Langkawi ke Johor: 5 Kafe Unik & Instagrammable Wajib Dikunjungi Di Malaysia

Langkawi ke Johor: 5 Kafe Unik & Instagrammable Wajib Dikunjungi Di Malaysia
Gaya hidup


Cafe semakin menjadi pilihan popular di Semenanjung Malaysia, kebanyakan daripada kafe ini menawarkan pemandangan yang indah dan suasana yang santai. Selain itu, kafe-kafe ini turut menawarkan pelbagai hidangan yang lazat dan pastinya Instagrammable. Pelancong-pelancong yang sedang bercuti semasa cuti panjang atau cuti-cuti sekolah kerap melawat kafe-kafe ini bersama kawan-kawan dan keluarga.

Khususnya semasa musim cuti panjang seperti Raya dan cuti umum, kafe-kafe ini menjadi tempat popular untuk bercuti dan berkumpul bersama keluarga.

Bercuti ni tak sah kalau tak mencari port-port terbaik makanan yang ada di lokasi yang kita pergi kan! Menarik kali ini kami sediakan beberapa kafe menarik untuk anda terjah ketika bercuti-cuti Malaysia. Khas untuk anda yang tak tahu nak bercuti di mana, mungkin boleh kafe hunting dengan senarai di bawah ini.

Yard & Co, Johor

Yard & Co, Johor
Jika anda sedang mencari tempat minum petang yang baharu di Johor, anda patut singgah ke Yard & Co! Menghadap pemandangan laut di Pengerang, kafe estetik dan indah ini pasti membuatkan anda terpukau sambil menjamu selera. Terletak di Kampung Sungai Rengit, bahagian dalam Yard & Co yang menawan dan selesa pasti akan menarik minat anda. Dengan pencuci mulut dan minuman yang disajikan dalam pinggan mangkuk bertema Inggeris, ia menjadikan tempat yang sesuai untuk minum petang dan sesi berbual mesra dengan rakan-rakan!

Walaupun kira-kira sejam dan 30 minit pemanduan dari bandar JB, pelbagai menu lazat mereka menjadikan pemanduan anda berbaloi. Bahagian dalam kafe kecil ini mengekalkan konsep yang minimum dihiasi dengan skema warna tanah dan perabot buluh. Antara menu menarik di sini adalah Basque Burnt Cheesecake, nasi kari Jepun, ayam goreng Korea, variasi pasta dan bao buatan sendiri.

Kelebihan Yard & Co, Johor:

  • Boleh nikmati pemandangan pantai
  • Menu pelbagai dari western hingga makanan korea
  • Dekorasi kafe dengan perabot buluh
  • Banyak lokasi instagramable

Kekurangan Yard & Co, Johor:

  • Waktu operasi sangat singkat

Info Yard & Co, Johor:

Alamat: 4785, 1, Jalan Siakap, Kampung Sungai Rengit, 81600 Pengerang, Johor
Waktu operasi: 12 tengahari- 7 malam (Isnin-Jumaat), 11 pagi – 7 malam ( Sabtu-Ahad)
Facebook/Instagram/Website: https://www.instagram.com/yardnco/?hl=en

Urban Daybreak, Pulau Pinang

Urban Daybreak, Pulau Pinang
Menurut info terbaru, Urban Daybreak kini telah berpindah ke bangunan bersejarah di Bishop Street, dengan beberapa pengubahsuaian besar yang dibuat. Ia lebih luas dan mempunyai pencahayaan semula jadi, memberikan suasana seakan anda berada di rumah sendiri. Menu di sini menggabungkan kaedah memasak tradisional dan kontemporari. Mereka menyanyikan pelbagai menu menarik sarapan pagi dan brunch juga makanan untuk minum petang anda. Khas untuk anda yang beragama Islam, kafe ini tidak mempunyai status halal dan menyajikan menu berunsurkan ‘pork’. Urban Daybreak Penang dibuka dari 7:30 pagi hingga 5:30 petang setiap hari.

Kelebihan Urban Daybreak, Pulau Pinang:

  • Pelbagai menu menarik sarapan pagi dan brunch
  • Dekorasi kafe minimalis dan menarik
  • Banyak lokasi instagramable

Kekurangan Urban Daybreak, Pulau Pinang:

  • Parking agak sukar dicari
  • Tidak halal

Info Urban Daybreak, Pulau Pinang:

Alamat: 34, Lebuh Bishop, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang
Waktu operasi: 7.30 pagi- 5.30 petang
Facebook/Instagram/Website: https://www.instagram.com/urbandaybreak/?hl=en

Temple Tree Resort, Langkawi

Temple Tree Resort, Langkawi
Ini adalah antara lokasi perlu anda singgah jika ke Langkawi. Sekiranya tidak mahu menginap di resortnya, tidak mengapa kerana restorannya mengalu-alukan kedatangan pengunjung dari luar. Saat melangkah masuk, anda pasti terpesona dengan seni bina berunsurkan tradisionalnya. Pengunjung yang hadir juga boleh menjamu selera sambil menikmati pemandangan matahari terbenam pada waktu petang. Temple Tree Bar and Restaurant pada masa ini menyajikan menu yang menampilkan hidangan moden dengan suntikan tempatan, menggunakan kombinasi bijak dan kelainan yang lazat untuk membawakan anda nikmat biasa yang luar biasa dengan cara yang baharu dan inventif. Perkhidmatan makan tengah hari bermula pada 11:30 pagi dengan menu menarik Chef Fairuz!

Kelebihan Temple Tree Resort, Langkawi:

  • Dekorasi unik tradisional
  • Menu hidangan pelbagai dari western ke makanan tradisional
  • Menikmati suasana ala kampung
  • Dibuka juga kepada orang luar yang tidak menetap di resort

Kekurangan Temple Tree Resort, Langkawi:

  • Agak penuh pada waktu cuti sekolah

Info Temple Tree Resort, Langkawi:

Alamat: Temple Tree Sdn Bhd (1307420-A) Lot 1053, Jalan Pantai Cenang, Langkawi 07000, Malaysia
Waktu operasi: 8.30 pagi- 10 malam
Facebook/Instagram/Website: https://www.instagram.com/templetree_langkawi/?hl=en

Calanthe Art Café, Melaka

Calanthe Art Café, Melaka
Kafe ini adalah antara kafe popular di Melaka dan kerap menjadi tumpuan ramai pengunjung luar. Ini kerana ia menawarkan kopi dari 13 negeri di Malaysia. Kafe ini kerap menjadi sebutan ramai terutama bagi pecinta kopi disebabkan kualiti kopinya yang tinggi di samping pelbagai menu menarik lain seperti Nyonya Laksa. Pengunjung juga pasti terpegun dengan dekorasi berkonsepkan seni artistik yang berwarna-warni di dalamnya.

Kelebihan Calanthe Art Café, Melaka:

  • 13 jenis kopi dari setiap negeri di Malaysia
  • Dekorasi dalaman unik
  • Kedudukan kafe di bandar
  • Menu pilihan lain yang menarik

Kekurangan Calanthe Art Café, Melaka:

  • Sukar untuk mencari parking

Info Calanthe Art Café, Melaka:

Alamat: No 11, Jalan Hang Kasturi, Melaka
Waktu operasi: 10 pagi – 9 malam
Facebook/Instagram/Website: https://www.instagram.com/calantheartcafe/

Watak Kopi, Kuantan

Watak Kopi, Kuantan
Namanya sahaja sudah unik, membuatkan orang tertanya-tanya, kopi apakah yang dihidangkan di sini kan? Watak Kopi merupakan salah satu kafe hipster yang dibuka di Kuantan dengan menu kopi terbaiknya di samping menu lain seperti Roti John Doe. Lokasinya sangat strategik, terletak berhadapan dengan Menara Teruntum yang merupakan Menara tertinggi di Pantai Timur dan mercu tanda kebanggan Bandar Kuantan. Antara menu menarik lain dihidangkan di sini adalah nasi dagang, nasi minyak dan pelbagai lagi.

Kelebihan Watak Kopi, Kuantan:

  • Konsep kafe hipster old school
  • Menu pelbagai dan menarik
  • Lokasi strategik

Kekurangan Watak Kopi, Kuantan:

  • Kafe agak kecil dan padat ketika waktu puncak

Info Watak Kopi, Kuantan:

Alamat: 45N-7, Bangunan PKNP, Jalan Besar, 25000 Kuantan, Pahang
Waktu operasi: 7 pagi – 11 malam
Facebook/Instagram/Website: https://www.instagram.com/watakkopi/?hl=en

Selain merehatkan minda, bercuti adalah peluang yang ada untuk anda mempelajari dan melawat tempat baru. Ia juga membantu membuka minda dan salah satu cara untuk anda elak daripada stress. Untuk yang tidak tahu nak ke mana, jom ke kafe-kafe menarik ni dulu!

Khas untuk yang beragama Islam, sesetengah kafe yang disenaraikan ini tidak mempunyai status halal. Anda dinasihatkan untuk menyemak status halal terlebih dahulu sebelum pergi ya!



Related posts