10 Skim Pinjaman Dan Pembiayaan Untuk Memulakan Perusahaan Kecil Dan Sederhana (PKS) Khusus Buat Rakyat Malaysia

10 Skim Pinjaman Dan Pembiayaan Untuk Memulakan Perusahaan Kecil Dan Sederhana (PKS) Khusus Buat Rakyat Malaysia
Hartanah & Perkhidmatan


Sebuah perusahaan akan dikategorikan sebagai Perusahaan Kecil Dan Sederhana (PKS) apabila ia memenuhi dua syarat iaitu; Jualan tahunan tidak melebihi RM50 juta atau bilangan pekerja sepenuh masa tidak melebihi 200 orang untuk sektor pembuatan serta jualan tahunan tidak melebihi RM20 juta atau bilangan pekerja sepenuh masa tidak melebihi 75 orang untuk perkhidmatan dan sektor-sektor lain. Antara kelebihan untuk PKS yang terdapat di Malaysia ialah terdapat banyak bank dan institusi kewangan menyediakan pinjaman melalui skim-skim yang dikhaskan. Langkah ini adalah sangat tepat dalam memberi bantuan kepada pengusaha PKS untuk memulakan perniagaan dengan modal yang mencukupi.

Skim pinjaman dan pembiayaan yang ditawarkan oleh bank dan institusi kewangan ini mempunyai kadar faedah dan keuntungan yang tersendiri bergantung kepada jumlah dan tempoh pinjaman anda. Khas buat anda yang bakal menjadi pengusaha PKS dan masih mencari-cari skim pinjaman dan pembiayaan yang bersesuaian dengan perusahaan anda, jom kita lihat senarai 10 bank & institusi kewangan di Malaysia yang menyediakan pinjaman kewangan dengan ciri-ciri kelayakan untuk setiap pinjaman.

Skim Kredit Pengeluaran Makanan-i (SKPM-i)

Skim Kredit Pengeluaran Makanan-i (SKPM-i)
Skim Kredit Pengeluaran Makanan-i (SKPM-i) adalah insentif daripada Agro Bank Malaysia, yang telah membantu PKS berasaskan pengeluaran makanan untuk meningkatkan produktiviti dan jangkauan pasaran mereka. Dengan program ini, PKS menerima pinjaman sehingga 100% daripada jumlah kos projek, yang boleh mencecah maksimum RM500, 000. Kadar tersebut telah ditetapkan pada 3.7% setahun, dan tempohnya ialah 8 tahun. Selain itu, untuk menerima faedah dana, PKS perlu bekerja dalam mana-mana aktiviti pengeluaran makanan yang dikendalikan oleh Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani Malaysia, atau mana-mana kerajaan negeri atau agensi kerajaan.

Kelebihan Skim Kredit Pengeluaran Makanan-i (SKPM-i):

  • Kadar maksimum yang tinggi
  • Tempoh agak lama iaitu 8 tahun
  • Membantu pengusaha perusahaan kecil dan sederhana

Kekurangan Skim Kredit Pengeluaran Makanan-i (SKPM-i):

  • Hanya perniagaan berasaskan makanan sahaja

Info Skim Kredit Pengeluaran Makanan-i (SKPM-i):

Had pembiayaan: Sehingga 100% kos projek tertakluk kepada nilai maksimum RM 500,000
Tempoh: 8 tahun
Kadar keuntungan: 3.75%

Tabung Usahawan Siswazah (TUS)

Tabung Usahawan Siswazah (TUS)
Khas untuk anda yang bergelar siswazah dan berminat untuk memulakan perniagaan, anda disaran untuk memohon peruntukan Tabung Usahawan Siswazah (TUS). Inisiatif ini bertujuan untuk menggalakkan lebih ramai lepasan Universiti menceburkan diri dalam bidang keusahawanan. Dana ini merupakan pembiayaan mudah bagi memulakan perniagaan dalam sektor perkhidmatan dan perindustrian dan juga bagi para graduan yang mempunyai perniagaan sedia ada.

Kelebihan Tabung Usahawan Siswazah (TUS):

  • Semua jenis perniagaan dibenarkan kecuali pelaburan hartanah dan industry Primary Agriculture
  • Firma perseorangan, perkongsian dan syarikat Sendirian Berhad boleh memohon TUS.
  • Pembiayaan maksimum boleh diberikan sehingga 95% daripada jumlah kos projek bagi pembiayaan kurang dari RM100,000 dan 90% daripada jumlah kos projek bagi pembiayaan melebihi RM100,000
  • Tempoh maksimum pembiayaan TUS diberikan sehingga 10 tahun atau sehingga 20 tahun (untuk bangunan/premis perniagaan sahaja).

Kekurangan Tabung Usahawan Siswazah (TUS):

  • Umur lebih 40 tahun tidak boleh memohon

Info Tabung Usahawan Siswazah (TUS):

Had pembiayaan: RM 20,000 hingga RM 500,000. Pembiayaan sehingga RM 750,000
Tempoh: 10-20 tahun
Kadar keuntungan: 4%

PROSPER Usahawan Muda (PUMA)

PROSPER Usahawan Muda (PUMA)
PROSPER Usahawan Muda (PUMA) adalah skim yang membiayai saiz perniagaan usahawan muda dengan bantuan pemantauan seperti latihan dan sebagainya. Menariknya, pinjaman ini adalah berasaskan syariah dengan jumlah bermula dari RM5,000 hingga RM50,000 (individu) dan sehingga RM100,000 (perkongsian). Ianya dikhaskan kepada usahawan Bumiputera yang berumur di bawah 33 tahun bagi memulakan perniagaan. Tempoh pembayaran balik adalah sehingga tujuh tahun.

Kelebihan PROSPER Usahawan Muda (PUMA):

  • Produk pembiayaan berasaskan Shari’ah
  • Jumlah pembiayaan untuk individu dari RM5,000 hingga RM50,000
  • Jumlah pembiayaan untuk perkongsiaan sehingga RM100,000
  • Tempoh pembayaran sehingga 7 tahun

Kekurangan PROSPER Usahawan Muda (PUMA):

  • Kadar keuntungan agak tinggi

Info PROSPER Usahawan Muda (PUMA):

Had pembiayaan: RM 5000 – RM 100,000
Tempoh: 7 tahun
Kadar keuntungan: 5% – 8%

Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED)

Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED)
Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED) ialah insentif pinjaman daripada kerajaan Malaysia, yang menyediakan bantuan kewangan kepada usahawan Bumiputera dari kawasan luar bandar di Malaysia. Objektif program ini adalah untuk memudahkan Bumiputera luar bandar melabur dalam perniagaan mereka sendiri dan mengendalikannya secara inovatif, membantu mereka dengan bantuan ekonomi yang diperlukan untuk mencapai lebih banyak pasaran yang lebih besar dengan pinjaman pulangan rendah. Skim ini juga dijangka menarik lebih ramai Bumiputera luar bandar untuk menceburi bidang keusahawanan, akhirnya membantu meningkatkan ekonomi luar bandar di Malaysia. Di bawah program ini, mana-mana usahawan Bumiputera luar bandar yang mempunyai idea perniagaan berskala akan mendapat pembiayaan daripada RM 20,000 hingga RM250,000. Ia bergantung pada jenis perniagaan dan tempoh masa perniagaan itu berjalan.

Kelebihan Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED):

  • Pembiayaan berlandaskan konsep Syariah (Ijarah Thummalbai, Bai’ Bithaman Ajil, Bai Murabahah dan Bai’ Dayn).
  • Membangunkan usahawan Bumiputera luar bandar di dalam semua bidang ekonomi yang berdaya maju dan dibenarkan oleh undang-undang.
  • Menggalakkan penglibatan dan pembangunan usahawan Bumiputera bagi mewujudkan peluang pekerjaan, meningkatkan pendapatan serta perniagaan yang berdaya maju kepada masyarakat di luar bandar.
  • Memajukan sektor-sektor ekonomi yang berpotensi tinggi di luar bandar.

Kekurangan Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED):

  • Hanya Bumiputera boleh memohon

Info Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED):

Had pembiayaan: RM 20,000 – RM 250,000
Tempoh: 3 -7 tahun
Kadar keuntungan: 3.5%

Pembiayaan Dana Usahawan Muda (YEF)

Pembiayaan Dana Usahawan Muda (YEF)
Pembiayaan Dana Usahawan Muda (YEF) adalah untuk membantu serta menyokong usahawan muda untuk mengembangkan perniagaan ke tahap lebih tinggi. Usahawan muda yang berumur antara 21 hingga 40 tahun boleh memohon dana ini bagi proses pemerolehan mesin atau peralatan, pengubahsuaian bangunan dan sebagainya.

Kelebihan Pembiayaan Dana Usahawan Muda (YEF):

  • Jumlah pembiayaan sehingga RM 1 juta
  • Membantu pemerolehan loji/mesin/peralatan
  • Sebagai modal untuk pengubahsuaian bangunan

Kekurangan Pembiayaan Dana Usahawan Muda (YEF):

  • Kadar keuntungan agak tinggi

Info Pembiayaan Dana Usahawan Muda (YEF):

Had pembiayaan: RM 100,000 – RM 1,000,000
Tempoh: 10 tahun
Kadar keuntungan: 5% – 6.5%

BSN Micro TemaNiaga-i Tawarruq

BSN Micro TemaNiaga-i Tawarruq
BSN Micro TemaNiaga-i Tawarruq adalah sebuah skim pinjaman dan pembiayaan islamik oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) yang dibuka kepada semua pengusaha PKS yang telah menjalankan perniagaan selama dua tahun dan lebih. Pinjaman dan pembiayaan ini menawarkan kadar faedah yang rendah dan tempoh pembayaran fleksibel. Pinjaman ditawarkan bermula dari RM 5,000 sehingga RM 50,000 dengan tempoh pinjaman dari 12 sehingga 60 bulan dan menjanjikan pulangan tahunan sebanyak RM 300 ribu sehingga maksimum RM 15 juta. Kadar faedah keuntungan diperolehi dari pinjaman ini adalah sebanyak 6.38%. Skim pinjaman dan pembiayaan ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang berumur dari 21 sehingga 60 tahun yang menjalankan perusahaan berkaitan pembuatan, servis samada dalam sektor perniagaan runcit mahupun borong. Dengan BSN Micro TemaNiaga-i Tawarruq, anda juga diwajibkan untuk mengambil pelan takaful sebagai langkah persediaan jika terdapat kematian ataupun kemalangan.

Kelebihan BSN Micro TemaNiaga-i Tawarruq:

  • Terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia berumur 21 sehingga 60
  • Pulangan tahunan RM 300 ribu sehingga maksimum RM 15 juta
  • Pelan takaful sebagai perlindungan

Kekurangan BSN Micro TemaNiaga-i Tawarruq:

  • Hanya untuk perniagaan yang telah beroperasi selama 2 tahun keatas sahaja
  • Kadar pinjaman maksimum yang rendah

Info BSN Micro TemaNiaga-i Tawarruq:

Had pembiayaan: Dari RM 5,000 sehingga RM 50,000 sahaja
Tempoh: 1 hingga 5 tahun
Kadar keuntungan: 6.38%

EXIM Bank

EXIM Bank
EXIM Bank melalui dana Bank Negara Malaysia (BNM) juga menawarkan skim pinjaman dan pembiayaan PKS khusus buat anda yang mahu memulakan perniagaan dan mengembangkan perniagaan sedia ada. Ia bertujuan untuk membiayai PKS dari segi modal dan kewangan untuk memacu perkembangan PKS di Malaysia. Skim pinjaman dan pembiayaan ini terbuka buat PKS pelbagai sektor yang berdaftar dengan SSM dan juga pemilik perusahaan haruslah rakyat Malaysia yang menetap di Malaysia dan mempunyai pegangan saham tidak lebih daripada 51%. Syarikat Tersenarai Awam dan juga Syarikat Berkaitan Kerajaan pula tidak boleh mempunyai pegangan saham lebih daripada 20% bagi melayakkan PKS mendapat manfaat pinjaman dan pembiayaan ini. Tempoh pinjaman bagi skim ini ialah lebih daripada 5 tahun dengan kadar faedah pembiayaan sehingga 7%.

Kelebihan EXIM Bank:

  • Untuk pelbagai sektor PKS
  • Terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang mempunyai pegangan saham tidak melebihi 51%
  • Dana Bank Negara Malaysia

Kekurangan EXIM Bank:

  • Kadar faedah pembiayaan agak tinggi, sehingga 7%

Info EXIM Bank:

Had pembiayaan: Sehingga RM 5 juta
Tempoh: Lebih dari 5 tahun
Kadar faedah pembiayaan: sehingga 7%

Agrobank Term Financing-i

Agrobank Term Financing-i
Agrobank Term Financing-i dari Agrobank adalah sebuah skim pinjaman dan pembiayaan dikhususkan untuk PKS dan perusahaan mikro yang menjalankan aktiviti perusahaan patuh syariah yang berkaitan dengan sektor pertanian sahaja. Pinjaman ini adalah pinjaman islamik dengan kadar keuntungan 11%. Anda boleh membuat pinjaman bermula dari RM 1,000 sehingga RM 50,000 dengan tempoh pinjaman dari 12 sehingga 60 bulan. Pulangan keuntungan yang dijangkakan adalah dari minimum RM 300 ribu sehingga maksimum RM 15 juta. Untuk memohon pinjaman ini, perusahaan anda perlulah berdaftar dengan SSM dan beroperasi dalam tempoh 2 tahun atau lebih, serta dimiliki oleh rakyat Malaysia berumur 21 sehingga 60 tahun secara 100%. Bergantung kepada kelulusan pihak bank dan profil anda, anda layak untuk diberikan pinjaman sehingga 100% mengikut kadar kos keseluruhan projek. Pengusaha perusahaan mikro secara separuh masa atau sepenuh masa juga mempunyai kelayakan untuk memohon pinjaman ini.

Kelebihan Agrobank Term Financing-i:

  • Untuk PKS dan perusahaan mikro
  • Pinjaman Islamik dengan kadar keuntungan 11%
  • Layak untuk pinjaman 100% mengikut kos keseluruhan projek bergantung kepada kelulusan pihak bank dan profil

Kekurangan Agrobank Term Financing-i:

  • Hanya untuk aktiviti perusahaan berkaitan pertanian sahaja

Info Agrobank Term Financing-i:

Had pembiayaan: RM 1,000 sehingga RM 50,000
Tempoh: sehingga 5 tahun
Kadar faedah pembiayaan: sehingga 11%

SME Bank Small Business Financing

SME Bank Small Business Financing
Anda adalah pengusaha perniagaan mikro yang memerlukan dana bagi mengembangkan lagi perniagaan anda? SME Bank adalah institusi kewangan yang menawarkan khidmat pinjaman dan pembiayaan kepada pengusaha perniagaan mikro melalui skim SME Bank Small Business Financing. Ia bertujuan untuk menyokong pertumbuhan perusahaan mikro di Malaysia dan membantu perkembangan dan perubahan status perusahaan mikro ke PKS. Anda layak untuk membuat pinjaman bermula dari RM 100,000 sehingga RM 750,000 dengan syarat perusahaan mikro anda telah berdaftar dengan SSM dan telah beroperasi lebih dari 2 tahun. Selain itu, pemilikan bagi perusahaan ini perlulah 51% dimiliki oleh Bumiputera dengan Ketua Pegawai Eksekutif atau Pengarah Urusannya juga adalah Bumiputera. Skim pinjaman dan pembiayaan ini mempunyai tempoh pinjaman sehingga 7 tahun dengan minimum pulangan tahunan sebanyak RM 150,000 dan kadar keuntungan sebanyak 8 %. .

Kelebihan SME Bank Small Business Financing:

  • Khas untuk perusahaan mikro
  • Pinjaman dari RM 100,000 sehingga RM 750,000
  • Kadar keuntungan sebanyak 8%

Kekurangan SME Bank Small Business Financing:

  • Pinjaman bukan untuk Perusahaan Kecil Sederhana (PKS)

Info SME Bank Small Business Financing:

Had pembiayaan: RM 100,000 sehingga RM 750,000
Tempoh: sehingga 7 tahun
Kadar keuntungan: 8%

Business Start-Up Fund (BSF) by MOSTI

Business Start-Up Fund (BSF) by MOSTI
Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI) juga mempunyai skim pinjaman dan pembiayaan iaitu Business Start-Up Fund (BSF). Ia bertujuan untuk membantu dan menggalakkan usahawan untuk mencipta peluang-peluang baru yang lebih strategik melalui syarikat pemula yang berasaskan teknologi. Ia dikhaskan untuk sektor perusahaan berkaitan dengan kementerian iaitu Pertanian dan perhutanan, Bioteknologi, Teknologi dan kejuruteraan, Teknologi informasi maklumat dan Sains perubatan dan kesihatan yang turut mempunyai beberapa sub sektor. Pinjaman maksimum untuk skim ini ialah sebanyak RM 5 juta ataupun 90% daripada jumlah kos keseluruhan projek anda dengan kadar faedah sebanyak 3.5%. Tempoh pinjaman adalah selama 8 tahun termasuk 3 tahun tempoh penangguhan (grace period). Untuk kelayakan permohonan, syarikat anda perlulah dimiliki 70% oleh rakyat Malaysia, dengan produk yang ditampilkan perlulah berkaitan dengan inovasi atau penemuan baharu.

Kelebihan Business Start-Up Fund (BSF) by MOSTI:

  • Khas untuk sektor perusahaan berkaitan teknologi dan inovasi
  • Pinjaman sehingga RM 5 juta atau 90% daripada jumlah kos keseluruhan projek
  • Tempoh pinjaman 8 tahun termasuk 3 tahun tempoh penangguhan (grace period)

Kekurangan Business Start-Up Fund (BSF) by MOSTI:

  • Tidak terbuka untuk semua jenis PKS

Info Business Start-Up Fund (BSF) by MOSTI:

Had pembiayaan: RM 5 Juta atau 90% daripada jumlah kos keseluruhan projek
Tempoh: sehingga 8 tahun
Kadar faedah: 3.5%

Selain daripada senarai diatas, terdapat beberapa lagi bank dan institusi kewangan yang menawarkan skim pinjaman dan pembiayaan kepada PKS dan perusahaan mikro di Malaysia. Jika anda bercadang untuk menaik taraf perusahaan dan perniagaan anda kepada tahap yang lebih tinggi, anda perlu melakukan pelbagai perubahan dalam memacu perusahaan anda dengan melabur lebih untuk pulangan yang lebih lumayan. Jadi, skim pinjaman dan pembiayaan ini adalah langkah proaktif anda untuk menuju ke arah itu. Dengan pulangan dan kadar faedah yang pelbagai serta pembayaran yang fleksibel, anda mempunyai lebih banyak pilihan sebelum membuat keputusan.

Sebelum membuat keputusan untuk memohon skim pinjaman dan pembiayaan ini, pastikan anda membuat kiraan dan mengambil kira pelbagai jenis aspek sebelum menentukan jumlah pinjaman yang anda perlukan. Ini untuk memastikan anda tidak mempunyai sebarang masalah untuk membayar semula ansuran pinjaman kelak.



Related posts