Panduan Komprehensif untuk Pelajar: 5 Penyedia Pinjaman Pengajian Dipercayai Terbaik di Malaysia

Panduan Komprehensif untuk Pelajar: 5 Penyedia Pinjaman Pengajian Dipercayai Terbaik di Malaysia
Hartanah & Perkhidmatan


Semasa menanti keputusan SPM dan STPM, ramai pelajar merancang untuk melanjutkan pengajian mereka di kolej atau universiti. Bagaimanapun, tekanan dan tekanan meningkat apabila keputusan mereka tidak memenuhi jangkaan. Keadaan kewangan keluarga juga menjadi cabaran apabila pendapatan rumah tangga rendah. Untuk menyelesaikan masalah ini, pelajar boleh memohon pinjaman melalui skim pinjaman pelajar kerajaan yang boleh dipercayai. Skim pinjaman ini menawarkan faedah yang rendah serta jaminan yang dipercayai. Dengan ini, pelajar dapat membiayai impian mereka untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi dan mencapai profesion yang diidamkan. Kemudahan bayaran balik yang fleksibel juga disediakan bagi memudahkan pelajar. Sebelum memohon, pelajar perlu memahami terma dan syarat yang dikenakan agar mereka dapat membuat keputusan yang bijak dan memahami tanggungjawab mereka terhadap pinjaman tersebut. Kini terdapat lambakkan syarikat dan organisasi di Malaysia yang menawarkan pinjaman dan penajaan untuk pelajar. Khas untuk anda yang berminat, ini antara pinjaman pendidikan terbaik di Malaysia.

PTPTN

PTPTN
Pinjaman PTPTN bukanlah sesuatu yang asing di Malaysia, malah boleh dikatakan ramai pelajar di Malaysia memilih pinjaman ini sebagai alternatif utama dalam melanjutkan pengajian. Ia ditawarkan oleh kerajaan Malaysia untuk pelajar dan mempunyai tempoh bayaran balik yang fleksibel, bergantung kepada jumlah pinjaman dan pendapatan selepas tamat pengajian. Tahun demi tahun terdapat pelbagai pelaksanaan inisiatif pemberian diskaun dan penangguhan bayaran balik sehingga 20 peratus kepada peminjam yang menepati syarat. Inisiatif ini dilakukan untuk meringankan beban kewangan kepada peminjam.

Kelebihan PTPTN:

  • Tempoh bayaran balik fleksibel
  • Pinjaman ditawarkan oleh kerajaan Malaysia
  • Boleh dipercayai
  • Kos pengajian termasuk yuran pengajian, kos asrama akan ditanggung

Kekurangan PTPTN:

  • Tiada platform online untuk menyemak jumlah baki pinjaman

Info PTPTN:

Laman web rasmi: https://www.ptptn.gov.my/
No tel: 03-2193 3000

Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) Bank Rakyat

Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) Bank Rakyat
PPBU atau Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah adalah skim pinjaman yang ditawarkan oleh Yayasan Bank Rakyat kepada rakyat Malaysia yang mahu melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi seperti Sijil Kemahiran, Diploma, Ijazah Sarjana Muda dan Profesional dan pemohon yang menjalani pengajian secara sepenuh masa. Tempoh maksimum penjaan PPBU ini adalah selama 3 tahun dan lanjutan 1 tahun.

Kelebihan Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) Bank Rakyat:

  • Pinjaman boleh dipercayai
  • Peluang bekerja di Bank Rakyat jika menepati kriteria diperlukan
  • Tempoh penajaan sehingga 4 tahun

Kekurangan Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) Bank Rakyat:

  • Pelajar pengajian separuh masa tidak layak

Info Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) Bank Rakyat:

Laman web rasmi: https://yayasanbankrakyat.com.my/ybr23/
No tel: 03- 2612 9600

AMMA Foundation Study Loan

AMMA Foundation Study Loan
Yayasan AMMA telah ditubuhkan pada tahun 1980, sebagai sebuah syarikat terhad dengan jaminan dan tidak mempunyai Modal Saham. Objektif utamanya adalah untuk membantu rakyat Malaysia yang memerlukan melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi yang diluluskan di Malaysia. Yayasan ini adalah organisasi amal bukan untuk keuntungan berstatus dikecualikan cukai yang menawarkan pinjaman pelajaran kepada pelajar berbakat dan layak yang mempunyai masalah kewangan. Pertimbangan yang sewajarnya akan diberikan ke atas permohonan berasaskan keperluan dan merit.

Kelebihan AMMA Foundation Study Loan:

  • Pinjaman boleh dipercayai
  • Jumlah pinjaman berbeza mengikut jurusan pengajian dan keadaan kewangan setiap penuntut
  • Pengajian tanpa faedah

Kekurangan AMMA Foundation Study Loan:

  • Tidak menawarkan pinjaman kepada pelajar yang ingin mengikuti Ijazah dalam Perubatan atau Pergigian

Info AMMA Foundation Study Loan:

Laman web rasmi: http://www.ammafoundation.com.my/index.aspx
No tel:

Program Ijazah Dalam Negara (PIDN)

Program Ijazah Dalam Negara (PIDN)
PIDN ataupun Program Ijazah Dalam Negara adalah program penajaan dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah yang diberikan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam JPA kepada pelajar peringkat Ijazah Pertama yang sedang mengikuti pengajian di Universiti Awam, Politeknik Premier dan Government Linked Universities di Malaysia. Pinjaman ini agak popular dalam kangan pelajar universiti dan ditawarkan kepada semua bidang universiti.

Kelebihan Program Ijazah Dalam Negara (PIDN):

  • Mempunyai kelulusan SPM dan tidak menerima mana-mana tajaan
  • Pinjaman boleh dipercayai

Kekurangan Program Ijazah Dalam Negara (PIDN):

  • Pelajar yang telah memulakan pengajian tetapi belum tamat semester satu, anda harus mencapai PNGK sekurang-kurangnya 3.30 untuk memohon PIDN

Info Program Ijazah Dalam Negara (PIDN):

Laman web rasmi: www.jpa.gov.my
No tel: 03 – 8885 3297

Pinjaman Pelajaran MARA

Pinjaman Pelajaran MARA
Pinjaman Pelajaran MARA ini juga merupakan antara pinjaman popular dalam kalangan pelajar di Malaysia. Kelayakan paling penting adalah pelajar mestilah bumiputera dan warganegara Malaysia yang merupakan golongan B40 dan M40. Hal ini kerana MARA mahu meringankan beban membayar pembiayaan kolej dan universiti bagi para pelajar dari golongan tersebut. Menariknya, anda tidak akan dikenakan sebarang kadar faedah ketika membuat bayaran balik kepada MARA. Malahan lagi, anda boleh mendapat diskaun bayaran balik, dengan syarat, anda melepasi pointer sekurang-kurangnya 3.0 dalam keputusan semester anda.

Kelebihan Pinjaman Pelajaran MARA:

  • Tiada kadar faedah
  • Boleh mendapat diskaun bayaran balik
  • Pinjaman boleh dipercayai

Kekurangan Pinjaman Pelajaran MARA:

  • Jumlah maksimum tidak terlalu banyak

Info Pinjaman Pelajaran MARA:

Laman web rasmi: https://www.mara.gov.my/
No tel: 03-2613 2000

Antara perkara anda perlu ambil perhatian sebelum memohon pinjaman adalah risikonya. Sebagai seorang pelajar, anda memulakan komitmen berhutang tanpa sebarang jaminan pekerjaan sekaligus ia akan meningkatkan komitmen kewangan anda di masa hadapan apabila anda mahu membuat pinjaman lain seperti membeli kereta, rumah dan sebagainya. Anda juga perlu tahu jumlah bunga pinjaman yang dikenakan dan mula merancang pelan pembayaran untuk masa akan datang.

Sesetengah pinjaman pendidikan juga memerlukan jaminan seperti cagaran atau penjamin dan ia mungkin akan menyukarkan pelajar yang tidak berkemampuan. Oleh itu, penting untuk anda mempertimbangkan keseluruhan kos dan tanggungjawab sebelum membuat keputusan memohon pinjaman tersebut.



Related posts