Drama Korea Terbaru Tayangan Di Malaysia. Ini 5 Pilihan Teratas UUntuk Peminat K-Drama April 2023

Drama Korea Terbaru Tayangan Di Malaysia. Ini 5 Pilihan Teratas UUntuk Peminat K-Drama April 2023
Gaya hidup


“An nyeong ha seyo!” Hello peminat K-drama ada sedikit info buat kalian! Untuk bulan ini drama Korea terbaru tayangan di Malaysia ada pelbagai genre bakal dipertontonkan antaranya seperti kisah percintaan, kerjaya, adegan seram, jenayah, dan aksi. Semua drama ini bakal menjadi kegemaran ramai dan untuk siaran Malaysia akan ditayangkan di Astro menerusi saluran pilihan MBC, tvN, JTBC atau penstriman saluran berbayar Netflix dan VIU.
Peminat juga boleh strim episod-episod disediakan yang bakal menjadi pilihan ramai penonton dan judul-judul tersebut kini trending di media sosial. Untuk peminat K-Drama, ini lima pilihan teratas judul wajib tonton seperti Joseon Attorney, Stealer: The Treasure Keeper, Queen Maker, Doctor Cha Jung Sook dan The Good Bad Mother. Sebagai peminat tegar, anda boleh menikmati K-drama terhebat yang ditayangkan tidak sampai 24 jam selepas Korea Selatan atau minggu sama dengan negara tersebut. Jom tonton!

Joseon Attorney: A Morality (MBC)

Joseon Attorney: A Morality (MBC)
Kisah guaman dan juga penegak keadilan menjadi genre pilihan ramai pengeluar drama Korea. Kali ini melalui saluran MBC, Joseon Attorney diperkenalkan dan bakal ditayangkan pada penghujung Mac 2023 ini sebanyak 16 episod. Menarik pada kali ini, kisah guaman Joseon Attorney diangkat berlatar belakang zaman lampau hasil arahan pengarah Lee Han Joon dan Kim Seung Ho, manakala skrip ditulis oleh penulis Choi Jin Young dan Jung Ho Rak adaptasi daripada webtoon Joseon Lawyer. Joseon Attorney mengisahkan seorang penegak keadilan yang ingin membalas dendam terhadap musuh yang membunuh ibu bapanya. Dalam naskah ini, Kang Han Su lakonan aktor Woo Do-hwan merupakan seorang peguam yang mempunyai daya tarikan dan kecerdasan yang hebat. Disebabkan dia lebih berpengetahuan dalam bidang undang-undang, maka dia menggunakan kelebihannya itu untuk membalas dendam untuk ibu bapanya yang telah dibunuh secara tidak adil. Dia juga diangkat sebagai wira dalam kalangan rakyat biasa. Manakala watak Lee Yeon-joo lakonan pelakon jelita Bona, merupakan pelanggan Kang Han-soo yang memiliki banyak rahsia dan cerita terpendam. Dalam masa yang sama dia mempunyai perasaan terhadap Kang Han-soo.

Spesifikasi Joseon Attorney: A Morality (MBC)

Trailer https://www.youtube.com/watch?v=cnFxLLVim4Y
Genre Drama Sejarah, undang-undang, Romantik
Tarikh Tayangan 31 Mac 2023 – 20 Mei 2023
Jumlah Episod 16
Pelakon Woo Do Hwan (Kang Han Su), Bona (Yi Yun Ju), Cha Hak Yeon (Yoo Ji Sun)

Stealer: The Treasure Keeper (tvN/VIU)

Stealer: The Treasure Keeper (tvN/VIU)
Bermula pertengahan April ini, saluran tvN dan VIU telah mengumunkan tayangan drama terbaru berjudul Stealer: The Treasure Keeper bakal menemui penonton. Mempunyai keseluruhan 12 episod, Stealer: The Treasure Keeper drama bersiri bergenre aksi komedi dibintangi oleh barisan pelakon ternama seperti Joo Won, Lee Joo Woo, Jo Han Chul dan Kim Jae Won. Stealer: The Treasure Keeper mengisahkan tentang Skunk, pakar mencuri khazanah berharga. Walau bagaimanapun tidak mudah untuk menyelesaikan setiap misi komplot mencuri harta negara kerana adanya organisasi khas untuk membanteras jenayah tersebut. Pasukan ini dikenali sebagai Karma diketuai oleh Jang Tae In lakonana Jo Han Chul yang merupakan seorang pegawai polis yang berwibawa dan sangat cekap. Dalam masa sama seorang pegawai awam bernama Hwang Dae-Myung lakonan Joo Won dituduh sebagai Skunk disebabkan satu insiden yang tidak diduga. Untuk membersihkan namanya, dia menyertai pasukan Karma untuk menjejak Skunk dan membawa ke muka pengadilan. Adakah Skunk berjaya ditawan oleh pasukan Karma? Terus tonton drama Stealer: The Treasure Keeper ini sehingga episod akhir.

Spesifikasi Stealer: The Treasure Keeper (tvN/VIU)

Trailer https://www.youtube.com/watch?v=l8yf3-U5Sdg
Genre Aksi, Pengembaraan, Misteri, Komedi
Tarikh Tayangan 12 April 2023 – 18 Mei 2023
Jumlah Episod 12
Pelakon Joo Won (Hwang Dae-Myung / Skunk), Lee Joo-Woo (Choi Min-Woo), Jo Han-Chul (Jang Tae-In), Kim Jae-Won (Shin Chang-Hoon), Choi Hwa-Jung (Lee Chun-Ja), Lee Deok-Hwa (Kim Young-Soo)

Queen Maker (Netflix)

Queen Maker (Netflix)
Netflix telah mengesahkan tarikh tayangan bagi drama Korea terbaru yang mengangkat tema wanita berjudul Queen Maker pada April ini sebanyak 12 episod. Queen Maker mengisahkan tentang wanita yang bernama Hwang Do-hee lakonan Kim Hee-ae seorang yang genius dalam pembuatan imej dan mendominasi bahagian perancangan strategik di sebuah syarikat yang besar. Dia disenangi majikan tempat kerjanya juga bercita-cita ingin menjadi seperti Oh Gyeong-sook lakonan Moon So-ri. Oh Gyeong-sook merupakan seorang peguam yang menjaga hak asasi manusia dan bakal bertanding jawatan sebagai Datuk Bandar Seol. Secara kebetulan, Hwang Do-hee dan Oh Gyeong-sook menjadi ‘rakan sekerja’ dan perlu bekerjasama untuk memasuki dunia politik menewaskan musuh dalam politik negara Korea. Dalam masa yang sama Oh Kyung-Sook dan Hwang Do-Hee sering bertelagah dan mempunyai pendapat yang berbeza ketika sesi berkempen sedang berjalan, namun tetap berganding bahu menjayakan misi utama mereka. Berjayakah kedua-dua wanita ini untuk membersihkan ‘mainan kotor’ dalam politik negara Korea Selatan? Tonton drama bersiri Queen Maker bermula 14 April 2023 ini di strim Netflix.

Spesifikasi Queen Maker (Netflix)

Trailer https://www.youtube.com/watch?v=O2mXui42i0c
Genre Perniagaan, Drama, Politik
Tarikh Tayangan 14 April 2023
Jumlah Episod 12
Pelakon Kim Hee-Ae (Hwang Do-Hee), Moon So-Ri (Oh Kyung-Sook), Ryu Soo-Young (Baek Jae-Min), Seo Yi-Sook (Son Young-Sim), Jin Kyung (Seo Min-Jung), Kim Tae-Hoon (Ma Joong-Seok)

Doctor Cha Jung Sook (JTBC)

Doctor Cha Jung Sook (JTBC)
Doctor Cha Jung Sook merupakan drama bersiri terbaru terbitan JTBC, diarahkan oleh pengarah tersohor Kim Dae Jin. Bakal ditayangkan secara premier bermula 15 April 2023, Doctor Cha Jung Sook menampilkan ramai pelakon ternama seperti Uhm Jung-Hwa, Kim Byung-Chul, Myung Se-Bin, dan Min Wook-Hyuk. Doctor Cha Jung Sook akan ditayangkan sebanyak 16 episod bergenre komedi dalam drama perubatan yang pastinya membuatkan penonton tidak kering gusi. Doctor Cha Jung Sook mengisahkan Cha Jung-Sook lakonan pelakon dan penyanyi jelita Uhm Jung-Hwa yang merupakan suri rumah sepenuh masa. Dia berkahwin dengan Seo In-Ho lakonan aktor Kim Byung-Chul, merupakan ketua pakar bedah di hospital universiti. Seo In-Ho mempunyai personaliti yang tegas, sensitif dan teliti. Selepas 20 tahun, Cha Jung Sook memutuskan untuk kembali menjadi seorang doktor setelah dia meninggalkan kerjaya tersebut selepas berumahtangga. Bayangkan sudah berpuluh tahun meninggalkan dunia kedoktoran, dia kembali lalu menyebabkan segalanya kucar kacir. Berjayakah dia mendapat kembali kepercayaan daripada suaminya untuk menjadi doktor yang hebat? Nantikan tayangan drama Doctor Cha Jung Sook.

Spesifikasi Doctor Cha Jung Sook (JTBC)

Trailer https://www.youtube.com/watch?v=PYuzAgAAPVI
Genre Komedi, Drama Perubatan
Tarikh Tayangan 15 April 2023 – 4 Jun 2023
Jumlah Episod 16
Pelakon Uhm Jung-Hwa (Cha Jung-Sook), Kim Byung-Chul (Seo In-Ho), Myung Se-Bin (Choi Seung-Hee), Min Wook-Hyuk (Roy Kim)

The Good Bad Mother (JTBC/Netflix)

The Good Bad Mother (JTBC/Netflix)
The Good Bad Mother merupakan drama bersiri terbaru yang dinanti-nantikan ramai untuk tayangan di Malaysia penghujung April nanti. Berkisar tentang drama keluarga, The Good Bad Mother pasti menyentuh hati ramai penonton dengan emosi yang bercampur baur. Ada jenaka juga air mata sepanjang 14 episod tayangannya nanti. The Good Bad Mother diterajui Ra Mi-iran, Lee Do-hyun dan Ahn Eun-jin, akan menemui penonton di saluran JTBC dan Netflix secara global. The Good Bad Mother mengisahkan tentang ibu dan anak yang mencari kebahagiaan sejati. Jin Young-soon seorang ibu tunggal mengusahakan ladang babi membesarkan anaknya seorang diri. Ra Mi-ran menghidupkan watak sebagai Jin Young-soon, tidak mempunyai pilihan selain menjadi seorang ibu yang tegas dan ‘teruk’ untuk anaknya Kang Ho. Setelah dewasa, Kang Ho lakonan Lee Do-hyun menjadi seorang pendakwa raya hebat bagi memenuhi hasrat ibunya namun mempunyai perasaan dingin. Dia seakan membenci ibunya kerana membesarkannya dalam persekitaran teruk dan tiada kasih sayang. Tanpa diduga, dia hilang ingatan dan bertukar kelakuan menjadi seperti kanak-kanak selepas terlibat dalam kemalangan. Kang Ho pulang ke kampung halamannya, dan kembali diasuh oleh ibunya.

Spesifikasi The Good Bad Mother (JTBC/Netflix)

Trailer https://www.youtube.com/watch?v=ZO2MOqYRRxM
Genre Kehidupan, Keluarga
Tarikh Tayangan 26 April 2023 – 8 Jun 2023
Jumlah Episod 14
Pelakon Ra Mi-Ran (Jin Young-Soon), Lee Do-Hyun (Choi Kang-Ho), Ahn Eun-Jin (Lee Mi-Joo), Cho Jin-Woong (Choi Hae-Sik), Yoo In-Soo (Bang Sam-Sik), Jung Woong-In (Oh Tae-Soo)

Melihat industri drama Korea Selatan, sesuatu judul drama yang bakal popular itu bukan sahaja bersangkut paut dengan jalan cerita tetapi juga pemilihan barisan pelakon. Ia sangat penting kerana mereka bukan sahaja melihat paras rupa seseorang pelakon tetapi kebolehan pelakon tersebut memegang watak dan menyampaikan peribadi watak tersebut sepanjang siri berlangsung malah semua pelakon perlu mempunyai kelayakan dan menjalani latihan-latihan tertentu seakan masuk dalam dunia sebenar.

Tidak dapat disangkal reputasi dan populariti yang diterima oleh drama dan hasil industri televisyen Korea Selatan atau K-drama mampu mencuri perhatian masyarakat di seluruh dunia. Hal ini juga disebabkan penyebaran budaya popular Korea Selatan yang semakin diterima penduduk dunia. Kualiti penghasilan, penulisan skrip, pemilihan pelakon dan genre drama yang dihasilkan juga memiliki kekuatan tersendiri. Malah kerajaan Korea Selatan sendiri juga sangat menyokong industri ini agar berkembang dengan baik.



Related posts