Akan Datang: 5 Pilihan Drama Korea Terbaik Wajib Masukkan Dalam Senarai ‘Mesti Tonton’ Anda

Akan Datang: 5 Pilihan Drama Korea Terbaik Wajib Masukkan Dalam Senarai ‘Mesti Tonton’ Anda
Gaya hidup


Kebanyakan drama Korea Selatan menyajikan plot serta jalan cerita menarik untuk tatapan penonton selain penampilan pelakon handalan yang bukan sahaja berbakat malah memiliki rupa dan tubuh sempurna. Saban tahun dalam naskhah drama Korea Selatan menunjukkan perubahan yang sangat ketara. Walaupun terdapat babak intim dan romantis dalam pelbagai genre ditayangkan, ia akan ditampilkan penuh kasih sayang. Tidaklah menimbulkan perasaan kurang selesa jika umum menontonnya.

Maka, bukan menjadi sesuatu yang asing fenomena drama Korea Selatan seperti tiada penghujung dan menjadi kegemaran ramai tidak kira peringkat umur. Senario ini dilihat sebagai pertumbuhan sihat dalam ekosistem industri lakon layar Korea Selatan. Banyak nama menyerlah kerana terlibat dengan projek drama yang cemerlang. Untuk kali ini dan akan datang, ada beberapa lagi drama terbaik wajib kalian masukkan dalam senarai mesti tonton antaranya seperti drama Lies Hidden in My Garden, Heartbeat, Shadow Detective Season 2, D.P Season 2, dan The Uncanny Counter Season 2: Counter Punch.

Lies Hidden in My Garden

Lies Hidden in My Garden
Lies Hidden in My Garden drama terbaharu diadaptasi dari novel terlaris karya Kim Jin Young. Diarah oleh Jung Ji Hyun, Lies Hidden in My Garden diterajui oleh dua orang pelakon wanita ternama iaitu Kim Tae Hee dan Lim Ji Yeon. Bagi yang merindui isteri selebriti popular Korea ‘Rain’, Kim Tae Hee bersedia kembali menemui penonton setelah drama terakhir beliau iaitu Hi, Bye Mama selesai ditayangkan pada 2020 lalu. Manakala Lim Ji Yeon pula, merupakan actres yang menjadi sebutan setelah membawa watak ‘jahat’ yang cemerlang dalam drama The Glory. Lies Hidden in My Garden bergenre thriller boleh ditonton sebanyak 8 episod di streaming Prime Video. Lies Hidden in My Garden mengisahkan Moon Joo-ran (Kim Tae hee) seorang suri rumah kepada seorang doktor menjalani kehidupan yang selesa. Semuanya berubah apabila dia mula menyiasat bau aneh yang muncul dari bahagian laman rumahnya dan seterusnya menyatukan pertemuannya dengan Sang-eun (Lim Ji-yeon). Tidak seperti Joo-ran, Sang-eun telah menjalani kehidupan yang sukar dan sering didera oleh suaminya Yoon-beom (Choi Jae-rim). Malah situasi tersebut juga membuat keluarga Moon Joo Ran dan Chu Sang Eun menjadi terkait. ‘Bau’ tersebut bakal membawa penonton masuk ke dunia drama tersebut dan saling berteka-teki.

Spesifikasi Lies Hidden in My Garden:

Genre: Thriller, Misteri
Jumlah episod: 8
Tayangan: 19 Jun 2023 – 11 Julai 2023
Pelakon: Kim Tae-Hee, Lim Ji-Yeon, Kim Sung-Oh, Cha Sung-Je, Choi Jae-Rim, Cha Mi-Kyung dan Lee Eun-Jung
Trailer: https://www.youtube.com/watch?v=PX_TnazBwsE

Heartbeat

Heartbeat
Heartbeat drama percintaan fantasi dibintangi oleh TaecYeon 2PM ditayangkan pada tayangan perdana 26 Jun 2023 di penstrimen Prome Video dan Saluran KBS. Diarahkan oleh pengarah Kim Chil-Bong, Heartbeat memiliki plot yang ringan selain pelbagai elemen komedi pasti menggeletek hati penonton yang rindu akan lakonan bersahaja si kacak Taecyeon 2PM. Heartbeat mengisahkan Seon Woo Hyul (Taecyeon), merupakan separuh manusia dan separuh pontianak. Walaupun dia sangat ingin menjadi manusia sepenuhnya, dia terlepas peluangnya kerana satu hari yang jarang berlaku dalam 100 tahun. Dia akhirnya terjerat dengan Joo In-hae (Won Ji Ahn), yang mengusahakan sebuah rumah tamu selain mengerjakan beberapa pekerjaan sampingan. Walaupun dikenali oleh orang di sekelilingnya sebagai seorang yang berhati dingin, Joo In-hae mula mesra dengan Woo-hyeol selepas mereka terpaksa berkongsi rumah disebabkan keadaan yang tidak dijangka, sehingga membibitkan hubungan romantis dengan pontianak kacak itu. Tertunaikah impian Seon Woo Hyul untuk menjadi seorang manusia normal? Dan bagaimanakah hubungannya dengan Joo In-hae? Tonton Heartbeat untuk keseluruhan 16 episodnya sehingga pertengahan Ogos 2023 ini.

Spesifikasi Heartbeat:

Genre: Fantasi, Komedi, Romantik
Jumlah episod: 16
Tayangan: 26 Jun 2023 – 15 Ogos 2023
Pelakon: TaecYeon, Won Ji-An, Park Kang-Hyun, Yoon So-Hee, Yoon So-Hee, Yoon Byung-Hee, Ko Kyu-Pil, Seung You, Baek Seo-Hoo
Trailer: https://www.youtube.com/watch?v=nUCSxkd6Xp8

Shadow Detective Season 2

Shadow Detective Season 2
Shadow Detective Season 2 drama kesinambungan siri sebelumnya Shadow Detective yang pertama kali disiarkan pada Oktober 2022. Bergenre aksi, misteri, dan thriller merupakan kisah Kim Taek Rok lakonan aktor senior ternama Lee Sung Min, seorang detektif veteran bahagian jenayah yang bakal bersara. Namun semuanya tergendala selepas menerima panggilan telefon daripada seorang ‘rakan lama’. Pemanggil tersebut menuduhnya membunuh dan mula memeras ugutnya. Kim Taek Rok mula menyiasat kes tersebut dan mencari identiti si ‘kawan lama’ tersebut. Dalam Shadow Detective Season 2, watak Kim Taek-rok telah berubah sedikit. Jika ‘Shadow Detective’ dia mempunyai aksi yang dinamik dan menakjubkan, musim kedua menjadi lebih seperti siri pengintip, di mana peperangan psikologi Kim Taek-rok akan dimainkan. Shadow Detective Season 2 merupakan arahan Han Dong-hwa ditayangkan secara eksklusif di Disney+. Jika musim pertama seperti permainan berat sebelah, Shadow Detective Season 2 pula dikatakan akan menjadi pertempuran tangan melawan musuh yang tidak kelihatan. Menarik bukan?

Spesifikasi Shadow Detective Season 2:

Genre: Aksi, Misteri, Thriller
Jumlah episod: 8
Tayangan: Bermula 5 Julai 2023
Pelakon: Lee Sung Min, Jung Jin Young, Kyung Soo Jin, Lee Hak Joo, Kim Shin Rok, Joo Jin Mo
Trailer: https://www.youtube.com/watch?v=ZvvdODfnsTc

D.P Season 2

D.P Season 2
Berdasarkan webtoon popular, ‘D.P.’ merupakan singkatan untuk Deserter Pursuit, drama bersiri mengenai skuad tentera khas yang dihantar untuk menjejaki askar yang telah meninggalkan tugas mereka. D.P musim lalu mengisahkan seorang askar yang terperangkap dalam situasi yang rumit kerana ditugaskan untuk menangkap pembelot tentera. Watak An Jun-ho dilakonkan Jung Hae-in seorang askar muda yang ditugaskan untuk menangkap anggota tentera yang meninggalkan tugas di bawah bimbingan Sarjan Park Beom-gu (Kim Sung-kyun) dan Koperal Han Ho-yeol (Koo Kyo-hwan). Pada musim kali ini, D.P Season 2, An Jun-ho masih meneruskan tugas yang telah diamanakan. Pasukannya bakal berdepan dengan lebih banyak rintangan dan masalah untuk menyelesaikan misinya. Bukan itu sahaja, D.P. Season 2 juga akan menampilkan banyak aksi pertarungan yang dialami Jun Ho sambil memperlihatkan sisi gelap dari program wajib militer yang mengandung banyak kekerasan. Tidak hanya bentuk kekerasan, malah pada musim kali ini, plot persahabatan, pembelotan, hormat orang atasan dan tangungjawab pada negara dirangkumkan serentak untuk memegang emosi penonton. D.P Season 2 bakal diatayangkan di platform streaming online Netflix pada penghujung Julai 2023 ini. Jom tonton!

Spesifikasi D.P Season 2:

Genre: Aksi, Ketenteraan
Jumlah episod: 6
Tayangan: 28 Julai 2023 – 1 September 2023
Pelakon: Jung Hae In, Koo Kyo Hwan, Kim Sung Kyun, Son Seok Koo, Kim Ji Hyun, Go Kyung Pyo
Trailer: https://www.youtube.com/watch?v=gy8w3i_T3dI

The Uncanny Counter Season 2: Counter Punch

The Uncanny Counter Season 2: Counter Punch
Patinya ramai yang tidak sabar menantikan musim kedua ‘The Uncanny Counter’ diarahkan oleh pengarah Yoo Seon Dong dan penulis skrip Yeo Ji Na dan Kim Sae Bom. The Uncanny Counter merupakan webtoon popular berkisarkan tentang pasukan pemburu syaitan yang dikenali sebagai Five Counters mengembara ke bumi untuk menghapuskan syaitan yang menyamar dan menimbulkan kekacauan dalam kalangan manusia. Menerusi kemas kini terbaru tvN, siri The Uncanny Counter Season 2: Counter Punch akan kembali secara rasmi pada pada 29 Julai 2023 di bawah slot Sabtu-Ahad di saluran itu dan penstrimen Netflix. Dengan lima teraju utama asal iaitu Jo Byeong-gyu, Yoo Joon-sang, Kim Se-jeong, Eom Hye-ran dan Ahn Seok-wan, mereka akan kembali bergabung sebagai keluarga yang menjalankan restoran pada siang hari dan mengejar roh jahat pada waktu malam. Lebih menarik, The Uncanny Counter Season 2: Counter Punch musim terbaru ini akan memperkenalkan beberapa wajah baru yang tidak kurang hebat lakonannya. Kumpulan ini juga bakal menerima ahli baru selain dua watak antagonis lain termasuklah kuasa yang semakin hebat dan babak aksi yang lebih dinamik. Pelakon baru ini terdiri daripada Jin Sun-kyu sebagai bomba yang pernah menyelamatkan So-mun (Jo Byeong-gyu), Kang Ki-young sebagai roh jahat bernama Pil-kwang, Kim Hieora sebagai si jahat Gallie manakala Yoo In-soo sebagai ahli counter baru bernama Jeok-bong. Nantikan!

Spesifikasi The Uncanny Counter Season 2: Counter Punch:

Genre: Aksi, Misteri, Komedi, Supernatural
Jumlah episod: 12
Tayangan: 29 Julai 2023 – 3 September 2023
Pelakon: Cho Byeong Kyu, Yoo Joon Sang, Kim Se Jeong, Yeom Hye Ran, Ahn Suk Hwan, Yoo In Soo in, Na Jeok Bong
Trailer: https://www.youtube.com/watch?v=0t6HwJ84SWE

Jika dahulu, drama bersiri dari Barat dilihat yang terbaik, tetapi kini masyarakat dunia mempunyai pilihan untuk mendapatkan pelbagai sumber hiburan alternatif dengan mudah. Kecenderungan ini telah mencetuskan ilham kepada kebanyakkan pengusaha media dan penerbit drama juga filem Korea Selatan untuk menjual budaya sebagai pakej komoditi yang menguntungkan. Malah, hal itu turut disokong oleh pemimpin tertinggi di Korea Selatan dan syarikat gergasi di sana untuk menaikkan dunia hiburan. Hari ini pakej budaya Korea Selatan lebih kepada bahasa, budaya, warisan, makanan dan destinasi pelancongan menjadi salah satu tarikan, semuanya bermula dari pengaruh drama dan filem Korea yang disajikan kepada penonton dunia. Fenomena ini telah diterima dengan baik dan memberi kesan yang positif pada sosio budaya masyarakat Korea sendiri menyebabkan penerbit, pengarah dan artis di sana sentiasa ingin memberikan yang terbaik.

Pegaruh setiap drama atau filem sangat menonjol sehingga berjaya menyerap masuk dalam kehidupan ramai penonton khasnya di Malaysia. Puluhan judul K-Drama memasuki pasaran tempatan, sama ada di TV tempatan mahupun ditonton secara dalam talian. Ada yang setia menanti setiap episod baru saban minggu tidak kurang juga yang lebih gemar ‘marathon’ menunggu sehingga semua episod selesai ditayangkan. Untuk yang jenis layan ‘on going’ drama, pastinya setiap minggu anda terisi dengan pelbagai cerita dan kisah menarik menerusi drama Korea yang sentiasa up to date.



Related posts