Khas Untuk Yang Mencari, Ini 5 Servis Kereta Sewa Terbaik Di Malaysia

Khas Untuk Yang Mencari, Ini 5 Servis Kereta Sewa Terbaik Di Malaysia
Hartanah & Perkhidmatan


Anda nak melancong di dalam Malaysia? Perlu pulang ke kampung atas urusan keluarga? Kereta anda meragam? Tidak perlu risau lagi kerana ketika ini terdapat banyak servis-servis kereta sewa yang menawarkan perkhidmatan dari aplikasi dan laman web. Yang menariknya, urusannya sangat mudah dan ada aplikasi yang memerlukan anda berurusan tanpa perlu bersemuka. Dari segi masa dan juga perkhidmatan, ianya sangat efektif dan memudahkan.

Tidak perlu lagi menelefon, mencari agensi sewa kereta di media sosial atau mendapatkannya dari kenalan anda. Hanya perlu klik pada aplikasi dan laman web tersebut, nyatakan tarikh anda dan anda akan terus diberikan harga sewaan pada kadar yang segera. Jika anda setuju, hanya perlu sahkan sewaan anda dan seterusnya ambil kereta di tempat yang ditetapkan. Tiada kerisauan tentang kondisi kereta kerana semua kereta sewa ini dijaga dengan baik. Jadi, buat anda yang berkira-kira untuk menyewa kereta bagi memudahkan urusan anda, ini adalah 5 servis kereta sewa terbaik di Malaysia untuk rujukan anda.

SOCAR

SOCAR
Memperkenalkan SOCAR Malaysia, sebuah aplikasi sewaan kereta yang membawa pembaharuan dalam perkhidmatan sewa kereta. Dengan serendah 6 ringgit sejam, anda boleh menyewa kereta melalui aplikasi ini yang menawarkan perkhidmatan sewaan mengikut jam, hari, minggu mahupun bulan, semuanya hanya melalui aplikasi SOCAR dan anda tidak perlu bersemuka dengan mana-mana ejen ataupun pekerja syarikat ini.

Mempunyai liputan kawasan lebih daripada 1000 zon melintasi Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Johor Bahru, Ipoh dan Seremban, SOCAR sentiasa bersedia untuk menjawab segala persoalan anda melalui perkhidmatan pelanggan yang berfungsi melalui Live Chat selama 24 Jam setiap hari. Tarikan utama SOCAR adalah keyless access dimana anda boleh membuka, mengunci bahkan menghidupkan enjin kereta hanya dengan menggunakan aplikasi sahaja. Tidak perlu lagi risau dan pastinya anda tidak akan mengalami masalah kehilangan kunci atau kunci rosak.

Terdapat tiga servis sewaan ditawarkan oleh SOCAR iaitu Round Trip, One Way Airport dan One Way Intercity melalui lebih daripada 36 model kereta yang ditawarkan. Untuk pemulangan kereta, parkir khas disediakan oleh SOCAR apabila anda hendak memulangkan kembali kereta yang disewa. Dan untuk kepuasan pelanggan, SOCAR juga mengaplikasi solusi pemulangan wang minyak buat pelanggan yang mengisi minyak lebih daripada yang digunakan. Sememangnya SOCAR adalah sebuah aplikasi sewaan yang sangat mesra pengguna.

Kelebihan SOCAR

  • Keyless Access melalui aplikasi
  • Serendah RM 6 Per Jam
  • Sewaan mengikut jam, hari, minggu dan bulan
  • Lebih 36 model kereta untuk disewa
  • Parkir khas untuk pemulangan kereta

Kekurangan SOCAR

  • Keyless Access akan mempunyai masalah sekiranya peminjam kehilangan dan kerosakan telefon

Info SOCAR

Nama Aplikasi / Servis SOCAR Malaysia
Harga Serendah RM 6 Per Jam & RM 80 sehari
Link Aplikasi / Laman Web https://play.google.com/store/apps/details?id=my.socar.flex&hl=en&gl=US&pli=1
https://apps.apple.com/my/app/socar-malaysia/id1546059821

GoCar

GoCar
Bermula sebagai platform sewaan kereta mengikut jam, hari dan minggu melalui aplikasinya iaitu GoCar, ia berkembang kepada beberapa jenis perkhidmatan dan servis lain yang menjadikan jenama GoCar lebih terkehadapan. Dengan kadar harga sebanyak RM 13.90 per jam dan RM 99.00 per hari untuk sebuah Perodua Axia dan Proton Saga, Go Car berjaya menjadi sebuah alternatif kepada pengangkutan awam bagi perjalanan dalam dan luar negeri.

Tidak perlu bersusah payah untuk mengambil kunci bagi kereta yang disewa kerana GoCar juga turut menggunakan Keyless Access yang sangat memudahkan. Dan yang lebih menarik, servis yang ditawarkan GoCar ini sentiasa beroperasi 24 jam sehari tanpa henti. Jadi ini memudahkan anda sekiranya anda perlu menggunakan kereta dengan kadar segera tanpa mengira masa.

Selain daripada servis sewaan kereta secara harian, Round Trip dan Free Floating, GoCar juga turut mempunyai servis sewaan kereta secara bulanan melalui GoCar Subs. Tidak kira selama sebulan, 6 bulan, 12 bulan, 24 bulan mahupun 36 bulan, kesemua ini ditawarkan GoCar untuk anda yang berada di Lembah Klang sahaja buat masa ini. Selain daripada sewaan kereta, GoCar juga turut datang dengan inisiatif lain seperti GoCar Garage, sebuah perkhidmatan membaiki kereta anda yang telah tamat waranti.

Hanya perlu tetapkan masa dan 100% tempahan secara online. Kereta anda akan diambil, diservis dan dipulangkan kembali kepada anda. Tiada sebarang caj tersembunyi dan kerja-kerja pembaikan dan servis hanya akan dilakukan setelah mendapat pengesahan anda. Dan sekiranya anda ingin membeli kereta terpakai, anda turut boleh melakukannya melalui aplikasi GoCar iaitu GoCar Cuba Beli. Menarik juga GoCar ni kan? Macam-macam ada.

Kelebihan GoCar

  • Keyless Access melalui aplikasi
  • Serendah RM13.90 per jam, RM 99.00 per hari
  • Servis lain seperti GoCar Subs, GoCar Garage dn GoCar Cuba Beli
  • Beroperasi 24 Jam sehari

Kekurangan GoCar

  • Keyless Access akan mempunyai masalah sekiranya peminjam kehilangan dan kerosakan telefon
  • Harga sewaan sedikit mahal

Info GoCar

Nama Aplikasi / Servis GoCar Malaysia
Harga Serendah RM 13.90 Per Jam & RM 99.00 sehari
Link Aplikasi / Laman Web https://play.google.com/store/apps/details?id=my.gocar.app&hl=en&gl=US
https://apps.apple.com/my/app/gocar-malaysia/id1098123088

Wahdah

Wahdah
Wahdah adalah sebuah platform sewaan kereta yang beroperasi melalui laman web dan juga pembekal kereta limousin untuk kegunaan persendirian atau acara-acara penting. Ia adalah peneraju industri sewaan kereta dan rangkaian transportasi dengan lebih daripada 2500 model kenderaan yang disewakan dengan harga mengikut pasaran semasa.

Beroperasi di 11 Negeri kecuali Negeri Sembilan, Perlis dan juga Pahang, kesemua negeri ini mempunyai pickup point yang telah disediakan untuk memudahkan urusan anda mengambil kenderaan yang anda sewa. Kebanyakan pickup point ini terletak di tempat-tempat terbuka seperti lapangan terbang, hotel dan terminal feri. Selain daripada anda memandu sendiri, Wahdah juga menyediakan pakej untuk anda menyewa kereta beserta dengan pemandu dan juga subscription plan khas buat anda yang ingin menyewa kereta untuk tempoh yang lama bermula dengan 6 bulan.

Wahdah mempunyai dua central hub yang terletak di Johor Bahru dan Petaling Jaya serta satu pit stop yang terletak di KLIA bagi mengikut dan memenuhi kehendak pasaran semasa serta persaingan dari jenama lain. Dengan serendah RM 135 sehari, anda boleh menyewa sebuah Perodua Axia yang pastinya diselenggara dengan baik untuk kepuasan anda.

Kelebihan Wahdah

  • Lebih daripada 2500 model kereta
  • Beroperasi di 11 Negeri
  • Rangkaian pickup point yang meluas
  • Pilihan untuk menyewa kereta beserta pemandu
  • Subscription plan bermula dengan 6 bulan

Kekurangan Wahdah

  • Tiada Keyless Access
  • Harga sewaan sedikit mahal jika dibandingkan dengan platform sewaan lain
  • Perlu membuat tempahan 12 jam sebelum perjalanan
  • Tiada sewa mengikut jam, hanya harian, mingguan dan bulanan

Info Wahdah

Nama Aplikasi / Servis Wahdah Malaysia
Harga Serendah RM 135.00 sehari
Link Aplikasi / Laman Web https://www.wahdah.my/rental
https://play.google.com/store/apps/details?id=com.aist.wapcustomer&hl=en&gl=US
https://apps.apple.com/au/app/wahdah/id1440569606

ARA Car Rental

ARA Car Rental
Beroperasi dari Lembah Klang, ARA Car Rental telah beroperasi dari tahun 2010. Ia adalah sebahagian daripada keluarga besar KOPKES (Koperasi Pengusaha Kereta Sewa Malaysia Berhad). Jadi, servis mereka terpakai di seluruh Malaysia. Selain sewaan kereta ARA Car Rental juga menawarkan servis seperti city tour, tour package, airport transfer, VVIP transfer, kenderaan untuk majlis perkahwinan serta sewaan kereta untuk jangkamasa yang panjang.

Dengan RM80 sehari, anda boleh menyewa sebuah Perodua Myvi untuk perjalanan yang selesa. Untuk sewaan kereta, ARA Car Rental mempunyai pickup point yang spesifik, anda boleh mengambil kereta di pickup point yang disediakan ini. Tetapi jika anda mahu ianya dihantar terus kepada anda, anda hanya perlu memasukkan alamat tempat anda menunggu serta membayar lebih mengikut kiraan caj per kilometer. kakitangan ARA Car Central akan menghantar terus kereta sewa anda mengikut alamat tersebut.

Setelah anda selesai menggunakan kereta itu, mereka akan datang untuk mengambil kereta mengikut alamat yang telah dipersetujui ketika anda membuat tempahan melalui platform laman web, atau anda juga boleh memulangkan sendiri ke pickup point yang telah ditetapkan. Tidak perlu risau dengan caj tambahan dan tersembunyi kerana ia telah dipersetujui awal melalui llaman web dan tempahan hanya boleh dijalankan setelah bayaran dibuat dan disahkan oleh anda sendiri.

Kelebihan ARA Car Rental

  • Beroperasi di seluruh Malaysia
  • Menawarkan servis yang pelbagai
  • Rangkaian pickup point yang meluas
  • Kereta boleh dihantar terus kepada anda

Kekurangan ARA Car Rental

  • Tiada harga sewaan senarai di laman web

Info ARA Car Rental

Nama Aplikasi / Servis ARA Car Rental
Harga Serendah RM 80.00 sehari
Link Aplikasi / Laman Web https://www.aracarrental.com.my/

Suria Car Rental

Suria Car Rental
Suria Car Rental adalah sebuah platform kereta sewa online melalui laman web yang menawarkan kereta sewa daripada pelbagai jenis kategori. Ia mempunyai 9 jenis kategori daripadal kategori kereta yang kecil hingga ke kereta yang mampu memuatkan 10 hingga 12 penumpang. Selain itu, ia juga menawarkan skim pinjaman kereta untuk jangkamasa panjang kepada syarikat korporat dari sektor oil & gas, telco, pembuatan, pembinaan dan sektor servis dengan perlindungan dari segi polisi insurans serta servis kereta berkala.

Suria Car Rental juga turut menawarkan servis chauffeur dimana anda boleh menyewa MPV mewah seperti Alphard dan Vellfire termasuk pemandu untuk kegunaan lawatan bisnes, acara-acara korporat, percutian berkumpulan dan acara keluarga. Dengan RM 104, anda dapat menyewa sebuah Perodua Axia dengan unlimited mileage, anda boleh ke mana sahaja dalam masa sehari asalkan kenderaan dipulangkan mengikut tempoh dan masa yang dipersetujui.

Untuk yang mempunyai anak kecil yang memerlukan baby chair, anda juga boleh menyewa baby chair yang akan dipasang terus pada kereta sewa anda dengan kadar RM 9 sehari. Dan anda tidak perlu risau sekiranya kereta sewa anda rosak ketika anda menggunakannya kerana Suria Car Rental telah melantik Automobile Association of Malaysia (AAM) untuk menguruskan bantuan dalam sebarang keadaan kerosakan dan kecemasan.

Kelebihan Suria Car Rental

  • Beroperasi di seluruh Malaysia
  • Skim pinjaman kereta jangkamasa panjang
  • Servis Chauffeur
  • Sewaan Baby Chair untuk anak kecil

Kekurangan Suria Car Rental

  • Kereta sewa dipulangkan agak susah dan ambil masa

Info Suria Car Rental

Nama Aplikasi / Servis Suria Car Rental
Harga Serendah RM 104.00 sehari
Link Aplikasi / Laman Web https://suriacarrental.com.my/home

Summary

Dengan peredaran zaman dan teknologi yang sangat pesat dan cepat, tempahan kereta sewa menjadi sangat mudah dan efektif. Hanya dengan sebuah telefon bimbit, anda boleh membuat pesanan, tempahan, temujanji bahkan bayaran dalam masa yang sama. Apa yang penting, keselamatan harus menjadi keutamaan. Untuk anda yang menyewa, pandulah dengan berhemah dan berhati-hati untuk mengelakkan sebarang kesulitan kerana kenderaan yang anda sewa bukan milik anda. Dan buat syarikat yang menawarkan perkhidmatan sewa pula, sentiasa pantau kondisi kenderaan anda supaya sentiasa dalam keadaan baik untuk perjalanan yang lebih selesa dan memuaskan.



Related posts