Pelembap Kulit Wajah Terbaik Dan Mampu Milik Khas Untuk Lelaki

Pelembap Kulit Wajah Terbaik Dan Mampu Milik Khas Untuk Lelaki
Kesihatan dan kecantikan


Seperti wanita, lelaki juga idamkan memiliki kulit wajah sihat dan bersih. Malah kini semakin ramai lelaki yang mahir dalam aspek penjagaan kulit wajah. Senario sudah jauh berubah, seiring peredaran masa golongan lelaki semakin bijak dalam soal penjagaan kulit wajah juga diri kerana bagi mereka ia perlu untuk keyakinan berdepan khalayak. Jika diperhatikan, ada sesetengah lelaki memperuntukkan belanja lebih besar dalam soal penjagaan diri berbanding wanita.

Sebagai seorang lelaki, selain mencuci wajah dengan pencuci yang sesuai, pastikan anda menggunakan krim pelembap yang serasi dengan jenis kulit untuk mengekalkan kelembapan. Pelembap kulit boleh membuatkan lapisan muka seorang lelaki lebih lembut. Jangan lupa untuk gunakan pelembap yang mengandungi pelindung SPF iaitu mampu menghalang sinaran cahaya matahari. Impak menggunakan pelembap kulit pada wajah sebenarnya lebih berkesan disamping membuat kaedah urutan mudah. Ini kerana serapan pelembap lebih cepat dan pantas berbanding sapuan biasa. Ingin memiliki kulit sihat dan wajah bersih? Ini 5 pelembap kulit wajah terbaik dan mampu milik wajib ada dalam kamar mandi si jejaka.

5 Pelembap Kulit Wajah Terbaik Dan Mampu Milik Khas Untuk Lelaki

Simplysiti For Men Aqua Day Moisturiser

Simplysiti For Men Aqua Day Moisturiser

Bukan setakat cemerlang dalam bidang seni, penyanyi tersohor negara Datuk Seri Siti Nurhaliza turut dikenali sebagai pengasas jenama SimplySiti. Jenama ini tidak hanya tertumpu untuk wanita, Simplysiti hadir dengan rangkaian penjagaan diri khas untuk lelaki antaranya Simplysiti For Men Aqua Day Moisturiser. Ia adalah produk pelembap jenis gel tidak melekit diformulasi dengan Sodium Hyaluronate dan bahan prebiotik yang berkesan untuk penghidratan dan mengimbangi mikrobiota kulit wajah. Simplysiti For Men Aqua Day Moisturiser juga membantu melambatkan kesan penuaan kulit, mengurangkan masalah jerawat, jeragat, parut kecil dan kulit berminyak. Kandungan inovasinya dipercayai dapat mencerahkan bintik-bintik gelap dan cela pada kulit yang menghasilkan seri kulit yang bertambah baik. Secara tidak langsung meningkatkan cahaya kulit yang sihat dan memulihkan kandungan lembapan semulajadinya. Simplysiti For Men Aqua Day Moisturiser adalah produk Anti-radang sesuai untuk jenis kulit sensitif, berjerawat serta mengalami keradangan.

Kelebihan produk

  • Pelembap jenis gel tidak melekit
  • Sesuai untuk kulit muka sensitif
  • Diformulasi dengan Sodium Hyaluronate dan bahan prebiotik
  • Memulihkan kandungan lembapan semulajadinya

Kekurangan produk

  • Penggunaan lebih berkesan dengan beberapa rangkaian produk lain

Spesifikasi produk

Berat/Isipadu 30ml
Cadangan penggunaan Guna setiap hari pada siang hari selepas mencuci muka
Harga RM32.13

L’Oréal Paris Men Expert White Activ Oil Control Moisturizer

L'Oréal Paris Men Expert White Activ Oil Control Moisturizer

L’Oréal Paris Men Expert White Activ Oil Control Moisturizer produk pilihan ramai lelaki kerana kandungannya yang serba lengkap. Satu botol sudah cukup berkesan untuk melembapkan kulit, mengurangkan minyak dan melindungi wajah daripada sinaran matahari. L’Oréal Paris Men Expert White Activ Oil Control Moisturizer memiliki perlindungan sinaran UVA / UVB yang bahaya dan penghidratan selama 24 jam. L’Oréal Paris Men Expert White Activ Oil Control Moisturizer memiliki kandungan ER195 yang mempercepatkan penumpahan sel kulit mati secara semula jadi lebih cepat dan memutihkan kulit baru dengan serta-merta. Teknologi White Activ Powerclear pula memastikan kulit sentiasa bebas minyak sepanjang hari serta mengurangkan tanda bintik hitam. Manakala formulasi Itanium Dioxide untuk L’Oréal Paris Men Expert White Activ Oil Control Moisturizer membantu kulit kelihatan lebih berseri serta merta selepas digunakan.

Kelebihan produk

  • Kandungannya yang serba lengkap
  • Berkesan untuk melembapkan kulit
  • Melindung sinaran UVA / UVB yang bahaya
  • Teknologi White Activ Powerclear memastikan kulit bebas minyak

Kekurangan produk

  • Minyak pada wajah berkurangan secara kekal selepas 4 minggu penggunaan berterusan.

Spesifikasi produk

Berat/Isipadu 50ml
Cadangan penggunaan Sapu pada wajah waktu pagi atau petang. Produk ini sesuai digunakan selepas mencukur bagi meredakan luka cukuran
Harga RM26.91

NIVEA Men DEEP Matte Finish Moisturiser

NIVEA Men DEEP Matte Finish Moisturiser

NIVEA Men DEEP Matte Finish Moisturiser diformulasikan dengan arang hitam dengan kesan matte yang menyerap dalam beberapa saat. Penghidratan ultra-ringan dan kesan mengkilap dalam kandungannya dipercayai dapat memperbaiki kulit yang berjerawat, berjeragat, melembap dan membersihkan kotoran jauh ke dalam. NIVEA Men DEEP Matte Finish Moisturiser tidak meninggalkan tekstur melekit. Baunya yang segar dan wangi merupakan pelembap anti bakteria terbaik dicadangkan untuk kaum Adam.

Kelebihan produk

  • Sesuai untuk individu kulit berminyak
  • Penghidratan ultra-ringan
  • Memperbaiki kulit yang berjerawat
  • Tidak meninggalkan tekstur melekit.

Kekurangan produk

  • Untuk kegunaan luar sahaja. Simpan jauh dari cahaya matahari.

Spesifikasi produk

Berat/Isipadu 50ml
Cadangan penggunaan Cuci tangan dengan air bersih kemudian buat sapuan nipis di seluruh kulit wajah
Harga RM20.18

Garnier Men Anti-Acne Brightening Moisturizing Serum

Garnier Men Anti-Acne Brightening Moisturizing Serum

Garnier Men Anti-Acne Brightening Moisturizing Serum, sapuan serum pelembap pertama yang mampu melawan 99.9 peratus bakteria penyebab jerawat dan kekusaman kulit dengan 12 manfaat hebat. Garnier Men Anti-Acne Brightening Moisturizing Serum memiliki tekstur ringan dan pantas yang berupaya diserap jauh ke dalam kulit. Penggunaan Garnier Men Anti-Acne Brightening Moisturizing Serum secara berterusan bakal menjadikan kulit wajah lelaki kelihatan lebih licin dan kekal anjal. Ia juga mampu mengurangkan blackhead, whitehead, lebihan minyak dan kulit tidak sekata. Garnier Men Anti-Acne Brightening Moisturizing Serum telah diujikan secara Dermatologi dan disahkan Halal.

Kelebihan produk

  • Memiliki 12 manfaat hebat
  • Kulit wajah kelihatan lebih licin dan kekal anjal
  • Disahkan dan diujikan secara Dermatologi
  • Diiktiraf Halal

Kekurangan produk

  • Jenama menjadi sasaran produk tiruan

Spesifikasi produk

Berat/Isipadu 40ml
Cadangan penggunaan Sapukan dua kali sehari di keseluruhan wajah pada kulit selepas dicuci sempurna
Harga rm23.31

BAD LAB Battle Repair – Repair & Relief Facial Moisturiser

BAD LAB Battle Repair - Repair & Relief Facial Moisturiser

BAD LAB Battle Repair – Repair & Relief Facial Moisturiser, produk pelembap mampu milik khas untuk lelaki. Memiliki haruman wangi yang menyenangkan, BAD LAB Battle Repair – Repair & Relief Facial Moisturiser berfungsi memberi kelegaan buat anda yang memiliki kesan kulit wajah terbakar akibat cahaya matahari. BAD LAB Battle Repair – Repair & Relief Facial Moisturiser, pelembap anti-radang membantu menggalakkan pembaharuan kulit secara semula jadi. Selain itu, selepas bercukur, gunakan BAD LAB Battle Repair – Repair & Relief Facial Moisturiser pada kulit wajah agak dapat mengurangkan rasa ketidakselesaan dan kesan luka kecil di muka kalian.

Kelebihan produk

  • Harga berpatutan
  • Wangi
  • Memberi kelegaan untuk kulit wajah terbakar
  • Menggalakkan pembaharuan kulit secara semula jadi

Kekurangan produk

  • Tidak sesuai untuk individu berkulit sensitif

Spesifikasi produk

Berat/Isipadu 45ml
Cadangan penggunaan Guna selepas mencuci muka. Sapu dan lakukan urutan lembut di wajah agar diserap jauh ke dalam kulit
Harga RM10.22

Tidak perlu keterlaluan, golongan lelaki juga sekurang-kurangnya perlu mempunyai pembersih wajah sendiri yang sesuai dengan kulit wajah. Jika mahu kesan yang lebih baik, dicadangkan menggunakan pelembap khas untuk lelaki. Rutin sapuan pelembap wajah selepas mencuci muka bukan saja membantu menghidrat kulit, malah bagi mengelakkan kulit menjadi kering dan masalah kedutan muncul. Produk lembapan untuk lelaki kini banyak di pasaran dan pastikan pilih rangkaian yang tidak mengandungi bahan kimia terlarang serta sesuai dengan jenis kulit anda. Ini adalah usaha dalam mendapatkan kulit wajah segar dan bersih sekali gus membuatkan orang lain senang berurusan dengan anda.

Sekiranya anda seorang lelaki yang tidak mahir mencari produk penjagaan wajah seperti pelembap muka, boleh dapatkan nasihat atau panduan daripada wanita terdekat seperti isteri, ibu, kakak, teman wanita atau rakan karib yang pastinya dapat membantu menyelesaikan permasalahan dialami. Jika terdapat perubahan atau masalah pada kulit wajah yang serius, segeralah berjumpa ahli dermatologi supaya dapat mengesan masalah dialami lebih awal



Related posts