Daya Serapan Unggul 5 Jenama Lampin Bayi Berkualiti Terbaik Di Malaysia 2022

Daya Serapan Unggul 5 Jenama Lampin Bayi Berkualiti Terbaik Di Malaysia 2022
Ibu dan anak


Buat mereka yang bakal bergelar ibu bapa baru atau menunggu kelahiran seterusnya, persiapan menyambut bayi yang bakal lahir amatlah penting. Keselesaan dan keperluan si manja menjadi keutamaan, salah satu barangan keperluan bayi yang paling penting untuk disediakan adalah lampin dari saiz baru lahir hingga si manja berusia 3 ke 4 tahun kelak.

Setiap bayi mempunyai jenis kulit berbeza, maka Ibu bapa pasti akan berhadapan dengan masalah memilih jenis lampin, kesesuaian kulit dan jenama yang bagus untuk anak mereka. Jika salah pilih, anak mungkin boleh terkena ruam lampin. Keadaan ini mengundang masalah berikutan kulit bayi sangat sensitif dan mudah mengalami kerengsaan.

Masalah akan selesai jika ibu bapa bijak memilih lampin yang sesuai untuk si manja. Antara 5 jenama lampin bayi berkualiti di pasaran Malaysia 2022, paling penting mempunyai daya serapan unggul yang terbaik seperti berikut.

Skinature by Drypers NB66

Skinature by Drypers NB66
Drypers jenama lampin bayi nombor 1 di Malaysia memperkenalkan lampin premium edisi terbaharu mereka iaitu Skinature by Drypers NB66 direka khas untuk bayi yang baru lahir berkulit halus. Skinature by Drypers NB66 dihasilkan bebas dari alergen, bebas klorin dan bebas wangian menjadikannya sebagai lampin berciri lembut bak kapas walaupun pada kulit sensitif terutama yang terdedah kepada alergen EU26.
Skinature by Drypers NB66 dibangunkan melalui Derma-Care Technology, diperbuat daripada bahan lembut premium dengan daya serapan (Dual Leak Guards) yang unggul dan lapisan atas timbul 3D. Ia berfungsi membantu memerangkap dan menghalang najis daripada bocor serta memastikan bayi tetap bersih dan kering.
Skinature by Drypers NB66 mempunyai reka bentuk potongan khas (Pro-Skin Navel Care) melindungi tali pusat dan bahagian pusat bayi baru lahir. Selain itu, mengurangkan tekanan geseran lampin pada perut dan memastikan peredaran udara yang lebih baik untuk memastikan bahagian pusat bayi kekal kering.

Kelebihan Skinature by Drypers NB66

  • Bebas dari klorin, bahan wangian & Alergen EU26(1)
  • Penyerapan pantas untuk kekeringan berpanjangan
  • Pro-Skin Navel Care direka untuk perlindungan bahagian tali pusat
  • Kelembutan yang terunggul pada keseluruhan lampin, lembut pada kulit bayi

Kekurangan Skinature by Drypers NB66

  • Harga tinggi

Spesifikasi Skinature by Drypers NB66

Saiz New Born
Kuantiti 66 Keping
Harga RM50.90

MamyPoko Antimos Extra Dry Protect Tape XL36

MamyPoko Antimos Extra Dry Protect Tape XL36
MamyPoko jenama dipercayai dan menjadi pilihan ramai ibu bapa di Malaysia kerana semua inovasi lampin mempunyai kadar serapan yang lebih tinggi, perlindungan dari kebocoran dan mudah kering. Kali ini jenama ini memberi sedikit kelainan dengan memperkenalkan MamyPoko Antimos Extra Dry Protect Tape XL36 iaitu lampin bayi anti nyamuk pertama di dunia.
MamyPoko Antimos Extra Dry Protect Tape XL36 dihasilkan dalam usaha membantu bayi tidur dengan lebih lena dan memerangi denggi. MamyPoko Antimos Extra Dry Protect Tape XL36 dilengkapi dengan ekstrak serai wangi semulajadi terletak pada permukaan pita pelekat lampin mampu menghalau nyamuk.
Ia selamat untuk bayi kerana bebas DEET, bebas alkohol dan juga sesuai untuk yang berkulit sensitif. Sebelum mengenakan lampin MamyPoko Antimos Extra Dry Protect Tape XL36 pada si manja anda, gosok sedikit dengan jari terlebih dahulu pada pita pelekat untuk mengaktifkan fungsi Antimos yang bertahan hingga 6 jam.

Kelebihan MamyPoko Antimos Extra Dry Protect Tape XL36

  • Mempunyai kadar serapan yang lebih tinggi
  • Lampin bayi anti nyamuk pertama di dunia
  • Dilengkapi dengan ekstrak serai wangi semulajadi
  • Berfungsi hingga 6 jam

Kekurangan MamyPoko Antimos Extra Dry Protect Tape XL36

  • Tiada saiz kecil. Hanya ada saiz bermula dari M hingga XL sahaja

Spesifikasi MamyPoko Antimos Extra Dry Protect Tape XL36

Saiz XL
Kuantiti 36 Keping
Harga RM41.90

Huggies Dry Pants Dry Xpert Channel – XXL36

Huggies Dry Pants Dry Xpert Channel - XXL36
Sebagai jenama yang dipercayai oleh ibu bapa di Malaysia, Huggies terus membawakan inovasi untuk memberikan perlindungan terbaik bagi bayi menerusi pengenalan Huggies Dry Pants Dry Xpert Channel – XXL36 serba baharu dengan Teknologi Saluran Dry Xpert. Teknologi itu menjadikan penyerapan lebih pantas selain memastikan si manja kekal gembira dengan kulit kering dan selesa.
Huggies Dry Pants Dry Xpert Channel – XXL36 memahami keperluan bayi dan ibu bapa justeru menawarkan lampin dengan perlindungan dan keselesaan berpanjangan dihasilkan daripada penyelidikan dan ujian yang teliti. Huggies Dry Pants Dry Xpert Channel – XXL36 mempunyai saluran berbentuk X di teras lampin untuk mengagihkan kelembapan secara rata ke empat arah bagi memastikan penyerapan lebih pantas sekali gus mengekalkan kekeringan dan menjadikan bayi selesa sepanjang pemakaian.
Huggies Dry Pants Dry Xpert Channel – XXL36 sangat sesuai untuk anak-anak yang sedang membesar kerana ia dicipta khas untuk kanak-kanak yang aktif. Ia mudah dipakai dan mempunyai serapan yang kuat. Apabila direka khas untuk kanak-kanak yang aktif, lampin ini tidak terlalu cepat penuh dan menjadikan pemakaian lebih selesa.

Kelebihan Huggies Dry Pants Dry Xpert Channel – XXL36

  • Teknologi Saluran Dry Xpert menyerap cecair lebih pantas
  • Menawarkan perlindungan dan keselesaan berpanjangan
  • Dihasilkan daripada penyelidikan dan ujian yang teliti
  • Direka khas untuk kanak-kanak yang sedang membesar dan aktif

Kekurangan Huggies Dry Pants Dry Xpert Channel – XXL36

  • Tiada saiz kecil. Hanya ada saiz bermula dari M hingga XLL sahaja

Spesifikasi Huggies Dry Pants Dry Xpert Channel – XXL36

Saiz XXL
Kuantiti 36 Keping
Harga RM31.50

Genki Tape Size S (78pcs)

Genki Tape Size S (78pcs)
Dalam bahasa Jepun, Genki bermaksud ceria, cergas, sihat dan aktif. Sesuai namanya, Genki Tape Size S direka bagi memberi keselesaan berpanjangan kepada bayi sekali gus membolehkan bayi untuk sentiasa cergas bagi meneroka dunia baru. Genki Tape Size S sesuai digunakan untuk bayi baru lahir (new born) sehingga berat 7kg.
Genki Tape Size S mempunyai kadar serapan tinggi tampil dengan ciri inovatif lapisan selembut kusyen dan teras serapan ultra 3D. Teras serapan ultra 3D terdiri daripada pulpa halus yang cepat menyerap cecair dengan pantas agar kulitnya sentiasa kering dan selesa. Bahagian pinggang dilindungi dengan pita lembut dan berelastik, membuatkan si manja lebih selesa serta kemas.
Pelapik luar berliang udara membenarkan 100 peratus aliran udara dan lembapan untuk mengoptimumkan ketelusan agar si manja selesa sepanjang hari. Genki Tape Size S juga didatangkan dalam saiz M, L dan XL sesuai untuk bayi serta kanak-kanak seberat 7-10kg, 9-14kg dan 12-17 kg masing-masing.

Kelebihan Genki Tape Size S (78pcs)

  • Kadar serapan tinggi
  • Ciri inovatif lapisan selembut kusyen
  • Teras serapan ultra 3D menyerap cecair lebih pantas
  • Bahagian pinggang dilindungi dengan pita lembut dan berelastik

Kekurangan Genki Tape Size S (78pcs)

  • Stok cepat habis

Spesifikasi Genki Tape Size S (78pcs)

Saiz S
Kuantiti 78 Keping
Harga RM26.90

PETPET Day & Night Tape Mega Pack – S76

PETPET Day & Night Tape Mega Pack - S76
Bagi perlindungan maksima pada waktu siang dan malam, jenama PETPET juga antara yang menjadi pilihan ibu bapa di Malaysia sejak zaman berzaman. PETPET Day & Night Tape Mega Pack dengan ‘3D Superdry Sheet’ dan gel serapan yang lebih banyak dan menghalang kebocoran pada kadar maksimum. Menjadikan lampin bayi ini lebih selesa dipakai terutamanya pada waktu malam.
PETPET Day & Night Tape Mega Pack lebih menjimatkan dan ibu-ibu tidak perlu menukar lampin dengan kerap. Manakala si manja dilindungi bagi menyokong konsep waktu bermain tanpa gangguan pada siang hari supaya anak lebih fokus belajar dan pada malam hari tidur tanpa gangguan untuk pembangunan minda.
Extra Gel Plus pula menghalang kebasahn untuk waktu pemakaian yang lebih lama, sekali gus memastikan kulit bayi kekal kering dan selesa untuk tempoh lebih lama. PETPET Day & Night Tape Mega Pack mempunyai potongan saiz yang lebih besar dari jenama lampin pakai buang yang lain dan pusat bayi juga terutama bagi bayi baru lahir dapat dilindungi.

Kelebihan PETPET Day & Night Tape Mega Pack – S76

  • Harga berpatutan
  • ‘3D Superdry Sheet’ menghalang kebocoran
  • Tidak perlu menukar lampin dengan kerap
  • Extra Gel Plus pula menghalang kebasahan

Kekurangan PETPET Day & Night Tape Mega Pack – S76

  • Warna bungkusan hampir sama dengan lampin PETPET lain

Spesifikasi PETPET Day & Night Tape Mega Pack – S76

Saiz S
Kuantiti 76 Keping
Harga RM26.00

Reka bentuk lampin bayi terdiri daripada dua jenis iaitu pelekat dan seluar. Lampin dengan pita pelekat boleh dilaras dan dilekatkan semula mengikut saiz pinggang bayi. Bergantung kepada jenama, reka bentuk lampin yang baik selalunya boleh menahan kebocoran cecair pada tahap maksimum. Lampin bayi yang baik dan berkualiti mempunyai tahap serapan yang tinggi. Pelapik luar yang berliang udara pada rekaan lampin pakai buang membenarkan pengaliran udara yang lebih tinggi untuk keselesaan bayi.

Bayi yang tidak selesa dengan lampinnya selalu akan menangis sebagai cara untuk memaklumkan kepada si ibu supaya menukar lampinnya. Segeralah tukar lampin bayi sekiranya penuh. Apa yang penting, pilihlah lampin pakai buang mengikut keselesaan anak-anak kerana setiap anak mungkin memberi reaksi yang berbeza.

Gunalah jenama lampin bayi apa sekali pun, paling utama pastikan ibu bapa tukar lampin dengan segera apabila mendapati lampin yang dipakai bayi sangat basah atau kotor. Cuci dengan air, basuh punggung bayi setiap kali menukar lampin untuk membersihkan sisa air kencing atau lembapan dengan air suam atau krim ruam lampin. Guna ubat saranan doktor, sapu krim pelindung setiap kali anda menukar lampin ini bagi mengelakkan masalah ruam lampin.



Related posts