10 Universiti Swasta Terbaik di Malaysia Menawarkan Ijazah Perbankan & Kewangan Islam dan Teknologi Kewangan (Fintech)

10 Universiti Swasta Terbaik di Malaysia Menawarkan Ijazah Perbankan & Kewangan Islam dan Teknologi Kewangan (Fintech)
Hartanah & Perkhidmatan


Peranan perbankan sebagai pengantara kewangan sudah berkembang serta memberi impak sosial dalam masyarakat. Sistem Perbankan & Kewangan Islam dan Teknologi Kewangan (Fintech) menjadi sebahagian daripada ekosistem dan bukan sebagai entiti berasingan di kebanyakan negara yang industri sebahagian daripada ekonomi.
Di Malaysia sendiri asas perbankan Islam pada masa kini sudah banyak berkembang berbanding berpuluh tahun tahun yang lalu. Begitu juga dengan teknologi kewangan (Fintech), evolusinya semakin kuat walaupun terdapat pelbagai isu dan cabaran yang tersendiri. Fintech sendiri membawa maksud apa-apa transaksi atau aktiviti berkaitan kewangan yang kini diinovasikan dan diperbaharui melalui gabungan teknologi yang menyaksikan pengalaman perbankan berbeza kepada pelanggan institusi kewangan, sama ada konvensional atau perbankan Islam.

10 Universiti Swasta Terbaik di Malaysia Menawarkan Ijazah Perbankan & Kewangan Islam dan Teknologi Kewangan (Fintech)2

Jika anda mengimpikan untuk mencuburi dua bidang ini, di Malaysia sendiri terdapat banyak pusat pengajian tinggi yang menawarkan ijazah dalam kursus-kursus sedemikian. Jurusan ini membantu dalam memberi penyelesaian berhubung pendidikan dan latihan bagi pembangunan profesional dalam bidang kewangan dan perbankan, pengurusan perniagaan, pajak gadai, automasi digital, analitik dan penyelesaian perakaunan bagi merealisasikan keadilan dalam pengagihan kekayaan juga pendapatan. Ketepikan sebentar universiti tempatan yang gah, universiti swasta juga tidak kurang hebatnya. Antara 10 universiti swasta terbaik di Malaysia yang menawarkan Ijazah dalam jurusan Perbankan & Kewangan Islam dan Ijazah Teknologi Kewangan (Fintech) adalah seperti berikut.

Universiti Malaysia Kelantan (UMK)

Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan adalah salah satu fakulti terawal yang ditubuhkan oleh Universiti Malaysia Kelantan. Di bawah fakulti yang ditubuhkan pada tahun 2006 ini, ada menawarkan program Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Perbankan dan Kewangan Islam) dengan Kepujian sejajar dengan visi universiti yang menekankan kepada pendidikan keusahawanan, perbankan dan perniagaan. Paling menarik, jurusan ini turut menjalankan usahasama dan pemantauan daripada Islamic Banking and Finance Institute Malaysia (IBFIM).
Program program Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Perbankan dan Kewangan Islam) dengan Kepujian bakal memberikan pengetahuan asasnya malah menanamkan amalan, kemahiran, dan bakat keusahawanan di antara pelajar. Program ini juga dijangka dapat memberi pengalaman sebenar kepada pelajar di dalam industri perbankan dan kewangan islam. Bagi pelajar yang mengambil jurusan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Perbankan dan Kewangan Islam) dengan Kepujian, peluang kerjaya masa hadapan adalah seperti Pegawai Tadbir, Pegawai Perbendaharaan, Pegawai Eksekutif, Pengurus Kewangan dan Perbankan, Penasihat Kewangan, Penganalisis Risiko Perniagaan dan Pensyarah.

Kelebihan Universiti Malaysia Kelantan (UMK):

  • Tempoh pengajian 6 semester (3 tahun)
  • Menjalinkan usahasama dengan Islamic Banking and Finance Institute Malaysia (IBFIM)
  • Program akademik selaras dengan kehendak pelajar dan permintaan industri
  • Yuran pengajian tidak membebankan

Kekurangan Universiti Malaysia Kelantan (UMK):

  • Tiada kursus Pendidikan Jarak Juah (PJJ) untuk program ini

Spesifikasi Universiti Malaysia Kelantan (UMK):

Info: https://fkp.umk.edu.my/
Tawaran: Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Perbankan dan Kewangan Islam) Dengan Kepujian
Lokasi: Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan, Kampus Kota, Pengkalan Chepa, 16100 Kota Bharu, Kelantan.
Hubungi: 09-7717127

Asia Pacific University of Technology and Innovation (APU), Kuala Lumpur

Asia Pacific University of Technology and Innovation (APU), Kuala Lumpur
Asia Pacific University of Technology and Innovation (APU), yang terletak di Kuala Lumpur merupakan universiti pertama menawarkan program Sarjana Muda dalam Perbankan dan Kewangan (Kepujian) dengan kepakaran dalam Teknologi Kewangan (Fintech) bermula pada tahun 2018. Pelajar yang berada di bawah program Sarjana Muda dalam Perbankan dan Kewangan (Kepujian) dengan kepakaran dalam Teknologi Kewangan (Fintech), berpeluang turut serta bagi Skim Dwi Ijazah APU-DMU. Di bawah Skim ini, graduan akan menerima dua penganugerahan sijil Ijazah dan Transkrip dari Asia Pacific University (APU), Malaysia dan De Montfort University (DMU), United Kingdom.
Program ini telah direka untuk mendedahkan pelajar dengan kelebihan teknologi terkini selaras dengan Revolusi Perindustrian 4.0. Program Sarjana Muda dalam Perbankan dan Kewangan (Kepujian) dengan kepakaran dalam Teknologi Kewangan turut dipilih Akademik CMT menjalin usahasama sebagai Program Rakan Akademik Persatuan CMT terhadap kesediaan kerjaya pelajar, pembelajaran gunaan dan sambil menyokong kemajuan analisis teknikal.

Kelebihan Asia Pacific University of Technology and Innovation (APU), Kuala Lumpur:

  • Program pengajian selama 3 tahun (6 semester)
  • Syarat wajib lulus STPM Matematik dan Bahasa Inggeris atau lulus Diploma dengan sekurang-kurangnya PNGK 2.5
  • Terima 2 Sijil Ijazah & Transkrip dari Asia Pacific University (APU), Malaysia dan De Montfort University (DMU), UK.
  • Merupakan Universiti pertama tawar program sarjana muda jurusan Fintech pada 2018

Kekurangan Asia Pacific University of Technology and Innovation (APU), Kuala Lumpur:

  • Yuran pengajian tinggi iaitu RM78.000.00 untuk pelajar Malaysia dan RM93,500.00 pelajar antarabangsa

Spesifikasi Asia Pacific University of Technology and Innovation (APU), Kuala Lumpur:

Info: https://www.apu.edu.my/
Tawaran: Sarjana Muda dalam Perbankan dan Kewangan (Kepujian) dengan kepakaran dalam Teknologi Kewangan
Lokasi: Technology Park Malaysia, Bukit Jalil, 57000 Kuala Lumpur
Hubungi: 03- 89961000

Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Terengganu

Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Terengganu
Buat pelajar cemerlang, kalian berpeluang menyambung pengajian lebih tinggi di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Terengganu dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kewangan Islam) dengan kepujian. Di bawah Fakulti Perniagaan & Pengurusan, program ini merupakan pembelajaran sepenuh masa dengan tawaran subjek kursus seperti Usul Fiqh, Qawaid Fiqhiyyah, Prinsip Syariah, Fiqh Muamalat, Pelaburan, dan Akaun.
Program Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kewangan Islam) dengan kepujian ini menjalin kerjasama strategik dengan Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (AIBIM) dan SME Bank berhubung perkongsian kepakaran dalam bidang kewangan serta perbankan Islam. Kerjasama tersebut juga melibatkan penyelidikan, perkongsian kepakaran dan aktiviti berasaskan akademik antara kedua-dua pihak. Malah, program ini turut membantu graduan dalam usaha memperkasakan lagi bidang berkenaan melibatkan program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH), penyelidikan dan pembangunan kolaboratif serta penawaran kemudahan dan perkhidmatan makmal.

Kelebihan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Terengganu:

  • Tempoh pengajian selama 3 tahun iaitu 6 semester
  • Menjalinkan usahasama dengan AIBIM dan SME Bank
  • Program mendapat kelulusan akraditasi
  • Gabungan baik para pensyarah berlatar belakang perbankan konvensional dan Islam
  • Yuran pengajian tidak membebankan

Kekurangan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Terengganu:

  • Untuk pembelajaran sepenuh masa sahaja. Tiada Pembelajaran Jarak Jauh (PJJ)

Spesifikasi Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Terengganu:

Info: https://fpp.unisza.edu.my/
Tawaran: Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kewangan Islam) dengan kepujian
Lokasi: Faculty of Business and Management, Universiti Sultan Zainal Abidin, Kampus Gong Badak, 21300 Kuala Nerus, Terengganu
Hubungi: 09-6688805

Taylor’s University, Selangor

Taylor's University, Selangor
Seiring dengan kemajuan sains dan teknologi di seluruh dunia, keperluan terhadap graduan bidang teknologi kewangan (Fintech) yang berkualiti tidak dapat dielakkan lagi malah mendapat perminataan di pasaran oleh majikan-majikan syarikat peringkat multinasional. Taylor’s University yang terletak di negeri Selangor merupakan antara universiti swasta yang terawal di Malaysia memperkenalkan program Sarjana Muda Perbankan Dan Kewangan (Fintech) dengan Kepujian.
Pada masa akan datang, bidang Fintech bukan sekadar terhad kepada teknologi dan kewangan malah ia akan meluas kepada bidang lain. Sinergi antara kewangan dan teknologi sentiasa menjadi rebutan majikan-majikan syarikat multinasional yang mencari graduan berkemahiran dalam kewangan, teknologi dan pengurusan. Jika ingin menjadi salah seorang graduan yang menjadi rebutan industri, ikuti pengajian 6 semester program Sarjana Muda Perbankan Dan Kewangan (Fintech) dengan Kepujian di Taylor’s University hari ini.
Graduan akan memperoleh Persijilan Bloomberg (BMC) tambahan setelah selesai Modul Pengurusan Portfolio. Program ini direka bentuk untuk melengkapkan pelajar dengan latar belakang konsep perbankan dan kewangan, serta pengetahuan dan kemahiran yang membolehkan aplikasi praktikal di tempat kerja. Malah pelajar bakal ‘disiapkan’ untuk pelbagai jenis kerjaya seperti untuk sektor kewangan, termasuk perundingan kewangan, broker saham, perbankan komersial dan pelaburan, komisen sekuriti dan bank pusat.

Kelebihan Taylor’s University, Selangor:

  • Program selama 3 tahun (6 semester)
  • Kursus ini menerima anugerah UWE, United Kingdom/ QUT, Australia
  • Graduan akan layak mendapat pengecualian daripada MFPC, FPAM & ACCA
  • Semua pelajar akan memperoleh Persijilan Bloomberg (BMC) tambahan setelah selesai Modul Pengurusan Portfolio.
  • Pengambilan pelajar jurusan ini setiap Januari, Mac dan September

Kekurangan Taylor’s University, Selangor:

  • Yuran pengajian agak tinggi keseluruhan RM111,938

Spesifikasi Taylor’s University, Selangor:

Info: https://university.taylors.edu.my/
Tawaran: Sarjana Muda Perbankan Dan Kewangan (Fintech) dengan Kepujian
Lokasi: No. 1 Jalan Taylor’s, 47500 Subang Jaya, Selangor
Hubungi: 03- 56295000

Universiti Utara Malaysia (UUM), Kedah

Universiti Utara Malaysia (UUM), Kedah
Universiti Utara Malaysia (UUM), Kedah menawarkan kursus Sarjana Muda Kewangan dan Perbankan Islam BIFB (Kepujian) buat yang layak dengan tempoh pengajian sehingga 11 semester termasuk Latihan Industri. Program ini memiliki status akraditasi oleh MQA & AACSB membolehkan prospek kerjaya dalam industri merangkumi institusi Kewangan dan Perbankan Islam dijadikan sebagai batu lonjatan untuk masa hadapan. Struktur program Sarjana Muda Kewangan dan Perbankan Islam BIFB (Kepujian) telah dirancang merangkumi aspek-aspek penting menerusi subjek kewangan, perbankan Islam dan konvensional yang digabungkan dengan bidang lain yang relevan memenuhi permintaan industri.
Matlamat program Sarjana Muda Kewangan dan Perbankan Islam BIFB (Kepujian) dari UUM ini adalah untuk menghasilkan graduan dengan ciri holistik berdepan masyarakat global di bawah bimbingan Al Quran juga Sunnah, dan berpengetahuan dalam menghuraikan prinsip Syariah dalam operasi kewangan perbankan. Para pensyarah dan penyelidik UUM amat membantu bagi memastikan setiap teori dan aplikasi yang diterapkan kepada para pelajar adalah yang terkini dan relevan untuk industri.

Kelebihan Universiti Utara Malaysia (UUM), Kedah:

  • Memiliki status program akraditasi oleh MQA & AACSB
  • Tempoh pengajian 11 Semester
  • Lulus STPM/ Diploma dengan sekurangnya gred 2.5 ke atas
  • Pengambilan pelajar setiap tahun pada bulan Januari, April, Julai, dan Oktober
  • Menduduki Peperiksaan Perancang Kewangan Islam dengan yuran pengajian minimum

Kekurangan Universiti Utara Malaysia (UUM), Kedah:

  • Pengajian hanya untuk program sepenuh masa sahaja

Spesifikasi Universiti Utara Malaysia (UUM), Kedah:

Info: https://pace.uum.edu.my/pjj/kewangan-dan-perbankan-islam/
Tawaran: Sarjana Muda Kewangan dan Perbankan Islam BIFB (Kepujian)
Lokasi: Professional & Continuing Education Centre (PACE), Universiti Utara Malaysia, 06010 Sintok, Kedah Darul Aman, Malaysia
Hubungi: 04-9284641

UCSI University Malaysia

UCSI University Malaysia
Sarjana Muda Teknologi Kewangan (Kepujian), adalah program baharu yang dilancarkan UCSI University Malaysia. Ia selari dengan keperluan semasa juga masa akan datang yang menjanjikan peluang pekerjaan yang mudah kepada pelajar selepas menamatkan pengajian. Jurusan sepenuh masa yang berlangsung selama tiga tahun bagi melengkapkan 6 semester pengajian ini turut mendapat pengiktirafan akraditasi (MQA/PA 14153). Dalam program Sarjana Muda Teknologi Kewangan (Kepujian), pelajar akan mengkaji konsep dan amalan teras teknologi kewangan (Fintech) dan mempelajari bagaimana kemajuan teknologi memerlukan perubahan di seluruh industri.
Pelajar juga akan didedahkan dengan kepakaran dalam pengaturcaraan, aplikasi kewangan serta mempelajari cara menggunakan kemahiran teknologi untuk menyelesaikan masalah seakan dalam dunia pekerjaan sebenar. Bagi pelajar yang mengambil jurusan Sarjana Muda Teknologi Kewangan (Kepujian) di USCI, peluang kerjaya masa hadapan adalah seperti Pemaju Blockchain, Pembangun Apl, Penganalisis Kewangan atau Perniagaan, Pengurus Produk, Pakar Pematuhan, Penganalisis Keselamatan Siber, Saintis Data dan Penganalisis Kuantitatif.

Kelebihan UCSI University Malaysia:

  • Tempoh pengajian 3 tahun (6 semester)
  • Pengambilan pelajar setiap tahun pada bulan Januari, Mei dan September
  • Mendapat kelulusan akraditasi (MQA/PA 14153)
  • Hanya untuk kursus sepenuh masa sahaja

Kekurangan UCSI University Malaysia:

  • Yuran pengajian agak tinggi sekitar RM70,730.00 untuk pelajar tempatan

Spesifikasi UCSI University Malaysia:

Info: https://www.ucsiuniversity.edu.my/
Tawaran: Sarjana Muda Teknologi Kewangan (Kepujian)
Lokasi: UCSI University Kuala Lumpur Campus, No. 1, Jalan Menara Gading, UCSI Heights (Taman Connaught), Cheras 56000 Kuala Lumpur
Hubungi: 03- 9101 8880

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Negeri Sembilan

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Negeri Sembilan
Seiring dengan perkembangan pesat bidang perbankan dan kewangan Islam, bagi memenuhi keperluan guna tenaga pakar dalam industri tersebut, Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menawarkan program baharu iaitu Ijazah Sarjana Muda Perbankan dan Kewangan Islam dengan Kepujian. Program ini telah dinilai secara komprehensif menerusi lawatan akreditasi penuh oleh Agensi Kelayakan Malaysia atau MQA sejak awal tahun 2019.
Bakal graduan program ini dibekalkan dengan ilmu yang lengkap dan mencukupi seiring dengan perkembangan semasa bagi kemahiran dan pengetahuan dalam industri melibatkan perkembangan pesat dalam teknologi kewangan atau FinTech. Pengenalan jurusan ini di USIM selaras dengan Pelan Transformasi Ekonomi negara dalam bidang pendidikan, iaitu Malaysia sebagai pemain utama dalam kluster kewangan Islam untuk memperoleh bahagian pasaran dalam perbankan dan kewangan Islam.
Berdasarkan rekod Kebolehpasaran Graduan atau Graduate Employability (GE) bagi program Ijazah Sarjana Muda Perbankan dan Kewangan Islam dengan Kepujian, lebih 90 peratus graduan telah mendapat pekerjaan sejurus tamat pengajian di pelbagai institusi perbankan dan kewangan Islam dan institusi-institusi berkaitan dalam serta luar negara.

Kelebihan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Negeri Sembilan:

  • Tempoh pengajian 4 tahun (8 semester)
  • Pembelajaran dalam Bahasa Inggeris dan Arab
  • Mendapat akreditasi penuh oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)
  • 90 peratus graduan program mendapat pekerjaan sejurus tamat pengajian

Kekurangan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Negeri Sembilan:

  • Pelajar dengan keputusan peperiksaan STPM/Dilpoma cemerlang sahaja diterima masuk ke sini

Spesifikasi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Negeri Sembilan:

Info: https://admission.usim.edu.my/
Tawaran: Ijazah Sarjana Muda Perbankan dan Kewangan Islam dengan Kepujian
Lokasi: Division of Undergraduate Studies, Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan
Hubungi: 06-7988331

UNITAR International University, Selangor

UNITAR International University, Selangor
UNITAR International University, Selangor memperkenalkan program Sarjana Muda Kewangan (Kewangan Islam) (Kepujian) selaras dengan kehendak pelajar dan permintaan industri. Kursus ini mendapat pengiktirafan MOHE/MQA ditawarkan kepada pelajar berkelayakan untuk sesi pembelajaran sepenuh masa selama 3 tahun dengan kursus 9 semester termasuk Latihan Industri. Pelajar akan didedahkan kepada pelbagai bidang pengajian dalam sektor ini untuk membangunkan kepakaran praktikal dalam kewangan, khususnya dalam Kewangan Islam.
UNITAR adalah satu-satunya universiti yang merangkumi kursus konvensional dan Islam secara komprehensif untuk program Sarjana Muda Kewangan (Kewangan Islam) (Kepujian) ini dengan berstruktur unik dan hybrid, gabungan perspektif kewangan konvensional dan kewangan Islam. Pelbagai usahasama dengan pihak industri telah dan bakal dilaksanakan bagi memastikan graduan yang dilahirkan untuk program Sarjana Muda Kewangan (Kewangan Islam) (Kepujian) di UNITAR nanti memenuhi citarasa dan kehendak industri kewangan Islam semasa. Ini juga didorong oleh keupayaan para tenaga pengajar dan pensyarah UNITAR yang memiliki kepakaran dalam bidang perbankan dan kewangan Islam. Malah ada daripada mereka juga berperanan dalam aspek penasihatan dan perundingan dengan pihak-pihak industri dalam bidang tersebut.

Kelebihan UNITAR International University, Selangor:

  • Tempoh program selama 9 semester (3 tahun)
  • Kursus mendapat pengiktirafan MOHE/MQA
  • Program akademik selaras dengan kehendak pelajar dan permintaan industri
  • Biasiswa disediakan untuk pelajar yang layak

Kekurangan UNITAR International University, Selangor:

  • Pelajar wajib menduduki English Preparatory 2, jika MUET Band 1 sehingga 3

Spesifikasi UNITAR International University, Selangor:

Info: https://www.unitar.my/
Tawaran: Sarjana Muda Kewangan (Kewangan Islam) (Kepujian)
Lokasi: Tierra Crest, Jalan SS6/3, Kelana Jaya 47301 Petaling Jaya, Selangor
Hubungi: 03-76277200

Multimedia University (MMU), Cyberjaya

Multimedia University (MMU), Cyberjaya
Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Perbankan dan Kewangan merupakan program pembelajaran tiga tahun yang ditawarkan Multimedia University (MMU), Cyberjaya. Sesuai dengan tagline universiti swasta ini iaitu ‘Memimpin Masa Depan Digital’, program ini bakal menyediakan pelajar dengan kemahiran yang diperlukan untuk memenuhi permintaan dunia perniagaan, perbankan dan kewangan hari ini dan masa hadapan. Ia turut dibantu dengan tenaga pengajar berkemahiran dan miliki latar belakang luas dalam perbankan dan kewangan serta bidang perniagaan.
Program Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Perbankan dan Kewangan ini mendapat kelulusan dan pengiktirafan akraditasi dengan penyediaan kurikulum berteras perniagaan diguna pakai peringkat global. Program MMU ini turut membuka pintu kepada pelajar untuk memahami trend teknologi terkini membolehkan pelajar memahami trend, impak, inovasi dan aplikasi terkini dengan menggunakan inovasi kewangan dan teknologi (Fintech) dalam sektor kewangan seperti saluran kewangan digital, blok rantai, mata wang kripto, pembelajaran mesin dan kecerdasan buatan.

Kelebihan Multimedia University (MMU), Cyberjaya:

  • Durasi program selama 3 tahun (6 semester)
  • Syarat perlu Lulus sekurang-kuranganya subjek Matematik dan Bahasa Inggeris di Peringkat SPM
  • Pendidikan antarabangsa berkualiti pada harga berpatutan.
  • Program mendapat kelulusan akraditasi

Kekurangan Multimedia University (MMU), Cyberjaya:

  • Calon DKM/DLKM/DVM mungkin dikehendaki menjalani Program Bridging sebagai syarat tambahan.

Spesifikasi Multimedia University (MMU), Cyberjaya:

Info: https://www.mmu.edu.my/
Tawaran: Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Perbankan dan Kewangan
Lokasi: Multimedia University, Persiaran Multimedia, 63100 Cyberjaya, Selangor, Malaysia
Hubungi: 03-8312 5803

International University of Malaya-Wales (IUMW), Kuala Lumpur

International University of Malaya-Wales (IUMW), Kuala Lumpur
Dimiliki oleh dua universiti berprestij, Universiti Antarabangsa Malaya-Wales (IUMW) ditubuhkan berdasarkan perkongsian antara University of Malaya dan University of Wales, United Kingdom pada tahun 2012. IUMW komited untuk membangunkan pelajar yang bersedia menyumbang ke arah revolusi perindustrian dengan program-program yang cemerlang. Antaranya seperti program Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) dalam Kewangan Islam. Program ini dicipta dengan input industri, agar dapat melahirkan individu berprestasi tinggi bersedia untuk pelbagai laluan kerjaya akan datang.
Bagi jurusan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) dalam Kewangan Islam, pengambilan pelajar adalah setiap tahun bermula bulan Januari, Jun dan September dengan pengajian sepenuh masa selama 3 tahun untuk 6 semester. Program Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) dalam Kewangan Islam akan membantu pelajar memperoleh pengetahuan pengurusan kewangan Islam, kemahiran menilai risiko dan ganjaran kewangan, pengurusan portfolio, kewangan global, pasaran kewangan, analisis kewangan korporat, membuat keputusan dan belajar menggunakan teori kewangan untuk keputusan sebenar. Modul-modul ini direka sesuai dengan keperluan industri hari ini, membolehkan pelajar menggabungkan pengetahuan perundangan Islam bersama kepakaran dalam produk kewangan.

Kelebihan International University of Malaya-Wales (IUMW), Kuala Lumpur:

  • Bertauliah MQA & diiktiraf Jabatan Perkhidmatan Awam
  • Peluang melanjutkan pelajaran di Universiti Wales Trinity Saint David, UK (UWTSD)
  • Pelajar akan menerima pensijilan daripada kedua-dua IUMW dan UWTSD selepas tamat belajar
  • Sukatan pelajaran antarabangsa diterima di seluruh dunia

Kekurangan International University of Malaya-Wales (IUMW), Kuala Lumpur:

  • Pembelajaran sepenuh masa sahaja

Spesifikasi International University of Malaya-Wales (IUMW), Kuala Lumpur:

Info: https://www.iumw.edu.my/
Tawaran: Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) dalam Kewangan Islam
Lokasi: City Campus, Block A, Ground Floor, Administration Wing, Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur
Hubungi: 03-26173000

Permintaan terhadap bidang Perbankan & Kewangan Islam dan Ijazah Teknologi Kewangan (Fintech) di pusat pengajian tinggi semakin meningkat, sebahagian besarnya didorong minat berterusan komuniti dan kewangan beretika seperti bagi kewangan hijau dan kewangan mampan, terutama dalam pasaran baharu. Era persaingan global yang semakin sengit dalam industri Perbankan & Kewangan Islam dan Ijazah Teknologi Kewangan (Fintech) ini juga turut mendorong institusi perbankan dan kewangan untuk terus meneroka dan mencari bakat-bakat baharu bagi terus kekal relevan dan utuh dengan pesaing-pesaing dalam industri ini.

Di kawasan lain di dunia dalam pasaran baharu, kewangan Islam terus berkembang malah terdapat beberapa syarikat fintech menyediakan penyelesaian patuh Syariah. Di Malaysia antara yang mempunyai syarikat fintech tempatan sendiri seperti Ethis Malaysia dan Swipey yang menyediakan pendanaan awam hartanah beretika di Malaysia.

Paling penting, dengan wujudnya program Ijazah Perbankan & Kewangan Islam dan Ijazah Teknologi Kewangan (Fintech) di Malaysia dapat menghasilkan tenaga kerja yang kompeten dan hebat pada masa akan datang. Bakal graduan juga semestinya mahir berkomunikasi dalam bidang Perbankan & Kewangan Islam dan Teknologi Kewangan (Fintech) untuk memenuhi permintaan pasaran di peringkat nasional dan antarabangsa.



Related posts