5 Kafe Croissant, Bakeri Dan Pastri Terbaik Di KL Dan Selangor Untuk Dine In, Bungkus dan Tea Time

5 Kafe Croissant, Bakeri Dan Pastri Terbaik Di KL Dan Selangor Untuk Dine In, Bungkus dan Tea Time
Makanan dan minuman


Dengan keadaan cuaca yang tidak menentu, sentiasa hujan dan sejuk ni, memang layan kalau kita menikmati bakeri dan pastri sambil menghirup secawan teh atau kopi yang panas. Buat anda yang penat bekerja sepanjang minggu dan sepanjang hari, “healing” di kafe-kafe yang menyediakan bakeri dan pastri ini juga sangat sesuai untuk mengurangkan kadar stress anda. Anda tidak perlu lakukan apa-apa, cuma duduk, bertenang dan nikmati makanan dan minuman manis tersebut.

Tidak terhad kepada dine in dan tea time, anda juga boleh bungkus bakeri dan pastri kegemaran anda untuk dinikmati di rumah bersama keluarga. Selain daripada bakeri dan pastri yang pelbagai, kafe-kafe ini juga turut menawarkan suasana, nuansa dan dekorasi yang pastinya memberi seribu satu kepuasan dan ketenangan untuk anda. Jadi jom kita lihat 5 kafe bakeri dan pastri terbaik di Kuala Lumpur dan Selangor untuk dine In, bungkus dan tea time!

Universal Bakehouse – Sourdough

Universal Bakehouse - Sourdough
Terletak di kawasan Damansara Kim yang agak tenang, Universal Bakehouse menawarkan pelbagai jenis bakeri dan pastri untuk anda. Pemandangan dari luar kafe ini pastinya akan menggamit kenangan anda kerana papan tandanya masih mengekalkan pemilihan warna dan jenis tulisan yang retro dan klasik. Tetapi sebaik sahaja anda masuk ke dalam, anda akan dapat merasai vibe moden dan minimalis yang cuba ditonjolkan. Semestinya mata anda akan rambang melihat kepelbagaian jenis bakeri dan pastri yang diletakkan di rak-rak kaca untuk anda pilih.

Di Universal Bakehouse ini, roti Sourdough adalah salah salah satu produk yang perlu anda cuba. Terdapat macam-macam jenis Sourdough di sini seperti Sourdough Brioche, Pullman Sourdough, Country Sourdough, Apple Sourdough, Seeded Sourdough, Olive and Walnut Sourdough, Honey Oat Sourdough, Cranberry and Walnut Sourdough dan yang terbaru Onion and Herb Sourdough Ciabatta. Dan yang pastinya kesemua Sourdough ini dibuat setiap hari untuk mengekalkan kualiti dan kesegarannya.

Buat anda yang suka Sourdough, samada untuk dinikmati sebagai sandwich, dimakan dengan sup atau pasta atau mengikut citarasa anda, anda perlu datang ke universal bakehouse ini.

Kelebihan Universal Bakehouse

  • Vibe retro, klasik dan moden
  • Bakeri dan pastri dibuat setiap hari
  • Pelbagai jenis Sourdough

Info Universal Bakehouse

Konsep kafe Minimalis
Alamat Universal Bakehouse, 21, Jalan SS20/11, Damansara Kim, 47400 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Waktu Operasi 8.30 pagi – 5 petang (Selasa –Jumaat, Isnin tutup)
Link IG https://www.instagram.com/universal_bakehouse/?hl=en

Park’s Bagels – Bagel

Park's Bagels - Bagel
Berinspirasikan kafe-kafe bakeri dan pastri di New York, Park’s Bagels yang terletak di Tropicana Gardens Mall, Petaling Jaya ini menyajikan bermacam jenis roti bagel yang diolah menjadi pelbagai perisa dan menu. Konsep kafe ini adalah moden dan minimalis dengan memilih warna putih sebagai warna asas. Boleh dikatakan keseluruhan dekorasi di kafe ini berwarna putih. Jadi, tentu roti bagel yang pelbagai menu, warna dan perisa ini akan nampak lebih terserlah dan menarik perhatian mata anda.

Rangkaian roti bagel yang boleh didapati dari Park’s Bagels ini adalah dari roti bagel biasa dengan sapuan cream cheese, rangkaian sandwich bagel yang diisi smoke salmon, tuna, salad telur, kaya butter, dan nutella pisang sehinggalah ke roti bagel berperisa seperti garlic, sesame, poppy seed, cranberry, wholemeal, blueberry, onion dan cinnamon raisin.

Selain daripada dine In, pelanggan juga boleh membungkus roti bagel untuk dinikmati di rumah. Dan untuk menjimatkan masa, anda juga boleh terus membuat pesanan daripada laman web Park’s Bagels. Mudah kan? Jadi kepada peminat roti bagel di luar sana, serbu Park’s Bagels sekarang untuk mendapatkan roti bagel kegemaran anda.

Kelebihan Park’s Bagels

  • Vibe moden dan minimalis
  • Pelbagai rangkaian jenis roti bagel
  • Boleh membuat pesanan online melalui laman web

Info Park’s Bagels

Konsep kafe Minimalis & moden
Alamat 47810 Selangor, Petaling Jaya, Tropicana Indah, Persiaran Surian, Tropicana Gardens Mall
Waktu Operasi 10.00 pagi – 9.30 malam (setiap hari)
Link IG https://www.instagram.com/parksbagelsmy/?hl=en

CHIZU – Croissant

CHIZU - Croissant
Sedap, unik dan pastinya buat anda sentiasa teringat-ingat dengan menu dari CHIZU ini. Sebuah rangkaian kafe daripada negara Jepun yang dibawa ke Malaysia dengan menawarkan menu-menu minuman, bakeri dan pastri yang pastinya membangkitkan selera anda. CHIZU mempunyai 12 cawangan di Kuala Lumpur dan Selangor. Yang lebih menarik lagi, selain daripada boleh dine-in, anda juga boleh pickup dan delivery mengikut cawangan yang ditetapkan. Sangat mudah kan?

CHIZU sebenarnya sangat dikenali dengan menggabungkan minuman dengan keju. Ia adalah satu-satunya rangkaian kafe yang menormalisasi dan merevolusikan minuman berasaskan teh ke satu peringkat yang lebih tinggi. Terdapat pelbagai jenis minuman berasaskan teh dan tidak ketinggalan kopi yang digabungkan dengan japanese cheese menjadikan ianya sangat unik.

Untuk kepuasan berganda, minuman berkeju ini perlu dinikmati bersama dengan Japanese Croissant yang sangat lembut dalam, rangup luar dan segarnya keseluruhan. Croissant dari CHIZU ini pula bukanlah Croissant yang tipikal kerana ia dijual dengan pelbagai pilihan perasa dan topping serta filling yang sangat sedap.

Teksturnya juga sangat rangup di luar dan lembut apabila dikunyah dengan perisa dan perasa yang cukup sempurna, sangat sesuai untuk dijadikan dessert serta enak dinikmati ketika sarapan dan tea time. Antara croissant dengan perasa yang menjadi pilihan ramai ialah Oreo, Snowy Custard, Chocolate S’more, Melted Marshmallow Strawberry dan pelbagai lagi.

Mesti ramai yang sedang menahan air liur kan? Serbu cawangan-cawangan CHIZU yang terdekat untuk mendapatkan minuman Japanese Cheese dan Croissant kegemaran anda. Tak lupa juga, CHIZU sekarang tengah menjalankan promosi. Anda boleh mendapat diskaun RM 5 dengan setiap pembelian CHIZU melebihi RM 30, percuma satu croissant dengan setiap pembelian dua minuman CHIZU dan pelbagai promosi yang menarik. Jangan lepaskan peluang ini!

Kelebihan CHIZU

  • Keunikan kopi dan teh yang digabungkan dengan Japanese Cheese
  • Mempunyai 12 cawangan
  • Anda boleh dine in, pickup dan delivery
  • Japanese Croissant yang mempunyai banyak pilihan perasa
  • Promosi yang sangat menarik

Info CHIZU

Konsep kafe Konsep outlet dan francais
Cawangan Melawati Mall, Bandar Puteri Puchong, Setia City Mall, One Utama, Leisure Mall, IOI City Mall, Citta Mall, Sunway Pyramid, Tropicana Garden Mall, KL Gateway, Nu Sentral & Triang Pahang.
Waktu Operasi 10.00 pagi – 10 malam (Setiap Hari)
Laman Web https://www.chizucafe.com.my
Link FB dan IG Facebook, Instagram

ORITO KL – Donut

ORITO KL - Donut
Premium, moden dan nampak mewah. Ini adalah tiga perkataan yang boleh menggambarkan suasana, susun atur dan nuansa yang cuba ditonjolkan di ORITO KL ini. Kafe Bakeri dan Pastri yang terletak di Plaza Damas ini sangat sesuai untuk anda chill dan lepak bersama keluarga dan kawan-kawan. Lebih-lebih lagi kafe ini turut menyajikan pelbagai jenis kopi dan teh, untuk dinikmati bersama dengan bakeri dan pastri kesukaan anda.

Khas buat anda pencinta donut, di ORITO KL ini terdapat beberapa rangkaian donut berperisa yang pastinya buat anda telan air liur. Dari segi rupanya, pasti menggambarkan rasanya yang manis berlemak dan teksturnya yang lembut dan gebu. Setiap donut ini diisi dengan perasa-perasa yang segar seperti Matcha, Dark Chocolate, Nature, Salted Caramel, Mixed Berries, Passionfruit custard dan banyak lagi perasa-perasa baru iaitu rangkaian perasa coklat seperti Ferreco Rocher, Chocolate Hazelnut Cream dan Chocolate Hazelnut Jam yang diperkenalkan untuk kepuasan pelanggan mereka.

Mendengar namanya sahaja sudah tentu menggiurkan anda kan? Jadi, khas untuk pencinta-pencinta donut di luar sana, ORITO KL adalah syurga donut buat anda.

Kelebihan ORITO KL

  • Vibe premium, moden dan mewah
  • Menyediakan banyak jenis pastri, bakeri, kopi dan teh
  • Donut dengan pelbagai perisa yang segar

Info ORITO KL

Konsep kafe Premium, Moden dan Mewah
Alamat Plaza Damas, B-0-5, 3, Jalan Sri Hartamas 1, 50480 Kuala Lumpur
Waktu Operasi 10.00 pagi – 6.00 Petang (Isnin – Ahad)
Link IG https://www.instagram.com/orito_kl/?hl=en

Der Backmeister – Roti

Der Backmeister - Roti
Der Backmeister adalah sebuah kafe bakeri dan pastri yang membawa elemen dan cara-cara pastri artisan dari negara Jerman ke Malaysia. Kafe yang mempunyai tiga cawangan iaitu di TTDI, Bangsar dan Ampang ini sangat menekankan kepada kualiti dan ketekunan dalam menghasilkan bakeri dan pastri yang segar. Selain itu, kafe ini tidak menggunakan sebarang bahan pracampuran dan perasa sintetik pada produknya. Segala bahan-bahan adalah dari sumber semulajadi dan mengikut resipi tradisional dari jerman.

Ketiga-tiga cawangan bagi kafe Der Backmeister ini mempunyai suasana dan susun atur yang berbeza-beza. Contohnya, di Bangsar, kafe ini terletak di sebuah banglo yang mempunyai ciri-ciri kolonial dengan pilihan perabut yang menampakkan suasana klasik. Cukup sesuai buat anda yang nak “healing” sambil menikmati bakeri dan pastri yang dibuat segar.

Semestinya di kafe ini, roti adalah sandaran utama dalam menunya. Tidak hanya menawarkan roti-roti yang tipikal, terdapat pelbagai rangkaian roti artisan jerman yang disajikan seperti Cranberry Bread, Pain De Campagne, Baguette, Tea Bread, Bavarian Spelt, Opa Klaus Bread, Honey Spelt Wholegrain dan pelbagai lagi. Anda perlukan sesuatu yang segar? Air tangan dan citarasa dari Jerman? Der Backmeister sedia untuk memenuhi keperluan anda.

Kelebihan Der Backmeister

  • Vibe kolonial dan klasik
  • Pastri artisan dari Jerman
  • Tiada bahan pracampuran dan perasa tiruan

Info Der Backmeister

Konsep kafe Kolonial, klasik dan minimalis
Alamat TTDI – 40, Persiaran Zaaba, TTDI
Bangsar – 37, Jalan Abdullah, Bangsar
Ampang – KPJ Ampang Puteri Hospital 1, Jalan Mamanda 9
Waktu Operasi 8.00 pagi – 6.00 Petang (Selasa – Ahad)
Link IG https://www.instagram.com/derbackmeister/?hl=en

Selain daripada lima kafe di atas, sebenarnya terdapat banyak lagi kafe-kafe bakeri dan pastri dengan konsep masing-masing di Kuala Lumpur dan Selangor. Selain daripada makanan dan minuman, ada kafe yang menawarkan suasana dan nuansa untuk ketenangan para pelanggan. Terdapat juga kafe yang menawarkan keaslian resipi turun-temurun dari dalam atau luar negara bagi produk bakeri dan pastri mereka khas buat pelanggan yang sukakan sesuatu yang asli dan autentik.

Keunikan juga adalah salah satu elemen yang ditawarkan oleh kafe-kafe ini. Contoh terbaik untuk kafe yang menawarkan keunikan adalah CHIZU. Ramai di kalangan rakyat Malaysia yang sukakan kelainan dan keunikan. Dan keunikan adalah sangat perlu dalam mempromosi produk makanan kerana dari keunikanlah wujud rasa ingin tahu dan dapat memberikan sebuah pengalaman kelainan pada deria rasa anda.



Related posts