Ini 5 Pilihan Susu Formula Terbaik (0-12 Bulan) Khas Untuk Ibu Bapa Yang Baru Ingin Menimang Bayi

Ini 5 Pilihan Susu Formula Terbaik (0-12 Bulan) Khas Untuk Ibu Bapa Yang Baru Ingin Menimang Bayi
Ibu dan anak


Susu terbaik untuk bayi pastinya adalah susu ibu, namun hakikatnya tidak semua ibu mampu mengeluarkan susu daripada badan sendiri atas faktor-faktor kesihatan tertentu. Alternatifnya adalah susu formula dengan pelbagai jenama yang banyak terjual di pasaran.

Untuk ibu bapa yang tiada pengalaman, anda pasti keliru dengan lambakkan jenama susu formula yang ada di pasaran kini kan? Untuk memilih susu terbaik, pastikan anda mendapatkan nasihat daripada doktor dan pakar pediatrik bayi anda. Setiap bayi adalah berbeza dan mungkin sesetengah susu formula tidak sesuai dengan badan mereka.

Antara kriteria penting dalam pemilihan susu formula adalah, kandungan nutrisinya, harga, had umur yang dinyatakan pada setiap bungkusan dan reputasi jenama tersebut. Jika jenama susu formula tersebut pernah dikaitkan dengan isu buruk seperti mengandungi bahan tidak elok kepada bayi dan sebagainya, sebaiknya anda elak membelinya. Untuk anda yang sedang mencari, jom lihat 5 pilihan susu formula terbaik untuk bayi 0-12 bulan di Malaysia!

Enfalac A+ Langkah 1

Enfalac A+ Langkah 1

Enfalac A+ Step 1 kaya dengan DHA + ARA direka khas untuk kegunaan bayi sejak lahir hingga usia mencecah 12 bulan. Susu ini mengandungi DHA dan ARA yang boleh menyumbang kepada perkembangan otak bayi. Ia merupakan salah satu jenama yang mengandungi kandungan kolina yang tinggi iaitu sesuatu bahan yang kaya di dalam susu ibu bertujuan untuk menyokong perkembangan fizikal dan mental bayi secara keseluruhan. Susu ini di rumus dengan gabungan rumusan prebiotik GOS dan PDX yang dipatenkan di AS, Eropah, Malaysia, Singapura dan Hong Kong. Apa yang penting, susu ini juga telah disahkan halal oleh JAKIM.

Kelebihan Enfalac A+ Langkah 1:

  • Mengandungi MFGM yang bagus untuk perkembangan neuro/saraf dan imuniti usus
  • Prebiotik untuk pencernaan terbaik
  • Kandungan DHA + ARA untuk perkembangan otak bayi
  • Mengandungi kolina
  • Disahkan halal

Kekurangan Enfalac A+ Langkah 1:

  • Antara jenama susu tepung mahal di Malaysia

Spesifikasi Enfalac A+ Langkah 1:

Had umur: Bayi berusia 0- 12 bulan
Bahan utama: MFGM Complex, DHA, ARA, Kolina, Serat diet PDX & GOS
Harga: RM 124.90 (900g)

S26 SMA Langkah 1

S26 SMA Langkah 1

Susu ini diperkaya dengan pelbagai manfaat untuk memastikan pemakanan yang sihat dan seimbang untuk bayi. Ia mengandungi alpha-lactalbumin dengan protein whey-dominan. Ia juga mengandungi oligofruktosa sebagai serat pemakanan larut untuk sistem pencernaan yang sihat. Kandungan terbaik lain ada pada S26 ini adalah lutein, kalsium, magnesium, fosforus, vitamin D, vitamin E, vitamin C, asid folik, besi dan iodin.

Kelebihan S26 SMA Langkah 1:

  • Membantu bayi tambah berat badan
  • Mengelakkan masalah sembelit
  • Mengandungi lutein untuk perkembangan kognitif dan visual
  • Mengandungi ogliofruktosa untuk kesihatan usus yang baik

Kekurangan S26 SMA Langkah 1:

  • Boleh dikategorikan antara susu mahal di Malaysia

Spesifikasi S26 SMA Langkah 1:

Had umur: Bayi berusia 0- 12 bulan
Bahan utama: αlipids, DHA, Choline, Lutein dan Oligofruktosa, alpha-lactalbumin, Vitamins D dan K, Calcium, Zinc, Vitamins A, C dan E, Selenium
Harga: RM 102.50 ( 1.2kg)

Dumex Mamex Langkah 1

Dumex Mamex Langkah 1

Dumex Mamex direka untuk bayi sehingga 12 bulan. Ia mengandungi DHA, AA, zink, protein, kalsium, iodin, besi dan juga vitamin A,C,D,dan E untuk perkembangan tumbesaran terbaik bayi. Formulasi oligosakarida yang ada pada susu ini membantu dalam mengekalkan persekitaran usus yang baik. Prebiotik yang dicampurkan ke dalam susu ini telah dipatenkan di peringkat antarabangsa GOS / IcFOS.

Kelebihan Dumex Mamex Langkah 1:

  • Kandungan prebiotic dan serat untuk atasi masalah sembelit bayi
  • Kandungan prebiotic yang telah dipatenkan di peringkat antarabangsa
  • Kaya dengan vitamin A, C, D,dan E
  • Mengandungi kalsium dan iron untuk tumbesaran bayi

Kekurangan Dumex Mamex Langkah 1:

  • Kandungan DHA & ARA tidak tinggi

Spesifikasi Dumex Mamex Langkah 1:

Had umur: Bayi berusia 0- 12 bulan
Bahan utama: DHA, AA, Campuran oligosakarisa, Vitamin A, C,D,dan E
Harga: RM 116.30 ( 1.2kg)

Similac 1

Similac 1

Produk ini mempunyai sistem Eye-Q dengan campuran minyak sayuran unik untuk penyerapan terbaik DHA serta vitamin E semulajadi untuk melindungi DHA daripada pengoksidaan. Bukan itu sahaja, kandungan laktosa yang ada berfungsi membantu perkembangan bayi. Ada yang mengatakan susu ini agak popular dan digunakan di kebanyakkan hospital swasta. Susu ini juga diformulasi dengan minyak kelapa, sumber semulajadi yang kaya dengan trigliserida dan merupakan alternatif terbaik untuk minyak kelapa sawit. Namun susu ini dikatakan agak berbuih dan boleh menyebabkan sembelit untuk sesetengah bayi.

Kelebihan Similac 1:

  • Digunakan di kebanyakkan hospital
  • Tidak mempunyai tambahan sirap jagung atau fruktosa
  • Menggunakan minyak kelapa berbanding minyak kelapa sawit
  • Disahkan halal
  • Antara jenama terkenal di Malaysia

Kekurangan Similac 1:

  • Mengandungi protein susu lembu agak tinggi mungkin tidak sesuai untuk sesetengah bayi.

Spesifikasi Similac 1:

Had umur: Bayi berusia 0- 12 bulan
Bahan utama: DHA, AA, 2’-FL, Nucleotide, Omega 3 & 6, Taurine dan Kolina
Harga: RM 120 ( 1.2kg)

Frisolac Step 1

Frisolac Step 1

Menariknya susu ini dikatakan antara susu yang mengandungi kolina dan kalsium tinggi berbanding jenama lain yang pastinya baik untuk tumbesaran bayi. Frisolac Step 1 juga diformulasikan dengan galacto-oligosaccharides (GOS) dimana ia merupakan prebiotik yang merangsang perut yang sihat dan bertindak sebagai pencegahan alahan (seperti ekzema, gatal-gatal, dll) untuk bayi. Ia juga boleh mengurangkan masalah kolik/kembung. Bukan itu sahaja, bahan utama yang lain terkandung ialah taurina untuk fungsi hati yang sihat, dan untuk melindungi sistem saraf yang paling ketara di dalam mata dan telinga.

Kelebihan Frisolac Step 1:

  • Mengandungi protein wei untuk membina imuniti
  • Tinggi kandungan kolina dan kalsium
  • Kandungan taurine lebih banyak berbanding jenama lain
  • Mengandungi Vitamin B6 dan C, Besi, Zink, Serat pribiotik, nukleotid dan DHA
  • Sesuai untuk masalah bayi sembelit dan masalah pencernaan
  • Sesuai untuk bayi dengan masalah kembung perut
  • Meningkatkan imunisasi badan

Kekurangan Frisolac Step 1:

  • Lebih berbuih berbanding jenama lain

Spesifikasi Frisolac Step 1:

Had umur: Bayi berusia 0- 12 bulan
Bahan utama: DHA & AA, Omega 3 & 6, Salic Acid, Taurina, Serabut Diet
Harga: RM 109 ( 900g)

Nutrisi penting yang ada pada kebanyakkan susu formula adalah seperti DHA & AA/ARA yang bertujuan untuk membantu perkembangan otak dan penglihatan bayi. Sebab itulah jika dilihat kebanyakkan jenama mempromosikan nutrisi ini di dalam iklan mereka. Namun, sebagai pengguna yang bijak, anda harus teliti jumlah kandungan yang ada pada setiap produk adalah berbeza. Sesetengahnya mengandungi DHA & AA/ARA yang sedikit berbanding jenama lain.

Walaupun susu itu mahal, namun ada kemungkinan ianya tidak sesuai untuk bayi anda. Jangan teruskan jika bayi anda mengalami simptom seperti sukar membuang air besar dan segera dapatkan nasihat daripada doktor pakar.



Related posts