Wajib Terjah! Ini 5 Port Indoor Game Paling Menarik Di Pusat Membeli-Belah Sekitar KL & Selangor 2022

Wajib Terjah! Ini 5 Port Indoor Game Paling Menarik Di Pusat Membeli-Belah Sekitar KL & Selangor 2022
Permainan dan hobi


Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan episod hujan berterusan akan berlaku di Lembah Klang dan negeri yang terlibat bermula penghujung Oktober 2022 hingga Mac 2023 berikutan peralihan Monsun Timur Laut. Disebabkan itu pastinya aktiviti hujung minggu bersama teman atau cuti sekolah akan datang bersama keluarga seakan terbantut kerana hujan berterusan. Namun jangan sekat aktiviti anda dek cuaca tidak menentu, masih ada lokasi menarik untuk diterokai. Bagi yang ketandusan idea, tidak perlu risau kerana ada aktiviti menarik yang boleh dilakukan dengan mengunjungi indoor game atau taman tema dalaman bertempat di dalam pusat membeli-belah terkemuka.

Sambil bermain pastinya dapat mencabar adrenaline, menimba pengalaman baru menyeronokkan, dan paling penting cuaca hujan atau panas tidak akan menghalang untuk kalian bergembira. Lokasi indoor game atau taman tema dalaman sebegini biasanya wujud di dalam premis tertutup dan mempunyai pelbagai aktiviti yang menyeronokkan. Ia menawarkan permainan interaktif, e-sukan serta aktiviti ekstrem kepada golongan dewasa dan kanak-kanak. Selain bermain, ada juga yang berkonsepkan pendidikan seperti belajar menggunakan gajet, bertolak ansur, moral serta merangsang minda menjadi lebih kreatif. Jom terjah 5 port indoor game paling menarik di pusat membeli-belah sekitar Kuala Lumpur dan Selangor untuk tahun 2022

EnerG X Park, MyTown

EnerG X Park, MyTown
Gemarkan cabaran menyeronokkan? EnerG X Park adalah paling cocok untuk anda. EnerG X Park merupakan taman ekstrem dalaman terbesar di Asia terletak di pusat beli-belah MyTown Kuala Lumpur. Ada lebih 14 permainan yang boleh di cuba, antara aktiviti menarik boleh dilakukan seperti Trampoline Wipeout, Electric Go-Cart, Ninja Obstacle, Cage Ball, Wall Climbing, Tubby Ride, King of Hammer dan Tower Jump. Sesuai untuk semua golongan umur, setiap aktiviti permainan di EnerG XPark, MyTown memiliki aktiviti mengikut tahap kesukaran tertentu dan turut dibantu oleh staf yang terlatih.
Di EnerG X Park, MyTown juga sedia menerima tempahan untuk acara personal, sambutan hari lahir, kem motivasi, lawatan sekolah, hari keluarga atau sebarang majlis yang bersesuaian. Setiap aktiviti dan cabaran yang dibina di EnerG X Park, MyTown akan memastikan pelanggan dapat meregangkan otot dan tenaga mereka untuk bersenang-senang, gembira dan bersemangat sepanjang hari. Paling seronok dapat ‘pecah peluh’ dengan cara yang menggembirakan. Harga yang ditetapkan juga adalah sangat berpatutan!

Kenapa anda mesti pergi ke EnerG X Park, MyTown

  • Lokasi strategik di tengah bandar Kuala Lumpur
  • Ada lebih 14 permainan dan aktiviti mencabar
  • Di kawal selia oleh staf berpengalaman
  • Aktiviti sesuai untuk dewasa dan kanak-kanak

Sebab anda mungkin skip EnerG X Park, MyTown

  • Aktiviti tidak sesuai untuk individu mempunyai penyakit kronik

Spesifikasi EnerG X Park, MyTown

Info https://www.energx.my
https://www.facebook.com/EnerGX.my/
Lokasi Level 3, MyTown Shopping Mall, Kuala Lumpur
Waktu Operasi Buka setiap hari dari jam 10am hingga 10pm
Harga Bermula RM30.00 hingga RM68.00

IOI City Farm, IOI City Mall

IOI City Farm, IOI City Mall
IOI City Farm, taman ladang dalam bandar di dalam kompleks beli-belah IO1 City Mall, Putrajaya yang pertama diperkenalkan di Malaysia. City Farm meliputi kawasan dua tingkat menawarkan pengunjung ruang edutainment atau didik hibur kepada pengunjung tanpa mengira usia muda atau tua. IOI City Farm dibahagikan kepada tiga zon iaitu Greenland, Little Rimba dan Freshwater World.
Zon Greenland menempatkan koleksi 111 spesies tanaman dalam bangunan yang merangkumi sembilan seksyen iaitu Vertical Garden, Urban Farm, Glocave, Mystical Cave, Season of Colours, Teeny-Weeny Forest, Insectopia, Roots N Seeds, dan Green Glades. Zon Little Rimba pula mempamerkan haiwan seperti sugar glider, kucing Bengal, cincila, marmoset, musang fennec dan banyak lagi.
Selain kanak-kanak juga berpeluang meluangkan masa membelai, berinteraksi dan memberi makanan haiwan peliharaan seperti arnab, tikus belanda, anak ayam dan anak itik. Selain itu, terdapat lebih 50 spesies haiwan air tawar, ketam vampire dan udang buluh di zon Freshwater World. Terdapat juga kolam memberi makan dan kolam menangkap hidupan air dengan pengunjung boleh mencuba kemahiran memancing.

Kenapa anda mesti pergi ke IOI City Farm, IOI City Mall

  • Berkonsep edutainment
  • Pengunjung boleh berinteraksi dengan haiwan
  • Pelbagai aktiviti menarik bengkel DIY
  • Destinasi sesuai untuk semua peringkat umur

Sebab anda mungkin skip IOI City Farm, IOI City Mall

  • Kanak-kanak bermula umur 2 tahun dikenakan bayaran

Spesifikasi IOI City Farm, IOI City Mall

Info https://www.ioicitymall.com.my/IOICityFarm/
https://www.facebook.com/IOICityFarm/
Lokasi City, AT-6, Level 2 IOI City Mall, Lbh IRC, Ioi Resort, 62502 Sepang, Putrajaya
Waktu Operasi Buka setiap hari dari jam 10am hingga 9pm
Harga Bermula dari RM37.00 hingga RM58.00

Future Land Fun Zone, Sunway Pyramid

Future Land Fun Zone, Sunway Pyramid
Permainan interaktif virtual reality (VR) menjadi trend pada hari ini. Ingin merasai sendiri keterujaan itu? ‘Edutainment’ berkonsepkan VR yang pertama di pusat beli-belah Selangor, Future Land Fun Zone, Sunway Pyramid adalah lokasinya. Padat dengan permainan teknologi untuk mengasah kreativiti dan imaginasi dewasa dan kanak-kanak, Future Land Fun Zone, Sunway Pyramid membolehkan pengunjungnya melalui pengalaman yang inovatif dan interaktif.
Di Future Land Fun Zone, Sunway Pyramid menggunakan teknologi VR yang terkini bagi membolehkan pengunjung merentasi pelbagai dimensi futuristik di samping merealisasikan imaginasi mereka. Ketika berada di Future Land Fun Zone Sunway Piramid, anda wajib mencuba pelbagai VR Games, VR Rides, Motion Theaters dan 360-degree simulators.
Dengan kerlipan lampu neon yang meghiasi di segenap ruang kawasan permainan, terdapat 6 permainan yang ditawarkan iaitu Fighter Jet Simulator, VR Skateboard, VR Family, EXO Jet Simulator, VR Interactive dan Virtual Reality Car simulator. Jika ingin berehat sebentar, di sini tersedia sebuah kafe iaitu Galatic Cafe yang menyediakan pelbagai minuman sejuk dan panas.

Kenapa anda mesti pergi ke Future Land Fun Zone, Sunway Pyramid

  • Menggunakan teknologi VR yang terkini
  • Terdapat 6 aktiviti dan permainan VR
  • Harga berpatutan untuk pembelian pakej
  • Kemudahan kafe untuk berehat bersama teman atau keluarga

Sebab anda mungkin skip Future Land Fun Zone, Sunway Pyramid

  • Masa menunggu agak lama pada hujung minggu dan cuti sekolah

Spesifikasi Future Land Fun Zone, Sunway Pyramid

Info https://www.facebook.com/FutureLandFunZone/
https://www.instagram.com/futurelandfunzone/
Lokasi F1, 20, Sunway Pyramid Mall, Jalan PJS 11/15, Bandar Sunway, 46150 Petaling Jaya, Selangor
Waktu Operasi Buka setiap hari dari jam 10am hingga 10pm
Harga Bermula RM20.00 hingga RM85.00

Xction Xtreme Park, Sunway Velocity Mall

Xction Xtreme Park, Sunway Velocity Mall
Berada di dalam pusat membeli-belah Sunway Velocity Mall, Xction Xtreme Park satu lagi tarikan menarik buat kalian yang suka melakukan aktiviti ‘pecah peluh’ yang mencabar. Xction Xtreme Park, Sunway Velocity Mall sesuai untuk semua golongan samada dewasa dan kanak-kanak yang ingin menghabiskan masa bersama melakukan aktiviti menyeronokkan.
Antara permainan menarik yang ditawarkan di Xction Xtreme Park, Sunway Velocity Mall termasuk Sky Glider, Tubby Ride, Lompat Bebas, Trampolin, Padang Tali dan Ruang Mendaki. Aktiviti wajib yang mesti cuba di Xction Xtreme Park, Sunway Velocity Mall ialah menuruni gelongsor besar bersama tiub dan menembak gelung sambil mengimbangi diri di atas lantai trampoline.
Setiap permainan akan di kawal selia oleh staf berpengalaman dan mereka juga akan membantu pelanggan yang mempunyai sebarang kesukaran. Jika anda penggemar rancangan televisyen Ninja Warrior, jangan lepaskan peluang mengikuti kursus seakan program tersebut semuanya hanya ada di Xction Xtreme Park, Sunway Velocity Mall sahaja.

Kenapa anda mesti pergi ke Xction Xtreme Park, Sunway Velocity Mall

  • Lokasi strategik di tengah bandar Kuala Lumpur
  • Ada lebih 10 permainan dan aktiviti mencabar
  • Di kawal selia oleh staf berpengalaman
  • Aktiviti sesuai untuk dewasa dan kanak-kanak

Sebab anda mungkin skip Xction Xtreme Park, Sunway Velocity Mall

  • Sesak pada hari minggu dan cuti umum

Spesifikasi Xction Xtreme Park, Sunway Velocity Mall

Info https://xctionxtremepark.my/
https://www.facebook.com/profile.php?id=100083205758752
Lokasi Level 4, Lot 4-12, Sunway Velocity Mall Lingkaran SV2, Maluri, 55100 Kuala Lumpur
Waktu Operasi Buka setiap hari dari jam 10am hingga 10pm
Harga Bermula RM18.00 hingga RM90.00

WINDLAB Indoor Skydiving, One Utama

WINDLAB Indoor Skydiving, One Utama
Untuk melakukan aktiviti skydiving tidak semua orang mendapat kebenaran untuk melakukannya kerana perlu membuat pelbagai persiapan dan menjalani latihan berterusan. Namun begitu, ada berita baik untuk anda yang sangat teruja untuk melakukan aktiviti ini, kini boleh terus ke WINDLAB Indoor Skydiving, One Utama. Dahulunya port ini dikenali sebagai AirRider Indoor Skydiving, selepas penjenamaan semula ia dikenali sebagai WINDLAB Indoor Skydiving.
Di sini menawarkan pengalaman terjun udara pada ketinggian 14,000 kaki samada perseorangan atau secara berkumpulan sama seperti terjunan dari pesawat. Simulasi terjunan udara ini dapat dialami ketika pengunjung berada di dalam terowong kaca udara berdiameter 12 kaki dengan ketinggian 32 kaki. Lantai trampolin yang diperbuat daripada keluli tahan karat berkualiti pesawat dengan kelajuan angin sehingga 250km sejam akan menghasilkan kusyen udara dan pengujung akan terapung-apung di udara. Jika terasa gementar atau kurang yakin, jangan risau terdapat jurulatih profesional yang akan sentiasa menemani dan memberi tunjuk ajar. Setiap daripada pengunjung WINDLAB Indoor Skydiving, One Utama akan dibekalkan dengan peralatan yang lengkap untuk keselamatan seperti sut, topi keledar dan cermin mata.

Kenapa anda mesti pergi ke WINDLAB Indoor Skydiving, One Utama

  • Terjun udara pada ketinggian 14,000 kaki melalui simulasi
  • Pilihan terjunan perseorangan atau berkumpulan
  • Ditemani jurulatih profesional
  • Lengkap dengan peralatan keselamatan

Sebab anda mungkin skip WINDLAB Indoor Skydiving, One Utama

  • Kanak-kanak mempunyai had tertentu untuk turut serta

Spesifikasi WINDLAB Indoor Skydiving, One Utama

Info https://www.windlab.my
https://www.facebook.com/WINDLAB.IndoorSkydiving/
Lokasi Level 2, S601, 1 Utama E, 1 Utama Shopping Centre 1, Lebuh Bandar Utama, Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya, Selangor
Waktu Operasi Buka setiap hari dari jam 10am hingga 10pm
Harga Bermula RM89.00 hingga RM419.00

Di Kuala Lumpur dan Selangor ada banyak indoor gamen atau taman tema dalaman sama ada yang dibina khas atau terletak di dalam premis perniagaan. Anda boleh memilih pelbagai jenis indoor game yang bersesuaian dengan minat kerana ada yang menyediakan aktiviti lasak atau berbentuk pendidikan. Setiap indoor game tidak kira apa konsepnya, mempunyai daya tarikan dan menawarkan pengalaman tersendiri. Paling utama ialah bagaimana menjadikan aktiviti itu sebagai saluran terbaik untuk melepaskan segala tekanan dan mencipta hari-hari yang menyeronokkan.

Sebelum ini ramai yang mengatakan indoor game atau taman tema dalaman tidak relevan dan menyihatkan. Dahulu ia seringkali dikaitkan dengan lokasi untuk pelajar ponteng sekolah dan membazirkan wang saku. Namun hari ini, rata-rata pengujung yang datang ke lokasi indoor game sudah bertukar ‘anggapan’. Kebanyakkan yang meluangkan masa di sini adalah dalam kalangan keluarga, kelab atau persatuan pejabat dan lawatan sekolah.



Related posts