik, komedi
Jumlah episod 12 episod
Tayangan 9 Disember 2022
Pelakon Park Ju-Hyun (Ye So-Rang), Kim Young-Dae (Lee Heon), Kim Woo-Seok (Lee Shin-Won)

The Forbidden Marriage (MBC) Trailer

Work Later, Drink Now 2 (TVING)

Work Later, Drink Now 2 (TVING)
Selepas tayangan musim pertama drama Work Later, Drink Now pada tahun 2021, drama ini telah meneriman reaksi dan sokongan yang hebat daripada penonton. Ini kerana, drama adaptasi daripada webtoon bertajuk ‘Soolkkundoshicheonyeodeul’ ini dikatakan sangat dekat dengan kehidupan warga kota Korea Selatan samada lelaki mahupun wanita. Disebabkan itu, musim kedua Work Later, Drink Now 2 diteruskan dan bakal menemui penonton pada tayangan premier 9 Disember 2022 ini.
Teraju utama bagi Work Later, Drink Now 2 dikekalkan, iaitu watak ketiga-tiga wanita yang sering bergantung kepada alkohol untuk meneruskan kehidupan seharian. Tiga orang sahabat berstatus bujang ini ialah Ahn So-hee (Lee Sun-bin), seorang penulis rancangan hiburan, Han Ji-yeon (Han Sun-hwa) sebagai pelatih yoga, dan Kang Ji-goo (Jung Eun-ji) seorang YouTuber.
Bagi mereka bertiga, tidak ada yang lebih penting selain menikmati minuman berakohol setelah pulang dari bekerja setiap hari. Mereka berkumpul dan berbincang mengenai segala hal, tentang kehidupan sehari-harian, masalah berbangkit, pekerjaan sehingga hubungan percintaan. Berkonsep drama kehidupan harian yang ringan, Work Later, Drink Now 2 bakal ditayangkan di saluran TVING tidak lama lagi.

Spesifikasi Work Later, Drink Now 2

Genre Drama kehidupan, komedi
Jumlah episod 12 episod
Tayangan 9 Disember 2022
Pelakon Lee Sun-Bin (An So-Hee), Han Sun-Hwa (Han Ji-Yeon), Jung Eun-Ji (Kang Ji-Gu), Choi Si-Won (Kang Buk-Gu)

Work Later, Drink Now 2 (TVING) Trailer

Recipe for Farewell (WATCHA)

Recipe for Farewell (WATCHA)
Jika kalian mencari sebuah drama yang boleh menyentuh hati kecil sehingga menitiskan air mata, Recipe for Farewell adalah jawapannya. Drama Recipe for Farewell diangkat dari kisah benar berdasarkan sebuah buku non-fiksi berjudul sama yang diterbitkan pada tahun 2018 karya Kang Chang Rae.
Kisah kasih sayang, kekeluargaan dan memori diangkat menjadi tema drama Recipe for Farewell bakal ditayangkan secara premier di saluran WATCHA Disember 2022 ini sebanyak 12 episod. Antara peneraju utama drama Recipe for Farewell adalah aktor Han Seok Kyu yang membawa watak Kang Chang Rae dan aktres Kim Seo-Hyung sebagai Da-Jung. Recipe for Farewell mengisahkan memori dan diari seorang lelaki bernama Kang Chang Rae berumur lingkungan 40-an yang menghabiskan masa bersama Da-Jung isteri tercintanya yang menghidap kanser usus.
Isterinya menghadapi kesukaran untuk makan kerana masalah kesihatan dan penghadamannya. Walaupun tidak pandai memasak, Kang Chang Rae sehabis baik mencuba mencipta pelbagai resipi masakan agar isterinya mempunyai selera untuk makan. Satu-satunya menu yang berjaya menambat hati isterinya adalah ramen yang dimasak dengan penuh kasih sayang.

Spesifikasi Recipe for Farewell

Genre Drama kehidupan, kasih sayang, memori
Jumlah episod 12 episod
Tayangan Disember 2022 (Tarikh bakal diumumkan)
Pelakon Han Seok Kyu ( ), Kim Seo-Hyung (Da-Jung), Jin Ho-Eun (Kang Jae-Ho), Yang Kyung Won (Yang Soo Won)

Recipe for Farewell (WATCHA) Trailer

The Glory (Netflix)

The Glory (Netflix)
The Glory lakonan aktres ternama Song Hye Kyo merupakan drama yang dinanti-nantikan peminat penulis yang sama untuk drama popular sepanjang zaman ‘Descendents of The Sun’. Bakal ditayangkan penghujung 30 Disember 2022 di saluran berbayar Netflix, naskah The Glory ini digarap dengan gerne dan sisi berbeza dari kebiasaan oleh penulis skrip tersohor Kim Eun-sook.
Dalam drama The Glory, watak yang di bawa aktres Song Hye-Kyo sebagai Moon Dong-Eun dikatakan lebih matang dan berkaliber. The Glory membawa kisah licik dan sedih mengenai seorang wanita, Moon Dong-Eun yang merancang membalas dendam setelah sekian lama. Ketika zaman persekolahan, Moon Dong-Eun seorang pelajar pintar bercita-cita menjadi seorang arkitek namun terpaksa melupakan impiannya.
Dia berhenti sekolah selepas menjadi mangsa buli yang kejam. Sejak itu, dia bertekad untuk membalas dendam terhadap pembuli dan rakan-rakan sekelas yang langsung tidak membantunya ketika dibuli. Tahun demi tahun, Moon Dong-Eun menanti detik untuk membalas dendam, akhirnya menjadi guru kelas kepada anak-anak si pembulinya. Apakah yang bakal dilakukan Moon Dong-Eun? Nantikan!

Spesifikasi The Glory

Genre Thriller, drama, melodrama
Jumlah episod 8 episod
Tayangan 30 Disember 2022
Pelakon Song Hye-Kyo (Moon Dong-Eun), Lee Do-Hyun (Joo Yeo-Jung), Lim Ji-Yeon (Park Yeon-Jin), Park Yeon Jin (Im Ji Yeon)

Connect (Disney+)

Connect (Disney+)
Drama ‘Connect’ adaptasi dari webtoon bakal dipertontonkan pada tayangan perdana 11 Disember 2022 ini memberi kelainan yang berbeza mewarnai industri K-Drama Korea Selatan. Connect merupakan drama Korea pertama arahan pengarah Jepun iaitu Takashi Miike dan dibintangi pelakon utama seperti Jung Hae In (Ha Dong Soo), Go Kyung Pyo (Oh Jin Seop), dan Kim Hye Joon (Lee I Rang). Connect akan ditayangkan di saluran Disney+ membawa kisah seorang lelaki bernama Ha Dong Soo lakonan Jung Hae In yang kehilangan sebelah organ penglihatan (mata) ditangan pemburu organ haram setelah diculik secara paksa. Kemudian dia tersedar, terlibat dengan seseorang yang menggunakan organnya secara misteri seakan ‘dihubungkan’ dengan individu tersebut. Penerima yang menggunakan mata Ha Dong Soo merupakan seorang pembunuh yang menakutkan di Korea. Dia mula mengejar pembunuh tersebut dan menghadapi pelbagai insiden yang tak diduga.

Spesifikasi Connect

Trailer: https://www.youtube.com/watch?v=x5E-tl2UGXg

Genre Thriller, Misteri
Jumlah episod 6 episod
Tayangan 11 Disember 2022
Pelakon Jung Hae In (Ha Dong Soo), Go Kyung Pyo (Oh Jin Seop), Kim Hye Joon (Lee I Rang)

Connect (Disney+) Trailer

Drama Korea sering menarik perhatian ramai menyebabkan peminatnya tidak pernah bosan untuk menunggu dan menonton siri drama Korea setiap kali bakal ditayangkan. Perasan atau tidak, setiap kali menonton drama Korea wujud banyak elemen budaya yang dipersembahkan dalam sesebuah drama. Itu lah keunikan drama Korea yang tidak boleh disangkal. Walaupun kadangkala ada kisah dan cerita tidak masuk dek akal fikiran, namun sisi tradisi dan budaya yang ditunjukkan dalam setiap drama memberi penonton inspirasi. Percayalah, setiap kali selepas menonton drama Korea, pasti ada penonton teringin untuk merasai kelazatan makanan yang ditonjolkan atau melawat destinasi indah dalam drama yang dipaparkan.

Pelbagai judul drama Korea memasuki pasaran tempatan, sama ada di TV tempatan mahupun ditonton secara dalam talian. Ingin menonton drama Korea terkini? Jika tidak mempunyai saluran berbayar khas (siaran TV Korea Selatan) di televisyen, anda dicadangkan untuk melanggan aplikasi atau portal yang berdaftar seperti Netflix, VIU, Disney+ Hotstar, Hulu, iQyi, viki dan banyak lagi. Anda boleh tonton drama Korea terbaharu di mana sahaja dan bila-bila masa sepuas-puasnya



Related posts