Pilihan “Breast Pump” Terbaik untuk Ibu: Menyeimbangkan Kemudahan dan Kecekapan

Pilihan “Breast Pump” Terbaik untuk Ibu: Menyeimbangkan Kemudahan dan Kecekapan
Ibu dan anak


Susu ibu pastinya menjadi pilihan terbaik dalam memastikan si manja mendapat nutrisi berkhasiat yang cukup untuk membesar. Namun bagi sesetengah ibu yang bekerja, tugas menyusukan anak menjadi sedikit mencabar apabila si ibu perlu menyediakan stok susu agar bekalan si manja tidak terputus walaupun terpaksa berjauhan seketika.

Mesin pengepam susu pastinya menjadi teman baik si ibu dalam memudahkan proses ini. Tidak kira sama ada di rumah mahupun di pejabat, sudah tentu, keselesaan menjadi faktor utama dalam pemilihan breast pump. Pam haruslah mudah dibawa ke mana sahaja, mudah dipasang juga dibersihkan agar ibu tidak stress dalam menghadapi hari-hari mendatang. Jom lihat antara pilihan breast pump elektrik terbaik ada di pasaran.

5 Pilihan ‘Breast Pump’ Terbaik Pastinya Memudahkan Kerja Harian Si Ibu

Pigeon Pro Breast Pump

Pigeon Pro Breast Pump

Pigeon ini adalah antara produk terkenal yang telah menjual produk bayi sejak tahun 1957. Pigeon Pro Breast Pump direka untuk para ibu menyesuaikan diri dengan gaya pam mereka dan pastinya dapat menjadikan proses pengepaman susu menjadi lebih selesa. Cara pemasangan pam susu ini sungguh mudah berpandukan manual yang disediakan dan ia mudah dibawa ke mana sahaja. Ia boleh digunakan dengan bateri mahupun adapter. Double electric breast pumps membenarkan anda mengepam kedua-dua payudara pada masa yang sama. Pam susu seperti ini adalah yang terbaik untuk ibu bekerja kerana ianya lebih cepat dan menjimatkan masa. Di samping itu, breast pumps elektrik ini mempunyai fungsi urut dengan 2 mod berbeza.

Kelebihan Pigeon Pro Breast Pump

  • 7 tahap sedutan boleh laras dengan 4 kelajuan sedutan boleh laras
  • Menggunakan 2 tahap teknologi, iaitu Mod stimulasi dan Mod Ekspresi yang merangsang dan memaksimumkan aliran susu
  • LED monitor
  • Comfort ProperFit™ Soft Silicone Cushion
  • Anti-backflow:mengelakkan susu mengalir terbalik ke corong pam

Kekurangan Pigeon Pro Breast Pump

  • Harga mahal

Spesifikasi Pigeon Pro Breast Pump

Laras sedutan 7
Skrin paparan LED monitor
Jenis Mod 2
Material botol Bebas BPA
Harga RM 857.10
Link https://pigeon.com.my/product/electric-breast-pump-pro/

Medela Freestyle Double Breast Pump

Medela Freestyle Double Breast Pump

Ia merupakan pam payudara yang ringan dan mudah dibawa ke mana sahaja. Sungguh praktikal dan produk Medela juga menjadi kesukaan para ibu di luar sana. Ia boleh menggunakan kuasa elektrik malah juga bateri yang boleh dicas semula. Antara ciri menarik lain adalah hands free yang membolehkan si ibu mengepam susu sambil membuat kerja-kerja lain. Anda juga tidak perlu set kan stail pengepaman anda setiap kali menggunakannya kerana pam ini mempunyai fungsi memori yang mampu menyimpan stail mengepam anda yang spesifik.

Kelebihan Medela Freestyle Double Breast Pump

  • Bersaiz kecil dan berat 300g memudahkan anda membawanya ke mana sahaja
  • Bateri boleh dicas
  • Mempunyai aplikasi sendiri iaitu MyMedela app
  • Medela PersonalFit Flex™ untuk keselesaan dan meningkatkan aliran susu
  • Touch screen
  • Anti-backflow:mengelakkan susu mengalir terbalik ke corong pam

Kekurangan Medela Freestyle Double Breast Pump

  • Harga sangat mahal

Spesifikasi Medela Freestyle Double Breast Pump

Laras sedutan 7
Skrin paparan Skrin sentuhan
Jenis Mod Mempunyai aplikasi sendiri ; MyMedela app
Material botol Bebas BPA
Harga RM 1,650
Link https://shopee.com.my/

Malish Aria Double Electric

Malish Aria Double Electric

Pam susu ini sesuai untuk ibu yang aktif atau sibuk bergerak ke sana sini kerana ianya bersaiz mini. Pam Malish Aria ini dilengkapi dengan paparan LCD sentuh yang menunjukkan kuasa sedutan boleh dikawal sendiri. Ia direka untuk meniru penyusuan bayi untuk keselesaan maksimum. Ia juga mudah dibawa dengan beg nya yang bersaiz kompak dan mudah alih.

Kelebihan Malish Aria Double Electric

  • Bersaiz kecil memudahkan anda membawanya ke mana sahaja
  • Bateri boleh dicas
  • Beroperasi dengan senyap
  • Stimulasi terbaik untuk pengeluaran susu
  • Mempunyai memori langkah sedutan
  • Anti-backflow:mengelakkan susu mengalir terbalik ke corong pam

Kekurangan Malish Aria Double Electric

  • Jenama kurang dikenali

Spesifikasi Malish Aria Double Electric

Laras sedutan 9
Skrin paparan Skrin sentuhan
Jenis Mod 2
Material botol Bebas BPA
Harga RM 359
Link https://mamours.com.my/shop/feeding-accessories/malish/malish-aria-plus-rechargeable-double-electric-breast-pump/

HEGEN PCTO™ Double Electric Breast Pump

HEGEN PCTO™ Double Electric Breast Pump

Sesuai untuk ibu-ibu yang baru memulakan perjalanan penyusuan mereka, Pam Payudara Elektrik Hegen PCTO™ boleh digunakan sebagai pam tunggal atau berganda untuk memerah dan menyimpan susu ibu terus ke dalam PPSU Penyimpanan Susu Ibu Hegen PCTO™. Menampilkan ciri urutan menguli yang unik pastinya membantu melegakan sakit badan dan sakit otot yang dialami oleh ibu menyusu. Ia juga dilengkapi tahap sedutan boleh laras dengan mudah adalah antara 1 hingga 12 serta 3 mod – perlahan, sederhana atau pantas untuk menikmati ekspresi optimum dan keselesaan si ibu.

Kelebihan HEGEN PCTO™ Double Electric Breast Pump

  • Mod urutan automatik menggalakkan pengaliran susu yang sihat dengan merangsang refleks seperti penyusuan semula jadi bayi anda
  • Fleksibiliti beralih dari pengepaman double kepada single
  • Penutupan selamat melindungi susu daripada pengoksidaan dan mengekalkan kesegaran susu ibu
  • Ringan dan mudah digunakan
  • Material berkualiti tinggi

Kekurangan HEGEN PCTO™ Double Electric Breast Pump

  • Harga sangat mahal

Spesifikasi HEGEN PCTO™ Double Electric Breast Pump

Laras sedutan 12
Skrin paparan LED
Jenis Mod 3
Material botol Bebas BPA, PPSU
Harga RM 1,298
Link https://www.hegenmalaysia.com/product/hegen-pcto-double-electric-breast-pump/

Halford Duo Rechargeable Double

Halford Duo Rechargeable Double

Sesetengah pam susu mengeluarkan bunyi bising ketika proses pengepaman berjalan, namun tidak dengan Halford duo rechargeable double ini. Reka bentuknya bukan sahaja cantik, malah ia mempunyai paparan LCD yang memudahkan ibu mengawal penggunaanya. Pam ini menyediakan urutan sehingga 5 kali dengan 1 hisapan untuk melegakan kesakitan akibat pembengkakkan payudara. Breast pump ini juga mudah dibawa ke mana-mana sahaja kerana reka bentuknya yang ringan.

Kelebihan Halford Duo Rechargeable Double

  • Paparan LCD yang besar
  • Ringan dan mudah dibawa ke mana sahaja
  • Dilengkapi bateri yang boleh dicas semula
  • Double pump untuk pam secara serentak
  • Tidak mengeluarkan bunyi bising

Kekurangan Halford Duo Rechargeable Double

  • Tidak didatangkan dengan beg penyimpanan

Spesifikasi Halford Duo Rechargeable Double

Laras sedutan 9
Skrin paparan LED
Jenis Mod 4
Material botol Bebas BPA
Harga RM 399
Link https://shopee.com.my/Halford-Duo-Rechargeable-Electric-Breast-Pump-Free-Gift–i.3415241.973397188?utm_source=an_12289520000&utm_medium=affiliates&utm_campaign=4inwfo8527u9-&utm_content=87d80ed192ca41ebbf1ef5f33c0ccd7d

Perkara yang sering dipandang enteng oleh para ibu adalah aspek kebersihan dan cara penyimpanan yang betul. Pastikan peralatan breast pump anda dalam keadaan telah di steril sebelum menggunakannya. Sentiasa cuci tangan sebelum memasang dan pastikan anda berada dalam keadaan selesa untuk proses pengepaman susu yang lancar.

Tidak dapat dinafikan harga breast pump yang berkualiti mungkin mencapai ribuan ringgit. Namun, ada juga breast pump dengan kualiti sama baik tapi dijual dengan harga yang lebih murah. Jadilah pembeli yang bijak okay!



Related posts