Kerja Berpasukan! Ini 5 Siri K-Drama ‘Ensemble’ Terbaik Mesti Anda Tonton Tahun Ini

Kerja Berpasukan! Ini 5 Siri K-Drama ‘Ensemble’ Terbaik Mesti Anda Tonton Tahun Ini
Hiburan


Industri hiburan Korea telah mendapat perhatian besar-besaran sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Mana tidaknya, drama Korea telah melanda dunia hiburan dan diterima hampir di semua negara. Plot yang menarik, jalan cerita yang kuat dan genre unik ditambah dengan persembahan fenomenal oleh selebriti popular dan terbaik telah mengumpulkan peminat dan penonton global.

Jalan cerita K-Drama sering menarik perhatian dan cerita yang ingin disampaikan selalunya mudah difahami penonton. Lebih-lebih lagi drama siri dengan konsep ensemble. Hanya dengan menghayati drama tersebut setiap episod, jiwa penonton seolah-olah turut sama ‘hidup’ bersama watak-watak yang dilakonkan dengan kisah, plot dan kes yang berlainan saban minggu untuk diselesaikan.

Dek kewujudan puluhan drama terkini setiap bulan, maka setiap penerbit dan pengarah drama berlumba-lumba menghasilkan karya k-drama yang terbaik. Skrip, lakonan, OST dan barisan pelakon, semuanya digabungkan dengan sempurna untuk kebanyakkan drama, menjadikan semuanya berbaloi untuk ditonton. Anda menggemari drama berkisar kerja berpasukan atau semangat juang berkumpulan? Berikut ialah 5 daripada siri K-drama ‘ensemble’ terbaik setakat ini mesti tonton tahun ini.

If You Wish Upon Me

If You Wish Upon Me
If You Wish Upon Me merupakan drama bersiri Korea Selatan yang masih baru ditayangkan (ketika petikan ini disiarkan) diarahkan oleh Kim Yong Wan. Dibarisi pelakon utama yang hebat seperti Ji Chang-Wook, Sung Dong-Il, dan Sooyoung, drama ini boleh ditonton di saluran KBS2 dan saluran berbayar VIU.
If You Wish Upon Me mengisahkan kehidupan sukar Yoon Gyeo-Rye lakonan Ji Chang-Wook. Sejak kecil dia tinggal di rumah anak yatim, sering dibuli dan kerap menghabiskan masa di pusat tahanan dan penjara juvana. Disebabkan satu insiden, dia diarahkan oleh mahkamah menjalani kerja khidmat masyarakat menjadi sukarelawan di sebuah hospital.
Di sana, dia bekerja dengan ketua pasukan sukarelawan Kang Tae-Sik (Sung Dong-Il) dan Jururawat Seo Yeon-Joo (Sooyoung). Pasukan ini sangat berdedikasi, berjiwa besar dan berjuang untuk menyelamatkan pesakit-pesakit di bawah tangungjawab mereka. Adakah dengan menyertai pasukan sukarelawan ini berjaya mengubah nasib Yoon Gyeo-Rye menjalani kehidupan normal?

Spesifikasi If You Wish Upon Me

Genre Drama Perubatan
Jumlah episod 16
Tayangan 10 Ogos 2022 – 29 September 2022
Pelakon Ji Chang-Wook (Yoon Gyeo-Rye), Sung Dong-Il (Kang Tae-Sik), Sooyoung (Seo Yeon-Joo)

Spesifikasi If You Wish Upon Me Trailer

Move to Heaven

Move to Heaven
Drama ‘Move to Heaven’ adalah naskhah yang terinspirasi dari artikel pekerja trauma ‘cleaners’ yang diterbitkan pada tahun 2005, arahan Kim Sung-ho. Drama ini sarat dengan emosi dan melodrama pada setiap episod dengan kisah-kisah sedih yang dialami oleh si mati sebelum mereka meninggalkan dunia.

Sinematografi drama Move to Heaven mengukuhkan lagi emosi tersebut dengan penggunaan cahaya pada beberapa babak penting, pergerakkan kamera semasa kerja-kerja mengemas dijalankan dan beberapa teknik lain dan juga visual efek yang tampak menarik setiap kali watak Han Geu Roo lakonan Tang Jun-sang menggunakan kelebihan minda yang tajam dan daya ingatan yang kuat.

Han Geu Roo adalah seorang penghidap Autisme berumur 20 tahun. Dia bekerja untuk perniagaan tinggalan bapanya ‘Move to Heaven’, sebuah syarikat pakar dalam pembersihan tempat ‘kejadian’ ditinggalkan oleh individu yang telah meninggal dunia. Selepas kematian bapanya, dia diserahkan di bawah jagaan bapa saudaranya, bekas banduan bernama Cho Sang Gu.

Mereka berdua perlu bekerjasama untuk menyelesaikan setiap tugas ‘pembersihan’ yang diberikan jika ingin mewarisi harta tinggalan yang ditinggalkan bapa Han Geu Roo. Move to Heaven boleh ditonton di Netflix yang sudah ditayangkan sejak Mei tahun lalu.

Spesifikasi Move to Heaven

Genre Kekeluargaan
Jumlah episod 10
Tayangan Bermula 14 Mei 2021
Pelakon Lee Je-hoon (Cho Sang Gu), Hong Seung-hee (Yoon Na Mu)

Move to Heaven Trailer

Poong, the Joseon Psychiatrist

Poong, the Joseon Psychiatrist
Poong, The Joseon Psychiatrist adalah gabungan drama bersiri perubatan berlatarkan Zaman Joseon arahan Pengarah Park Won Gook. Poong, The Joseon Psychiatrist mengangkat kisah Lagenda perubatan Yoo Se-Poong lakonan Kim Min-Jae seorang doktor diraja yang berbakat serta hebat berkhidmat di istana. Bagaimanapun, dia terlibat dalam konspirasi yang mengancam keluarga diraja, lalu dihalau keluar daripada istana. Di kemudian membawa diri dan singgah disebuah perkampungan terpencil yang unik iaitu Kampung Gyesu.
Di sana dia bertemu dengan pasukan pakar psikiatri Seo Eun-Woo dan Gye Ji-Han yang ‘gila-gila’. Mereka berdua meminta Yoo Se-Poong menjadi salah seorang doktor dalam pasukan mereka untuk merawat pesakit mental di kampung tersebut. Walau bagaimanapun itu menyulitkan Yoo Se-Poong, kerana bidang itu bukan kepakarannya. Berkat bantuan dan dorongan ‘rakan sepasukannya’ Yoo Se-Poong akhirnya mampu membantu ramai pesakit mental untuk pulih. Apa akan terjadi dengan trio ini? Saksikan ini Poong, The Joseon Psychiatrist di aplikasi pentriman VIU.

Spesifikasi Poong, the Joseon Psychiatrist

Genre Drama Perubatan
Jumlah episod 12
Tayangan 1 Ogos 2022 – 6 September 2022
Pelakon Kim Min-Jae (Yoo Se-Poong), Kim Hyang-Gi (Seo Eun-Woo), Kim Sang-Kyung (Gye Ji-Han)

Poong, the Joseon Psychiatrist Trailer

Taxi Driver

Taxi Driver
Drama Taxi Driver diadaptasikan dari webtoon berjudul The Deluxe Taxi hasil karya Carlos dan Lee Jae-jin. Taxi Driver drama genre crime thriller terbitan Studio S mengisahkan tentang Rainbow Taxi yang menawarkan khidmat balas dendam kepada mangsa jenayah yang ditapis dan dipilih oleh organisasi tersebut. Kesemua ahli pasukan Rainbow Taxi yang bekerja di dalam organisasi tersebut adalah mangsa kepada beberapa jenayah yang berlaku di bandar Seoul namun tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya daripada pihak polis atau badan perundangan.
Selepas tamat latihan ketenteraan dari Akademi Tentera Laut, Kim Do-ki lakonan Lee Je-hoon diterima sebagai ‘pemandu teksi’ di Rainbow Taxi untuk membalas dendam atas kematian ibunya di samping membantu CEO Jang Sung-chul (Kim Eui-sung) mengendalikan The Blue Bird Foundation. Dia menjadi mangsa kepada kekejaman pembunuh bersiri yang membunuh emaknya secara rambang namun penjenayah tidak mendapat pembelaan sewajarnya daripada pihak berkuasa. Semua ahli pasukan Rainbow Taxi berkerjasama antara satu sama lain untuk menyelesaikan setiap misi yang diberikan, namun begitu ada juga ahli anggota yang ‘menikam’ dari belakang.

Spesifikasi Taxi Driver

Genre Aksi, Jenayah, Thriller
Jumlah episod 16
Tayangan 9 April 9 2021 – 29 Mei 2021
Pelakon Lee Je-Hoon (Kim Do-Ki), Esom (Kang Ha-Na)

Taxi Driver Trailer

Extraordinary Attorney Woo

Extraordinary Attorney Woo
K-drama Extraordinary Attorney Woo merupakan naskah yang sangat berjaya sehingga menarik perhatian penerbit Amerika Syarikat untuk dijadikan karya diadaptasi selepas ini. Extraordinary Attorney Woo sarat dengan humor, inspirasi dan kesedaran berkaitan golongan penghidap autism yang cemerlang. Drama ini berkisarkan Woo Young-woo lakonan mantap Park Eun-bin yang merupakan seorang penghidap gangguan spektrum autisme, namun sangat meminati bidang perundangan sehingga berjaya bergelar peguam di sebuah firma guaman terkemuka, Hanbada. Pelbagai momen suka dan duka yang menarik berlaku sepanjang dia diberikan tanggungjawab dalam mengendalikan beberapa kes di mahkamah. Meskipun seorang autistik, kehebatan dan kebijaksanaan Young-woo dalam menyelesaikan sesebuah kes bersama pasukannya merupakan tarikan utama. Tidak kira mengendalikan kes ringan atau berat, Woo Young-woo bersama pasukannya yang hebat akan sedaya upaya mencari solusi untuk membantu kliennya. Extraordinary Attorney Woo boleh disaksikan di aplikasi pentriman Netflix.

Spesifikasi Extraordinary Attorney Woo

Genre Drama Perundangan
Jumlah episod 16
Tayangan 29 Jun 2022 – 18 Ogos 2022
Pelakon Park Eun-bin (Woo Young-Woo), Kang Tae-oh (Lee Jun-Ho), Kang Ki-young (Jung Myeong-Seok), Ha Yoon-Kyung (Choi Su-Yeon), Joo Jong-Hyuk (Kwon Min-Woo)

Extraordinary Attorney Woo Trailer

Dunia K-drama semakin dihangatkan dengan kemunculan siri terbaru yang mengangkat kisah-kisah yang terjadi dalam kehidupan sekeliling kita samada kemelut hidup, alam pekerjaan, fantasi, kekeluargaan, percintaan dan banyak lagi. Drama Korea sebenarnya memberikan pelbagai pengetahuan kepada orang awam apabila mereka menerangkannya dalam istilah yang semua orang boleh faham dengan mudah.

Terdapat beberapa perkara yang perlu anda ketahui sebelum menjadi ‘kaki drama’ untuk dunia K-Drama. Antara drama pilihan penonton selalunya bermula dengan pilihan pelakon, penilaian sinopsis cerita dan pastinya nilai estetika visual. Ia adalah aspek utama yang sering diperhatikan sebelum mula menonton drama. Selamat menonton!
Ribuan judul K-Drama kini tersedia dan memasuki pasaran tempatan, sama ada di saluran televisyen tempatan mahupun ditonton secara dalam talian. Pilih sahaja genre yang menjadi pilihan dan layan sehingga habis kesemua episod setiap minggu.



Related posts