Jom Melawat Kedai Basikal Popular Di KL Dan Selangor

Jom Melawat Kedai Basikal Popular Di KL Dan Selangor
Hartanah & Perkhidmatan


Dua tiga tahun kebelakangan ini, aktiviti berbasikal dilihat sudah menjadi trend. Ramai yang mula meminati dunia sukan berbasikal, bukan sahaja lelaki bahkan kaum wanita dan kanak-kanak, malah golongan ternama dan selebriti juga menunjukkan minat berbasikal. Pada hujung minggu atau cuti umum, pelbagai lapisan usia menjadikan aktiviti itu sebagai hobi sama ada bersama keluarga, rakan ataupun secara sendirian.

Pelbagai jenis basikal kini terdapat di pasaran, lebih canggih dan tidak sama seperti basikal pada era lampau malah kerangka basikal model baharu jauh lebih ringan berbanding basikal lama. Jika dahulu basikal jenis BMX menjadi pilihan, kini basikal jenis Dahon Vybe D7, Raleigh Ugo Folding Bike, Asogo Mountain Bike dan banyak lagi turut menarik minat orang ramai. Komponen yang terdapat pada sebuah basikal ada yang mahal dan mungkin memerlukan perbelanjaan ratusan ringgit dan boleh mencapai ribuan ringgit untuk dibeli. Oleh yang demikian penyelenggaraan basikal adalah perlu untuk memastikan pemilik basikal tidak mengeluarkan perbelanjaan yang besar untuk menggantikan komponen tersebut. Mencari basikal ideal untuk kalian? Jom kunjungi lima kedai basikal popular di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor untuk tahun 2023 ini.

Jom Melawat 5 Kedai Basikal Popular Di KL Dan Selangor 2023

Joo Ngan Professional Bike Centre

Joo Ngan Professional Bike Centre
Dengar nama Joo Ngan Professional Bike Centre pasti sudah ramai yang boleh mengagak siapakah gerangan empunya kedai basikal ini. Joo Ngan Professional Bike Centre adalah kedai basikal milik Datuk Ng Joo Ngan, bekas jaguh berbasikal, penerima Anugerah Olahragawan 1970 dan jurulatih terbaik berbasikal negara 2014. Antara kejayaan terbesar Datuk Ng Joo Ngan ialah pernah memenangi pingat emas acara 200 kilometer individu (pemegang rekod) dan pingat perak di Sukan Asia di Bangkok pada 1970, selain muncul juara kebangsaan acara trek dan lebuh raya serta juara individu dan berpasukan keseluruhan Jelajah Jawa.

Walaupun sudah bersara, namun cintanya pada basikal tidak pernah padam dengan kewujudan Joo Ngan Professional Bike Centre yang sudah beroperasi 31 tahun lalu sejak 1992. Joo Ngan Professional Bike Centre juga boleh dikatakan antara kedai basikal tertua di Kuala Lumpur menawarkan pelbagai jenama basikal dari seluruh dunia.
Hanya basikal yang berkualiti ditawarkan kepada pelanggan dengan harga yang berpatutan. Selain menjual produk basikal, di Joo Ngan Professional Bike Centre juga menawarkan khidmat membaiki basikal, khidmat nasihat dan tunjuk ajar secara percuma kepada anak muda yang berminat menjadi seorang pelumba basikal.

Kelebihan Joo Ngan Professional Bike Centre

  • Antara kedai basikal paling lama beroperasi
  • Menawarkan pelbagai jenama basikal antarabangsa
  • Kualiti basikal dengan harga berpatutan
  • Ada khidmat membaiki basikal & nasihat

Kekurangan Joo Ngan Professional Bike Centre

  • Kawasan parkir terhad

Spesifikasi Joo Ngan Professional Bike Centre

Info https://www.facebook.com/joonganprobike/
https://www.instagram.com/joonganprobike/
Alamat 377-1, Jln Ampang, Desa Pahlawan, 50450 Kuala Lumpur
Hubungi 012-802 1808
Waktu Beroperasi Buka Selasa hingga Ahad dari jam 11.30am – 6.00pm. Tutup hari Isnin

The Bike Artisans

The Bike Artisans
The Bike Artisans ‘butik’ basikal terkemuka dan popular di Lembah Klang. The Bike Artisans dikenali sebagai kedai basikal yang menawarkan jenis basikal premium material titanium, keluli tahan karat dan karbon. The Bike Artisans menyediakan servis yang terbaik bukan sahaja produk yang ditawarkan malah pelanggan juga sangat berpuas hati dengan setiap layanan daripada staf di sini.
Antara jenama basikal yang boleh diperolehi di sini seperti Pegoretti, Stelbel, Focus, Passion, Parlee, SlideAway, Moulton dan Tern. Beroperasi sejak tahun 2016, The Bike Artisans juga menawarkan pelbagai kelengkapan berbasikal seperti aksesori bermusim, edisi terhad, terkini dan pakaian berkualiti untuk penunggang basikal. Jika pelanggan mempunyai masalah dengan basikal yang dimiliki, The Bike Artisans juga sedia menerima khidmat membaiki dan servis basikal dikendalikan oleh staf berpengalaman serta terlatih. Paling menarik, The Bike Artisans sedia menerima tempahan basikal jenis custom made. Sebut sahaja jenis basikal impian anda, di The Bike Artisans pasti menunaikan hajat tersebut.

Kelebihan The Bike Artisans

  • Tawar basikal premium
  • Ada khidmat membaiki & servis basikal
  • Boleh custom made basikal idaman
  • Staf peramah & berpengalaman

Kekurangan The Bike Artisans

  • Slot temujanji lebih awal diperlukan untuk tempahan basikal custom made

Spesifikasi The Bike Artisans

Info https://www.thebikeartisans.com/
https://www.instagram.com/thebikeartisans/
Alamat 36G & 38G, The ROW, Jalan Doraisamy, 50300 Kuala Lumpur
Hubungi 03-2202 8018
Waktu Beroperasi 11:00 pagi – 7:00 malam (Isnin – Sabtu) / Tutup (Ahad)

Keen to Cycle Klang

Keen to Cycle Klang
Keen to Cycle Klang sebuah lagi kedai basikal popular bertempat di Meru menawarkan pelbagai jenis basikal bagi memenuhi keperluan riadah dan aktiviti harian pelanggan. Keen to Cycle Klang, port popular terutama buat peminat model basikal lipat. Terdapat pelbagai jenis model basikal lipat di sini dan ditawarkan dengan jualan secarai tunai dan ansuran bulanan yang rendah serta menjimatkan.
Buka sekadar basikal lipat, pelbagai basikal lain juga ada dipasarkan di Keen to Cycle Klang antaranya basikal kanak-kanak, basikal kembara, dan banyak lagi. Selain berurusan di premis perniagaan Keen to Cycle Klang setiap Isnin hingga Sabtu, pelanggan juga boleh membuat belian di aplikasi dan website atas talian Shopee bila-bila masa sahaja. Bagi peminat sukan berbasikal, Keen to Cycle Klang sememangnya berbaloi untuk dikunjungi jika berhajat memiliki basikal berkualiti tinggi, aksesori dan alat ganti dengan harga berpatutan.

Kelebihan Keen to Cycle Klang

  • Port basikal lipat
  • Boleh buat belian secara atas talian
  • Tawaran bayaran secara ansuran
  • Harga berpatutan

Kekurangan Keen to Cycle Klang

  • Tiada khidmat servis basikal

Spesifikasi Keen to Cycle Klang

Info https://shopee.com.my/keen_to_cycle_resources
https://www.facebook.com/keentocycleklang/
Alamat No.117G, Pusat Perniagaan NBC, Jln Meru, 41050 Klang, Selangor
Hubungi 03-3359 1341
Waktu Beroperasi Buka setiap Isnin hingga Sabtu dari jam 10am – 7pm. Tutup Ahad

MYB Bicycle Store Sdn Bhd

MYB Bicycle Store Sdn Bhd
MYB Bicycle Store Sdn Bhd kedai basikal popular terletak di Puchong menawarkan pelbagai jenis model basikal tanpa perlu berbelanja besar untuk mendapatkan basikal berkualiti tinggi. Daripada basikal kanak-kanak hingga ke basikal jenis premium dan profesional semuanya ada di MYB Bicycle Store Sdn Bhd. Selain menawarkan basikal jenis lipat, BMX, Fixie, Mountain Bike, dan basikal elektrik, MYB Bicycle Store Sdn Bhd ada menawarkan khidmat membaiki dan servis basikal daripada mekanik khas yang berpengalaman.

Bahkan, jika ingin mencari aksesori atau alat ganti basikal juga boleh ke premis perniagaan yang di buka setiap hari Isnin hingga Sabtu. Misalnya tidak berkesempatan, pelanggan juga boleh berbelanja hanya di atas talian menerusi aplikasi shopee. Setiap pembelian di MYB Bicycle Store Sdn Bhd, pelanggan juga akan menerima pelbagai hadiah percuma tanda penghargaan bagi pihak pengurusan kedai basikal ini.

Kelebihan MYB Bicycle Store Sdn Bhd

  • Pelbagai jenis basikal khas untuk kanak-kanak hingga dewasa
  • Belian secara atas talian di aplikasi shopee
  • Ada khidmat servis dan baiki basikal
  • Harga berpatutan

Kekurangan MYB Bicycle Store Sdn Bhd

  • Kawasan parkir terhad

Spesifikasi MYB Bicycle Store Sdn Bhd

Info https://www.instagram.com/mybbicyclestore/
https://www.facebook.com/MYB.bicycle.store/
https://shopee.com.my/myb.bicycle.store
Alamat 16-G, Jalan Kenari 12b, Bandar Puchong Jaya, 47100 Puchong, Selangor
Hubungi 03-5892 2192
Waktu Beroperasi Buka setiap Isnin hingga Sabtu dari jam 10.30am – 8.00pm. Tutup Ahad

Two Wheels Only Premium Bike Store

Two Wheels Only Premium Bike Store
Two Wheels Only Premium Bike Store merupakan penjual sah untuk jenama mewah Ridley, Enve, Lake dan lain-lain lagi. Two Wheels Only Premium Bike Store menyediakan servis terbaik bukan sahaja produk premium yang ditawarkan malah pelanggan juga sangat berpuas hati dengan khidmat mesra dan layanan yang diberikan setiap kali melangkah ke premis ini.
Two Wheels Only Premium Bike Store beroperasi pada setiap hari Isnin hingga Sabtu malam. Antara produk dan aksesori lain untuk basikal yang boleh diperolehi di sini dengan tempoh jaminan tertentu seperti komponen, tayar dan gajet khas untuk berbasikal . Jika ada sebarang keperluan untuk membaiki atau servis basikal premium, jangan teragak-agak untuk menghantar ke Two Wheels Only Premium Bike Store. Di premis ini tersedia ruang khas untuk membaiki basikal dikendalikan oleh dua orang mekanik profesional berpengalaman.

Kelebihan Two Wheels Only Premium Bike Store

  • Pengeluar basikal berjenama mewah
  • Produk berkualiti
  • Tempoh jaminan yang lama
  • Ada khidmat baiki & servis basikal

Kekurangan Two Wheels Only Premium Bike Store

  • Harga agak tinggi di pasaran

Spesifikasi Two Wheels Only Premium Bike Store

Info https://www.facebook.com/twowheelsonlymy/
https://www.instagram.com/t.w.o.premiumbikestore/
Alamat W102 West Wing, Metropolitan Square, No. 2, Jalan PJU 8/1, Damansara Perdana, 47820 Petaling Jaya, Selangor
Hubungi 03-7732 7727
Waktu Beroperasi Buka setiap Isnin hingga Sabtu dari jam 12.00pm – 8.00pm. Tutup Ahad

Aktiviti berbasikal perlu mengikut kesesuaian tempat serta jenis basikal seperti basikal ride bike, mountain bike, touring bike. Jika anda baru ingin menceburi bidang sukan berbasikal disarankan supaya memilih basikal yang betul. Sekiranya minat onroad jadi belilah basikal jenis road bike. Kalau minat onroad dan offroad beli basikal jenis Mountain Bike.

Kalau minat melancong pula dan memerlukan ruang beg atas basikal jadi beli touring bike. Mereka yang terhad bajetnya tidak perlu bersusah payah berhabisan untuk membeli basikal yang mahal. Belilah basikal yang sepadan dengan kemampuan dan tujuan kayuhan anda. Jangan lupa buat perbandingan di setiap kedai basikal terlebih dahulu sebelum memiliki basikal idaman. Jangan malu untuk bertanya dan mencari info daripada mereka yang berpengalaman dalam sukan berbasikal.

Berbasikal merupakan antara aktiviti sukan yang sangat baik untuk kesihatan. Kajian oleh pakar perubatan mendapati berbasikal amat sesuai untuk diamalkan oleh penghidap masalah pernafasan dan asma kerana keupayaannya dalam meningkatkan dan memperbaiki fungsi paru-paru. Aktiviti itu juga berkesan dalam merehatkan minda terutama jika kita berbasikal pada awal pagi atau lewat malam.



Related posts