Jangan Terlepas 5 K-Drama Terbaik September 2022 Ini

Jangan Terlepas 5 K-Drama Terbaik September 2022 Ini
Hiburan


Keunikan setiap satunya menjadikan K-Drama sentiasa diminati ramai terutama rakyat di Malaysia ni kan? Selain hero dan heroin yang kacak dan jelita, setiap plot atau jalan cerita yang dibawakan menjadikan ianya seperti ‘ketagih’ untuk ditonton. Perasan tak kita dah pun memasuki suku akhir untuk tahun 2022. Yang mana dah tertunggu-tunggu K-Drama apakah yang menarik untuk layan September ini, jom lihat senarai di bawah.

Golden Spoon (23 September)

Golden Spoon
Drama terbaru, Golden Spoon, bakal ditayangkan pada 23 September 2022. Drama ini akan dibintangi oleh Yook Sung-jae sebagai Lee Seung-cheon, yang merupakan watak utama. Ia dilengkapi dengan artis lainnya, seperti Lee Jong-won, Jung Chae-yeon DIA, Yeon-woo, Choi Won-young, Son Yeo-eun, Choi Dae-chul, Han Chae-ah, Song Ok-sook, dan banyak lagi.

Gold Spoon menceritakan tentang seorang anak yang lahir dari keluarga miskin yang menggunakan sudu emas yang agak misteri untuk bertukar nasib dengan kawannya dari keluarga kaya. Lee Seung-cheon, berasal dari keluarga miskin, merupakan siswa kelas dua di Seoul Jeil High School, salah satu sekolah menengah swasta terbaik yang hanya dimasuki oleh murid-murid kelas atas.

Kehidupannya berubah apabila bertemu dengan seorang wanita tua yang menjual barang di jalanan. Di sanalah Lee Seung-cheon menemukan sudu emas itu dan dunianya pun berubah secara drastik. Menariknya, drama ini diadaptasi daripada webtoon “Golden Spoon” di Korea menjadikan ramai tertunggu-tunggu versi dramanya kali ini.

Drama ini tampil dengan 16 episode dan bakal ditayangkan di MBC.

Golden Spoon trailer

Little Woman (3 September)

Little Woman
TVN melancarkan siri baharu yang dipanggil Little Women, yang berdasarkan novel 1868 karya Louisa May Alcott. Menariknya drama ini juga menampilkan beberapa lokasi menarik di Singapura seperti Marina Bay Sands, The Fullerton Hotel dan ArtScience Museum.

Little Women mengisahkan tentang tiga orang adik perempuan yang mempunyai ikatan rapat yang membesar dalam kemiskinan. Ia adalah kisah menarik bagi adik-beradik itu ketika mereka terlibat dalam insiden besar dan berhadapan dengan keluarga terkaya di negara tersebut.

Kim Go Eun memainkan watak kakak sulung Oh In Joo, yang ingin melindungi keluarganya dengan wang. Membesar dalam kemiskinan yang melampau, satu-satunya impiannya adalah untuk hidup dengan baik seperti orang normal yang lain, tetapi insiden besar tersebut benar-benar mengubah hidupnya.

Nam Ji Hyun memegang watak sebagai kakak kedua Oh In Kyung, seorang wartawan berita yang tidak mahu tunduk kepada wang dan berhasrat untuk sentiasa melakukan perkara yang betul.

Park Ji Hu sebagai Oh In Hye, anak bongsu yang terharu dengan kasih sayang kakak-kakaknya yang bekerja keras untuknya. Dia merupakan seorang pelajar di sekolah tinggi seni dan dia mempunyai bakat semula jadi untuk melukis.

Plot drama ini menjadi menarik apabila mereka menemui wang misteri. Mereka memutuskan sama ada ia perlu dipulangkan atau dibelanjakan untuk memperbaiki kehidupan mereka. Drama ini tampil dengan 12 episode dan bakal ditayangkan di Netflix pada 3 September ini.

Little Woman trailer

Narco-Saints (9 September)

Narco-Saints
Antara drama terbaru di Netflix dengan tema action dan thriller adalah Narco Saints yang bakal ditayangkan pada 9 September akan datang. Narco Saints akan dibintangi oleh Ha Jung Woo, Hwang Jung Min, Park Hae Soo, Yoo Yeon Seok hingga Choo Ja Hyun. Walaupun tajuk dramanya seakan drama Narcos di Netflix, namun keduanya tiada kaitan sama sekali cuma keduanya masih mengisahkan kisah benar mengenai raja di Amerika Selatan.

Kang In-Gu (Ha Jung-Woo) memulakan perniagaannya di negara Suriname di Amerika Selatan dan perlu bekerja sama dengan NIS Korea Selatan untuk menangkap Jeon Yo-Hwan (Hwang Jung-Min). Dia dikenali sebagai raja dadah, yang menjalankan operasi penyeludupan dadah keluar dari Suriname.

Khas untuk anda yang gemarkan drama aksi, Narco-Saints adalah pilihan terbaik.
Drama ini tampil dengan 6 episode dan bakal ditayangkan di Netflix pada 9 September ini.

Narco-Saints trailer

Link trailer: https://www.youtube.com/watch?v=Uknqh3bzUaE

The Law Cafe (5 September)

The Law Cafe
Pasti ramai yang tidak sabar menonton gandingan antara Lee Seung Gi dan Lee Se Young kerana ramai yang suka keserasian antara kedua-dua mereka di dalam drama ini sekaligus ia menjadi tumpuan. The Law Cafe adalah drama yang diadaptasi dari novel web yang bertajuk Love According to Law, novel web in sangat popular di Korea.
Mengisahkan tentang Kim Jung-Ho (Lee Seung-Gi) yang merupakan seorang lelaki yang sangat pintar. Dia pernah bekerja sebagai pendakwa raya, tetapi, disebabkan skandal rasuah bapanya, dia berhenti kerja.

Kim Jung-Ho berkawan baik dengan Kim Yoo-Ri (Lee Se-Young) sejak mereka pelajar sekolah menengah kira-kira 17 tahun yang lalu. Boleh katakan, Kim Jung-Ho telah lama meminati Kim Yoo-Ri. Kim Yoo-Ri ialah seorang wanita yang cantik dan bijak namun disebabkan pengalaman lalu dengan seorang lelaki, dia telah memutuskan untuk kekal bujang sepanjang hayatnya. Dia bekerja sebagai peguam untuk firma guaman besar, tetapi, suatu hari, Kim Yoo-Ri berhenti kerja kemudian membuka “Law Cafe” di bangunan yang dimiliki Kim Jung-Ho.

Kafe ini menyajikan kopi dan nasihat undang-undang. Sesiapa sahaja boleh singgah dan minum kopi atau dapatkan kaunseling undang-undang.The Law Cafe atau Love by Law menjadi drama Korea terbaru yang akan ditayangkan pada 5 September 2022. Drama dengan 16 episode ini akan ditayangkan di saluran KBS2 dan secara streaming melalui platform Netflix.

The Law Cafe trailer

One Thousand Won Lawyer (30 September)

One Thousand Won Lawyer
Drama ini mengisahkan watak Cheon Ji Hun (Namkoong Min) yang merupakan seorang peguam dengan gaya yang luar biasa. Dia mengenakan hanya 1,000 won (kira-kira $1 USD) untuk perkhidmatannya, tetapi dia adalah salah seorang peguam yang paling mahir. Dia melawan peguam termahal dan anak guam mereka yang kaya, yang cuba melarikan diri dengan melanggar undang-undang.

Baek Ma Ri (Kim Ji-Eun) bekerja sebagai pembantu pendakwa selepas menamatkan pengajian dari Institut Penyelidikan dan Latihan Kehakiman. Datuknya ialah Baek Hyun Mu (Lee Deok-Hwa), yang mengasaskan Firma Guaman Baek yang terkenal dan bekerja di firma guamannya sebagai peguam. Kehidupan Baek Ma Ri berjalan lancar, tetapi hidupnya berubah selepas dia bertemu dengan Cheon Ji Hun.
Drama dengan 16 episode ini akan ditayangkan di saluran SBS bermula 30 September ini.

One Thousand Won Lawyer trailer

Setiap drama ini mempunyai mesej tersendiri yang pasti dapat memberi pengajaran buat penontonnya. List dah ada, selamat menonton!

Khas untuk anda yang mahukan kelainan, Little Women antara drama menarik dan paling ditunggu-tunggu ramai September ini.



Related posts