Semak Kadar Jantung: Ini 5 Penjejak Kecergasan Mesti Beli, Sesuai untuk Semua Jantina

Semak Kadar Jantung: Ini 5 Penjejak Kecergasan Mesti Beli, Sesuai untuk Semua Jantina
Gaya hidup


Peranti penjejak kecergasan pintar tidak lagi dikategorikan sebagai aksesori sebaliknya berubah kepada pembantu peribadi, menampilkan banyak ciri-ciri baharu. Selain fungsi masa, ia juga menampilkan pelbagai rekaan menarik serta unik untuk pelbagai jenama yang dikeluarkan.

Buat individu yang ingin kekal sihat dan aktif, mereka kini boleh mendapatkan panduan yang tepat ketika melakukan rutin harian dengan peranti boleh pakai penjejak kecergasan ini. Fungsi gajet yang dipakai di tangan ini mampu membantu anda untuk menyemak kadar dengupan jantung dengan baik samada untuk lelaki atau wanita.
Semak Kadar Jantung: Ini 5 Penjejak Kecergasan Mesti Beli, Sesuai untuk Semua Jantina
Melalui peranti kecergasan seperti band pintar dan jam tangan pintar, anda dapat memperbaiki rutin harian sambil memantau tahap kesihatan diri. Malah anda turut dapat memantau kadar oksigen dalam darah pada bila-bila masa dan di mana sahaja melalui peranti.
Paling penting pastikan penjejak kecergasan yang anda miliki mempunyai sifat tahan lasak. Ini kerana, peranti tersebut dipakai pada pergelangan tangan dan pengguna sentiasa sibuk melakukan pelbagai aktiviti harian. Ini bagi mengelakkan ia mudah rosak dan tidak tahan lama. Ingin memiliki penjejak kecergasan untuk menyemak kadar jantung? Ini lima jenama mesti beli sesuai untuk kegunaan lelaki dan wanita.

HUAWEI Band 8 Smartwatch

HUAWEI Band 8 Smartwatch
HUAWEI Band 8 Smartwatch dengan ciri AMOLED mempunyai reka bentuk ultra nipis yang bersudut sesuai dengan semua jenis lengan samada lelaki atau perempuan. Bersaiz skrin 1.47 inci dengan berat hanya 14gram, HUAWEI Band 8 Smartwatch sangat selesa dikenakan pada pergelangan tangan untuk menyukat kadar denyutan jantung setiap hari walaupun ketika hari sibuk.
Bukan itu sahaja, ciri kesihatannya hadir dengan 4 lagi ciri profesional yang lain antaranya HUAWEI TruSleep 3.0, HUAWEI TruSeen 5.0, HUAWEI TruRelax dan HUAWEI TruSport. Dengan HUAWEI Band 8 Smartwatch, anda boleh memperbaiki rutin senaman kerana peranti boleh pakai ini dilengkapi lebih 100 mod latihan dan pantau kadar degupan jantung, kalori serta banyak lagi ketika bersenam dengan HUAWEI Band 8 Smartwatch.
Data ini juga boleh disimpan dan dianalisis dalam bentuk grafik bagi memudahkan pengguna membuat carta perjalanan kecergasan serta menetapkan matlamat yang ingin dicapai. Menyokong ciri aplikasi aplikasi HUAWEI Health, pengguna HUAWEI Band 8 Smartwatch boleh terus merujuk jadual kecergasan Health Clovers menerusinya. HUAWEI Band 8 Smartwatch turut menawarkan hayat bateri sehingga 14 hari dan sekiranya kehabisan bateri, pengguna boleh mendapatkan penggunaan selama dua hari dengan hanya lima minit pengecasan.

Kelebihan HUAWEI Band 8 Smartwatch:

  • Reka bentuk ultra nipis dan ringan
  • Penjejakan tidur saintifik dipercayai
  • Serasi dengan peranti telefon pintar iOS dan Android3
  • Hayat bateri sehingga 14 hari

Kekurangan HUAWEI Band 8 Smartwatch:

  • Stok terhad untuk warna popular

Spesifikasi HUAWEI Band 8 Smartwatch:

Warna: Emerald Green, Sakura Pink, Mid-night Black, Vibrant Orange
Tempoh Jaminan: 1 Bulan
Harga: RM189.00

Fitbit Charge 6

Fitbit Charge 6
Fitbit, pengeluar peranti penjejak kecergasan terkemuka mengeluarkan Fitbit Charge 6 sesuai untuk semua jantina menyemak kadar jantung mencapai 60 peratus lebih tepat. Fitbit Charge 6 serasi digunakan bersama peralatan gim tertentu menggunakan bluetooth rujukan kadar degupan jantung masa nyata sepanjang senaman. Di samping menerima integrasi lebih baik dengan perkhidmatan Google. Fitbit Charge 6 memiliki rekaan premium untuk pelbagai kegunaan gaya hidup sihat termasuk sukan air kerana ia mampu bertahan sehingga kedalaman 50 meter.
Fitbit Charge 6 peranti boleh pakai dalam kategori tracker mampu mengesan aktiviti pengguna untuk dikaitkan dengan kesihatan seperti mengesan degupan jantung, ECG dan EDA (Eletrodermal Activity) penyukat tahap stress, jumlah langkah, jarak berjalan, tidur dan penggunaan kalori. Dilengkapi skrin peka sentuhan lebih besar, peranti pintar ini juga dilengkapi kuasa bateri baru yang mampu bertahan sehingga tujuh hari.
Fitbit Charge 6 juga memiliki ciri pintar termasuk notifikasi telefon pintar seperti menjawab dan menolak panggilan, perbualan media sosial. Skrin Fitbit Charge 6 sebesar 1.04-inci dengan sokongan Always-On Display terbina memudahkan pengguna secara menyeluruh. Fitbit Charge 6 juga menyokong lebih 40 mod sukan termasuk 20 pilihan baharu seperti HIIT, latihan kekuatan dan papan luncur.

Kelebihan Fitbit Charge 6:

  • Reka bentuk menarik dan premium
  • Kalis air untuk ke dalaman sehingga 50m
  • Sokongan GPS terbina untuk jejak prestasi kesihatan
  • Anggarkan tahap kecergasan menggunakan VO2 Max

Kekurangan Fitbit Charge 6:

  • Tempoh hayat bateri cepat berkurang pada waktu malam

Spesifikasi Fitbit Charge 6:

Warna: Porcelain/Silver, Coral/Champagne Gold, Obsidian/Black
Tempoh Jaminan: 12 Bulan
Harga: RM798.00

SUUNTO 9 Peak Pro

SUUNTO 9 Peak Pro
SUUNTO, jenama terkemuka dari Finland mengeluarkan siri SUUNTO 9 Peak Pro untuk mereka yang mementingkan kesihatan diri dengan menyertai sukan lasak dan mencabar. SUUNTO 9 Peak Pro memiliki sejumlah sensor kesihatan dan kecergasan terbina untuk pemantauan oksigen dalam darah, kadar jantung, pengesanan aktiviti, pola waktu tidur dan status tekanan serta pemulihan. Bahkan SUUNTO 9 Peak Pro membabitkan kegunaan untuk pengembaraan, kompas sehinggalah aksi menyelam. SUUNTO 9 Peak Pro berada pada kelas tersendiri memiliki rekaan yang ringkas, bahan premium, perincian khusus dan kompromi sifar apabila mengetengahkan elemen ketepatan dan kebolehpercayaan.
Beberapa penambahbaikan telah dibuat pada SUUNTO 9 Peak Pro berbanding siri sebelumnya, termasuklah jangka hayat bateri lebih panjang dan antaramuka baharu yang lebih mudah digunakan. SUUNTO 9 Peak Pro menampilkan muka jam berbentuk bulat dengan kerangka yang diperbuat daripada Titanium Grade 5/Stainless steel. Skrin adalah sebesar 1.2-inci dengan padanan lapisan kaca Sapphire crystal untuk pelindungan tambahan. SUUNTO 9 Peak Pro juga menawarkan sehingga 97 mod sukan untuk dipilih dan salah satunya adalah mod snorkeling khusus untuk menyelam.

Kelebihan SUUNTO 9 Peak Pro:

  • Pengecasan yang sangat pantas hanya 10 minit untuk penuh
  • Beidou, Galileo, Glonass dan GPS disambungkan ke 32 satelit secara serentak
  • 97 mod sukan untuk dipilih dan keupayaan untuk mencipta mod tersuai
  • Kalis air hingga kedalaman 100 m

Kekurangan SUUNTO 9 Peak Pro:

  • Harga tinggi di pasaran

Spesifikasi SUUNTO 9 Peak Pro:

Warna: Titanium Sand, All Black, Ocean Blue
Tempoh Jaminan: 24 Bulan
Harga: RM2,599.00

Polar Ignite 3 Titanium

Polar Ignite 3 Titanium
Polar Ignite 3 Titanium memiliki rekaan elegan sesuai dipakai dalam semua keadaan samada formal atau bersantai. Polar Ignite 3 Titanium dilengkapi dengan bahan premium seperti titanium yang kuat dan ringan pada pergelangan tangan bersama tali gangsa yang lembut. Dek kerana itu tidak mustahil siri penjejak kecergasan ini iaitu Polar Ignite 3 Titanium memenangi Anugerah Red Dot 2023 menerusi kategori reka bentuk. Hadir dengan spefikasi paparan skrin sentuh AMOLED, Polar Ignite 3 Titanium juga dilengkapi dengan kanta Gorilla Glass 3.0 yang tahan lasak dan bebas hentakan.
Polar Ignite 3 Titanium memiliki beberapa ciri hebat untuk kesihatan seperti menganalisis degupan jantung, SleepWise™, Penderiaan Suhu Kulit, dan Fasa Kitaran Haid. Untuk kapasiti bateri penuh, Polar Ignite 3 Titanium mampu bertahan lebih 5 hari bersama dwi frekuensi, yang memberikan pengurangan 2 kali dalam ralat kedudukan purata berbanding generasi sebelumnya.

Kelebihan Polar Ignite 3 Titanium:

  • Paparan Skrin Sentuh AMOLED Resolusi Tinggi
  • Analisis masa nyata kadar denyutan jantung dengan baik
  • Menggunakan lensa Gorilla Glass 3.0 melengkung tahan lasak
  • Ciri fungsi tidur yang cemerlang

Kekurangan Polar Ignite 3 Titanium:

  • Harga tinggi di pasaran

Spesifikasi Polar Ignite 3 Titanium:

Warna: Black, Bronze
Tempoh Jaminan: 24 Bulan
Harga: RM2,099.00

HeyPlus Amoled Touch Screen Band 1S

HeyPlus Amoled Touch Screen Band 1S
HeyPlus Amoled Touch Screen Band 1S merupakan ban lengan memiliki reka bentuk empat segi tepat dengan kemasan bersama tali silikon mesra kulit dengan berat 0.12gram. Ditawarkan pada harga yang berpatutan, HeyPlus Amoled Touch Screen Band 1S memiliki hampir 100 muka jam pada palet warna a24-bit yang boleh dipilih mengikut karektor pemakai. Direka dengan praktikal, gaya minimalisnya membolehkan pemakai tidak kira lelaki atau wanita memadankan dengan pelbagai pakaian.
Dilengkapi dengan paparan AMOLED dengan resolusi 0.95, HeyPlus Amoled Touch Screen Band 1S turut dilengkapi dengan pemantauan denyutan jantung 24 jam, sensor oksigen darah nadi optik berketepatan tinggi sehingga 98 peratus, dan analisis pemantauan waktu tidur. HeyPlus Amoled Touch Screen Band 1S menggunakan sistem pengendalian HeyOS menggunakan versi Bluetooth wayarles 4.2 sesuai untuk peranti IOS dan android.
Hadir dengan bateri Li-Poldengan kapasiti 120 mAh, jangka hayat bateri HeyPlus Amoled Touch Screen Band 1S mampu bertahan sehingga penggunaan 7 hari. Pemakai boleh melakukan aktiviti mereka secara bebas kerana HeyPlus Amoled Touch Screen Band 1S juga dilengkapi lebih daripada 8 mod sukan disamping kalis air.

Kelebihan HeyPlus Amoled Touch Screen Band 1S:

  • Pemantau kadar jantung, beri maklum balas masa nyata
  • Fungsi pemantau tidur mengukur kualiti tidur
  • Kalis air
  • Pemberitahuan panggilan dan mesej

Kekurangan HeyPlus Amoled Touch Screen Band 1S:

  • Stok terhad di pasaran

Spesifikasi HeyPlus Amoled Touch Screen Band 1S:

Warna: Hitam
Tempoh Jaminan: Tiada
Harga: RM99.00

Jenama perkakasan penjejak kecergasan boleh pakai hari ini lebih kepada gaya dan trend, mengikut permintaan ramai. Kebanyakannya menggabungkan fesyen dan teknologi inovatif yang mencerminkan gaya pemakai peribadi dan pada masa yang sama membolehkan mereka menghubungkan gaya hidup sihat dan aktif. Pengguna gajet ini pasti berpuas hati dengan prestasi penjejak kecergasan berkenaan kerana ia bukan saja mempunyai banyak fungsi, malah juga direka untuk tubuh dan kesihatan.
Sebagai panduan, sebelum memiliki gajet penjejak kesihatan ini, pastikan anda mencubanya terlebih dahulu di kaunter pembelian dan penerangan. Hanya melihat dalam lembaran iklan sahaja, tidak bermakna ia sesuai dengan pergelangan tangan atau saiz lengan anda. Setelah mencuba, barulah anda membuat keputusan samada untuk membeli secara terus di premis jualan atau belian atas talian.



Related posts