Selesa & Menjimatkan: Ini 5 Pilihan Teratas Lampin Bayi Mampu Milik di Malaysia

Selesa & Menjimatkan: Ini 5 Pilihan Teratas Lampin Bayi Mampu Milik di Malaysia
Ibu dan anak


Lampin bayi merupakan kelengkapan harian wajib ada buat anda yang bakal menimang cahaya mata atau sudah memiliki anak kecil. Pasti ramai daripada kalian yang pening kepala untuk memilih lampin bayi yang sesuai untuk si comel. Untuk rujukan, lampin bayi yang baik dan berkualiti idaman ramai ibu bapa, haruslah mempunyai fungsi daya tahap serapan yang tinggi. Paling penting memberi keselesaan kepada bayi itu sendiri dengan ciri-ciri lampin mempunyai rekaan pelapik luar yang berliang udara agar pengaliran udara yang lebih tinggi berlaku. Jika bayi nyaman, pasti kedua orang tuanya bahagia.

Sebagai ibu bapa juga, anda haruslah bijak berbelanja dengan mendapatkan lampin bayi daripada jenama dipercayai bukan sahaja berkualiti, juga ditawarkan pada harga berpatutan. Harga lampin pakai buang untuk bayi ketika ini masih relevan, mampu milik dan menjimatkan mengikut jenama tertentu, tahap keselesaan, saiz dan kuantiti yang berbeza. Paling penting pastikan setiap lampin pakai buang mempunyai kelebihan tersendiri untuk bayi kalian tersayang. Antara lima jenama lampin bayi yang selesa, menjimatkan dan mesti beli di pasaran Malaysia adalah seperti Drypers Wee Wee Dry, HUGGIES AirSoft Pants Diapers, MamyPoko Pants Air Fit Diaper, PETPET Day & Night Pants dan Aiwibi Premium Natural Diaperss Tape/ Pants.

Drypers Wee Wee Dry

Drypers Wee Wee Dry
Drypers jenama lampin bayi nombor satu yang tidak perlu diperkenalkan lagi mendapat tempat di hati ibu bapa Malaysia. Drypers Wee Wee Dry, edisi lampin daripada jenama ini yang mendapat sambutan ramai malah dianugerahkan sebagai ‘Lampin Bayi Baru Lahir Terbaik’ yang memastikan kulit bayi kekal kering dan selesa. Dengan 6 AbsorbDRY Layers, kulit bayi kekal kering sehingga 10 jam dengan penggunaan Drypers Wee Wee Dry. Kandungan Pro-Skin pH Balanced Layer melindungi kulit bayi daripada masalah ruam lampin juga kerengsaan.
Dengan Drypers Wee Wee Dry juga, penukaran lampin menjadi lebih mudah berkat Penunjuk Kebasahan. Ibu bapa perlu tukar lampin apabila penunjuk bertukar dari kuning ke biru. FlexiFIT-Tape pula memastikan tugas kemasan dapat dilakukan dengan mudah dan pantas. Manakala ciri 100% Breathable Self-Cool CoverTM pada lampin bayi ini memastikan kulit bayi kekal nyaman dan kering. Lampin Drypers Wee Wee Dry direka dan diuji oleh dermatologi untuk memberikan padanan yang terbaik dan selesa untuk kulit bayi kesayangan. Ia dihasilkan dengan produk bio diperakui USDA tanpa bahan kotoran serta bebas daripada alergen.

Kelebihan Drypers Wee Wee Dry:

  • Kekal kering sehingga 10 jam
  • Produk bio diperakui USDA
  • Penyerapan pantas untuk kekeringan berpanjangan
  • Pro-Skin pH Balanced Layer melindungi kulit bayi

Kekurangan Drypers Wee Wee Dry:

  • Stok terhad untuk saiz tertentu

Spesifikasi Drypers Wee Wee Dry:

Saiz: NewBorn, S, M, L, XL, XXL
Kuantiti: NB 60 keping, S 80 keping, M 60 keping, L 58 keping, XL 50 keping, XXL 40 keping
Harga: RM27.15 – RM37.25

HUGGIES AirSoft Pants Diapers

HUGGIES AirSoft Pants Diapers
Lampin bayi jenama Huggies juga sudah terkenal dan bertapak lama di pasaran Malaysia. Memahami keperluan bayi dan ibu bapa justeru Huggies menawarkan lampin premium dengan perlindungan dan keselesaan berpanjangan melalui generasi terkini HUGGIES AirSoft Pants Diapers. HUGGIES AirSoft Pants Diapers sesuai untuk si manja yang sedang membesar kerana ia dicipta khas untuk mereka yang aktif. Ia mudah dipakai dan mempunyai serapan yang kuat sehingga 12 jam. HUGGIES AirSoft Pants Diapers serba baru dengan Teknologi Bubble-Bed™ dipatenkan khas dengan 500 ‘Buih Udara 3D’ menjadikan penyerapan lebih pantas selain lembut pada kulit memastikan bayi kekal gembira dengan kulit kering dan selesa.
HUGGIES AirSoft Pants Diapers juga memiliki 3600 kali kelembutan berbanding lampin bayi lain di sekitar bahagian lapik luar, lapik dalam dan sekeliling pinggang. Malah lampin ini dihasilkan daripada penyelidikan dan ujian yang teliti dengan kandungan 100 peratus mudah bernafas pada kulit. Maka, ciri ini akan membenarkan udara segar beredar di sekitar punggung bayi, mengekalkan kulit sentiasa kering. HUGGIES AirSoft Pants Diapers memiliki Petunjuk Kebasahan yang menjadi tanda aras kebasahan berubah dari kuning ke biru apabila lampin penuh. Penghalang kebocorannya pula memiliki 2 lapisan perlindungan namun tetap lembut di sekeliling peha.

Kelebihan HUGGIES AirSoft Pants Diapers:

  • Penyerapan kuat sehingga 12 jam
  • Teknologi Bubble-Bed™ dipatenkan khas dengan 500 ‘Buih Udara 3D’
  • Lasak dan lembut pada kulit
  • Dihasilkan daripada penyelidikan dan ujian yang teliti

Kekurangan HUGGIES AirSoft Pants Diapers:

  • Kuantiti setiap saiz kurang berbanding jenama lain

Spesifikasi HUGGIES AirSoft Pants Diapers:

Saiz: NB, S, M, L, XL, XXL
Kuantiti: NB 68 keping, S 58 keping, M 46 keping, L 36 keping, XL 30 keping, XXL 24 keping
Harga: RM35.90

MamyPoko Pants Air Fit Diaper (Boy/Girl/ Unisex)

MamyPoko Pants Air Fit Diaper (Boy/Girl/ Unisex)
MamyPoko jenama keluaran negara Jepun yang terbukti memiliki kualiti terbaik bagi semua siri lampin bayinya. Setanding harganya, MamyPoko mengeluarkan lampin bayi berstatus premium dianugerahkan No. 1 Mom’s Choice di Jepun saban tahun. MamyPoko Pants Air Fit Diaper merupakan antara pilihan ramai ibu bapa di Malaysia kerana ciri lampinya mempunyai kadar serapan yang lebih tinggi, pelindungan dari kebocoran dan mudah kering. MamyPoko Pants Air Fit Diaper memberi sedikit kelainan dengan memperkenalkan ciri berbeza daripada lampin bayi lain iaitu mengikut perbezaan jantina iaitu khas untuk lelaki, perempuan dan unisex (saiz L sahaja) demi keselasaan bahagian sulit bayi masing-masing untuk bebas bergerak dan aktif.
MamyPoko Pants Air Fit Diaper direka untuk memenuhi setiap keperluan bayi memfokuskan secara khusus melindungi kulit halus bayi daripada ruam lampin serta pertumbuhan bakteria. Struktur kain pada helaian lapisan MamyPoko Pants Air Fit Diaper sangat lembut seperti sutera agar kulit boleh bernafas selain cepat kering bagi memastikan kulit bayi kekal segar sepanjang hari. Pita gulung MamyPoko Pants Air Fit Diaper cukup inovatif, ia mudah dilaras, fleksibel dan lebih lembut pada setiap pergerakkan bayi yang aktif. MamyPoko Pants Air Fit Diaper menyarankan untuk menukar lampin dengan segera apabila mendapati Penunjuk Kebasahan lampin yang dipakai bayi berubah warna.

Kelebihan MamyPoko Pants Air Fit Diaper:

  • Rekaan khas untuk bahagian lelaki dan perempuan
  • Lembaran belakang yang lembut seperti sutera
  • Teras Air Fits mengawal & memberikan perlindungan unggul
  • Penunjuk Kebasahan masa penukaran lampin

Kekurangan MamyPoko Pants Air Fit Diaper:

  • Tiada saiz untuk NB dan S

Spesifikasi MamyPoko Pants Air Fit Diaper:

Saiz: M (Unisex), L Perempuan, L Lelaki, XL Perempuan, XL Lelaki, XXL Perempuan, XXL Lelaki
Kuantiti: 58 (M), 44 (L), 38 (XL), 26 (XXL)
Harga: RM56.70

PETPET Day & Night Pants

PETPET Day & Night Pants
PETPET Day & Night Pants lampin bayi dengan perlindungan maksima pada waktu siang dan malam khas untuk bayi aktif. Jenama PETPET ditawarkan pada harga berpatutan hadir dengan teknologi Lapisan Penyerap Gelembung Baharu yang mampu menyerap cecair yang maksimum selain berupaya meningkatkan pengedaran yang sekata di seluruh lampin. Disebabkan itu, PETPET Day & Night Pants selesa dipakai terutamanya pada waktu malam. Menjadikan kulit bayi kering sehingga 10 jam dengan dual teras lapisan menyerap cecair.
PETPET Day & Night Pants dengan rekaan BodyFit memiliki 2 kali ganda kuasa regangan pada pinggang mampu menahan lembut lampin tetap pada badan bayi yang sedang aktif, mengelakkan kendur dan melindungi daripada kebocoran. Kandungan material lampin ini juga sangat lembut lebih mudah bernafas 100 peratus pada kulit memberi keselesaan berpanjangan. Pelapik luar berliang udara membenarkan aliran udara dan lembapan untuk mengoptimumkan ketelusan agar bayi selesa siang dan malam walaupun pada waktu tidur. PETPET Day & Night Pants juga dihasilkan bebas klorin dan bebas wangian menjadikannya sebagai lampin berciri lembut pada kulit sensitif terutama yang terdedah kepada alergen.

Kelebihan PETPET Day & Night Pants:

  • Harga berpatutan
  • Pinggang boleh diregangkan 2 kali ganda untuk kesesuaian yang lebih baik dan selesa
  • Miliki dual teras lapisan menyerap sehingga 10 jam
  • Teknologi Lapisan Penyerap Gelembung Baharu penyerap cecair maksimum

Kekurangan PETPET Day & Night Pants:

  • Tiada saiz untuk NB dan S

Spesifikasi PETPET Day & Night Pants:

Saiz: M, L, XL, XXL
Kuantiti: M54 keping, L 44 keping, XL 38 keping, XXL 30 keping
Harga: RM34.39

Aiwibi Premium Natural Diapers Tape / Pants

Aiwibi Premium Natural Diapers Tape / Pants
Aiwibi Premium Natural Diapers Tape / Pants, lampin bayi daripada Australia direka bagi memberi keselesaan berpanjangan sekali gus membolehkan bayi sentiasa aktif bagi meneroka dunia baru. Ada dua ciri pilihan berbeza untuk siri jenama Aiwibi ini samada rekaan pita pelekat atau jenis seluar. Walau bagaimanapun kedua-duanya memiliki fungsi dan kelebihan yang sama iaitu Penghalang Kebocoran 3D yang sentiasa memberi keselesaan optimum pada kulit bayi.
Aiwibi Premium Natural Diapers Tape / Pants mempunyai kadar serapan tinggi tampil dengan ciri inovatif lapisan premium selembut kapas dan diperbuat daripada campuran Sumitomo serta Sandia SAP buatan Jepun. Ia cepat menyerap cecair dengan pantas agar kulit bayi sentiasa kering dan selesa. Bahagian pinggang dilindungi dengan pita lembut dan berelastik, membuatkan si manja lebih selesa serta kemas.
Pelapik luar berliang udara membenarkan 100 peratus aliran udara dan lembapan memastikan bayi kering juga mengelakkan masalah ruam lampin. Aiwibi Premium Natural Diapers Tape / Pants turut mendapat pengesahan dan ujian disahkan oleh organisasi Dermotologi, ISO, FDA, CE, dan SGS. Aiwibi Premium Natural Diapers Tape / Pants dengan petunjuk kebasahan terbukti selamat untuk semua jenis kulit bayi memiliki polimer Antibakteria Baharu dan kandungan nilai PH Keselamatan Asid Lemah.

Kelebihan Aiwibi Premium Natural Diapers Tape / Pants

  • Permukaan yang lembut dan selesa
  • Lapisan kulit mudah bernafasan
  • Disahkan oleh dermotologi
  • Memiliki kandungan Polimer Antibakteria
  • Untuk jenis ‘pants’ saiz besar sehingga XXXL

Kekurangan Aiwibi Premium Natural Diapers Tape / Pants:

  • Sukar ditemui di pasaran biasa

Spesifikasi Aiwibi Premium Natural Diapers Tape / Pants:

Saiz: Tape (NB – XL) / Pants (M-XXXL)
Kuantiti: Tape (NB22, S52, M48, L44, XL40) / Pants (M40, L38, XL36, XXL34, XXXL32)
Harga: RM13.51 – RM35.90

Pilihlah lampin bayi mengikut keselesaan si manja kerana setiap kulit bayi mungkin memberi reaksi yang berbeza walaupun jenama lampin tersebut terkenal dengan kualitinya yang terbaik. Ibu bapa harus berhati-hati ketika memilih jenis lampin bayi, dikhuatiri jika tersalah pilih lampin bayi yang serasi, anak anda mungkin boleh terkena ruam lampin dan mengalami kerengsaan pada kulit. Sebelum memilih lampin bayi, pastikan anda membeli lampin daripada jenama kegemaran dalam kuantiti yang sedikit terlebih dahulu. Jika serasi dengan bayi anda, maka anda boleh terus membuat belian dalam pek borong yang semestinya lebih menjimatkan.

Jangan sesekali kedekut ketika perlu menyediakan keperluan bayi. Ibu bapa tidak seharusnya mencatu jumlah kuantiti lampin bayi yang perlu digunakan setiap hari, ini kerana kadar pembuangan cecair atau najis bayi setiap hari tidak menentu. Tukar atau salin lampin dengan segera apabila mendapati lampin yang dipakai bayi dalam keadaan basah atau kotor. Guna krim pelembap setiap kali menukar lampin bayi bagi mengelakkan masalah ruam lampin. Boleh jadi keserasian setiap lampin bayi dengan anak anda bukan disebabkan kualiti jenama tersebut, tetapi sikap ibu bapa itu sendiri punca penyebab kulit bayi kerengsaan.



Related posts