Ini 5 Institusi Popular Di Malaysia Tawar Kursus Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Keputusan SPM anda memainkan peranan penting dalam menentukan perjalanan akademik anda ke universiti atau kolej. Dengan keputusan anda di tangan, anda boleh meneroka pelbagai pilihan yang sejajar dengan minat dan impian anda. Adalah penting untuk mempunyai rancangan untuk masa depan anda, dan keputusan SPM anda menyediakan asas yang kukuh untuk membuat keputusan yang bijak mengenai cita-cita akademik dan kerjaya anda. Mungkin anda selalu bercita-cita untuk mengejar ijazah dalam perubatan atau kejuruteraan, atau mungkin anda berminat untuk mengejar kerjaya dalam seni atau sains sosial. Apapun minat anda, keputusan SPM anda boleh memandu anda ke arah yang betul dan membantu anda mencapai impian anda. Bagi menyempurnakan peranan sebagai guru tadika atau taska, mereka perlu menguasai dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak supaya dapat mempraktikkan cara pengajaran dan penyampaian lebih efektif. Antara 5 institusi popular di Malaysia yang menawarkan Kursus Pendidikan Awal Kanak-Kanak adalah seperti berikut.
National Institute of Child Care and Education (NICCE)
Institut Asuhan dan Pendidikan Kanak-Kanak Kebangsaan atau National Institute of Child Care and Education (NICCE) merupakan institusi asuhan kanak-kanak pertama di Malaysia yang menyediakan program kursus SKM (Sijil Kemahiran Malaysia) dalam pendidikan awal kanak-kanak. Terletak di Petaling Jaya Selangor, NICCE mendapat pengiktirafan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran dan kerjasama bersama Universiti Malaya dalam menyediakan kursus jangka pendek berkualiti juga program sijil profesional yang setaraf. Antaranya Sijil Kemahiran Malaysia dalam Asuhan dan Perkembangan Kanak-Kanak (SKM), Sijil Profesional dalam Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Universiti Malaysia) dan Sijil Profesional dalam Standard Penjagaan Kanak-Kanak dan Prosedur Operasi (Universiti Malaysia). Kredibiliti NICCE sebagai institusi yang menawarkan kursus Pendidikan awal kanak-kanak yang unggul bermula sejak tahun 2022 diasaskan oleh Choo Choo Train Child Care and Kindergarten. Di NICCE, setiap sukatan pembelajaran memenuhi standard profesionalisme dan dipantau juga selian oleh individu berkelayakan. Terdapat 5 modul utama untuk membentuk program awal kanak-kanak berkesan merangkumi peranan & tanggungjawab, menu makanan, prosedur operasi standard dan persediaan pekerja profesional.
Kelebihan National Institute of Child Care and Education (NICCE)
- Pembelajaran singkat (Teori 3 bulan / 9 bulan praktikum)
- Praktikum disediakan oleh pengurusan
- Tiada pengalaman dan latar belakang pendidikan diperlukan
- Semua rakyat Malaysia layak untuk mendaftar
Kekurangan National Institute of Child Care and Education (NICCE)
- Tiada kursus peringkat tinggi seperti Diploma atau ijazah
Spesifikasi National Institute of Child Care and Education (NICCE)
Info | https://choochootrain.com.my/ |
---|---|
Laman sosial | https://www.facebook.com/NICCEmy/ |
Lokasi | A-15-1, Sunway Giza Mall, Jalan PJU 5/14, Dataran Sunway, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor |
Hubungi | 012-668 2532 |
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) merupakan institusi popular yang melahirkan ramai tenaga pengajar profesional yang berkualiti demi mewarnai dunia pendidikan termasuk bidang pendidikan awal kanak-kanak. Fakulti Pembangunan Manusia telah ditubuhkan pada 01 Jun 2010 merupakan fakulti yang terbesar di UPSI, dan Jabatan Pendidikan Awal Kanak-Kanak merupakan di bawah fakulti ini. Selaras dengan UPSI yang teras utamanya pendidikan, Jabatan Pendidikan Awal Kanak-Kanak antara yang menjadi ‘tulang belakang’ kepada semua program Pendidikan guru yang ditawarkan di UPSI. Jika anda berminat dalam bidang ini, antara tawaran kursus yang disediakan seperti Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan Diploma Pendidikan Awal Kanak- Kanak. Kedua-dua program ini adalah untuk melahirkan para pendidik yang berketerampilan dalam Pendidikan awal kanak-kanak dan berupaya menyepadukan dan menggunakan prinsip-prinsip perkembangan, kurikulum, pengajaran dan pentafsiran dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Program ini juga digubal untuk melahirkan graduan bestari serta berupaya mengaplikasikan peranan profesional pendidikan awal kanak-kanak dalam masyarakat pelbagai budaya.
Kelebihan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
- Mempersiapkan bakal graduan dengan persekitaran pengajaran sebenar
- Program diselaras dengan keperluan Kementerian Pelajaran Malaysia
- Tempoh pengajian 2 hingga 4 tahun pengajian
- Merupakan program akademik eksekutif
Kekurangan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
- Perlukan keputusan peperiksaan SPM yang baik untuk diterima masuk ke sini
Spesifikasi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
Info | http://fpm.upsi.edu.my/ |
---|---|
Laman sosial | https://www.facebook.com/jpakkupsi/?locale=ms_MY |
Lokasi | Kampus Sultan Azlan Shah, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak |
Hubungi | 05-450 6000 |
Universiti Antarabangsa UNITAR
Universiti Antarabangsa UNITAR ditubuhkan pada tahun 1997 sebagai universiti maya pertama di Asia Tenggara dan antara universiti swasta terawal di Malaysia. Universiti Antarabangsa UNITAR juga merupakan institusi pertama di Asia yang diberi penarafan QS 5 Bintang bagi kategori Pembelajaran Dalam Talian melalui ekosistem pembelajaran holistik dan inovatif menyediakan tawaran program yang komprehensif seperti program Pendidikan Awal Kanak-Kanak (ECE). Ia merangkumi Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Ijazah Sarjana Pendidikan (Pendidikan Awal Kanak-Kanak) dan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Awal Kanak-Kanak) (Kepujian). Program ECE ini melengkapkan pelajar dengan pengetahuan, kemahiran dan kecekapan untuk mereka bekerja dalam industri yang melibatkan kanak-kanak di prasekolah, pusat asuhan, atau pusat perkembangan kanak-kanak. Di sini, pelajar dalam bidang ECE akan melangkaui pembelajaran fizikal di dewan kuliah atau pembelajaran dalam talian serta diberi peluang untuk menjalankan pelajaran dan aktiviti di dalam bilik simulasi untuk memahami peranan mereka sebagai guru prasekolah atau tadika. Sebahagian daripada pensyarah ECE datang daripada latar belakang pengajaran prasekolah, yang mana pelajar boleh mendapat manfaat daripadanya merangkumi rujukan kurikulum yang berbeza, termasuk KSPK dan GENIUS.
Kelebihan Universiti Antarabangsa UNITAR
- Ada tawaran untuk Diploma, Ijazah Sarjana dan Ijazah Sarjana Muda
- Tempoh pengajian singkat sekitar 7 Semester (2 Tahun 6 Bulan)
- Mempunyai 10 cawangan kampus di Malaysia
- 100 peratus bantuan PTPTN disediakan
Kekurangan Universiti Antarabangsa UNITAR
- Tiada peringkat pensijilan
Spesifikasi Universiti Antarabangsa UNITAR
Info | https://www.unitar.my/ |
---|---|
Laman sosial | https://www.facebook.com/myunitar/ |
Lokasi | UNITAR International University, Tierra Crest, Jalan SS6/3, Kelana Jaya 47301 Petaling Jaya Selangor |
Hubungi | 03-76277200 |
SEGi University
SEGi University memupuk rakan kongsi industri dan perkongsian projek yang kukuh melalui pelbagai kerjasama melalui tawaran programnya seperti pendidikan awal kanak-kanak. Selain kursus pensijilan sedia akan disediakan di SEGI University seperti Certificate in Early Childhood Care and Education dan Diploma in Early Childhood Education, SEGi University juga menjalankan kerjasama dengan beberapa universiti luar negara seperti Montessori Centre International, United Kingdom (International Diploma in Montessori Pedagogy Early Childhood) dan University of Southern Queensland, Australia (Bachelor of Early Childhood 3+0). Jika berminat dalam bidang ini, anda boleh mendaftarkan diri dengan syarat kemasukan mestilah warganegara Malaysia, berumur lebih daripada 20 tahun, mempunyai pengalaman kerja yang relevan dan telah lulus penilaian APEL. Dengan memilih bidang Pendidikan Awal Kanak-kanak di SEGi University, graduan akan dipersiapkan untuk memenuhi tuntutan dan cabaran profesion keguruan di pusat asuhan kanak-kanak dan prasekolah untuk kedua-dua sektor awam dan swasta. 10 modul pembelajaran disediakan dan telah mendapat kerjaama dengan HEI Schools Finland.
Kelebihan SEGi University
- Terdapat tawaran untuk Sijil, Diploma, dan Ijazah Sarjana
- Tempoh pengajian singkat 2 ke 3 tahun
- Mempunyai lebih 5 cawangan kampus di Malaysia
- Pinjaman pelajaran disediakan
Kekurangan SEGi University
- Yuran pengajian tinggi
Spesifikasi SEGi University
Info | https://university.segi.edu.my/ |
---|---|
Laman sosial | https://www.facebook.com/SEGiCollegeSJ?locale=ms_MY |
Lokasi | No 9, Jalan Teknologi, Taman Sains Selangor, Kota Damansara PJU 5, 47810 Petaling Jaya, Selangor |
Hubungi | 03-6145 1777 |
Universiti Malaya
Universiti Malaya berbangga kerana tersenarai dalam 100 Fakuti Pendidikan terbaik di dunia. Kejayaan yang ditempa bukan mudah namun ia diperakui kerana universiti ini juga merupakan antara yang tertua di Malaysia dan selayaknya memiliki pelbagai pengalaman yang luas dalam setiap program yang ditawarkan. Antara program yang tersenarai dalam Fakulit Pendidikan semestinya kursus Pendidikan awal kanak-kanak. Program akademik yang ditawarkan oleh fakulti ini seperti Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan Diploma Eksekutif Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Tidak hanya menyediakan pelajar dengan ilmu intelektual dan kemahiran semata-mata tetapi turut menghubungkan teori dan amalan bagi mempersiapkan pelajar untuk menempuh alam pekerjaan dalam dunia sebenar. Kedua-dua program diploma dan ijazah ini ditawarkan khusus untuk golongan dewasa yang bekerja khususnya warga pendidik dan pengusaha pusat asuhan kanak-kanak yang berminat dan memerlukan kemahiran dan pengetahuan khusus bagi tujuan pembangunan kerjaya. Program ini juga bakal mempersiapkan graduan bagi membina sikap profesional, etika mapan dan boleh dicontohi selari dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) pendidikan.
Kelebihan Universiti Malaya
- Mempersiapkan bakal graduan dengan persekitaran pengajaran sebenar
- Program diselaras dengan keperluan Kementerian Pelajaran Malaysia
- Terdapat tawaran untuk Diploma dan Ijazah
- Fakulti terbaik dunia
Kekurangan Universiti Malaya
- Perlu lengkap syarat kemasukan
Spesifikasi Universiti Malaya
Info | https://umcced.edu.my/ |
---|---|
Laman sosial | https://www.facebook.com/UniversityofMalaya/ |
Lokasi | Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur |
Hubungi | 03-7967 5000 / 03-22463608 |
Negara maju kebanyakkannya telah mewajibkan semua penjaga dan guru di taska atau tadika memiliki sekurang-kurangnya Sijil Kursus Pendidikan Awal Kanak-Kanak, sekali gus melaksanakannya sebagai satu penekanan dan inisiatif terhadap perkembangan pendidikan serta penjagaan awal kanak-kanak. Ini kerana pengalaman kanak-kanak pada peringkat awal sangat mempengaruhi perkembangan mereka yang seterusnya. Kanak-kanak seawal usia perlu menguasai kemahiran asas sebelum masuk ke alam sekolah rendah. Sekiranya guru tidak diberi kursus cukup dan kurang tahap profesionalisme, maka kesannya dapat dilihat pada kanak-kanak yang mungkin banyak ketinggalan dalam pengenalan abjad dan huruf awalan, tidak mahir dalam moral diri atau tidak cekap mengenali persekitaran.
Selain itu, jika seseorang tenaga pengajar mengikuti kursus pendidikan awal kanak-kanak, ia juga dapat mengurangkan kes tidak diingini berlaku pada kanak-kanak di tadika atau di pusat asuhan. Antaranya cekap mengendalikan jika kanak-kanak tercedera atau risiko penderaan adalah rendah.