Istimewa Ramadan – Basuh Dan Servis Kereta Anda Di Pusat Kecantikan Kereta Sekitar KL Dan Selangor

Istimewa Ramadan - Basuh Dan Servis Kereta Anda Di Pusat Kecantikan Kereta Sekitar KL Dan Selangor
Hartanah & Perkhidmatan


Pejam celik hari raya semakin lama semakin dekat. Kereta perlu diselenggara dengan baik, lagi-lagi nak menempuhi perjalanan berjam-jam dengan trafik yang sesak. Selain penjagaan enjin dan dalaman kereta, bahagian luaran kereta juga perlu dijaga rapi. Barulah sedap sikit mata memandang. Pasti mood raya anda akan meningkat berkali-kali ganda.

Alang-alang nak raya ni, hantarlah kereta anda ke pusat kecantikan kereta. Kereta anda bukan sahaja akan dibasuh seperti biasa, tetapi juga akan digilapkan untuk kelihatan lebih berkilat. Dan sekiranya anda nak kereta anda berkilat lebih lama, anda boleh cuba perkhidmatan ceramic coating mengikut bajet anda. Sempena musim perayaan ini lah, banyak pusat kecantikan kereta menawarkan pakej-pakej menarik untuk anda. Khas buat anda yang sedang mencari-cari pusat kecantikan kereta untuk kereta kesayangan anda, jom kita lihat senarai lima pusat kecantikan kereta di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor yang boleh anda kunjungi.

Istimewa Ramadan 2023 – Basuh Dan Servis Kereta Anda Di 5 Pusat Kecantikan Kereta Sekitar KL Dan Selangor

Alva Concept Store

Alva Concept Store
Alva Concept Store yang terletak di Damansara Damai ini mempunyai lima buah cawangan termasuk di Melaka dan Johor Bahru. Ia menawarkan servis coating, iaitu meratakan cecair seramik yang akan mewujudkan sebuah lapisan perlindungan pada badan kereta anda bertujuan untuk melindungi cat dan mempunyai UV protection bagi mengelakkan kereta anda dari mudah berkarat dan calar. Yang paling menarik pada coating ini, ianya tahan lama dan kereta anda akan sentiasa berkilat. Dalam proses coating ini, ALVA turut menggunakan produknya sendiri iaitu ALVA Coatbond, iaitu sebuah cecair yang diformulasikan khas untuk menghalang sebarang pembentukan larutan, tompokan dan bahan pencemar pada kereta anda sebelum cecair seramik disapu. Pastinya kereta anda akan berkilat sentiasa dalam tempoh yang lebih lama dengan penggunaan coating ini.

Sempena musim perayaan ini, Alva Concept Store turut menawarkan promosi coating pada kadar harga serendah RM588 sahaja dengan waranti 3 tahun. Promosi ini merangkumi basuhan dan sapuan coating sebanyak 3 lapisan pada seluruh kereta termasuk cermin depan, rim, dalaman dan lampu kereta. Proses coating inu akan mengambil masa dalam 3 hingga 4 jam. Buat anda yang berminat, anda boleh terus membuat temujanji atau walk in ke Alva Concept Store berdekatan anda.

Kelebihan Alva Concept Store

  • Coating lebih tahan lama dan lebih berkilat
  • ALVA Coatbond, formulasi khas untuk memperkuatkan coating seramik
  • Walk in dibenarkan
  • Promosi musim perayaan
  • Mempunyai lima buah cawangan

Kekurangan Alva Concept Store

  • Harga coating mahal jika dibandingkan dengan membasuh dan menggilap

Info Alva Concept Store

Nama Pusat Kecantikan Kereta Alva Concept Store
Servis Tinted, coating, audio, aksesori, cat, stiker, enjin dan insurans
Harga Promosi RM588.00 (Coating)
Waktu Operasi 9 Pagi – 8 Malam (Isnin – Ahad)
Pautan https://www.facebook.com/alvacshq/

7 Auto Spa

7 Auto Spa
7 Auto Spa menawarkan perkhidmatan coating, paint protection, nano ceramic window film, premium polish dan professional car wash. Dengan lebih dari 15 tahun pengalaman dan menerima pengiktirafan dalam The Malaysia Book of Record, pastinya hasil kerja dari pusat kecantikan kereta ini bakal memuaskan hati anda. Selain daripada coating, anda boleh membasuh dan menggilap kereta anda melalui perkhidmatan polish dan car wash. Perkhidmatan cucian kereta dilakukan oleh pasukan profesional yang akan meneliti setiap sudut dan inci pada kereta anda dan memastikan kesemua bahagian pada badan kereta anda dicuci dengan sekata.

Bahagian dalaman juga akan dicuci dan diteliti dengan sempurna untuk hasil yang terbaik. Untuk bahagian polish pula, 7 Auto Spa menggunakan penggilap berkualiti tinggi dan bertaraf profesional yang menghasilkan tahap kekilatan yang maksimum. Selain itu, untuk penjagaan badan kereta anda, penggilap ini juga mempunyai perlindungan UV yang menghalang daripada sebarang pembentukan karat dan calar. Dan pastinya, kereta anda akan sentiasa berkilat dalam apa jua keadaan cuaca dan tahan lebih lama. Anda risau slot tempahan sentiasa penuh? Jangan risau kerana 7 Auto Spa mempunyai lapan cawangan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Anda boleh membuat tempahan melalui aplikasi 7 Auto Spa dari playstore dan appstore.

Kelebihan 7 Auto Spa

  • 8 cawangan sekitar Kuala Lumpur dan Selangor
  • 15 tahun pengalaman
  • Menerima pengiktirafan The Malaysia Book of Record
  • Perkhidmatan profesional untuk servis basuh dan gilap kereta
  • Penggilap berkualiti tinggi dan tahan lama
  • Tempahan slot melalui aplikasi

Kekurangan 7 Auto Spa

  • Temujanji hanya melalui aplikasi sahaja.

Info 7 Auto Spa

Nama Pusat Kecantikan Kereta 7 Auto Spa
Servis Coating, paint protection, nano ceramic window film, premium polish dan professional car wash
Harga Promosi RM25.00 (Coating) / RM250.00 (Polish)
Waktu Operasi 9 Pagi – 8 Malam (Isnin – Ahad)
Pautan https://www.facebook.com/7autospaCarDetailing/

Onyx Detailing

Onyx Detailing
Onyx adalah sebuah peneraju pusat kecantikan kereta yang menawarkan perkhidmatan detailing, ceramic coating, paint protection film, window tinting, dan vinyl wrap services khusus untuk kereta-kereta mewah. Sebagai sebuah pusat kecantikan kereta yang menerima sijil International Detailing Association (IDA), Onyx dikenali dan dipercayai dengan hasil kerja yang berkualiti tinggi. Terletak di Kuala Lumpur, Onyx mempunyai tenaga pekerja profesional yang diiktiraf dan dilatih menggunakan teknologi dan alatan terkini untuk menyiapkan sesebuah kereta mengikut masa yang ditetapkan.
Jika anda mempunyai bajet yang lebih, anda boleh menghantar kereta anda untuk digilap melalui perkhidmatan polish dan wax. Harga yang ditawarkan berdasarkan masa yang diambil untuk menyiapkan kereta anda adalah sangat berpatutan. Ia bermula daripada RM650 mengikut jenis kereta anda dan mengambil masa sehingga 6 jam untuk disiapkan. Buat anda yang lebih teliti dan perfectionist, anda boleh mengambil satu lagi pakej iaitu quick detailing yang berharga RM80. Mengambil masa sehingga 45 minit, segala ruang serta sudut besar atau kecil pada kereta anda luar dan dalam akan dibersihkan oleh pekerja profesional untuk kilatan yang maksimum.

Kelebihan Onyx Detailing

  • Menerima sijil International Detailing Association (IDA)
  • Tenaga kerja profesional bersijil dan terlatih
  • Perkhidmatan Polish dan Wax selama 6 jam
  • Perkhidmatan Quick Detailing serendah RM80

Kekurangan Onyx Detailing

  • Fokus kepada kereta-kereta mewah, mahal dan berjenama import

Info Onyx Detailing

Nama Pusat Kecantikan Kereta Onyx Detailing
Servis Detailing, ceramic coating, paint protection film, window tinting, dan vinyl wrap
Harga Promosi RM 650.00 (Polish & Wax) / RM80.00 (Quick Detailing)
Waktu Operasi 10 Pagi – 7 Malam (Isnin – Ahad)
Pautan https://m.facebook.com/onyxdetailing.kl/?ref=page_internal&mt_nav=0

VanoTech Kuala Lumpur

VanoTech Kuala Lumpur
VanoTech secara rasminya beroperasi pada tahun 2019 dan telah menjadi salah satu pusat kecantikan kereta yang dikenali di Malaysia. Ia mempunyai lapan tahun pengalaman dan telah berkhidmat dengan lebih daripada lima ribu buah kereta. Menawarkan khidmat coating, paint protection film dan paint correction / polishing, VanoTech mempunyai tiga cawangan iaitu di Balakong, Kota Damansara dan ibu pejabat di Kuala Lumpur.

Untuk pakej coating, kereta anda akan disapu dan diratakan dengan cecair seramik daripada jenama VanoTech sendiri iaitu VanoTech 10H Diamond Ceramic Coating. Ia mempunyai formulasi tersendiri menggunakan teknologi dari negara Jerman yang memberikan efek kilat yang sangat jelas serta dan membentuk lapisan kristal yang bertindak sebagai pelindung kepada badan kereta anda. Selain itu, coating ini juga sangat elastik kerana mampu melawan pancaran UV, anti-calar, tidak menyerap air dan mengekalkan kilat. Yang paling menarik, cecair coating keluaran VanoTech ini diformulasi bersesuaian dengan cuaca di Malaysia untuk mendapatkan hasil yang terbaik, perlindungan berpanjangan dan kilatan yang paling maksimum. Waranti bermula dari 3 sehingga 7 tahun akan diberikan kepada anda bergantung kepada pakej yang anda pilih.

Kelebihan VanoTech Kuala Lumpur

  • Lapan tahun pengalaman
  • Berkhidmat dengan lebih lima ribu buah kereta
  • Tiga cawangan sekitar Kuala Lumpur dan Selangor
  • Cecair coating jenama sendiri – VanoTech 10H Diamond Ceramic Coating
  • Coating diformulasi mengikut keadaan cuaca di Malaysia
  • Warranti 3 sehingga 7 tahun.

Kekurangan VanoTech Kuala Lumpur

  • Fokus kepada kereta-kereta mewah, mahal dan berjenama import

Info VanoTech Kuala Lumpur

Nama Pusat Kecantikan Kereta VanoTech Kuala Lumpur
Servis Coating, paint protection film dan paint correction / polishing
Harga Promosi RM – (Ceramic Coating)
Waktu Operasi 9 Pagi – 7 Malam (Isnin – Sabtu) / 10 Pagi – 7 Malam (Ahad)
Pautan https://www.facebook.com/vanotech/

ExPro Car Detailing

ExPro Car Detailing
ExPro car detailing yang terletak di Bukit Jalil ini adalah sebuah pusat kecantikan kereta yang mempunyai pengalaman selama 10 tahun di dalam industri ini. Ia menawarkan perkhidmatan full car paint protection film, 10H diamond ceramic coating dan Expro tinted service. ExPro Car Detailing adalah merupakan pakar dalam ppf dan ceramic coating selain car wash dan polish. Jika anda berminat untuk melakukan coating pada kereta anda, anda boleh memilih salah satu daripada tiga pakej yang ditawarkan bermula daripada harga RM799 untuk 5 lapisan seramik, RM999 untuk 7 lapisan seramik serta RM1299 untuk 10 lapisan seramik.

Cecair lapisan seramik yang diratakan pada kenderaan anda adalah diiktiraf oleh SGS, jadi anda tidak perlu risau tentang kualitinya kerana ia dijamin selamat dan tidak merosakkan permukaan badan kereta anda. Untuk setiap pakej yang anda pilih, anda juga layak untuk menerima waranti bermula dari 3 sehingga 7 tahun termasuk beberapa kali penyelenggaraan. Jangan risau sekiranya anda mempunyai sebarang kemusykilan berkenaan coating ini, kerana mereka juga menawarkan khidmat konsultasi untuk memahami kehendak pelanggan.

Kelebihan ExPro Car Detailing

  • Sepuluh tahun pengalaman
  • Pakar dalam ppf dan ceramic coating
  • Tiga pakej ceramic coating
  • Waranti 3 sehingga 7 tahun termasuk penyelenggaraan
  • Konsultasi bagi memahami kehendak pelanggan

Kekurangan ExPro Car Detailing

  • Harga mahal, tiada promosi perayaan
  • Satu cawangan sahaja.

Info ExPro Car Detailing

Nama Pusat Kecantikan Kereta ExPro Car Detailing
Servis full car paint protection film, 10H diamond ceramic coating dan Expro tinted service
Harga Promosi RM799 (5 lapisan seramik), RM999 (7 lapisan seramik) serta RM1299 (10 lapisan seramik)
Waktu Operasi 9.30 Pagi – 7.30 Malam (Isnin – Ahad)
Pautan https://www.facebook.com/Exprocardetailing/posts/280941590781355/

Terdapat banyak lagi pusat kecantikan kereta di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor yang menawarkan promosi sempena musim perayaan. Harga yang ditawarkan pula bergantung kepada pakej-pakej dan bahan yang digunakan. Memandangkan raya hanya setahun sekali, tak salah untuk anda berbelanja untuk mencantikkan kereta anda sekiranya anda mempunyai bajet berlebihan. Kalau tahun-tahun sebelum ini anda ke car wash untuk membuat basuhan biasa, apa kata tahun ini anda buat sedikit kelainan dengan melakukan polish, wax atau pun coating. Hasilnya pasti memuaskan hati anda.

Disarankan sebelum anda membuat sebarang pemilihan pakej untuk basuhan, polish, wax atau coating, buat sedikit semakan atau rajinlah bertanya kepada yang pakar tentang bahan kandungan cecair basuhan atau coating yang digunakan. Pastikan ia selamat dan tidak menimbulkan sebarang karat atau calar pada kereta anda nanti.



Related posts